Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN BUKIT TIRAM Kod Sekolah: JBA1121

NURAIN BT MOHAMAD ZEE


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: AGAMA


LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH)
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah.
Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah
diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada
cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya
kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.

Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi. Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Hanya
kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t. Mungkin
ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. Atau
mungkin kita berada di puncak kebimbangan yang sangat hampir dengan gaung
kegagalan dan kekecewaan. Ini yang selalunya membuat kita jauh daripada Allah s.w.t
dan dilanda kesedihan. Terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat mudah
terlena, terlalu sedih atau kecewajuga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong
suram.

Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga
senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan
renjisan kesabaran dan indahkan lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih
bermakna dan diri kita akan lebih berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-
sia.

Jangan bersedih, mungkin itu lafaz yang amat mudah dan ringkas. Makna dan jiwanya
besar. Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni mengupas indah dan mudah pengisian ilmunya.
Menyuntik semangat untuk jiwa yang bersedih, berduka dan hati yang bercelaru. Agar
kita lebih dekat dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. Kita memohon kekuatan dan
ketabahan daripada Allah s.w.t bagi menghadapi kesusahan dan kesedihan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai keagamaan

Sebagai manusia, pastinya ada situasi yang menyulitkan. Keyakinan , usaha dan tawakkal
kepada Allah adalah jalan bagi orang-orang yang beriman kepadaNya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Motivasi diri dalam menjalani tugas sebagai seorang guru agar menjadi lebih kuat dan matang
menempuh pelbagai cabaran dan dugaan mendatang berpaksikan keyakinan kepada Allah s.w.t.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai