Anda di halaman 1dari 30

-FPK

-FPG
-PERANAN GURU
DALAM
MEREALISASIKAN FPK
&FPG

OLEH:
SITI NUR AZIEMAH BINTI ROSLI
ZAKIAH BINTI SULONG
KONSEP FALSAFAH
Merupakan suatu usaha pemikiran ilmiah
yang cuba mengusahakan kebenaran yang
umum dan asas.
Merupakan pemikiran @ pandangan yang
benar, rasional dan bernas.
Falsafah dihasilkan daripada usaha kajian ahli
falsafah secara saintifik, sistematik dan logikal
untuk mencari dan membuktikan kebenaran
dan memberikan arah tujuann @ pedoman
untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.
KONSEP PENDIDIKAN
Merupakan suatu hasil @ proses
Merujuk kepada perlakuan atau pengalaman
yang memberikan impak kepada minda,
perwatakan atau keupayaan fizikal seseorang
individu yang mana melalui sekolah, institusi
atau kemahiran yang diwarisi daripada satu
generasi kepada generasi yang lain.
KONSEP FALSAFAH
PENDIDIKAN
Merupakan satu falsafah gunaan yang
menggunakan bidang-bidang falsafah
tradisional (ontologi, epistomologi) dan
pendekatannya untuk menangani persoalan-
persoalan berkenaan polisi pendidikan,
pembangunan manusia dan teori kurikulum,
ko-kurikulum dan sebagainya.
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang harmonis dan seimbang dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
HURAIAN FPK
Pendidikan adalah suatu usaha berterusan
Manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan
pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat
mereka.

Oleh itu, pendidikan yang terancang di pelbagai


peringkat hidup berlaku untuk mereka menyesuaikan
diri kepada perubahan yang pesat, seseorang perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran terkini. Justeru pendidikan sepanjang
hayat perlu diberikan penekanan yang semakin besar.
Memperkembangkan lagi potensi individu
Sejak lahir, seseorang individu memiliki
pelbagai keupayaan, bakat dan potensi.
Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan
melalui interaksi dengan persekitaran dan
pendidikan yang berkualiti.

Walaupun individu memiliki keupayaan dan


bakat tetapi tidak semua keupayaan dapat
dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya
masih terpendam.
Oleh itu, usaha perlu dijalankan bagi
mencungkil, memupuk, memperkembangkan
dan meningkatkan bakat serta keupayaan
tersebut

Pendidikan memainkan peranan utama dalam


memperkembang lagi potensi individu. Setiap
potensi boleh berkembang ke tahap
cemerlang jika diberikan peluang yang
secukupnya.

Oleh itu, usaha untuk memperkembang


potensi individu perlu dirancang dan
Perkembangkan potensi secara menyeluruh
dan bersatu padu
Manusia sentiasa berusaha memenuhi
keperluan tersebut.

Untuk membolehkan manusia memenuhi


keperluan ini, semua potensi perlu
dikembangkan.
Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud
insan yang memiliki dan menghayati ilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai
kepercayaan dan keyakinan yang teguh
kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa
yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan
cergas serta dapat bekerjasama dengan orang
lain.
Unsur intelek
Memberikan tumpuan kepada daya berfikir
yang meliputi ciri-ciri seperti mempunyai
kemahiran 4M, mendapat, meningkat dan
menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan
kreatif dan memanfaatkan ilmu untuk diri dan
orang lain.
Unsur rohani
Berkaitan dengan kerohanian seperti menyedari
dan menginsafi adanya Pencipta, menghargai
dan mensyukuri pemberian Pencipta,
menyedari dan menginsafi tanggungjawab,
mempupuk dan membina disiplin kendiri dan
membentuk akhlak mulia.
Unsur emosi
Perasaan jiwa yang kuat meliputi ciri-ciri seperti
perasaan tenang dan tingkah laku terkawal,
memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang, memiliki semangat kekitaan dan
perpaduan, dan menghargai serta menilai
keindahan dan kesenian.
Unsur jasmani
Tumpuan kepada perkembangan tubuh badan
yang sihat dengan menjaga kesihatan badan,
melakukan riadah, mengembangkan baka dan
kemahiran teknikal manipulatif,
memanfaatkan tenaga fizikal bagi
kepentingan masyarakat bagi kepentingan
masyarakat dan berusaha meningkatkan daya
pengeluaran.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Mengakui wujudnya Pencipta, manusia dan
alam dijadikan oleh Pencipta, melakukan
kebaikan dan menghindari kejahatan,
mengikuti dan mengamalkan ajaran agama,
mengetahui bahawa hukum dan fenomena
alam ialah peraturan yang ditetapkan oleh
Pencipta, menyedari bahawa manusia
dijadikan untuk memakmurkan alam dan
manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas perbuatannya dan meningkatkan dan
mengukuhkan kepercayaan agama.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Mencintai ilmu pengetahuan dan gemar
membaca, memanfaatkan ilmu untuk
kebajikan diri dan orang lain, sentiasa
menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan
diri dan menyebarkan ilmu pengetahuan dan
berfikiran luas dan terbuka.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
Mengetahui nilai baik dan buruk, menyedari
kesan daripada perbuatan baik dan buruk,
menghayati nilai, kerohanian, kemanusiaan
dan kewarganegaraan, mengamalkan
perlakuan baik dan menghindari perlakuan
buruk dan yakin kepada nilai murni.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Menyedari tugas dan tanggungjawab ialah
amanah dan mesti dilaksanakan dengan
sempurna, menjalankan tugas dengan bersih,
cekap dan amanah, sentiasa mempertingkat
daya pengeluaran, mematuhi peraturan dan
undang-undang negara, dan berusaha
memajukan diri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri
Berfikiran yang waras, jiwa tenang dan badan
yang sihat, mempunyai daya ketahanan diri
yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup
dan mewujudkan perhubungan baik.
Rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Bersemangat patriotik dan cintakan negara,


menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara, mematuhi, mengekal dan
mempertahankan perlembagaan,
mengekalkan kestabilan negara, memajukan
ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan
negara dengan menggunakan sains dan
teknologi serta memupuk keharmonian
keluarga dan perpaduan melalui semangat
kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan
hormat-menghormati.
ANALISIS FPK
Manusia perlu menyesuaikan diri dengan
pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang
hayat mereka. Oleh itu, pendidikan yang
terancang pada pelbagai peringkat hidup
berlaku untuk mereka menyesuaikan diri
mereka kepada pelbagai perubahan.
Kini masyarakat kita sedang melalui
perubahan yang pesat, khasnya dalam
persaingan untuk mengiasai aplikasi sains,
teknologi, maklumat dan komunikasi serta
menangani cabaran globalisasi dan k-
ekonomi.
Untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini,
seseorang perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran yang terkini dari
semasa ke semasa.

Justeru, pendidikan sepanjang hayat perlu diberi


penekanan yang besar selaras dengan
matlamat FPK.

Selain itu, potensi individu juga perlu


diperkembang. Keupayaan dan bakat ini boleh
dikembangkan lagi melalui interaksi dengan
persekitaran yang berkualiti.
Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil,
memupuk,memperkembang dan meningkatkan bakat
serta keupayaan individu ini. Potensi ini perlu
diperkembang lagi dengan teratur dan bersungguh-
sungguh.
Hal ini dilakukan supaya individu itu akan menjadi
insan yang seimbang dan harmonis. Hal ini bermakna
individu itu akan menjadi insan yang memiliki dan
menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh
kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang
tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta
dapat bekerjasama dengan orang lain.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan
indivudu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
ANALISIS FPG
FPG boleh dilihat dalam Model Konseptual
Pendidikan Guru (MPG). MPG dibina berasaskan
FPK dan FPG yang menekankan tiga asoek asas,
iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
disepadukan merentasi semua disiplin mata
pelajaran serta program yang dirancang.
MPG menekankan akauntabiliti guru kepada tiga
dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan
dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini
dijelmakan dalam program yang dirancang oleh
IPG seperti berikut;
A) Kendiri
Penekanan peranan guru sebagai pembinaan
daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan
budaya ilmu serta pembentukan sahsiah dan
berpekerti mulia.
B) Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik,
pemimpin dan agen perubahan.
C) Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan
individu berteraskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada ajaran agama.
Ketiga-tiga aspek disepadukan dan merentasi
semua disiplin dan program perguruan seperti
yang dirancang. Oleh itu selaras dengan FPK
dan FPG, model ini menggambarkan suatu
usaha membina kekuatan dan ketahanan diri
guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan
kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini
dapat dicapai menerusi pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang
menyepadukan aspek-aspek pengetahuan,
kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai
keguruan.
PERANAN GURU DALAM
MELAKSANAKAN FPK DAN FPG
Guru hendaklah melengkapkan diri dengan
pengetahuan am dan mata pelajaran khasnya,
serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
Guru hendaklah mengamalkan P&P dengan hasrat
FPG khasnya untuk mengembangkan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
Guru hendaklah menyemai dan memupuk amalan
nilai murni dan etika keguruan kepada murid
selaras dengan tuntutan keperluan pendidikan
dan masa hadapan.
IMPLIKASI FPK DAN FPG DALAM
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Sistem pendidikan dalam kurikulum sekolah
berubah mengikut FPK supaya bersepadu dan
penyerapan nilai murni dalam pelajaran yang
diajar dapat dilaksanakan.
Sikap pendidik hendaklah profesional sejajar
dengan tujuan dan dasar FPK.
Penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai haruslah mempunyai kesan yang
positif sejajar dengan akauntabiliti guru
kepada murid, ibubapa, masyarakat dan
negara.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai