Anda di halaman 1dari 1

NAMA : RAIHAN BINTI ALIAS UNIT : PAI1

Soalan Tutorial M12


Jelaskan apa yang anda faham tentang amalan PBD di sekolah dan sejauhmanakah ianya
membantu anda melaksanakan proses PdPc yang lebih berkesan dalam bilik darjah.

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid di samping memberikan maklum balas berkaitan
pengajaran guru.
Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:
- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:


- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai