Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS SULTAN MIZAN, KAMPUNG RAJA,
22200 BESUT, TERENGGANU

EDUP2093
PEDAGOGI
NAMA : RAIHAN BINTI ALIAS
NO. K/P : 950221-03-6058
ANGKA GILIRAN : 2021102410053
PROGRAM : PDPP
AMBILAN : JUN 2021
UNIT : PAI1
NAMA : ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI
PENSYARAH

TARIKH HANTAR : 31 JULAI 2021

1
BORANG MAKLUM KERJA KURSUS

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandangan Pelajar: Tarikh: 31 Julai 2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan
cop cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:_________________ Tarikh:_____________

2
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di
atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya
walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Encik Mat Zin bin Mat Nawi, selaku pensyarah saya di atas sokongan, nasihat dan bimbingan
yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan penulisan ini. Segala
bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi
seorang pelajar dan pendidik yang baik.

Ucapan terima kasih kepada suami tersayang, Muhammad Anas bin Mohd Razi atas kesabaran,
sokongan, bantuan, toleransi, cinta dan doa seluruh keluarga, sehingga penulisan ini dapat
disempurnakan dengan jayanya. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat
saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini. Akhir kata, ucapan terima kasih juga
kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan
cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga penulisan ini dapat dijadikan
wadah ilmu yang berguna untuk tatapan umum.

2
ISI KANDUNGAN

1. TUGASAN 1.1 4
2. TUGASAN 1.2 7
3. RUJUKAN 14
4. LAMPIRAN 15

3
Templat Perancangan PdP – KmR
TUGASAN 1.1
(Merungkai Kurikulum)

Peringkat 1 : Hasil Diharapkan (Desired Result)

Hasil Pembelajaran ( G ):

1) Sains
- 3.2.3 Murid dapat membuat kajian dan mewajarkan kepentingan kandungan gizi
seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam mengekalkan kesihatan badan.

2) Bahasa Melayu
- 4.3.1 Murid dapat menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasi kerangka
penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan idea yang kreatif serta
bahasa yang indah dan menarik.

Kriteria Kejayaan:

1) Sains
- Mereka cipta menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai nutrisi dan
dapat membuat penyelesaian masalah serta membuat keputusan dengan mengambil
kira nilai sosial masyarakat.

2) Bahasa Melayu
- Menulis dan menyatakan makna kata dan sesuatu situasi yang dibaca serta
melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan, menghasilkan pelbagai penulisan yang
kreatif.

4
Kefahaman ( U ): Soalan Pencetus Idea ( Q ):

Sains Sains
Hidup Ceria - Bagaimana mengekalkan tubuh badan
-Pelajar akan memahami amalan dan yang sihat dan dapat hidup dengan penuh
gaya hidup sihat. makna?

Bahasa Melayu Bahasa Melayu


- Pelajar akan memahami mengapa isu - Bagaimana mengenali badan yang sihat
obesiti sering kali dibincangkan. dan pemakanan yang sihat?

Pengetahuan ( K ): Kemahiran ( S ):

Sains Sains
- Pelajar mengetahui tentang kepentingan - Pelajar boleh merancang menu yang sihat
gizi seimbang, senaman dan gaya hidup dan seimbang
yang sihat

Bahasa Melayu Bahasa Melayu


- Pelajar mengetahui pemakanan yang - Pelajar boleh menulis sajak menggunakan
sihat melalui keadaan anggota badan idea yang kreatif dan bahasa yang indah

5
Peringkat 2: Bukti Pentaksiran ( Assessment Evidence )
Bukti Kaedah Pentaksiran Tugasan Pembelajaran

Sains Sains Sains


- Pelajar boleh mencipta - Buku pelbagai resepi menu - Pelajar meyediakan
menu yang sihat sihat resepi menu yang sihat

Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu


- Pelajar boleh mencipta - Cerpen dan puisi - Pelajar perlu
karya dan puisi menghasikan karya dan
puisi

Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran


Aktiviti Pembelajaran ( L ):

 W = ke mana arah tuju


 H = menarik minat pelajar
 E = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama
 R = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan menyemak
 E = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya
 T = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar
 O = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan

6
TUGASAN 1.2

PENGENALAN

Konsep Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) bermaksud pelajar mencipta


pengetahuan baru dan menghubungkan ke dunia sebenar dengan menggunakan
penguasaan bahan digital. Ia juga mencerminkan pendekatan yang berbeza untuk belajar
dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil menghasilkan perkara yang relevan di
sekeliling kita. KPPB bukan hanya data yang dihafal tetapi rangka kerja konsep bagaimana
kita melihat dan mentaksir realiti di sekeliling kita dan mengaitkan dengan pengetahuan dan
pengalaman sebelumnya.

Selain itu, perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu elemen yang sangat
penting kepada seseorang guru. Ini kerana, perancangan pengajaran mencerminkan cara
seseorang guru akan menyampaikan pengajarannya. Perancangan pengajaran juga
membantu seseorang guru untuk menterjemahkan kurikulum yang disediakan oleh pihak
penggubal dasar dengan menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan tahap
pelajar (Koenig, Blomeke, Klein, Suhl, Busse & Kaiser, 2014). Oleh itu, perancangan
pengajaran amat diberi penekanan memandangkan cara seseorang guru melaksanakan
pengajarannya bergantung kepada cara perancangan yang telah dilakukan.

Melalui perancangan pengajaran, proses merungkai dan merangkai antara beberapa subjek
yang relevan boleh dilakukan ke atas pelajar tingkatan yang sama bagi tujuan
meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aspek kolaboratif.
Melalui perkongsian sebegini, para pelajar turut mendapat manfaat seperti pencarian
maklumat berfokus walaupun melibatkan banyak tugasan malah masa, tenaga dan kos
menghasilkan tugasan turut dapat dikurangkan.

7
PROSES MERUNGKAI KURIKULUM MENGGUNAKAN BACKWARD DESIGN

Backward Design ialah satu model baru untuk mereka bentuk bahan-bahan pengajaran
yang mana guru akan memulakan proses mereka bentuk dengan memfokuskan kepada
hasil pembelajaran yang diharapkan (Michael & Libarkin, 2016). Langkah pertama dalam
Backward Design ialah mengenal pasti hasil pembelajaran, kemudian menetapkan bukti
hasilan untuk pentaksiran, seterusnya barulah merancang aktiviti PdPC (Jensen et
al.,2017). Ini membawa maksud bahawa aktiviti PdP yang ingin dilaksanakan ialah
berpandukan kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Templat kefahaman
merekabentuk (KmR) digunakan dalam peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.

Peringkat 1: Menentukan Hasil Hasrat Pembelajaran (Kejelasan)

Dalam proses merungkai kurikulum, kejelasan guru terhadap kurikulum yang yangingin
diajar di dalam kelas adalah penting (Michael & Libarkin, 2016). Untuk memastikan
kejelasan guru terhadap kurikulum, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau
DSKP perlulah dirungkai terlebih dahulu. Kejelasan guru terhadap DSKP adalah untuk
mengenalpasti pengetahuan, kemahiran, perkembangan pembelajaran, hasratpembelajaran
dan kriteria kejayaan yang akan diimplementasikan untuk memastikan proses PdP berjalan
lancar. DSKP bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 ditunjukkan dalam Jadual 1.

8
Jadual 1

Guru perlu memulakan langkah dengan membuat semakan ke atas DSKP. Berdasarkan
DSKP, guru akan mengenalpasti hasil hasrat pembelajaran dengan menjelaskan apakah
pengetahuan yang diperlukan murid, kemahiran yang boleh dipelajari, dan sasaran guru
terhadap kefahaman murid. Berdasarkan DSKP di Jadual 1, Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran dirungkai untuk mengenalpasti pengetahuan, kemahiran,
perkembangan pembelajaran, hasrat pembelajaran dan kriteria kejayaan yang digariskan.
Kejelasan akan diperoleh selepas guru dapat merungkai kurikulum dan menentukan hasil
pembelajaran.

Proses seterusnya ialah guru perlu membantu kefahaman murid dengan menjana The Big
Idea (TBI) atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai idea utama. Idea utama ialah
kefahaman utama yang murid perlu pelajari sehingga kefahaman tersebut boleh digunakan
diluar bilik darjah. Untuk menjurus murid memahami idea utama, beberapa essential
questions (EQ) atau soalan penting boleh direka oleh guru. Soalan penting ialah soalan-
soalan yang berbentuk provokatif dan menggalakkan murid berfikir.

Peringkat 2 : Bukti Pentaksiran

Seterusnya, tugasan diberikan sebagai pentaksiran. Pentaksiran dijalankan untuk


menentukan sama ada murid telah menguasai kefahaman dan pengetahuan yang diingini,
serta mampu mengaplikasi kemahiran yang ingin diterapkan dalam PdPC. Aktiviti PdPC
dirancang selepas pentaksiran ditentukan oleh guru.

Apabila memasuki peringkat kedua, bukti kepada kefahaman pelajar terhadap


pembelajaran boleh dikenalpasti apabila pelajar boleh mencipta karya dan puisi. Ini
bermakna sesi PdP berlaku secara berpusatkan pelajar. Pencapaian PdP bukan lagi
sekadar memenuhi hasil pembelajaran tetapi dilanjutkan kepada pencapaian 6C iaitu
creativity, communication, critical thinking, collaboration, character dan citizenship seperti
Rajah 1.

9
Rajah 1

Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu mengamalkan strategi dan kaedah PdP
terbaru seperti Pembelajaran abad ke-21 untuk mencapai 6C. Namun, dalam ucapan KPP
KPM, Datuk Dr Amin bin Senin pada Seminar Pendidikan Kebangsaan KGMMB 2019 di
Kuala Lumpur, beliau menegaskan amalan pendidikan kini tidak lagi sekadar
berorientasikan peperiksaan namun berubah kepada berorientasikan perkembangan (Sinar
harian, 23 Februari). Pembinaan watak dan pembangunan sahsiah kini dianggap penting
dalam kemenjadian pelajar.

Pada peringkat kedua, guru memberikan tugasan secara berkumpulan kepada pelajar untuk
menghasilkan karya dan puisi. Ini secara tidak langsung boleh mengaplikasikan teori 6C
iaitu Creativity dan Collaboration dalam kalangan pelajar.

Peringkat 3 : Pelan Pembelajaran

Peringkat ketiga ialah merancang pelan pembelajaran bermakna. Pentaksiran akan


dimasukkan dalam aktiviti PdPC dan bahan-bahan pembelajaran perlu disediakan. Kaedah,
strategi, teknik dan pendekatan perlu ditentukan semasa merancang pelan pembelajaran..
Pada peringkat ini, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran mengikut WHERETO. Pelan
pembelajaran bermakna yang dirancang ditunjukkan dalam bentuk matriks pengajaran
dibawah.

10
Langkah 1:
1 . Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
(5 orang)
 Kumpulan 1 - Kenal pasti perkataan
yang berkaitan dengan perwatakan
ibu ( Mak Piah ) – rindu

 Kumpulan 2 - Kenal pasti perkataan


yang berkaitan dengan situasi banjir
yang terdapat dalam cerpen.

 Kumpulan 3 - kenal pasti perkataan


yang berkaitan dengan sikap
masyarakat terhadap Mak Piah
( warga emas ). - simpati

 Kumpulan 4 – Kenal pasti perkataan


menarik yang berkaitan dengan
perwatakan ‘Saya’ (pencerita)

Cadangan: Peta Buih dan Peta Bulatan


2 . Murid diminta mencatatkan maklumat yang
diperoleh dalam borang grafik yang diberi.

Langkah 2:
1 . Setiap kumpulan diminta menghasilkan frasa
daripada perkataan yang dipilih oleh kumpulan
masing-masing dalam borang grafik.

2 . Murid diminta mengembangkan frasa menjadi


ungkapan menarik dengan menggunakan
unsur bunyi (aliterasi dan asonansi).

Langkah 3:
1 . Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu
rangkap sajak daripada ungkapan menarik
yang telah dibina.

2 . Setiap kumpulan diminta membentangkan


hasil tugasan

3 . Murid menilai hasil perbentangan murid

Pelajar meneroka idea baru kerana pembelajaran berlaku secara interdisiplinari antara
subjek berbeza. Secara tidak langsung, pembelajaran berlaku secara merentas kurikulum.
Maka, hasil pembelajaran yang diinginkan kini tidak sekadar berfokus kepada isi kandungan
Bahasa Melayu tetapi perlu dikaitkan dengan aplikasi kehidupan seharian seperti falsafah,
tingkah laku dan sebagainya. Perkara sebegininya sebenarnya memberi kesan baik ke atas

11
pembentukan sahsiah dan patriotisme pelajar. Selain itu, pemikiran pelajar dicabar ke suatu
tahap baru apabila mereka perlu mengaplikasi gabungan ilmu merentas bidang.

Pemanfaatan digital paling banyak digunakan pada masa sekarang. Banyak aplikasi
percuma di internet boleh digunakan untuk membangunkan sumber PdP digital, cuma guru
dan pelajar perlu meningkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka supaya mampu
menggunakan aplikasi-aplikasi interaktif tersebut. Contohnya, jika guru tiada bakat untuk
bersajak dan bersyair, boleh menggunakan aplikasi Youtube bagi menunjukkan contoh
kepada pelajar cara menggunakan intonasi dalam sajak dan syair. Pendek kata, segalanya
boleh diakses untuk tujuan pembelajaran menggunakan aplikasi digital dan secara tidak
langsung menarik minat pelajar.

Selain itu, bukan sekadar guru berperanan sebagai rakan pembelajaran dalam proses PdP
kMr, sebaliknya, amalan pedagogi masa sekarang memerlukan kerjasama daripada rakan
pembelajaran lain seperti ibu bapa, pakar dan masyarakat untuk menyokong pelajar
mendapatkan ilmu baru, nasihat ataupun pengalaman bermakna. Maka, peranan rakan
pembelajaran amat diperlukan untuk menyokong pembelajaran berlaku di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa. Untuk menjadi rakan pembelajaran, bukan kemahiran
akademik yang disyaratkan. Namun, jika ada ahli komuniti yang memiliki kemahiran
teknikal, ini turut dapat membantu pencapaian hasil pembelajaran. Pelajar boleh berkongsi
video syair dan karya mereka di aplikasi digital Bersama rakan pembelajaran dan
menyebarluaskan ilmu secara globalisasi.

Di samping itu, pelajar perlu kreatif memanfaatkan masa dan ruang yang ada. Ruang kini
tidak terhad secara fizikal semata-mata tetapi telah wujud ruang virtual. Pelajar boleh
berfikir semula dan menyemak aktiviti pembelajaran supaya mudah difahami dan boleh
didapati di mana-mana platform digital.

Bagi pembelajaran pdp ini, guru memastikan ianya sesuai dengan kepelbagaian kebolehan
atau latar belakang pelajar dan mencapai aras yang boleh difahami oleh pelajar supaya
dapat melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan.

KESIMPULAN
12
Pelajar dan guru masa kini berhadapan dengan perubahan amalan PdP yang lebih
mencabar. Namun, kemudahan-kemudahan sedia ada yang mudah dicapai seperti
teknologi digital dan dengan sokongan rakan pembelajaran bakal menjadikan PdP mereka
lebih berkesan. Bukan setakat pelajar, malah guru juga harus bersedia menghadapi
transformasi dunia pendidikan. Amalan pedagogi dan persekitaran pembelajaran baru serta
terkini harus dijadikan kebiasaan kepada golongan guru dalam usaha peningkatan
kemenjadian pelajar.

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan
dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas
mereka dengan penuh jujur dan minat akan sentiasa meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya objektif pdp yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian jelas
menunjukkan bahawa kemahiran merungkai dan merangkai kokurikulum mempunyai
banyak manfaat untuk pendidikan pada era kini. Melaluinya juga guru dapat
mengintegrasikan aspek pedagogi fdan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang
perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis,
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikhendaki dalam
Falsafah Pendidikan Negara.

13
RUJUKAN

Adirestuty, F. & Prodi, D. Pengaruh Self-Efficacy Guru dan Kreativitas Guru


Terhadap Motivasi Belajar Siswa dan Implikasinya Terhadap Prestasi Belajar Pada Mata
Pelajaran Ekonomi. Jurnal Wahana Pendidikan, 4(1), 54-67.
https://jurnal.unigal.ac.id/index.php/jwp/article/view/386

Ellyza, K. (2019). Reka Bentuk Pembelajaran Dalam Kapasiti Pedagogi Bermakna di IPG
Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan. 1(2019), ISSN 2636-9885.

Ellyza, K., Nor Azah, A. S., Noor Haslinda, S., Haliza, H., Norhayati, H. & Mohd Paris, S.

(2020). 6C Levels among Trainee Teachers upon the Implementation of NPDL in a Teacher

Training Institute. International Journal of Innovation, Creativity and Change, 11(11), 705-

727.

Jensen, J. L., Bailey, E. G., Kummer, T. A. & Weber, K. S. (2017). Using Backward Design in

Education Research: A Research Methods Essay. Journal of Microbiology andBiology

Education, 18(3), 1-6. https://doi.org/10.1128/jmbe.v18i3.1367

Hill, J. R., Song, L. & West, R. E. (2009). Social Learning Theory and Web-Based Learning
Environments: A Review of Research and Discussion Of Implications. The Amer. Jrnl. Of
Distance Education, 23 (2), 88 – 103.
https://doi.org/10.1080/08923640902857713

Michael, N. A. & Libarkin, J. C. (2016). Understanding by Design: Mentored Implementation of


Backward Design Methodology at the University Level. Journal of College Biology Teaching, 42(2),
44-52

Siti Mas’ulah. (2019). Teori Pembelajaran Albert Bandura Dalam Pendidikan Agama Islam.
International Seminar On Islamic Studies. Http://Repository.Iainbengkulu.Ac.Id/2984/

14
LAMPIRAN

Tajuk: Rujuk Tema

Standard Kandungan: 4.3 Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang.

Standard Pembelajaran:
4.3.2 Menghasilkan sajak daripada bahan rangsangan dan tema yang
diberi berdasarkan pengalaman murid secara kreatif.

Objektif: (SMART) Murid dapat:


1 . Mengenal pasti lima perkataan menarik yang terdapat dalam
bahan rangsangan.
2 . Membina lima frasa dan ungkapan menarik berdasarkan perkataan
yang
dipilih.
3 . Menghasilkan satu rangkap sajak daripada bahan rangsangan.

Pengisian Kurikulum i. ilmu Kekeluargaan

ii. Kemahiran:
(KBT/Kemahiran Belajar dan Inovasi
Abad ke-21)
iii. Nilai Kasih sayang, Keprihatinan

i. EMK: Pendidikan Moral

ii. KBAT:
Mencipta
Strategi PdP
iii. PB Inkuiri/ Pbjn
Mendalam -
iiv. KOMSAS: (pilihan)

1 . Cerpen Banjir di Mata Emak (Tingkatan


BBM/Media 2)
2 . Peta i-Think: Peta Bulatan / Peta Buih
Aktiviti: Set Induksi:
1. Memperdengarkan lagu Oh Ibu kumpulan
Exist

15
Langkah 1:
1 . Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
(5 orang)
 Kumpulan 1 - Kenal pasti perkataan
yang berkaitan dengan perwatakan
ibu ( Mak Piah ) – rindu

 Kumpulan 2 - Kenal pasti perkataan


yang berkaitan dengan situasi banjir
yang terdapat dalam cerpen.

 Kumpulan 3 - kenal pasti perkataan


yang berkaitan dengan sikap
masyarakat terhadap Mak Piah
( warga emas ). - simpati

 Kumpulan 4 – Kenal pasti perkataan


menarik yang berkaitan dengan
perwatakan ‘Saya’ (pencerita)

Cadangan: Peta Buih dan Peta Bulatan


2 . Murid diminta mencatatkan maklumat yang
diperoleh dalam borang grafik yang diberi.

Langkah 2:
1 . Setiap kumpulan diminta menghasilkan frasa
daripada perkataan yang dipilih oleh kumpulan
masing-masing dalam borang grafik.

2 . Murid diminta mengembangkan frasa menjadi


ungkapan menarik dengan menggunakan
unsur bunyi (aliterasi dan asonansi).

Langkah 3:
1 . Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu
rangkap sajak daripada ungkapan menarik
yang telah dibina.

2 . Setiap kumpulan diminta membentangkan


hasil tugasan

3 . Murid menilai hasil perbentangan murid

16
17

Anda mungkin juga menyukai