Anda di halaman 1dari 7

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 2 TAHUN 1

TUGASAN 2:
PENULISAN AKADEMIK

Nama Pelajar : AENNDY ALEXY BIN JASLI


Angka Giliran : 2019312340135
No. Kad Pengenalan : 001015-12-0609
Kumpulan /Unit : PISMP PJ1619
Kod Kursus : EDUP3033
Nama Kursus : MURID DAN PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah : PUAN ZULELAWATI BINTI HAJI BUJANG
Tarikh Hantar : 30 MAC 2020 Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

1
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


SENARAI KANDUNGAN 2
PENULISAN AKADEMIK 3-5
1.0 PENGENALAN 3
2.0 PEMERHATIAN TERHADAP SEORANG GURU SEMASA PBS 3-5
3.0 KESIMPULAN 5
RUJUKAN 6
LAMPIRAN 7

Penulisan Akademik

2
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan

Merujuk Hergenhahn & Matthew, H.O. (2012), pengajaran merupakan perihal


mengajar dan juga segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar yang dilakukan
bersama oleh guru dan juga anak muridnya. Berlandaskan kepada perkara berikut,
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah itu lebih
berkesan dan seronok, setiap guru haruslah mahir, memahami dan mengaplikasikan
teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari, agar setiap murid yang berada di
dalam kelas tersebut tertarik untuk belajar sesuatu tajuk pembelajaran tersebut.
Oleh hal yang demikian, teori pembelajaran yang telah dikaji dan dihasilkan oleh
ahli-ahli falsafah terdahulu harus dipandang penting dan digunakan oleh semua guru
di Malaysia ini.

2.0 Pemerhatian Terhadap Seorang Guru Semasa Sesi PBS 1

Semasa saya menjalankan sesi PBS yang pertama di Sekolah Kebangsaan


Salimpodon Darat Pitas pada 17-21 Februari yang lalu saya telah memerhatikan
salah seorang guru menangani sesuatu masalah ataupun situasi di dalam kelas
semasa proses PdP dijalankan di sebuah kelas Tahun 6.

Situasi pertama yang berlaku adalah, terdapat salah seorang murid didalam
kelas tersebut kelihatan kurang menumpukan perhatian didalam kelas semasa guru
tersebut mengajar mereka dalam subjek pendidikan kesihatan. Guru tersebut pada
mulanya hanya memerhatikan pelajar itu apakah sebab murid tersebut berkelakuan
sedemikian, dan guru tersebut akhirnya mengetahui bahawa murid tersebut
sebenarnya berasa bosan dengan cara guru itu mengajar, dimana guru tersebut
hanya kerap bercakap dihadapan kelas dan juga kurang melakukan aktiviti yang
boleh menarik perhatian kesemua pelajar didalam kelas itu. Oleh hal yang demikian,
untuk menjadikan murid tersebut menumpukan perhatian terhadap tajuk
pembelajaran pada masa itu, guru tersebut telah mengubah cara pengajarannya
kepada pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu, guru tersebut membahagikan
pelajar didalam kelas itu kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan topik-
topik yang telah diberikan oleh guru tersebut.

3
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan kepada Tindakan guru tersebut, saya juga bersetuju guru tersebut
mengubah cara pengajarannya kepada pembelajaran berpusatkan pelajar kerana
selepas sahaja guru itu mengubah cara pengajarannya murid itu terus berminat
untuk menumpukan perhatian terhdapa topik pembelajaran pada masa itu. Saya
juga bersetuju dengan tindakan guru itu kerana, bersesuain dengan teori
pembelajaran Konstruktivisme Le Vygotsky. Menurut Le Vygotsky (1934), untuk
menjadikan setiap murid itu sentiasa menumpukan perhatian terhadap proses PdP,
guru haruslah sentiasa melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan dan lebih
berpusatkan kepada pelajar dimana, guru hanya berperanan sebagai pembimbing
ataupun fasilitator kepada murid-muridnya. Hal ini disebabkan oleh setiap murid itu
mempunyai latar belakang yang berbeza dan juga gaya pembelajaran yang
berbeza-beza. Oleh hal yang demikian, penggunaan teori Konstruktivisme Le
Vygotsky dalam mengatasi masalah seperti berikut merupakan salah satu cara yang
sangat berkesan dilakukan oleh guru tersebut kerana sistem pengajaran itu juga
sangat membantu guru tersebut untuk menjadikan proses PdP yang dijalankan lebih
berkesan.

Situasi seterusnya adalah, kelas tersebut juga terkenal dengan kelas yang
sangat bising dan nakal di sekolah tersebut. Kabanyakan murid di dalam kelas itu
sangat susah untuk dikawal oleh beberapa orang guru menurut guru-guru di sekolah
tersebut. Apabila saya memerhatikan guru yang mengajar subjek Pendidikan
Kesihatan itu, saya mendapati guru tersebut berjaya dan dapat mengawal murid-
murid di dalam kelas itu yang mempunyai masalah disiplin seperti selalu membuat
bising di dalam kelas dan juga kerap menggangu rakan-rakan yang lain. Cara guru
itu mengatasi masalah tersebut adalah dengan menggunakan bahan ransangan dan
juga memberikan ganjaran kepada setiap pencapaian yang telah dilakukan oleh
murid tersebut. sebagai contohnya, selepas sahaja murid-murid tersebut selesai
membuat tugasan kumpulan yang telah diberikan oleh guru tersebut, guru itu akan
meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka dan juga akan
menanyakan beberapa soalan yang berkaitan untuk menguji tahap kefahaman
mereka terhada tajuk yang diberikan. Seterusnya, jika murid di dalam kumpulan
tersebut dapat membentang dengan baik dan dapat menjawab soalan yang telah
diberikan dengan betul guru tersebut akan memberikan makanan dan pujian kepada
kumpulan tersebut.

4
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Menurut Thomas (1985) sesuatu teori itu baik untuk digunakan apabila
mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas dan juga
boleh memotivasikan murid untuk lebih rajin dan tekun berusaha dalam
pembelajarannya. Berlandaskan kepada perkara itu, saya sangat bersetuju dengan
cara guru Pendidikan Kesihatan itu dalam menarik perhatian murid yang bising dan
juga bermasalah itu untuk fokus didalam pembelajaran mereka mengikut teori
behavioris yang telah dikemukakan oleh E.L Thorndike. Menurut teori E.L Thorndike
(1913) yang telah menjalankan kajian terhadap seekor kucing iaitu apabila kucing
tersebut menekan tuil pintu akan terbuka dan juga kucing tersebut akan
mendapatkan makanan. Cara guru tersebut mempunyai persamaan dengan
eksperimen yang telah dijalankan oleh Thorndike iaitu, guru itu akan memberikan
ganjaran kepada setiap kejayaan yang dilakukan oleh murid-muridnya agar murid-
murid tersebut akan sentiasa fokus didalam kelas. Implikasi terhadap cara guru
adalah, dapat meningkatkan tahap kesedian murid untuk belajar kerana mempunyai
motivasi yang sesuai diberikan kepada guru tersebut dan juga dapat memberikan
peluang kepada pelajar untuk menikmati dan juga rasa dihargai terhadap setiap
kejayaan dalam pembelajaran yang telah mereka lakukan.

3.0 Kesimpulan

Menurut Mohd Sharani bin Ahmad (1998), para pendidik perlu memastikan
segala ilmu yang diajar kepada murid perlulah berlandaskan kepada sesuatu
keperluan. Oleh hal itu, amatlah penting bagi setiap guru untuk memastikan ilmu
yang diajar adalah mengikut kepada keperluan semasa mengikut kepada perubahan
dunia, supaya murid tidak terlalu ketinggalan kepada kemajuan dunia yang telah
berlaku pada masa kini. Bagi merealisasikan perkara tersebut agar lebih tercapai,
setiap guru haruslah menggunakan teori-teori pembelajaran yang telah dicipta dan
dikaji oleh ahli-ahli falsafah terdahulu yang dipersetujui dan diguna pakai diseluruh
dunia. Tuntasnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan negara ini tercapai,
setiap guru haruslah memandang penting kepada teori-teori pembelajaran yang ada
agar setiap murid mempunyai motivasi untuk terus datang ke sekolah dan juga
bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka.

5
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

4.0 Rujukan

Derry, J. (2013). Le Vygotsky: Philosophy and education. John Wiley &


Sons.

Hergenhahn & Matthew, H.O. (2012). An Introduction to Theories of Learning. United


States of America: Prentice Hall

Mohd Sharani bin Ahmad (1998). Pengajaran Dan pembelajaran: Teori


Dan Praktis.

Thomas. (2019). Teori Dan aplikasi pembelajaran terpadu. CV. AE MEDIA

GRAFIKA.

Thorndike, E. L (1913). Psychology of Learning: Educational Psychology. Vol 2, New


York

Pengurusan Murid. (2011, 2). Share and Discover Knowledge on LinkedIn


SlideShare.

https://www.slideshare.net/shockgadof/40-pengurusan-murid

Sabah Edu.Net | Promoting lifelong learning. (n.d.). Sabah Edu.Net | Promoting


Lifelong Learning.

https://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf

6
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

5.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai