Anda di halaman 1dari 6

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Laporan PBS

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sosioemosi bermaksud cara seseorang itu
bergaul dan mengawala emosinya semasa pergaulan tersebut. Menurut Mastura Badrzis
2002, perbezaan sosioemosi seseorang individu ini adalah disebabkan oleh faktor
ketidaksamaan keadaan persekitaraan sekeliling yang dialami oleh mereka.

2.0 Perbezaan Sosioemosi Dua Orang Murid berdasarkan Gaya pembelajaran Di


dalam Bilik Darjah.

Semasa menjalankan program Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) pada Tarikh


17-21/02/2020 yang lalu, saya telah memilih dua orang pelajar daripada kelas tahun 1 dalam
lingkungan umur 7 tahun untuk dijadikan bahan kajian untuk memerhati perbezaan
sosioemosi kedua-dua pelajar tersebut semasa di dalam kelas.

Pelajar A Gaya pembelajaran Pelajar B


Pelajar aktif pemprosesan Kurang aktif

Mudah bergaul sosial Bergaul dengan rakan-rakan


yang rapat sahaja
Gembira, dan mudah perasaan Suka termenung dan tidak
tersenyum mudah tersenyum.
Membuat sesuatu yang Cara mendapatkan Perlu di tegur oleh guru
kelakar ataupun menggangu perhatian
rakan

AENNDY ALEXY BIN JASLI 1


EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan kepada jadual tersebut, murid A merupakan seorang pelajar yang lebih
aktif didalam kelas berbanding murid B. Di sini kita dapat lihat bahawa, gaya pembelajaran
murid A lebih kepada pergerakan, suka bercakap dan sebagainya berbanding murid B, dia
seorang yang pendiam, gemar memerhati dan lebih gemar untuk mendengar semasa guru
sedang menjalankan proses PdP seperti jarang bercakap, dan tidak berapa aktif dalam apa
juga aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, sosial bagi kedua-dua pelajar ini juga berbeza
semasa proses PdP dijalankan oleh guru. Sebagai contohnya, murid A mudah bergaul
dengan semua orang di dalam kelas serta cepat untuk membiasakan diri dengan guru
baharu yang masuk ke kelas mereka. Berbanding dengan murid B, dia hanya rapat kepada
beberapa orang rakan di dalam kelasnya sahaja.

Selain itu, murid A juga menunjukkan emosi yang lebih ceria berbanding dengan
murid B. Hal ini dapat saya perhatikan semasa PdP dijalankan murd A akan sentiasa
tersenyum dan juga sentiasa gembira apabila guru mengajar di dalam kelas. Murid B pula
menunjukkan emosi yang berlainan, dimana murid B lebih gemar untuk termenung di dalam
kelas dan lebih kerap bermuka musam daripada senyum. Kedua pelajar ini juga mempunyai
cara yang berbeza untuk mendapatkan perhatian di dalam kelas dimana sosial mereka yang
berbeza. Murid A lebih gemar untuk menggangu rakan atau sering membuat benda-benda
yang kelakar semua pelajar termasuk guru sentiasa melihatnya. Murid B pula, merupakan
pelajar yang harus di tegur terlebih oleh rakan ataupub guru terlebih dahulu baru murid
tersebut akan memberikan respon ataupun memberikan perhatian kepada PdP yang
dijalankan.

3.0 Cara guru menangani perbezaan sosioemosi murid.

Berdasarkan pemerhatian, guru tersebut menggunakan. Teori pertama adalah teori


Howard Gardner. Perkara yang dilakukan oleh guru itu adalah, bersandarkan kepada aspek
kecerdasan interpersonal dan intrapersonal seseorang, dimana guru tersebut menggunakan
cara menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengawal pelajar yang aktif dan menggunakan cara
berimaginasi serta melukis untuk mengawal pelajar yang kurang aktif. Sebagai contohnya,
guru tersebut melaksanakan aktiviti nyanyian dan juga kuiz pada akhir proses PdP.
Seterusnya, guru tersebut juga menyuruh pelajar untuk berimaginasi dan menulis
pengalaman yang berkaitan dengan pembelajaran pada masa itu agar dapat menarik
perhatian murid dan mengajar murid untuk sentiasa bersosial bersama rakan-rakan yang
lain.

AENNDY ALEXY BIN JASLI 2


EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Cara guru tersebut menangani aspek emosi kedua murid tersebut pula adalah
bersandarkan kepada teori emosi Goleman. Sebagai contohnya, pada masa tersebut kedua
pelajar ini bertengkar. Oleh itu guru tersebut menangani masalah itu dengan berkomunikasi
secara adil untuk memahami emosi dan juga perasaan kedua pelajar itu. Berdasasrkan cara
itu, guru tersebut dapat memahami emosi muridnya agar konflik yang berlaku itu dapat di
selesaikan dengan cepat tanpa berlakunya pergaduhan yang teruk. Seterusnya untuk
menenangkan emosi kedua murid tersebut, guru itu menggunakan kaedah kesedaran diri
dalam teori emosi Goleman dimana, guru itu akan membuat aktiviti yang dapat mengawal
emosi murid tersebut. Sebagai cotohnya bagi murid A guru tersebut akan menyuruhnya
untuk bernyanyi jika emosinya tidak tenang. Bagi murid B, guru tersebut akan menyuruhnya
untuk melukis agar dapat menstabilkan kembali emosinya yang tidak tenang.

4.0 Kesimpulan

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak sangat penting untuk membangunkan


perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak menurut Bruce, T & Meggit, C (2005). Hal ini
harus dipandang penting oleh semua warga pendidik agar dapat membantu murid mencapai
kesejahteraan hidup sepanjang hayat mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
iaitu (JERIS) menurut Maimuah Omar (1988). Berdasarkan pemerhatian yang telah saya
lakukan sepanjang minggu PBS ternyata teori-teori yang di pelajar pada krusus EDUP3033
Murid dan pembelajaran sangat membantu untuk mengawal dan memahami perkembangan
sosioemosi setiap pelajar. Oleh hal yang demikian program PBS ini sangat baik untuk
dijalankan bagi memahamkan lagi kepada pelajar tentang krusus Murid dan Pembelajaran
agar berguna pada masa alam pekerjaan yang sebenar.

AENNDY ALEXY BIN JASLI 3


EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

5.0 Rujukan

Bruce, T and Meggit, C (2005). Child Care and Education, London, Hodder
& Stoughton.

Gardner, H. (2000). Multiple intelligences: the theory in practice.


Basic Books (AZ).

Goleman, D. (2009). Working with Emotional Intelligence. Why It Can Matter More Than IQ.
A&C Black.

Maimunah Omar. (1988). Penghayatan terhadap falsafah pendidikan


negara.

Mastura Badrzis (2002). Child Education: What Should be Optimal, Jurnal Pendidikan Islam,
Vol. 12, No. 1, pp. 77-90.

Edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran. (7 May 2017). Share and Discover Knowledge on


LinkedIn SlideShare

.https://www.slideshare.net/arshaqaxman/edup3033notamuriddanpembelajaran

AENNDY ALEXY BIN JASLI 4


EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

6.0 Lampiran

AENNDY ALEXY BIN JASLI 5


EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

AENNDY ALEXY BIN JASLI 6

Anda mungkin juga menyukai