Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 3 TAHUN 3

TUGASAN: 3
LAPORAN REFLEKSI

Nama Pelajar : AENNDY ALEXY BIN JASLI


Angka Giliran : 2019312340135
No. Kad Pengenalan : 001015-12-0609
Kumpulan /Unit : PISMPJ 1619
Kod Kursus : PJMS 3113
Nama Kursus : PENDIDIKAN LUAR
Nama Pensyarah : ENCIK QUEK EEU LEN
Tarikh Hantar : 05 APRIL 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN ii

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 KEKUATAN 2

3.0 KELEMAHAN 3

4.0 PELUANG 4

5.0 ANCAMAN 4

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN 5

7.0 KESIMPULAN 5

8.0 RUJUKAN 6

9.0 LAMPIRAN 7

LAPORAN REFLEKSI (ANALISIS SWOT)

0
1.0 Pendahuluan

Pendidikan luar didefinisikan sebagai satu kaedah pembelajaran yang


menghubungkaitkan pembelajaran secara teori dengan alam sekeliling melalui pembelajaran
berasaskan pengalaman yang diperolehi menurut Bunting (2006). Berdasarkan kepada
perkara tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan subjek Pendidikan Luar
ini sebagai subjek penting yang perlu diambil oleh semua siswa guru di Malaysia agar dapat
memberikan peluang kepada siswa guru pelatih terutamanya yang berada di dalam Institut
Pendidikan Guru Malaysia untuk merasakan pengalaman pembelajaran yang bertunjangkan
kepada experiential learning. Perkara ini harus dipandang penting bagi setiap insan kerana,
program ataupun kursus Pendidikan Luar ini mampu untuk menjadikan seseoang insan guru
itu lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sosial.

Oleh hal yang demikian, penulisan laporan refleksi ini adalah untuk menilai dan
memenuhi kehendak kerja kursus PJMS3113 pelaksanaan Program Pendidikan Luar yang
dianjurkan oleh siswa guru pelatih Pendidikan Jasmani dan Kesihatan PISMP PJ Ambilan Jun
2019. Program Pendidikan Luar yang telah dijalankan selama 5 hari 4 malam bermula
daripada 21 Mac 2021 sehingga 25 Mac 2022 di Kem Alapong Lundu ini, telah banyak
memberikan makna dan pengalaman baharu yang boleh memberikan kebaikan kepada saya
untuk digunakan apabila berada di alam pekerjaan kelak. Walaubagaimanapun, beberapa
kelemahan juga dapat dikesan dan disedari sepanjang melaksanakan program tersebut. Oleh
itu, kelemahan yang dapat dikenal pasti itu akan diberikan cadangan penambahbaikkan
sebagai refleksi diri agar tidak mengulangi kelemahan tersebut pada masa akan datang
menurut Scholer & Lee (1980).

2.0 Kekuatan Program Pendidikan Luar

1
Program Pendidikan Luar pada kali ini telah diisi dengan beberapa aktiviti yang lasak
dan menarik. Antaranya adalah, berkayak dan keyakinan di air, abseling, orientering, dan
aktiviti kraf perkhemahan. Kebaikan yang telah diperolehi daripada aktiviti-aktiviti ini adalah,
berlakunya penerapan ilmu pengetahuan baru dan kemahiran yang baharu. Menurut Haron
(2005), anak-anak muda haruslah didedahkan kepada kemahiran yang perlu dipraktikan dan
sering digunakan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kepada pernyataan tersebut, hal
ini jelas menunjukkan bahawa, aktiviti yang dijalankan dalam Program Pendidikan Luar ini,
banyak memberikan impak kepada pengalaman dan kemahiran baharu dalam kalangan siswa
guru pelatih Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2019. Sebagai contohnya, aktiviti berkayak ilmu
mendayung kayak, menyelamatkan rakan yang karam dan cara menyelamatkan diri semasa
karam di tengah lautan ini dapat digunakan sekiranya dialam pekerjaan nanti kita diminta
untuk mengendalikan perkhemahan yang mempunyai aktiviti-aktiviti air. Oleh hal yang
demikian, ilmu pengetahuan yang telah diperolehi daripada pengendalian aktiviti-aktiviti
tersebut boleh digunakan untuk mengajar anak-anak murid pada masa yang akan datang.

Seterusnya, apa yang dapat dilihat sebagai kekuatan melalui pelaksanaan Program
Pendidikan Luar ini adalah, ia boleh meningkatkan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan
guru pelatih IPGKTAR. Menurut Neill (2002), ilmu pendidikan luar ini bukan sahaja mampu
untuk meningkatkan kemahiran alam semula jadi seseorang tetapi, program sebegini juga
akan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti sikap saling memahami, menghormati dan
sikap bekerjasama dalam kalangan sesama insan mahupun masyarakat sekeliling. Senario ini
tercetus apabila berlaku tekanan kepada setiap peserta maka tekanan tersebut akan diatasi
bersama-sama. Sebagai contohnya bergotong-royong mendirikan khemah dapur dan khemas
induk, menyiapkan kraf perkhemahan gadet seperti rak kasut, empayan, rak barangan dapur
dan sebagainya. Apabila kesemua perkara ini berlaku, secara tidak langsung kesemua
peserta akan mempunyai sikap bekerjasama dan saling memahami. Bukan itu sahaja, nilai
murni juga dapat diterapkan melalui teguran ataupun nasihat yang diberikan oleh sesiapa
sahaja sama ada daripada pensyarah pembimbing ataupun rakan-rakan yang lain sekiranya
berlaku kekurangan dalam kalangan siswa guru pelatih. Oleh hal yang demikian, dengan
adanya penerapan nilai seperti sedemikian, maka guru pelatih mempunyai sikap yang baik
untuk dijadikan bekalan apabila masuk ke alam pekerjaan pada masa akan datang.

3.0 Kelemahan Program Pendidikan Luar

2
Menurut Yoshino (2005), semasa menjalankan sesuatu program pendidikan luar,
peserta selalunya akan mengalami tahap burnout dalam beberapa hari sepanjang tempoh
pelaksanaan program tersebut. Perkara tersebut boleh dikatakan bahawa berlaku kelemahan
dan juga kekurangan sepanjang pelaksanaan program tersebut. Antara kelemahannya,
adalah sikap kurang menepati masa ataupun berlaku pengurusan masa yang kurang
sistematik. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat beberapa aktiviti yang tidak menepati
jadual tentatif program yang telah disediakan. Kemungkinan besar perkara ini berlaku adalah
disebabkan oleh, faktor kepenatan, faktor kerja-kerja lain, faktor persediaan aktiviti yang
kurang lancar ataupun sikap peserta yang tidak menepati masa. Sebagai contohnya, waktu
memasak yang lewat menyebabkan kesemua peserta program termasuk pensyarah penilai
terpaksa menjamu selera lewat daripada jadual makan yang telah ditetapkan, kemudian ada
kalanya aktiviti terpaksa dijalankan dengan sebentar sahaja untuk memberikan laluan kepada
aktiviti yang lain dan sebagainya. Apabila perkara ini berlaku, banyak aktiviti yang tidak
mengikuti tempoh masa yang telah ditetapkan kerana telah memakan masa aktiviti yang lain.

Oleh hal yang demikian, kesan daripada berlakunya masalah sedemikian, ia boleh
mengundang kepada ketidak kelancaran program, sikap yang tidak peka terhadap
persekitran, boleh menyebabkan pertelingkahan dan sebagainya. Menurut Bunting (2006),
sekiranya berlaku kelemahan dalam sesuatu program, ia boleh memberikan kesan kepada
tingkah laku dan juga disiplin seseorang. Hal ini jelas telah ditunjukkan oleh kesemua peserta
semasa melaksanakan program pendidikan luar tersebut kerana, kepenatan yang dialami
telah menyebabkan berlaku kelemahan-kelemahan tersebut. Oleh itu, untuk tidak mengulangi
kelemahan tersebut pada masa hadapan apabila telah berada dialam pekerjaan nanti, semua
siswa guru pelatih haruslah mencari cadangan penambahbaikkan ataupun cara untuk
mengatasi kelemahan tersebut, agar dapat menjalankan sebarang aktiviti di sekolah nanti
dengan lancar dan lebih teratur.

4.0 Peluang Program Pendidikan Luar

3
Berdasarkan kepada pengalaman yang telah dirasai daripada pelaksanaan program
pendidikan luar ini, terdapat pelbagai peluang yang boleh dimiliki bagi diri saya sendiri. Antara
peluang tersebut adalah, dapat menimba ilmu baharu daripada kesemua aktiviti yang telah
dijalankan. Ilmu baharu disini bukan sahaja dari cara mengendalikan aktiviti tersebut tetapi
juga dari segi cara melaksanakan aktiviti tersebut. Peluang ini sukar untuk diperolehi
sekiranya tidak mengikuti program pendidikan luar kerana, aktiviti-aktiviti seperti kayak,
abseiling, orientering, dan juga kraf perkhemahan ini bukanlah aktiviti yang sering diadakan di
merata tempat. Menurut Forgan & Jones (2002), aktiviti-aktiviti lasak mampu untuk
meningkatkan kemahiran sosial dalam setiap individu. Oleh hal yang demikian, dengan
peluang yang saya ada untuk menimba ilmu pengetahuan dalam aktiviti lasak dan juga ilmu
alam semula jadi ini, boleh saya gunakan untuk menjadi seorang guru yang berpengetahuan
luas semasa mengajar ataupun mendidik murid-murid sekolah rendah semasa zaman
pekerjaan kelak.

5.0 Ancaman Sepanjang Program Pendidikan Luar

Sepanjang menjalankan program pendidikan luar ini, terdapat juga pelbagai ancaman
yang berlaku sehingga mengakibatkan sedikit gangguan terhadap program tersebut.
Ancaman yang berlaku adalah, ketidak tentuan cuaca sepanjang program tersebut. Hal ini
boleh mengakibatkan ancaman sepanjang program pendidikan luar ini kerana, cuaca yang
tidak menentu boleh menggangu program ataupun aktiviti yang harus dijalankan pada masa
tersebut. Apatah lagi aktiviti yang melibatkan air laut seperti berkayak dan juga keyakinan di
air. Hal ini kerana, cuaca yang tidak menentu boleh mendatangkan masalah dari segi
keselamatan dan kesihatan peserta dan juga pensyarah pembimbing. Tambahan pula,
ancaman ini adalah sebuah ancaman semula jadi dari pada alam sekeliling, oleh sebab itu, ia
sukar untuk ditangani apatah lagi sekiranya pada masa tersebut sedang menjalankan aktiviti.
Walaubagaimanapun, ancaman tersebut tidak begitu memberikan kesan kepada aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang dalam program pendidikan luar tersebut kerana, setiap aktiviti
yang dijalankan itu bersesuaian dengan keadaan cuaca pada masa tersebut. Menurut Scholer
(1980), menyatakan bahawa, keadaan di luar jangka boleh mengakibatkan sesuatu ancaman
terhadap seseorang individu ataupun sesebuah masyarakat.

4
6.0 Cadangan Penambahbaikkan

Berdasarkan kepada kelemahan yang telah dikenalpasti, cadangan penambahbaikkan


yang boleh dilaksanakan adalah, menetapkan disiplin masa sepanjang pelaksanaan program
tersebut. Disiplin masa yang dimaksudkan disini adalah, tidak dibenarkan untuk memakan
waktu aktiviti yang lain ataupun memberikan peluang kepada aktiviti-aktiviti yang lain
sehingga boleh menggangu aktiviti yang sepatutnya hendak dijalankan. Selain itu, disiplin
masa juga boleh berbentuk untuk mengenakan tindakan seperti denda sekiranya terdapat
peserta yang tidak menepati masa tentatif program yang telah disediakan. Sebagai
contohnya, apabila peserta lambat untuk memulakan sesuatu program ia boleh dikenakan
denda untuk menjadi penjaga khemah lebih lama daripada peserta yang lain bermaksud,
masa tidur peserta tersebut berkurangan. Selain itu, apabila aktiviti tidak dijalankan mengikuti
masa yang sesuai kerana disebabkan oleh kecuaian peserta itu sendiri, mulakan sahaja
aktiviti tersebut agar tidak berlaku sebarang waktu yang ralat. Hal ini kerana menurut Ewert
et. al. (2006), apabila seseorang individu merasakan kesusahan dan tekanan sepanjang
sesuatu program, maka individu tersebut akan mengikut norma masyarakat yang ada di
sekelilingnya untuk mendapatkan keselesaan hidup tersebut. Oleh hal yang demikian, dengan
menjalankan kaedah-kaedah penambahbaikkan seperti berikut, semua peserta akan
mengikuti masa aktiviti yang telah ditetapkan agar tidak menggangu masa rehat mereka.

7.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, program pendidikan luar yang telah dilaksanakan oleh siswa
guru pelatih Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul
Razak Ambilan Jun 2019 ini, telah dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Hal ini
kerana, kerjasama, kesepaduan serta sikap toleransi dalam kesemua siswa guru pelatih
terseb ut telah menjadikan setiap tugasan, aktiviti dan juga perkara yang perlu diselesaikan
sepanjang perkhemahan tersebut berjaya untuk diselesaikan mengikut tempoh masa yang
telah diberikan. Tidak lupa juga sokongan moral dan mental yang diberikan oleh pensyarah
pembimbing dan juga pensyarah penilai untuk memotivasikan kami semua sebagai peserta
dan juga pelaksana program pendidikan luar sehingga ia berjaya untuk dilaksanakan dengan
cemerlang. Oleh hal yang demikian, diharapkan agar kesemua siswa guru pelatih yang
terlibat dalam program perkhemahan pendidikan luar ini akan maju dan menjadi seorang guru
yang seimbang dari pelbagai aspek sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
juga sosial menurut Normar (2002).

5
8.0 Rujukan

Bunting, C. J. 2006. Interdisciplinary Teaching through outdoor education. Illinois: Human Kinetics.

Ewert, A., Place, G., & Sibthorp, J. 2005. Early-life outdoor experiences an an individual's
environmental attitudes. Leisure Sciences 27: 225 - 239.

Haron, Daud (2009). Mantera dan unsur luar biasa dalam masyarakat Melayu. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia

Neill, J. T. 2002. Meta-Analytic Research On The Outcomes Of Outdoor Education. Kertas persidangan
yang dibentangkan di 6th Biennial Coalition for Education in the Outdoors Research
Symposium, Bradford Woods.

Normar, A. 2002. Persepsi guru pelatih terhadap perlaksanaa dan keberkesanan program amali
pendidikan luar di Maktab Perguruan Zon Timur. Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Kuala
Terengganu 4(1): 12 - 20.

Scholer, E. A. S., & Lee, T. T. 1980. Teacher training in physical education in Malaysia. Journal of
Physical Education Recreation and Dance: 74 - 76.

Yoshino, A. 2005. Environmental outcomes of wilderness-based programs of different lengths. Journal


of Experiential Education 27(3): 314 - 317.

6
9.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai