Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

PJMS 3113
PENDIDIKAN LUAR

Nama Pelajar AFNAN ZAHIN BIN AB RAZAK


Angka Giliran 2019122340061
No. Kad Pengenalan 000309-04-0087
Kumpulan/Unit 5 PISMP PENDIDIKAN JASMANI 3
Kod dan Nama Kursus PJMS 3113 PENDIDIKAN LUAR
Tajuk Tugasan LAPORAN REFLEKSI (INDIVIDU)
Nama Pensyarah ENCIK HISHAMUDDIN BIN HASSAN
Tarikh Hantar 7 APRIL 2022
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar,

..................................................................................
( AFNAN ZAHIN BIN AB RAZAK )

Tarikh : 5 APRIL 2022


Rangsangan Tugasan
Ford ( 1981 ) mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi penggunaan
persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum
yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap
khususnya penggunaan masa senggang.

Tugasan 3: Laporan Refleksi (15%)


Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan penulisan laporan refleksi berkaitan
aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan.

Butiran tugasan;
• Melaksanakan penulisan laporan refleksi dengan jumlah 500 patah perkataan

LAPORAN REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana telah berjaya melaksanakan


Program Amali Pendidikan Luar (PL) bagi Semester 7 Pendidikan Jasmani Ambilan Jun
2019 Tahun 2022. Pendidikan Luar pada kali ini memerlukan kami untuk melakukan aktiviti
amali yang agak mencabar. Antaranya ialah Abseiling, Orienteering, Solo Camping,
Snorkeling dan banyak lagi aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu program. Oleh itu, kami
telah memilih untuk melaksanakannya di Pulau Sibu Mersing, Johor. Rasionalnya kami
memilih program ini dilaksanakan di Pulau Sibu adalah disebabkan ianya lebih mencabar
fizikal dan mental kami. Program yang dilaksanakan selama 5 hari 4 malam telah memberi
banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian dan pada masa akan datang dalam profesion perguruan terutamanya. Selama
mengikuti PL ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman baru serta menempuh
banyak cabaran dalam usaha menyempurnakan semua amali yang perlu dilaksanakan.

KEKUATAN / KELEBIHAN

Sepanjang menjayakan Program Amali Pendidikan Luar pada kali ini, terdapat
banyak kekuatan ataupun kelebihan daripada pelaksanaan program PL ini kepada para
peserta. Antaranya ialah:-
Penerapan Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran Baharu

Program Amali Pendidikan Luar pada kali ini telah mengajar saya banyak ilmu
pengetahuan dan kemahiran baharu. Sebelum melaksanakan aktiviti PL pada kali ini, kami
telah membuat satu organisasi untuk melancarkan pengurusan kerja. Secara tidak
langsung, pelaksanaan ini telah mengajar saya cara mengendalikan sesuatu program yang
melibatkan orang luar dengan lebih berkesan. Ilmu yang diperoleh ini akan dapat digunakan
di sematkan dalam diri sekiranya saya perlu mengendalikan apa-apa program yang
melibatkan perhubungan luar. Di samping itu, pengendalian aktiviti PL pada kali ini telah
memberikan saya peluang untuk sama-sama merancang aktiviti yang sesuai untuk peserta.

Antara aktiviti yang telah kami rancang ialah gotong royong membersihkan kawasan
perkhemahan yang pada asalnya ialah kawasan semak-samun. Selain itu, kami juga
mempelajari cara membuat Gajet menggunakan sumber yang sedia ada di hutan. Setelah
dapat menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang ini, saya mula menyedari bahawa bukan
mudah untuk menyediakan aktiviti yang sesuai. Banyak aspek yang perlu difikirkan
termasuk kemampuan mereka, keselamatan, tujuan dan kesan pelaksanaan aktivti tersebut
terhadap mereka. Semua pengetahuan dan kemahiran yang baru saya perolehi ini akan
menjadi sesuatu yang sangat berguna untuk masa depan saya. Sebagai seorang bakal guru
yang kurang berpengalaman, saya perlu bekerja keras memantapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran sebegini agar urusan pengajaran dan pembelajaran akan berjalan
lancar dan lebih efisien.

KELEMAHAN

Dalam setiap program yang dijalankan, sudah pasti ada juga kelemahan dan
kekurangan yang masih boleh diperbaiki. Antara kelemahan yang dapat saya kesan ialah:

Pengurusan Masa Kurang Sistematik

Kelemahan yang dapat dikesan dalam perlaksanaan Program Amali Pendidikan Luar
pada kali ini ialah pengurusan masa yang tidak sama seperti yang dirancang. Oleh sebab
kelewatan, berlaku perubahan masa pada hampir semua aktiviti.. Pengurusan masa juga
terganggu apabila aktiviti yang dijalankan tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Hal
ini disebabkan ada sesetangah aktiviti dilaksanakan terlalu lama dan memakan masa untuk
aktiviti yang lain. Justeru, guru pelatih perlu lebih teliti berkenaan dengan pengurusan masa
kerana masa adalah sesuatu yang sangat bernilai.
LAMPIRAN

Rajah 1: Aktiviti Abseiling

Rajah 2: Aktiviti Snorkeling


Rajah 3: Aktiviti Membina Gajet

Anda mungkin juga menyukai