Anda di halaman 1dari 5

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

TAJUK KERTAS KERJA:


PERTANDINGAN SENAM TARI

TARIKH:
17 APRIL 2019

TEMPAT:

TELUK GOREK

ANJURAN:

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,


IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,
JOHOR
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SENAM TARI

1.0 PENDAHULUAN
Senam Tari merupakan program senaman yang menggabungkan eleman tarian dan
seni mempertahankan diri dari pelbagai bangsa, budaya dan kaum di Malaysia sebagai gerak
asas senamrobik. Diiringi alunan lagu rakyat dan muzik Irama Malaysia, senam tari juga
dibentuk khas bagi mengekalkan kecergasan fizikal, penjagaan kesihatan dan memulihara
warisan budaya negara. Dalam pertandingan ini, setiap kumpulan yang terdiri daripada lapan
hingga sepuluh orang akan mengambil masa kira-kira 7 minit ini bermula dengan gerakan asas
seperti memanaskan badan, aktiviti kardiovaskular, dan menyejukkan badan . Gerak tarian ini
merangkumi tarian zapin, inang, joget, tarian Cina, tarian india, Sabah dan Sarawak yang telah
diolah menjadi sebuah senaman dalam bentuk persembahan yang menarik. Pertandingan ini
memfokuskan kepada keindahan seni pergerakan tarian yang dijadikan sebuah elemen
senaman yang masih mengetengahkan kehalusan seni pergerakan dan diikuti dengan
keindahan formasi yang pelbagai.

2.0 RASIONAL

Dalam menyusuri kehidupan yang serba canggih ini, budaya dan adat resam seperti
tarian bangsa tidak wajar dilupakan. Justeru, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG
Kampus Temenggong Ibrahim mengambil inisiatif menganjurkan sebuah pertandingan senam
tari yang bertujuan memupuk minat dan menanam semangat cinta terhadap karya seni tarian
yang ada di Malaysia agar tidak lekang dek panas; tidak lapuk dek hujan. Melalui aktiviti seperti
ini juga, pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) boleh
merapatkan ukhuwah serta menggalakkan pertukaran buah fikiran. Hal ini adalah selaras
dengan tuntutan utama watak Temenggong iaitu kokurikulum berimpak tinggi. Perkara ini tidak
sewajarnya diambil ringan bagi memupuk jati diri nasional dalam diri setiap peserta yang terlibat
sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
3.0 OBJEKTIF
Pertandingan senam tari ini diadakan bagi memenuhi objektif berikut:
3.1 Melahirkan bakal guru yang berkebolehan dalam mengetuai senaman.
3.2 Menanam sikap cinta terhadap budaya dan karya seni tradisional
3.3 Melatih bakal guru untuk mahir dalam lakuan motor halus dan kasar, lokomotor dan
bukan lokomotor
3.4 Sebagai platform kepada bakal guru untuk melatih kemahiran seni pergerakan.

4.0 ANJURAN
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

5.0 TEMA PROGRAM


Nilai-nilai Murni dan Ukhuwah

6.0 TARIKH PROGRAM


17 April 2017

7.0 TEMPAT PROGRAM


Teluk Gorek

8.0 PESERTA

Bil. Peserta Jumlah Peserta

1. Pensyarah (Hakim) 2

2. Peserta Lelaki

3. Peserta Perempuan

Jumlah Keseluruhan
9.0 CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD SHAFIE

TIMBALAN PENGERUSI

MUHAMMAD ALIF IQMAL BIN MOHD YUSOF

SETIAUSAHA
MUHAMMAD HAZIQ BIN HASNIZAM

BENDAHARI
RABIATUL ADAWIYAH BINTI ZAPUDI (PJ1)
LISA DARWINA BINTI KAMALRUL AZAMI (PJ2)
IZZAH NAZIRAH BINTI MOHD NAJIB (PJ3)

PENYELARAS
KHAIRINA AZIMAH BINTI MOHD AMIN (PJ1)

MEOR AZLAN BIN AHMAD RUSIDI (PJ1)

NUR AZEERA BINTIHALIM (PJ2)


JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI
ALIF DANIEL BIN MAMAT SAULI

NAIB PENGERUSI
KHAIRINA AZIMAH BINTI MOHD AMIN

SETIAUSAHA
KHAIRUL SHUIB BIN KHAIRUL AZIZI

10.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Aktiviti Catatan

/ Masa

1 April - 9 April Latihan Fasa I

10 April Daftar Kumpulan Beserta Lagu

11 April - 16 April Latihan Fasa II

17 April Pertandingan

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

11.1 Peserta : 9-10 orang satu kumpulan

11.2 Jenis Tarian : Sekurang-kurangnya tiga jenis tarian melayu dan dua tarian luar
11.3 Masa : 5-7 minit

Anda mungkin juga menyukai