Anda di halaman 1dari 1

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi

pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. OBJEKTIF 2.1 2.2 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan. Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan rangsangan.

2.3 2.4

2.5

2.6 2.7

Anda mungkin juga menyukai