Anda di halaman 1dari 2

SOH SIEW FUNG 2017122340038 02/17/2021

Bincangkan bagaimana seorang individu membuat peralihan dari siswa guru


ke pendidik profesional. (Merujuk kepada peringkat-peringkat perkembangan
guru yang berkaitan).

Berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller 1969, perkembangan guru sebagai


proses yang dilalui oleh guru dari peringkat keprihatinan terhadap diri (guru) kepada
tugas (pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar). Berikut merupakan peringkat
perkembangan guru berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller 1969 (Rajah 1):

Peringkat
Peringkat Peringkat
Kemandirian
Tugas Impak
Diri
Rajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller 1969

Secara jujurnya, siswa guru tidak mempunyai banyak peluang untuk mempraktikkan
pengajaran di dalam kampus selain daripada menjalankan program praktikum yang
sepanjang 3 bulan dan dibezakan kepada dua sesi. Oleh itu, siswa guru tidak
mempunyai masa yang panjang untuk memperkembangkan teknik atau kemahiran
mengajar seperti yang dinyatakan dalam Lima Peringkat Perkembangan Guru yang
diperkenalkan oleh Trotter pada tahun 1986. Oleh itu, Teori Keprihatinan Fuller 1969
adalah lebih bersesuaian dalam membincangkan bagaiaman seorang individu
membuat peralihan dari siswa guru ke pendidik professional.
Berdasarkan Rajah 1, peringkat utama dalam Teori Keprihatinan Fuller ialah
peringkat kemandirian diri. Dalam peringkat ini, guru akan berasa bimbang tentang
kemampuan diri untuk mengawal kelas dan komen dariapda ibu bapa atau guru-
guru lain. Ini menunjukkan keyakinan diri guru adalah rendah semasa melaksanakan
tugas mengajar dan ini sering berlaku kepada siswa guru yang menjalankan
program praktikum. Hal ini demikian kerana siswa guru hanya membelajari teori-teori
atau kemahiran mengajar di kampus dan tidak mempunyai peluang yang banyak
untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan yang dibelajari. Oleh itu, siswa guru akan
berkeyakinan diri dan meragui kemampuan diri dalam melaksanakan tugas
pengajaran dengan baik.
Seterusnya, siswa guru akan masuk ke dalam peringkat kedua, iaitu peringkat
tugas. Dalam peringkat ini, keprihatinan guru adalah terhadap memperbaiki
pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran. Selepas mengalami
peringkat 1, siswa guru akan membuat refleksi terhadap pengajaran yang
SOH SIEW FUNG 2017122340038 02/17/2021

dilaksanakan dan membuat pembaikan. Peringkat ini juga dapat direalisasikan


dalam Program Praktikum. Hal ini demikian kerana dalam Program Praktikum, siswa
guru akan mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing serta akan menulis refleksi pengajaran selepas mengajar.
Selepas itu, siswa guru akan mengalami peringkat terakhir, iaitu peringkat
impak. Dalam peringkat ini, guru akan melihat anak muridnya sebagai individu yang
mempunyai pelbagai keperluan dan mula menumpukan perhatian kepada anak
muridnya dengan cuba memenuhi keperluan muridnya.
Secara tuntasnya, berdasarkan Teori Keprihatinan, siswa guru akan
mengalami tiga peringkat keperihatinan, iaitu dari peringkat keprihatinan terhadap
diri (guru) kepada tugas (pengajaran) dan seterusnya impak (pelajar). Ini juga
merupakan proses seorang individu membuat peralihan dari siswa guru ke pendidik
profesional. Walau bagaimanapun, perubahan kepada persekitaran pembelajaran
seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas yang diajar dan perubahan
tempat bertugas boleh menyebabkan peringkat perkembangan guru berbalik ke
peringkat yang lebih rendah.

Anda mungkin juga menyukai