Anda di halaman 1dari 13

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA SANJI BETTA

Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk pembiakan Betta :-

1. Pra Pembiakan (Conditioning)

Induk jantan dan induk betina diasingkan, seekor ikan jantan dipelihara di dalam sebuah
bekas
sementara betina didalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makana boleh diberi
tetapi
keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, 'tubifex worm' atau 'blood worm'
.
2. Penyediaan tangki pembiakan

Tangki berukuran 15 inci x 10inci x 8inci adalah memadai. tangki diisi separuh penuh
dengan
air paip atau hujan yang telah diheningkan

Dibahagian dalam tangki diletakkan satu keratan paip Tee PVC 2inci untuk induk betina
bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif. Elok sekiranya ditambah sedikit air
daun
ketapang @ ekstraknya.

3. Mencampurkan induk
.
Mula-mula induk jantan dimasukkan kedalam tangki pembiakan. Apabila ia telah
membina
sarang buih, ini menunjukkan kesediaannya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses
ini
ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan kedalam tangki
pembiakan
untuk merangsangkan ikan jantan.

4. Membuat Sarang Buih

Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan
menghembuskan
satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini akan
bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang.

Pada permulaan perkenalan induk jantan dan induk betina akan bergaduh, sehingga satu
ketika kedua-dua induk tersebut telah bersedia untuk mengawan, ianya akan berada
dibawah
sarangnya dan mulai mengawan.

Perubahan ton warna seakan-akan berbelang pada induk betina, merupakan tanda bahawa
induk tersebut sudah bersedia untuk mengawan.
5. Proses Persenyawaan

Semasa mengawan induk jantan dan betina akan membelitkan badan antara satu sama lain.
Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang
dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
Telur yang tersenyawa tenggelam kedasar tangki. Telur tersebut dipungut oleh ikan jantan
dan dimasukkan kedalam sarang buih. buih yang rosak akan dibaiki oleh ikan jantan.
Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 2 jam.

6. Penjagaan Telur

Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina tidak diperlukan lagi dan hendaklah segera
dikeluarkan dari tangki pembiakan untuk dirawat kerana apabila selesai mengawan induk
jantan
tidak membenarkan induk betina menghampiri sarang@buih yang mengandungi telur itu
tadi.
Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry

Telur menetas selepas 24 - 30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina
semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula kedalam
sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberikan makanan.

Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semulajadi yang terdapat dalam air
hijau
(green water) yang boleh didapati dari air kolam ternakan ikan talapia/ keli yang telah
lama.
Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru
menetas.
Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan berkhasiat seperti larutan telur kuning (hanya
sedikit sahaja).

Fry yang berumur 7 hingga 10 hari perlu dipindahkan ketangki pemeliharaan yang lebih
besar
untuk pembesaran. Makanan yang perlu diberi ialah moina atau "blood worm" yang
dicincang.
Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan

Setelah anak-anak betta berumur 3 bulan, ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan
secara individu di dalam botol. Ikan betina pula boleh dipelihara dalam tangki secara
komoniti.
Untuk penghasilan secara komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas
yang
banyak untuk menyimpan jantan.
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA PEMBIAKAN IKAN BETTA

1. Jika induk betina belum bersedia untuk mengawan, induk jantan akan mencederakanya
sehingga mati. Jika induk jantan belum bersedia menerima induk betina atau sarang
buihnya
belum siap, ia juga akan bertindak ganas terhadap betina.

2. Sebaliknya jika induk betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, induk betina pula
akan
bertindak agresif terhadap si jantan. Sekiranya si jantan masih belum menyiapkan
sarangnya
kadang kala induk betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh induk
jantan.

3. Untuk memilih induk jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapat buih didalam
bekasnya
sementara induk betina dipilih dari jenis yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas,
warna
menarik dan memberansangkan.

Video dibawah menunjukkan bagaimana Induk Betta betina dan induk Betta jantan
mengawan
Cara ternakan Ikan Laga

Kami berkongsi cara ternakan Ikan Laga mudah giler

CARA TERNAK IKAN LAGA


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Sebelum anda membela Ikan Laga,anda dikehendaki membuat tempat tinggal Ikan
Laga.Oleh kerana Ikan Laga lebih berminat tinggal di dalam kaca daripada plastik.Dapatkan
size tempat tinggal sekurang-kurangnya lebih 9 cm.maklumlah Ikan Laga pun nak tinggal
tempat besar untuk tumbesaran.

* Ikan Laga boleh cepat mati sekiranya menggunakan air paip,air hujan.Anda boleh
menggunakan air masak kerana air itu tidak mengandungi KLORIN.Anda boleh
menggunakan kadar yang lain iaitu menggunakan ANTI-KLORIN atau biarkan air paip/air
hujan selama 3 hari.

* Pilih Ikan Laga yang terbaik iaitu memilih Ikan Laga yang cantik, agresif dan matang
dengan perhatikan buih sekeliling.Buih keliling maksudnya ikan itu sudah sedia untuk
membiak.Cara itulah ikan anda cepat membiak.

* Air digalakkan tukar selama 3 hari sekali..

* Memberi makanan kepada ikan anda hanya 10 pallet 3 kali sehari.Makanan terbiar/tidak
makan anda sewajarnya membuang makanan kerana ia boleh mengotorkan Aquarium lebih
cepat.

* Terserlah kepada korang yang membela Ikan Laga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA MEMBIAK IKAN LAGA


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Sediakan AQUARIUM PENYEWAAN (terserlah pada korang membiak kurang atau


banyak) aquarium kecil untuk membiak sedikit sahaja,manakala aquarium besar lebih kurang
20 cm atas boleh membiak ikan laga sebanyak 100 lebih sekali gus..

* Jangan campurkan JANTAN dengan BETINA kerana jantan boleh membunuh si betina.

* Pertama, anda perlu berkenalan kedua-dua ikan tu.(biar diorang sms dulu baru buat projek)
* Jantan kat luar,Betina kat dalam bekas lutsinar.

* Biarkan selama 3-7 hari.

* Jika si jantan tidak agresif pada si betina anda sudah boleh campurkan ikan.

* Kedua, perlu ungrade aquarium..TUMBUHAN AIR,KOTAK,BATANG PAIP.

* kalau anda ada daun ketapang letakkan diatas aquarium.Ni la daun ketapang, tapi jangan letak
yang masih hijau lak. Letak yang dah kering macam kat bawah ni..
*selepas ikan anda mengawan anda mesti keluarkan laga betina supaya betina tidak makan
telur tu .laga jantan jangan keluarkan ..laga jantan akan menjaga telurnya sampai menetas dan
sehingga pandai berenang .selepas anak laga itu pandai berenang barulah keluarkan si jantan
kalau tidak si jantan akan memakan anak laga itu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
makanan yang boleh diberikan kepada anak laga
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*makanan yang boleh diberikan kepada anak laga ialah:

microworm

*selain microworm anda juga makanan yang lain seperti

1.kutu air.
2.cacing cube.
3.blodworm.
4.kuning telur.

*barang-barang yang anda perlukan untuk membuat telur kuning ialah:

1.bekas kosong
2.lidi.
3.telur rebus 1biji
4.air masak.

*pertama kita ambil telur rebus dan kupas kulitnya.


*kedua kita ambil telur kuning yg putih boleh dimakan.
*ketiga kita masukkan telur kuning kedalam bekas kosong dan hancurkan telur kuning itu.
*keempat kita masukkan air masak ....ps:jangan sampai telur itu terlalu keras ataupun
terlampau cair..
*kelima telur itu sedia diberikan kepada anak ikan letakkan sedikit saja ke dalam aquarium
anda.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringkat Anak Ikan Laga Membesar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* tujuh minggu- latih bagi makan micro pallets..asingkan ikan korang takut ada perut timbul
kat atas nama ikan berdarah fighter..
* sebelas minggu - ikan korang boleh jual...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbezaan Jantan Dan Betina
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyakit ikan laga


Ikan Laga juga seperti ikan-ikan hiasan lain,
sekirannya penjagaan kurang diambil perhatian ikan laga mempunyai risiko kepada
pelbagai. Penyakit yang selalu menyerang ikan anda kebanyakannya adalah
bakteria,kulat dan parasit. Keadaan air yang buruk mendatangkan banyak
keburukan kepada ikan laga selain membantu pembiakan bakteria-bakteria.
Sesetengah bakteria datang dari makanan yang terbiar. Makanan yang tidak
dimakan perlu dibuang, jangan biar makanan tersebut larut bersama air. Sebelum
merawat anda perlu mengenal pasti keadaan ikan laga yang sakit.

Mengenal pasti ikan laga yang sakit

Ini boleh dilihat melalui tingkah lakunya. Ikan laga yang sakit menunjukkan tanda-
tanda seperti

 Tidak aktif, hanya berada ditempat yang sama tanpa bergerak


 Kurang bergerak
 Tiada selera makan
 Menggeselkan badannya pada dinding akuarium,batu-batu hiasan dan pokok-
pokok hiasan
 Tidak bermaya

Ini juga boleh dilihat terus pada tubuhnya

 dipenuhi tompok-tompok putih dan hitam


 warna yang pudar
 ekor yang mereput
 abdomen yang besar dari ikan laga yang normal
 mata membonjol
Jenis-jenis penyakit ikan laga dan rawatannya

Jangkitan Kulat

Badan ditumbuhi tompok-tompok seperti kapas/kulat

Tanda-tanda :

 Kawasan badan mempunyai tompok-tompok kapas putih


 Warna mungkin pudar

Kelakuan : Kurang aktif, tidak makan

Rawatan : Tukar air sebersih-bersihnya, bekas dicuci, sediki garam aquarium. Guna
ubat Anti-Fungus jika ada.
Ubatan lain : Maracyn, Furacyn

Ekor/sirip mereput

Terjadi kerana keadaan air yang teruk. Ekor mungkin tidak seperti sediakala bila
mula tumbuh.

Tanda-tanda :

 Ekor yang pendek dan terus pendek


 Hujung ekor yang gelap atau pudar
Kelakuan : Kadang-kadang aktif, tidak makan

Rawatan : Tukar air baru bersih, Bekas bersih, Gunakan daun ketapang jika ada,
Lakukan sehingga ekor tumbuh semula. Garam aquarium juga boleh digunakan.
Ubat : Ampicillin, Tetracycline

Jangkitan Bakteria

Terjadi kerana bakteria dari air yang kotor, makanan terbiar dan tangan yang kotor.
Elakkan memindah ikan menggunakan tangan, gunakan jaring.

Tanda-tanda :

 Badan mula ditumbuhi benda pelik


 warna memudar

Kelakuan : Hilang selera makan, berada di dasar akuarium tanpa bergerak

Rawatan : Tukar air baru, cuci perkakas2 akuarium termasuk pasir2, pokok2, batu2.
Elakkan memindahkan ikan menggunakan tangan, gunakan jaring yang lembut.
Gunakan daun ketapang atau ubat anti-bakteria jika ada.
Ubat : Tetracycline, MarOxy, Maracyn

Dropsy

Terjadi kerana bakteria dari makanan hidup, kegagalan fungsi paru2, penyakit yang
belum ada penawar yang sebenar

Tanda-tanda :
 Badan yang membesar terlampau
 sisik-sisik yang terbuka

Kelakuan : Biasa

Rawatan : Tukar air baru, gunakan daun ketapang, beri makanan yang
mengandungi anti-bakteria atau anti-parasit. Berhenti memberi makanan hidup.
Boleh membawa kepada kematian jika lambat rawat. Dropsy yang sebenar jarang
terselamat.
Ubat : Erythromycin, Maracyn 2, Tertracycline

Popeye

Punca dari bakteria dari air yang tercemar

Tanda-tanda: Mata yang membonjol

Kelakuan : Hilang selera makan

Rawatan: Tukar air sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 kali sehari, gunakan daun


ketapang ataupun garam akuarium.
Ubatan lain : Melafix

Velvet (sejenis parasit)

Punca dari yang tercemar

Tanda-tanda :

 Tidak bermaya
 Menggesel badan pada aksesori yang berhampiran dengannya

Kelakuan : Hilang selera makan, warna memudar

Rawatan : Cuci air sepenuhnya. Letak garam akuarium sebagai agen untuk
membunuh parasit. Letak ditempat yang gelap ataupun ditutup supaya velvet tidak
membiak kerana terdedah pada cahaya lampu. Keadaan gelap menghadkan parasit
ini untuk membiak.
Daun ketapang amat disyorkan.

Masalah pundi berenang (swim bladder disorder)


Akibat dari pemakanan yang berlebihan menyebabkan pundi berenang tidak berfungsi dengan baik

Tanda-tanda : Masalah berenang dengan baik

Kelakuan : Berenang dengan arah sisi ataupun senget

Rawatan : Ikan anda mampu untuk menyembuh dengan diri sendiri. Anda perlu
menjaga pemakanan ikan anda. 4-5 pelet 2 kali sehari dah memadai.

Ick (parasit)

Ick juga datang dari makanan beku

Tanda-tanda : Badan ikan dipenuhi dengan tompok-tompok putih halus

Kelakuan :Kurang aktif, tiada selera makan

Rawatan : Tukar air 100%. Garam akuarium juga membantu. Gunakan ubat anti-
whitespot. Daun ketapang amat disyorkan.

Parasit Luaran

Punca dari air yang tercemar serta mengandungi bakteria/parasit


Tanda-tanda : ikan menggesel badannya pada semua benda yang berdekatan
dengannya

Kelakuan : Hilang selera makan, kurang aktif

Rawatan : Tukar air sebersih-bersih sepenuhnya termasuk semua aksesori


aquarium. Gunakan garam akuarium. Daun ketapang amat disyorkan.

Parasit Dalaman

*Akibat dari makanan beku ataupun pelet rosak. Tidak nampak dari luar namun ikan
menunjukkan tanda-tanda.

Tanda-tanda : Badan yang mengurus

Kelakuan : badan kelihatan kurus walaupun diberi makan

Rawatan : Tukar air sepenuhnya. Beri ikan anda makan makanan berpelet ataupun
makanan yang mengandungi antibakteria. Berhenti memberi makan hidup, beku
ataupun kering. Daun ketapang juga membantu.
Ubatan lain : BettaZing

PERHATIAN !!!

 Pastikan air yang anda gunakan adalah dirawat ataupun ditapis. Guna anti-
klorin jika menggunakan air paip.
 Persediaan awal adalah penting, seperti daun ketapang ataupun garam
akuarium
 Makanan yang tidak dimakan diasing segera. Mkanan terbiar punca air
tercemar dan menyebabkan bakeria tersebar.
 Jika anda melihat ikan anda bergerak hanya untuk mengambik udara di
dasar. Kurangkan tahap air supaya ikan mudah mengambil udara.

Perlu tahu !!

 Kebanyakan penyakit ikan berpunca dari air yang tercemar serta


mengandungi bakteria pembawa penyakit. Garam akuarium membantu
menyah bakteria dalam air ataupun parasit pada ikan sendiri.
 Garam akuarium dan daun ketapang adalah bahan yang paling banyak
digunakan. Dari prosdukproduk lain.
 Daun ketapang mengandungi agen yang membunuh bakteria serta keadaan
air yang nyaman untuk ikan anda.
 kebanyakan ikan yang sakit akan hilang selera makan serta tidak aktif.

*Pencegahan itu lebih baik dari mengubati, letak sedikit garam akuarium untuk mengelak dari
terkena penyakit yang disebabkan oleh parasit dan bakteria. Daun ketapang amat disyorkan
kerana mengandungi banyak khasiat selain menyah bakteria

Anda mungkin juga menyukai