Anda di halaman 1dari 10

Penyediaan maklum balas..

pada pendapat saya adalah dengan menggunakan borang soal selidik


mengikut penilaian sumatif.

Bahagian A - mengandungi maklumat diri guru-guru

Bahagian B - mengandungi item soalan berdasarkan kriteria seperti dalam modul  jadual 9.1 m/s
230.

Borang yang da siap kita edarkan kepada guru-guru untuk mendapatkan respon mereka.

Harap betulkan sekiranya saya tersilap atau tambah jika ada yang kurang. Setakat ni, itu jer yang
saya faham.

Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di negeriyang bersih.
Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah pemerintahan seorang sultan ataugabenor.
Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama adaair, udara
ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihatyang bererti
tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan sebarangan omongkosong kerana hal
ini dapat dibuktikan di negara-negara matahari terbenam seperti New Zealanddi mana negara
tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai

pencemaran dan tahap kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia.Hal
ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada pelbagai
aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur
kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara
yang nyaman dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlumenjaga nikmat
yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yangakan datang.
Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk membentuk rakyat
sihat.Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersih saya
inginmemberikan sedikit gambaran sekiranya kita tidak mengambil berat tentang kebersihan
negerikita. Antara kesannya ialah bekalan makanan akan berkurangan. Hal ini demikian kerana
kilang-kilang di sekitar sungai mengambil jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam
sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malah
memburukkanlagi keadaan seperti kematian hidupan makanan laut serta kekurangan air sungai yang
bersih.Selain itu, kilang-kilang memproses besi dan minyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul
asapsehari. Hal ini telah menyebebkan indeks pencemaran udara semakin meningkat. Malahan,
asap berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi. Namun air-
air tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkan hakisan bangunan serta tumbuh-
tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu akan diserap ke dalam tanah. Hal ini
akanmenyebabkan pokok-pokok yang tubuh tidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah
tanah juga akan tercemar. Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih
daripada pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan
minumansemakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi makanan dan minuman
sekiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini sama sekali bertentangan
dengan propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat.Pencemaran-pencemaran yang berlaku di
negeri kita akan menyebabkan tahap kesihatanrakyat semakin teruk. Antara penyakit yang
berkemungkinan akan dihidapi oleh rakyat setempatialah penyakit Taun yang disebabkan oleh
jangkitan virus

‘vibrio cholera’ 

. Penyakit ini berpuncadaripada pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak
terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan
menyerangsaluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual, muntah
dankekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera, kematian boleh berlaku.
Disamping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadi lebih parah apabila berada di
kawasanindeks pencemaran yang tinggi seperti di antara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang
merupakantempat perindustri yang banyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan
debu. Halini akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara
yangmengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini boleh
menyebabkanseseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakit ini akan menjadi
lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akan mengurangkan rakyat sihat
didalam sesebuah negeri. Negatif impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatan
gotong-royongdijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh dilakukan di sungai,
pantai dankawasan perumahan yang tercemar dan kotor. Hal ini akan menjadi lebih efektif
sekiranyagolongan atasan turut serta dalam menjayakan program gotong-royong yang dijalankan.
Bak kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan ‘

role model’ 

kepadarakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan sikap bagai enau dalam

belukar, melepaskan pucuk masing-masing terhadap kawasan persekitaran yang kotor. Padamasa
yang sama, kawasan yang telah dibersihkan akan membuatkan mata kita sedap memandangdi
kawasan persekitaran kerana tidak mempunyai kekotoran mahupun sampah sarap disekitarnya.
Selain itu, aktiviti ini perlu dijadikan sebahagian daripada tugasan harian hidup kita.Bagi orang yang
berat tulang pasti akan menjadi ringan tulang apabila dia melihat golongan pemimpan turut turun
dari tampuk pemerintah untuk bekerjasama dalam menjadikan negeri bersih untuk kepentingan
bersama. Di sini juga kita dapat melihat bahawa kegiatan ini dapatmenjadikan seseorang itu pandai
mengurus aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap masa.Sebagai contoh, apabila kegiatan gotong-
royong dijalankan di peringkat sekolah pasti adaseseorang yang akan mengawasi pergerakan dan
memberi tugasan megikut kemampuan dankemahiran seseorang. Hal ini pasti akan dapat
melahirkan generasi yang menghargai masa. Bak kata pepatah masa itu emas. Melalui kegiatan ini,
kita pasti dapat menjamin bahawa kita bolehmelahirakan negeri bersih rakyat sihat.Sejajar dengan
itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen-kempen seperti Kempen
Cintai Alam Sekitar dan Kempen Bumi Hijau. Media massa turutmemainkan peranan yang penting
bagi menyiarkan kempen-kempen yang ingin dijalankan olehmana-mana pihak kerajaan atau swasta.
Melalui pengiklanan ini, rakyat akan sentiasa diingatkantentang kepentingan dan kebaikan
memelihara dan memulihara bumi hijau yang telahdianugerahi Tuhan. Kempen-kempen yang
dijalankan membolehkan rakyat berfikiran kreatif daninovasi. Mereka akan menggunakan kotak
minda mereka untuk mengubah dan mereka sesuatuyang baru dan menarik melalui sisa buangan
yang boleh digunakan dan dikitar semula. Hal ini juga boleh memberikan kesedaran kepada
masyarakat tempatan untuk menggunakan barangan belian seperti plastik, kertas dan kaca serta
sumber yang berterusan seperti air secara berhemat dan berjimat. Perkara ini boleh mengelakkan
pembaziran yang berlaku serta mengurangkankadar pencemaran alam sekitar. Pada masa yang
sama, kempen yang dijalankan perlu dilakukansecara konsisten supaya keadaan sekeliling bersih dan
cantik sepanjang masa. Perkara ini jugatidak akan memberikan peluang kepada kuman dan virus
untuk membiak walaupun dalam masasatu minit.Sekiranya langakah-langkah yang dinyatakan di
atas kurang memberi kesan yang positif, pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang yang
telah sedia ada. Selain itu, pegawai- pegawai yang menjalankan tugas perlu jujur dan amanah dalam
mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah. Undang-undang yang telah dikenakan
kepada pesalah perlulah tegas dantidak akan adanya belas kasihan untuk kali keduanya. Sebgai
contoh, kilang-kilang perindustrianyang telah membuang sisa-sisa toksik di sungai perlu mengenakan
denda dan tindakan undang-undang yang setimpal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan.
Sekiranya perlakuan initidak memberi kesedaran kepada mereka, pihak kerajaan perlu menarik lesen
perkilangan danmemberhentikan pengurusan kilang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak
kerajaan juga perlumengeluarkan akta-akta yang baru dan bersesuaian untuk mengurangkan
pembukaan kilang-kilang perindustrian yang baru bagi mengurangkan pencemaran terhadap flora
dan fauna sertakepada manusia. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu membuat satu
perjanjian dengansyarikat yang sedia ada dengan mengutarakan syarat-syarat yang ketat untuk
mereka meneruskan pengurusan kilang tanpa mencemarkan negeri terutamanya kepada kilang-
kilang perindustrianyang memproses besi, minyak dan arang batu. Melalui tindakan ini, rakyat
tempatan akan lebihmenghormati dan taat kepada undang-undang dan akan mematuhi undang-
undang tersebut.Sebagai contoh, di Singapura rakyatnya pasti akan membuang sampah ke dalam
tempat yangtelah disediakan oleh pihak yang berkenaan. Hal ini demikian kerana undang-undang di

Singapura sangat tegas dan mempunyai pegawai yang bertanggungjawab. Langkah-langkah iniakan
menjamin pada masa akan datang untuk mencapai wawasan kita iaitu negeri bersih
rakyatsihat.Antara kesan positif yang kita perolehi sekiranya negeri bersih dapat dicapai
ialahkesihatan rakyat setempat akan lebih berkualiti. Hal ini demikian kerana melalui usaha
yangdilakukuan di atas telah dapat membanteras kuman dan virus daripada bermaharajalela di
tempatyang kotor. Di samping itu, tempat-tempat pencemaran dan pembuangan sampah-sarap
akan berkurangan. Perkara ini juga dapat mengurangkan penggunaan tanah kosong untuk
penimbusandan pelupusan sampah di samping dapat mengembalikan nutrient dan zat-zat yang
diperlukanoleh tanah bagi menyuburkan semula tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang
merupakansebahagian daripada makanan asas manusia untuk memberikan vitamin serta mencuci
sistem penghadaman manusia. Pesakit yang menghidapi salah satu penyakit yang dinyatakan di
atasakan berkurangan kerana kawasan tersebut telah dibersihkan. Walaupun penyakit-penyakit
inimengambil masa yang lama untuk sembuh namun telah dapat menyedarkan manusia
bahawakawasan yang bersih dapat menjamin kesihatan mereka serta dapat membanteras
penyakit- penyakit baru untuk muncul. Di sini kita dapat melihat dengan mata sendiri bahawa rakyat
yangsihat datangnya daripada negeri yang bersih.Penambahan rakyat sihat akan membangunkan
ekonomi negeri dalam pelbagai sektor.Sebagai contoh, Terengganu mempunyai pelbagai tempat
pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing mahupun tempatan seperti Pulau Kapas dan
Tasik Kenyir. Melalui penjagaanyang rapi di tempat-tempat peranginan sudah pasti akan
membuatkan pemandangan lebih cantik dan nyaman disamping dapat mengurangkan pencemaran.
Perkara ini telah dapat meningkatkankewangan dalam bidang pelancongan di negeri kita. Rakyat
yang sihat juga akan memberikan 100 peratus tumpuan terhadap pekerjaannya dan dapat
mengurangkan hari untuk mereka cutisakit. Perkara ini jelas memberitahu kita bahawa kedudukan
ekonomi negara berada dalamtangan rakyat yang menggembleng tenaga mereka untuk mencari
rezeki bagi manapungkehidupan seharian mereka. Di samping itu, pembangunan teknologi akan
bertambah majukerana mempunyai rakyat yang proaktif dan sihat dari pelbagai aspek iaitu jasmani,
rohani danmental. Justeru, negeri bersih juga dapat melahirkan rakyat yang produktif dalam
melakukansesuatu tugasan kerana telah wujudnya rakyat yang bebas daripada penyakit.Pada masa
yang sama, propaganda negeri bersih rakyat sihat boleh memupuk perpaduanantara rakyat Malaysia
yang mempunyai berbagai-bagai kaum seperti melayu, cina dan india.Melalui kegiatan gotong-
royong, kerjasama antara penduduk kampung akan menjadikan tugasanyang dilakukan lebih efisen
dan cekap di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antarakaum. Di sini kita dapat lihat
bahawa persefahaman antara kaum akan lebih mendalam. Hal ini boleh mengelakkan pergaduhan
dan peperangan antara kaum yang pernah terjadi di Malaysiaiaitu peristiwa gelap pada 13 Mei 1969.
Bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali.Rakyat setempat juga akan lebih disiplin dalam
mematuhi undang-undang kerajaan disampingdapat memupuk rasa cinta dan sayang kepada negeri.
Bak kata pepatah hujan emas di negeriorang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri. Pada masa yang sama, pertahanan negara kita akan lebih mantap serta keamanan dan
keharmonian negara akan lebihterjamin. Hal ini boleh menjadikan musuh menggeruni negara kita
dan dapat mengelakkannegara kita dicerobohi atau dijajah oleh orang luar.Intihanya, pihak kerajaan
dan pihak bukan kerajaan perlu menangani masalah kebersihandan pencemaran yang berlaku di
negeri kita dan tidak ketinggalan juga masyarakat setempatyang menunjukkan sesitiviti atau
kepekaan dan keperihatinan mereka terhadap keadaaan disekeliling mereka. Tanapa
penguatkuasaan dan pematauan dari pihak atasan akan membuatkanrakyat menjadi lalai tentang
tanggungjawab nereka sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ole halyang demikian, semua pihak perlu
saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu samalain bagi mengelakkan negeri kita
dicemari oleh sampah-sarap yang merosakkan pemandanganyang cantik dan indah. Disebabkan
manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan,kita sebagai insan perlu bersungguh-
sungguh untuk menampilkan wajah yang baru disulamitekad untuk mempertahankan khazanah yang
telah dianugerahi Tuhan. Program negeri bersihrakyat sihat dapat memperteguhkan tali-temali
persaudaraan sesama masyrakat yang berbilangkaum tanpa mengenakan sebarang syarat. Agenda
kerja yang terancang dan sempurna pasti akanmenjayakan wawasan negeri bersih rakyat sihat.
NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT

Para

cendiakawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada bawah naungannegeri yang
bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada di bawah pemerintahan seorang Sultan ataugabenor.
Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada darisegi
persekitaran ataupun kehidupan sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk bagi sesebuah
negeri.Akhir sekali, sihat didefinisikan sebagai tidak menghadapi sebarang penyakit, baik dari segi
fizikalmahupun mental. Justeru, kita sebagai rakyat harus menitikberat akan perihal kebersihan ini
untukmelahirkan rakyat yang sihat serta bebas daripada segala ancaman penyakit. Secara tidak
lansung,negara kita juga akan untung dari segi pembangunan kerana memiliki rakyat yang sihat akal,
fizikal danmental. Jadi, negara kita pasti dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negaramaju yang lain serta tidak dipandang seperti anjing kurap.Bagi memastikan impian

Negeri Bersih Rakyat Sihat

dapat direalisasikan dengan sempurna , kitasebagai rakyat negeri mestilah terlebih dahulu
menyanjung tinggi kebersihan dalam kehidupan hariankita. Kebersihan juga hendaklah dijadikan
sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukanhanya diperkatakan dan meniti dari bibir ke
bibir sahaja tetapi juga diamalkan dalamkehidupan hariandan berpatri kukuh di jiwa setiap insan. Hal
ini kerana, kebersihan membawa erti besar kepada kerajaannegeri serta mempengaruhi lembayung
kepimpinan negara.Mari kita sama-sama menghayati hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud , amat jelaskepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya
kebersihan dalamkehidipan seorang muslim dengan meletakkannya sebagai sebahagian daripada
imannya .(riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)Jadi, di sini jelaslah bahawa kebersihan
itu penting. Namun begitu bukan hanya agama islam sahajayang mementingkan kebersihan tetapi
semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspekkebersihan dalam kehidupan beragama. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat pentingdalam kehidupan harian kerana kebersihan
merupakan pemangkin kepada kesihatan sarwajagat.Bertunjangkan kepada hal tersebut, langkah
sederap untuk memberikan kesedaran masyarakat dalammenggerakkan usaha kea rah negeri bersih
harus dilakukan. Hal ini disebabkan, peranan masyarakatmerupakan faktor dominan yang menjadi
tunjang kepada pihak kerajaan.Untuk merialisasikan amanat kebersihan ini, pelbagai usaha perlu
diambil dan dilaksanakan.

Contohnya, ‘Jom Bersih!’ merupakan salah satu kempen

yang pernah diusahakan oleh pihak kerajaannegeri Terengganu. Kempen seperti ini harus
diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif dan objektif sampai ke peringkat agar umbi.
Selain itu, segala promosi dalam media massa haruslahdigerakkan dengan lebih hebat kerana segala
maklumat yang ingin disampaikan mesti menepatisasarannya. Hal ini adalah untuk memastikan
segala perancangan kerajaan mampu diterima dandihayati oleh rakyat jelata. Sebagai intihan bicara,
kerajaan negeri boleh mempromosikan kebersihandalam media elektronik mahupun akhbar arus
perdana. Seterusnya,penguatkuasaan undang-undangharus menjadi satu aspek yang tidak boleh
dipandang sebelah mata. Oleh itu, pihak majlis perbandaraannegeri haruslah memainkan peranan
dengan memantau kegiatan orang awam yang bersikap buruk seperti membuang sampah di merata-
rata tempat.Jadi tindakan tegas seperti menyaman ataupunmemberikan khidmat kaunseling atas
tindakan yang telah dilakukan oleh mereka harus diambil. Pihakmajlis perbandaraan juga haruslah
menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan
untuk mereka bertugas. Dengan cara ini, negeri akan bebas daripadasebarang pencemaran alam
yang akan mencacatkan pemandangan. Sejak dari ketamadunanmasyarakat dahulu lagi, undang-
undang merupakan perkara pokok yang menjadikan sesebuah bangsaitu bertamadun. Justeru,
gerakan kempen secara proaktif dan juga penguatkuasaan undang-undangyang berkesan mampu
mewujudkan suasana dan persekitaran negeri Terengganu yang bersih sertaharmoni. Sekaligus,
menjadikan rakyat negeri sihat sejahtera.Indikator yang seterusnya, untuk memastikan hasrat murni
kerajaan tersebut dapat dirialisasikandengan jayanya, pihak kerajaan sendiri harus memainkan
peranan. Hal ini dapat dibuktikan apabilakerajaan negeri Terengganu telah memperuntukkan lebih
kurang 40juta setiap tahun bagi memastikannegeri Terengganu dalam keadaan yang cukup bersih
dan indah. Pelaburan yang diusahakan oleh pihakkerajaan ini wajar diperkemaskan lagi dengan satu
gerak-geri yang proaktif serta bernas. Peruntukkantersebut haruslah digunakan semaksima yang
mungkin dalam mengerakkan usaha kea rah negeri bersihseperti mengadakan pertandingan
kebersihan diperingkat akar umbi, penyediaan kemudahan atauprasarana kebersihan dan
sebagainya. Antara kemudahan yang wajar dititikberatkan oleh pihakkerajaan adalah penyediaan
tong sampah, landskap yang indah serta penyediaan tandas yang berkualiti.Langkah awal yang
diambil ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan masalah kekotoran dari menjadipekung yang
lama-kelamaan menjadi barah yang tidak mampu diubati lagi. Hal ini bertepatan denganperibahasa
melayu, sediakan payung sebelum hujan. Prasarana yang dibangunkan ini mampumengurangkan
masalah kebersihan yang seringkali menggugat pandangan serta perspektif masyarakatluar terhadap
negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan wajar melakukan gerak kerja yang proaktif dengansegala
kelengkapan kebersihan ag

ar segala yang dihajati terlaksana, ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’. Kita

 juga patut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana tidak memandang
entengterhadap isu kebersihan ini.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kegiatan
bergotong-royong juga memainkanperanan yang amat penting sebagai agen kebersihan. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana melaluikegiatan yang afdal ini, negeri kita bukan sahaja bersih
persekitaran malah bersih daripada masalahperkauman. Hal ini disebabkan kita dapat menghapus
sikap masyarakat yang seperti enau dalambelukar, melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, kita
juga dapat memupuk nilai murni dalamsanubari kita. Hal ini seperti yang dikatakan oleh Tun Dr.
Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam
kegiatan bergotong-royong, kita berupayamenerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini
sama seperti sambil menyelam, minum air.Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-
royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003.Kegiatan ini mampu memasyarakatkan rakyat oleh
sebab bulat air kerana pembetung,bulat manusiakerana muafakat. Dengan bersihnya masalah
perkauman ini, barulah gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ke-6 ,Dato Seri
Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat dijayakandengan sempurnanya.

Namun begitu, masih tidak dapat dinafikan walaupun pelbagai kempen telah diadakan olehkerajaan
berkaitan dengan kebersihan dan keindahan, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yangtidak
mengambil berat akan hal ini. Ini mungkin kerana terdapat segolongan rakyat yang
mempunyaitabiat tidak mempedulikan kebersihan dan keindahan. Kalau ada sekalipun , kebanyakan
mereka

menggunakan ‘double

standard’ iaitu memen

tingkan kebersihan dan keindahan di dalam rumahmasing-masing tetapi di luar rumah mereka tidak
mengambil berat tentang kebersihan dan membuangsampah di mana-mana mereka suka. Tabiat ini
perlu dikikis dan dibendung . Hal ini kerana kesedaranmasyarakat dalam menggerakkan usaha kea
rah negeri bersih merupakan faktor dominan dalammerialisasikan hasrat murni kerajaan negeri
Terengganu. Jika ingin dianologikan , masyarakatmerupakan tiang-tiang ataupun cerucuk menang
kerajaan yang sentiasa menyokong serta mendukungsegala hasrat serta harapan kerajaan. Jika tiada
kerjasama serta sokongan yang padu daripada umum,mungkin menara yang dibina berlandaskan
misi kemajuan akan tersungkur dan tumbang menyembahbumi. Sebenarnya, jika ingin dianalisis dan
dibedah siasat , amalan kebersihan ini wajar bermula darirumah masing-masing. Setiap penduduk
atau anak jati negeri ini harus memainkan peranan denganmemeastikan persekitaran rumah masing-
masing dalam keadaan bersih . Walaupun ianya nampak kecilnamun implikasinya amatlah besar
kepada negeri ini. Sekiranya, semua orang menjalankantanggungjawab mereka, sudah tentu negeri
Terengganu menjadi negeri terbersih di tanah air.Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita
menjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenagadalam membendung kemelut kebersihan ini.
Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negarayang makmur dari segi ekonomi, tetapi muflis
dari segi kebersihannya. Namun demikian, sekarangbukanlah masa untuk menopong dagu dan
menunding jari sahaja. Jadi, kita perlu menyemai sikap murniseperti bencikan kekotoran. Dengan ini,
kebersihan menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyatMalaysia, maka dengan sendirinya
kita akan berasa malu untuk mengotorkan alam sekitar dan akanmenjaga kebersihan. Dengan itu,
kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadimasalah serta beban yang
berat kepada masyarakat. Justeru, tumpuan penyemaian sikap bencikankekotoran hendaklah
disemaikan dalam diri kanak-kanak sedari kecil lagi melalui didikan dan teladanmasa. Mereka
diibaratkan sebagai kain putih yang suci bersih , jadi kitalah yang harus mencorakkanwarna
keperibadian mereka untuk menjadi manusia yang mencintai kebersihan. Hal ini kerana
merakaadalah harapan bangsa yang akan menerajui kepimpinan negara kelak.Kebersihan juga
membawa banyak manfaat kepada kita semua. Hal ini kerana ,kehidupan kitabukan sahaja menjadi
lebih selesa dari segi pemandangan dan iklim yang nyaman, malah kita akanmenjadi manusia yang
lebih sihat. Seseorang yang sihat mempunyai kemampuan berdaya saing yangtinggi. Secara tidak
langsung, negeri yang bersih akan melahirkan rakyat yang kreatif , inovatif dan bebasdaripada segala
ancamam penyakit berbahaya seperti demam kepialu. Jadi negeri yang bersih mampumeningkatkan
taraf kesihatan rakyat dari mundur ke kesihatan yang berkualiti tinggi.Jadi, jelaslah di sini bahawa
negeri yang bersih akan melahirkan rakyat sakinah dan madani, yang

dapat membantu dalam pembangunan negara. Impian ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’ bukan hanya
rekaan
Mat Jenin yang tidak berasas tetapi kita perlu merialisasikannya dengan sokongan yang
praktikal.Oleh

sebab itu, kita sebagai rakyat harus menitikberatkan kebersihan dan memainkan peranan masing-
masing agar kesihatan kita sebagai rakyat terjamin untuk membantu kepimpinan negara kelak.
Dengan  

itu, akan lahirlah sebuah negeri Terengganu yang bersih dan indah serta rakyatnya, sihat dan
senyumsokmo.
Negeri Bersih Rakyat Sihat

Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pastiberada di negeri yang bersih.
Negeri bermaksud daerah yang berada dibawahpemerintahan seorang sultan atau gabenor.
Manakala bersih membawa maknabebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air, udara
ataupun bunyi.Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihatyang bererti
tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukansebarangan omong kosong kerana hal
ini dapat dibuktikan di negara-negaramatahari terbenam seperti New Zealand di mana negara
tersebut merupakan salahsatu negara yang paling bersih daripada pelbagai pencemaran dan
tahapkesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia. Hal ini
telahmembuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripadapelbagai aspek
sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyatMalaysia kita perlu bersyukur kerana
masih terdapat punca air yang bersih, pelbagaipokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang
nyaman dan segar masih dapatdihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang
diberikan olehTuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang.Perbentukkan
negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untukmembentuk rakyat sihat.Sebelum saya
mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersihsaya ingin memberikan sedikit
gambaran sekiranya kita tidak mengambil berattentang kebersihan negeri kita. Antara kesannya
ialah bekalan makanan akanberkurangan. Hal ini demikian kerana kilang- kilang di sekitar sungai
mengambil jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam sungaibagi menjimatkan kos. Tetapi
perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malahmemburukkan lagi keadaan seperti kematian
hidupan makanan laut sertakekurangan air sungai yang bersih. Selain itu, kilang-kilang memproses
besi danminyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul asap sehari. Hal ini telahmenyebebkan indeks
pencemaran udara semakin meningkat. Malahan, asap

berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi.Namun air-air
tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkanhakisan bangunan serta tumbuh-
tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid ituakan diserap ke dalam tanah. Hal ini akan
menyebabkan pokok-pokok yang tubuhtidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah tanah
juga akan tercemar.Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada

pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkansumber makan dan minuman
semakin berkurangan dan berkemungkinanakan berlakunya inflasi makanan dan minuman sekiranya
negara kitatidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini sama sekalibertentangan dengan
propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat.

Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita akan menyebabkantahap kesihatan rakyat


semakin teruk. Antara penyakit yang berkemungkinan akandihidapi oleh rakyat setempat ialah
penyakit Taun yang disebabkan oleh jangkitanvirus

‘vibrio cholera’

. Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan daripersekitaran yang kotor dan tidak
terurus seperti pengambilan makanan yangdicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan
menyerangsaluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual,muntah
dan kekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera,kematian boleh berlaku.
Disamping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadilebih parah apabila berada di kawasan
indeks pencemaran yang tinggi seperti diantara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang merupakan
tempat perindustri yangbanyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Halini
akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udarayang mengakibatkan
bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini bolehmenyebabkan seseorang itu
kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakitini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak
dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akanmengurangkan rakyat sihat di dalam sesebuah negeri.Negatif
impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatangotong-royong dijalankan di seluruh
daerah di setiap negeri. Kegiatan ini bolehdilakukan di sungai, pantai dan kawasan perumahan yang
tercemar dan kotor. Ha

ini akan menjadi lebih efektif sekiranya golongan atasan turut serta dalammenjayakan program
gotong-royong yang dijalankan. Bak katapepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
malah boleh dijadikan ‘

rolemodel’

kepadarakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkansikap bagai enau dalam
belukar.

Anda mungkin juga menyukai