Anda di halaman 1dari 34

UNIT 1

PENGENALAN, PENDEKATAN SERTA STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Sinopsis Unit ini memperkenalkan anda kepada konsep, definisi, matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani dan Sukan secara menyeluruh. Secara amnya unit ini memberikan pengetahuan kepada anda mengenai sejarah serta disiplin ilmu yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Anda juga akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai kurikulum Pendidikan Jasmani KBSM serta isu-isu semasa yang berkaitan dengannya. Sebagai bakal guru anda juga diberikan peluang untuk menjalankan latihan amali pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dengan menyediakan rancangan kerja semester, mingguan dan harian. Latihan ini berasaskan kepada falsafah, prinsip, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, diharap pelajar akan dapat; 1. mengetahui serta menghuraikan definisi, konsep, prinsip dan falsafah Pendidikan Jasmani, 2. menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran 3. merangka dan menyediakan rancangan mengajar mingguan secara sistematik, 4. mengenalpasti masalah dan isu-isu semasa dalam pengajaran dan pemebelajaran Pendidikan Jasmani serta cara-cara mengatasinya. Arahan Pelajar dikehendaki 1. menjawab soalan pra dan pasca yang disediakan. 2. membaca nota yang disediakan dengan teliti 3. membuat rujukan di perpustakaan dan mengakses maklumat dari internet atau sumber lain 4. menjawab soalan tugasan yang disediakan.

Ujian Pra 1. Nyatakan definisi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani? 2. Nyatakan konsep pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah? 3. Berikan 5 kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani? 4. Bagaimana anda berasa selesa untuk mengajar aktiviti yang belum anda pelajari? 5. Adakah ada cara lain untuk menyampaikan pengetahuan? 6. Kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia mempunyai matlamat khusus. Nyatakan apakah matlamat Pendidikan Jasmani? 7. Beri 5 objektif Pendidikan Jasmani yang anda tahu? 8. Kurikulum Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran.Namakan ketiga-tiga tunjang pembelajaran tersebut yang dapat membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. 9. Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jelaskan secara ringkas apakah aspek penting yang tersurat bagi setiap domain tersebut sebagaimana yang diutarakan oleh Bloom B.S(1956) 10. Apakah nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani?

Bagaimanakah prestasi anda ? Adakah anda berjaya merangsang minda anda bekerja? Untuk mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini , sila baca nota selanjutnya dan buat latihan-latihan yang disediakan.

TAJUK 1

Definisi, Konsep, Prinsip, Falsafah, Matlamat dan Objektif Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Jasmani

1.1

Pengenalan

Pengajaran yang baik diperlukan untuk memenuhi objektif Pendidikan Jasmani. Ramai orang menganggap Pendidikan Jasmani sebagai subjek yang tidak penting. Oleh itu sebagai guru Pendidikan Jasmani kita mesti menganggap subjek Pendidikan Jasmani sebagai satu subjek yang penting. Guru Pendidikan Jasmani perlu mengetahui definisi,konsep prinsip dan falsafah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. 1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat ; i. ii. mengetahui definisi, konsep, prinsip dan falsafah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani menyatakan perbezaan prinsip dan falsafah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Isi Pembelajaran Definisi dan Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani.

1.3 1.3.1

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkahlaku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses pembelajaran ini melibatkan aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan-pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk memperkembangkan bakat semulajadi individu. Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan. Barrow(1971) meletakkan pendidikan Jasmani di dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (the total educational experience).Jenny(1961) berpendapat bahawa walaupun Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Freeman (1997) menjelaskan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidangbidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikaan Kebangsaan yang menegaskan elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam pembangunan potensi individu.

Dauer (1995) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalamanpengalaman mengajar. Gabbard, LeBlanc dan Lowy (1994) menyatakan Pendidikan Jasmani membantu kanak-kanak membangun sepenuhnya; merealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pembangunan ini dinamakan oleh mereka sebagai total child. Pembangunan sepenuhnya itu melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Teng Boon Tong (2001) melihat Pendidikan Jasmani dari dua aspek pendidikan iaitu Pendidikan Untuk Jasmani dan Pendidikan Melalui Jasmani. Pendidikan untuk jasmani lebih menekankan aspek perkembangan jasmani individu berasaskan kepada sifat-sifat jasmani, kemahiran beriadah, kemaniran berfungsi dan perkembangan tubuh badan. Sementara pendidikan melalui jasmani lebih melihat kepada perkembangan nilai-nilai sosial, mental, tingkahlaku dan disiplin individu. 1.3.2 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran Pendidikan Jasmani adalah prosedur-prosedur yang digunakan oleh guru untuk menolong pelajar dalam proses pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Objektiviti Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai objektif tertentu yang praktikal dan boleh dicapai. Pendedahan satu kemahiran Kemahiran yang diajar hendaklah spesifik. Memberi peluang Rancangan pengajaran dan pembelajaran mestilah menekankan kepada peluang yang diberikan kepada semua pelajar Penggunaan masa Aktiviti yang dirancang hendaklah bersesuaian dengan peruntukan masa. Ansur maju Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berasaskan kepada pemeringkatan sesuatu kemahiran seperti dari pergerakan yang mudah kepada pergerakan yang susah, pergerakan motor kasar kepada pergerakan motor halus dan perlakuan yang ringkas kepada perlakuan yang kompleks. Keseronokan Pengajaran dan pembelajaran seharusnya dirancang agar pelajar-pelajar beroleh keseronokan. Penilaian Guru dapat menilai pencapaian objektif yang diharapkan secara menyeluruh.

vi. vii.

1.3.3

Falsafah, matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani

Salah satu agen terpenting untuk mencapai matlamat pendidikan dan cita-cita negara adalah melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan jasmani. Di sini Pendidikan Jasmani dipertanggungjawabkan membentuk perkembangan tingkahlaku yang diterima masyarakat melalui proses sosialisasi yang ketara berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif ini dapat dicapai menerusi aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani yang berkesan. Adalah amat penting anda sebagai seorang guru perlu tahu secara mendalam apakah Falsafah Pendidikan Jasmani sesuai dengan FPN. Tugasan bacaan ini akan membantu anda mendalami hubungan antara Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Negara. Cuba anda kaitkan rajah 1 di bawah dengan bahan bacaan anda.

(a).

Falsafah Pendidikan Jasmani

Rajah 1: Proses menuju falsafah dan matlamat pendidikan negara melalui pelaksanaan Pendidikan Jasmani. FALSAFAH DAN MATLAMAT NEGARA

perpaduan nasional; integrasi sosial; keseimbangan ekonomi berteraskan Rukun Negara.

FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN

kehidupan dan kesihatan; pencarian nafkah hidup; kewarganegaraan berdasarkan nilai hidup yang baik dari segi jasmani, emosi (psikologi), rohani, intelek dan sosial (JERIS).

FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI

Membentuk perkembangan JERIS yang optima serta penyesuaian individu melalui pengajaran terbimbing dan partisipasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI (JANGKA PANJANG)

Membina serta menyedarkan kegunaan dan kepentingan kesihatan, nilai kesenggangan dan ciri-ciri etika, dalam konteks perkembangan organik, neuromuscular, kognitif dan emosi yang positif.

OBJEKTIF P. JASMANI (JANGKA PENDEK / TINGKAHLAKU)


Penghasilan tingkahlaku dan perubahan fizikal, tabiat dan kemahiran, pengetahuan, kefahaman, apresiasi sikap dan emosi yang sihat melalui penglibatan dalam proses segera pengajaran dan pembelajaran.

(b).

Matlamat Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi melalui pembelajaran fizikal dan amalan kecergasan.

(c).

Objektif Pendidikan Jasmani 1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan kendiri 3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian 4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal 5. membentuk sahsiah dan disiplin diri dan 6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

1.4

Aktiviti Tutorial 1. Huraikan definisi dan konsep pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. 2. Nyatakan prinsip ansur maju dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. 3. Huraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan cuba kaitkan bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat mencapai hasrat falsafah tersebut. Bincangkan semasa tutorial. 4. Senaraikan dan huraikan tiga (3) definisi Pendidikan Jasmani menurut beberapa pendapat melalui pembacaan anda.

Rujukan Teng Boon Tong (2001) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya : Longman Wee Eng Hoe (1998) Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Shah Alam : Fajar Bakti. Vasudevan T. Arasoo (1986) Asas Pendidikan Jasmani Peringkat Menengah dan Tinggi. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Yusoff Ismail (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

TAJUK 2

Sejarah Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.1

Pengenalan

Tajuk ini dapat mengimbas kembali tentang kepentingan Pendidikan Jasmani sejak dari zaman primitif hinggalah ke hari ini. Perkembangan Pendidikan Jasmani dapat dilihat dengan jelas mengikut kronologi sejak dari zaman primitif, zaman awal purba, zaman Greek purba, zaman renaissance dan seterusnya kepada zaman pertengahan dan abad ke dua puluh. Melalui tajuk ini pelajar juga akan didedahkan kepada fungsi sesuatu pertubuhan sukan antarabangsa dan sumbangannya kepada perkembangan Pendidikan Jasmani. 2.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar dapat , i. menyenaraikan kronologi perkembangan Pendidikan Jasmani dan sukan di Malaysia ii. menjelaskan fungsi pertubuhan dan persatuan sukan serta sumbangannya kepada perkembangan Pendidikan Jasmani. 2.3 2.3.1 Isi Pembelajaran Sejarah awal Pendidikan Jasmani Bagaimanakah manusia memulakan penghidupan mereka? Pada Zaman Primitif dan Purba Awal, aktiviti fizikal merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Manusia perlu berusaha untuk penghidupan mereka dengan berbagai cara sperti berburu untuk mendapatkan makanan. Mereka juga perlu mempertahankan diri dan komuniti dengan membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran menunggang kuda, berenang, memanah serta kemahiran menggunakan senjata, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Kanak-kanak pula belajar melalui peniruan dan ajaran ibu bapa, kanak-kanak perempuan diajar menguruskan rumah tangga oleh ibu mereka manakala kanak-kanak lelaki belajar memburu dan menjadi pengembara dari bapa mereka. Aktiviti tersebut menjadi teras kepada perkembangan pendidikan jasmani di peringkat awal. Pada zaman Greek Purba pendidikan jasmani telah bermula sebagai satu aktiviti fizikal. Pada masa itu aktiviti fizikal lebih menumpukan kepada pertandingan berbentuk fizikal seperti merejam lembing, gusti, berkuda, memanah dan sebagainya. Orang-orang Yunani (Greek) beranggapan bahawa melalui aktiviti fizikal mereka dapat membina kesempurnaan fizikal serta dapat menyatupadukan rakyat.

Di negara China perkembangan Pendidikan Jasmani tertumpu kepada hal-hal agama dan intelektual. Bagi masyarakt bangsawan di negara China, anak-anak muda melibatkan diri dalam muzik, tarian, seni pertahanan diri, memanah, gusti, tinju, bola sepak, tarik tali bulu tangkis dan layang-layang. Kepercayaan orang China tentang penyakit yang disebabkan oleh kekurangan aktiviti fizikal telah memperlihatkan kumpulan-kumpulan gimnastik dan kung fu dipergiatkan. Masyarakat di India pula mementingkan kehidupan berasaskan agama. Namun begitu beberapa bukti menunjukkan bahawa aktiviti fizikal dijalankan berasaskan kepada aktiviti membaling bola, lumba kereta kuda, menunggang kuda, bertinju, berpedang, gusti dan menari. Latihan Buatkan perbandingan di antara aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan di negaranegara di zaman Greek, China dan India dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan pada zaman Primitif dan Purba Awal 2.3.2 Pendidikan Jasmani, sukan dan rekreasi di abad ke 20 Pembentukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee) pada awal abad ke 20 adalah bertujuan untuk mengawal dan melaksanakan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah awam dan institusiinstitusi pengajian tinggi, serta menaikkan taraf dan memperbanyakkan projekprojek Pendidikan Jasmani dan sukan. Melalui jawatankuasa tersebut, banyak permainan-permainan popular seperti bola keranjang, aktiviti-aktiviti olahraga diberi tumpuan utama. Dengan berkembangnya era pemikiran yang positif banyak negara seperti German dan Czechoslovakia telah memperbanyakkan dan memperluaskan kegiatan Pendidikan Jasmani dan memberi tumpuan terhadap gimnastik, aktiviti berkhemah, berenang, menyelamatkan nyawa dan lain-lain. Bermula daripada abad ke 20, program-program Pendidikan Jasmani di sekolah menengah dan universiti diwajibkan. Dengan itu maka tertubuhnya kolej-kolej Pendidikan Jasmani bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang mahir dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Secara tidak langsung instiutsi-institusi ini bertanggung jawab bagi menentukan taraf dan mengawal aktiviti-aktiviti sukan di sekolah. Trenda ini diikuti oleh negara-negara di benua lain seperti United Kingdom, Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, dan seterusnya ke kawasan Asia. Di Asia, khususnya di negara China dan Jepun aktiviti-aktiviti bercorak bela diri seperti judo, gusti dan lawan pedang mula diperkenalkan. Sementara di India aktiviti yoga yang merupakan sistem renungan keagamaan juga melibatkan beberapa pergerakan secara fizikal, bertujuan untuk mengekalkan kesihatan seseorang menjadi sangat popular iaitu Di Asia Barat pula negara seperti Turki, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan Israel masing-masing menubuhkan pasukan permainan yang popular di kalangan

10

masyarakat. Sukan seperti bola tampar, bola keranjang, gimnastik, gimrama dan bola sepak. Di negara-negara Eropah seperti Sweden, German dan England, aktiviti fizikal lebih ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan asas gimnastik. Di German telah memperkenalkan program Gymnastics for the young dan games yang menyumbang kepada Pendidikan Jasmani moden. Latihan asas ketenteraan juga menjadi penyumbang kepada perkembangan aktiviti fizikal dan seterusnya menjadi penggerak kepada perkembangan pendidikan jasmani. Tugasan: Gunakan laman web www/http:IOC.com untuk mencari maklumat mengenai International Olympic Commitee dan senaraikan jenis-jenis sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik. 2.3.3 Perkembangan Pendidikan Jasmani dan sukan di Malaysia Pendidikan Jasmani di Malaysia mula diajar di sekolah vernakular China, di Melaka pada tahun 1815. Pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani diajar di tiga buah sekolah di Singapura, manakala pada tahun 1856 pelajaran pendidikan jasmani diajar di Special Malay Class di Singapura di bawah Kerajaan British. Penyediaan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani telah dibuat sejak 1930-an berdasarkan pada sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menerbitkan sukatan latihan jasmani. Sukatan ini telah digunakan pada tahun 1950-an setelah dibuat penyesuaian dan pindaan. Mulai tahun 1952, guru-guru tempatan telah dihantar ke luar negara dilatih sebagai guru. Mereka mempelajari Pendidkan Jasmani sebagai satu mata pelajaran di Kirby, dan Brinsford, England. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas memulakan Kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani untuk guru-guru lelaki sahaja dan diperluaskan kepada kaum wanita tahun berikutnya. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah dikaji dan disiapkan pada tahun 1966. Pada tahun 1971 sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Perkembangan sukan dapat dilihat dengan kedatangan askar-askar British ke Malaya semasa zaman penjajahan. Mereka memperkenalkan permainanpermainan seperti ragbi, kriket, bola sepak, hoki, badminton dan lain-lain. Persatuan-persatuan sukan di Malaysia telah ditubuhkan untuk mengawal dan mengendalikan aktiviti-aktiviti sukan tersebut, antaranya ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dan lain-lain.

11

Kementerian Belia dan Sukan memperkenalkan Sukan Massa melalui program Malaysia Cergas, Rakan Muda, Seribu Satu Gelanggang dan sebagainya. Aktiviti yang dirancang memberi peluang kepada masyarakat yang tidak berpeluang menyertai sukan berprestasi tinggi bersukan sebagai satu aktiviti rekreasi. 2.4 1. 2. Aktiviti Tutorial Nyatakan aktiviti rakan muda yang dijalankan di tempat anda di bawah program

Susunkan secara kronologi perkembangan Pendidikan Jasmani, sukan dan rekreasi di Malaysia Rumusan

2.5

Tajuk ini memberi gambaran tentang perkembangan Pendidikan Jasmani di dunia dan di Malaysia. Diharap ia dapat menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingannya untuk pembangunan negara dan individu. 2.6 Rujukan

Laman web www / http:IOC.com

12

TAJUK 3

Disiplin Ilmu dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

3.1

Pengenalan sukan dalam dalam dapat

Tajuk ini menjelaskan kepada anda bahawa Pendidikan Jasmani dan adalah satu bidang yang memerlukan pengetahuan dan aplikasi ilmu melaksanakan aktiviti harian. Dengan pengetahuan dan pengaplikasiannya perlakuan ia dapat meningkatkan prestasi seseorang individu dan juga mengelakkannya daripada kecederaan. 3.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat, i. menyenaraikan aspek keilmuan yang berkait rapat dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan. ii. menjelaskan kepentingan aplikasi bidang sains dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani dan Sukan. iii. menyatakan pengetahuan dan aplikasi sains pergerakan dapat membantu meningkatkan prestasi individu 3.3 3.3.1 Isi pembelajaran Aspek biologi, psikologi dan sosiologi dalam Pendidikan Jasmani dan sukan

Aktiviti fizikal berasaskan kepada pergerakan tubuh badan yang melibatkan sistem rangka, sistem respiratori, sistem pencernaan, sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, sistem otot dan sistem saraf. Sistem-sistem ini merupakan asas kepada biologi manusia. Sistem otot dan rangka amat diperlukan dalam pergerakan motor, contohnya mengangkat dumbell. Dalam pergerakan ini otot yang digunakan ialah otot bicep dan tricep sementara tulang yang berfungsi ialah tulang radius dan ulna. Pembelajaran psikologi mempunyai implikasi kepada pengajar-pengajar pelaziman sukan, terutama dalam bidang teori pembelajaran, pembelajaran motor, perkembangan peribadi dan pandangan terhadap diri sendiri. Faktor-faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran adalah motivasi, kematangan, perbezaan individu, ganjaran dan kesedaran. Ganjaran yang diberikan di atas kejayaan seseorang ahli sukan dapat meningkatkan motivasi kepadanya untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Kejayaan tersebut boleh menjadi rangsangan kepada orang lain dalam masyarakat. Pendidikan Jasmani merupakan suatu agen sosialisasi yang penting. Perkembangan sosial adalah mustahak dan kegiatan-kegiatan Pendidikan Jasmani mempunyai potensi untuk mencapai objektif ini. Sifat-sifat kepimpinan, perangai

13

bermoral dan ketekunan merupakan beberapa sifat sosial yang dapat dihasilkan dari program-program Pendidikan Jasmani. Manusia mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti agar memenuhi keperluan asas, contohnya keperluan makanan mendorong manusia untuk memburu. Apabila manusia telah dapat memenuhi keperluan-keperluan asas, mereka memerlukan ruang dan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan. Permainan adalah sebahagian penting dalam sesuatu kebudayaan dan ia menggambarkan kelakuan individu atau kumpulan dalam sesebuah masyarakat. Manusia memerlukan peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti permainan terutama kanak-kanak dan belia, kerana terdapatnya unsur-unsur pendidikan di dalam permainan. Aktiviti-aktiviti mainan memberi peluang kepada murid-murid untuk meniru situasi kehidupan yang sebenarnya, menjadi kreatif dan dapat menonjolkan diri mereka. Sukan merupakan sebahagian yang penting dalam mana-mana kebudayaan. Ia merupakan berita penting dan meliputi sebahagian besar akhbar-akhbar, tayangan secara langsung melalui TV tempatan dan antarabangsa yang mendatangkan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada pengusaha-pengusaha, merupakan acara antarabangsa, mempunyai kepentingan sosial, politik, guaman dan pendidikan. Latihan 1. 2. Senaraikan otot-otot yang terlibat dalam aktiviti menendang bola. Fikirkan bagaimana aktiviti Pendidikan Jasmani, sukan dan rekreasi dapat membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Unsur-unsur sains dalam Pendidikan Jasmani, sukan dan rekreasi

3.3.2

Pada tajuk yang lepas anda telah belajar mengenai sistem tubuh badan manusia. Untuk menggerakkan badan secara efisyen kita perlu ada pengetahuan dalam bidang sains terutama fizik, mekanik dan biologi. Melalui pemahaman tentang cabang sains yang dikaitkan dengan pergerakan ini dapat memperbaiki taraf pencapaian sukan dan aktiviti fizikal. Hukum ilmu fizik semula jadi telah mengongkong pergerakan manusia, dengan pengetahuan yang ada kita boleh menyesuaikan dan mengubah teknik serta kaedah latihan untuk kejayaan akan datang. Pergerakan adalah perubahan yang berlaku kepada jasad yang tetap. Tubuh bergerak dan mengenakan daya pada objek dengan mengecutkan otot. Apabila rangsangan sampai kepada otot melalui saraf motor, tenaga biologi ditukar kepada tenaga pergerakan mekanik. Kekuatan atau kelemahan pergerakan bergantung kepada bilangan gentian otot yang diransang. Apabila tiada pergerakan berlaku, aktiviti otot dikatakan statik manakala aktiviti pergerakan berlaku, aktiviti otot adalah dinamik. Selain daripada pergerakan otot unsur ilmu fizik lain yang terlibat dalam pergerakan adalah seperti pusat graviti, daya, kerja, kos tenaga, hukum pergerakan dan lain-lain.

14

Pusat graviti sesuatu jasad adalah titik di mana jasad bertindak dan di mana berat jasad itu dapat diperseimbangkan. Pusat graviti adalah berlainan di antara kaum lelaki dan wanita. Daya adalah sebarang tindakan yang mengakibatkan pergerakan (dari keadaan pegun) atau perubahan pergerakan. Tiga faktor daya yang penting adalah magnitud daya, arah daya dan titik di mana daya dikenakan. Sistem Tuas dua daya yang penting dalam tuas ialah daya (usaha) dan daya yang menentang (beban). Tuas adalah suatu rod yang boleh dipusingkan pada satu titik yang tetap. Sistem tuas dapat dibahagikan kepada tiga berdasarkan kepada faktor-faktor berikut: kedudukan daya yang dikenakan (D) kedudukan beban (B) dan paksi atau sangga (S)

Tuas kelas pertama berlaku apabila kedudukan sangga (A) terletak di antara beban (L) dan daya (F). Contoh: dalam aktiviti bermain jungkang-jungkit.

Rajah 2 : Sistem tuas kelas pertama

15

Tuas kelas dua berlaku apabila kedudukan beban (L) terletak di antara sangga (A) dan daya (F). Contoh: dalam aktiviti kereta sorong, berjalan dan berlari.

Rajah 3 : Sistem tuas kelas dua Tuas kelas tiga berlaku apabila daya (F) terletak di antara sangga (A) dan beban (L). Contoh: dalam aktiviti mengangkat dumbell

Rajah 4 : Sistem tuas kelas tiga Kerja dilakukan apabila mengatasi sebarang daya atau rintangan dan diukur dengan rumus , kerja = daya X jarak yang dilalui. Misalnya,dalam menggerakkan tangan kerja dilakukan adalah akibat dari pengecutan otot apabila penebalan otot tanpa perubahan dalam isipadunya berlaku. Maka hasil darab daya dan julat di mana daya bertindak akan memberi kerja mekanik yang dilakukan oleh otot.

16

Kos Tenaga - satu Joule tenaga adalah kerja yang dilakukan untuk menaikkan 1 Newton setinggi 1 meter. 3.3.3 Hukum Pergerakan I. Hukum Inersia (Hukum Newton Pertama) II. Hukum Pecutan (Hukum Newton Kedua) III. Hukum Tindak Balas (Hukum Newton Ketiga) Manusia adalah satu organisma biomekanik, pencapaian sukan dan aktiviti fizikal ke arah yang lebih tinggi setelah melalui penyesuaian. Semasa menganalisa pergerakan semasa mengkaji kemungkinan yang baru dalam teknik, pertimbangan haruslah diberi kepada keseluruhan sendi dan prinsip melalui pengalaman dan pencerapan.

3.4 1. 2.

Aktiviti Tutorial Berikan dua contoh aktiviti harian dalam satu sistem tuas Bagaimanakah pengetahuan tentang kepentingan pusat graviti dapat membantu dalam aktiviti melompat dan mendarat? Cuba fikirkan. Rumusan

3.5

Melalui tajuk ini diharap anda dapat memahami pengetahuan sains dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga cara mengaplikasi pengetahuan sains dalam aktiviti-aktiviti fizikal.

17

TAJUK 4

Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Sukan

4.1

Pengenalan

Tajuk ini dapat mengimbas kembali tentang kepentingan Pendidikan Jasmani sejak dari zaman primitif hinggalah ke hari ini. Perkembangan Pendidikan Jasmani dapat dilihat dengan jelas mengikut kronologi sejak dari zaman primitif, zaman awal purba, zaman Greek purba, zaman renaissance dan seterusnya kepada zaman pertengahan dan abad ke dua puluh. Melalui tajuk ini pelajar juga akan didedahkan kepada fungsi sesuatu pertubuhan sukan antarabangsa dan sumbangannya kepada perkembangan Pendidikan Jasmani. 4.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat, i. menjelaskan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani ii. menjelaskan fungsi pertubuhan dan persatuan sukan serta sumbangannya kepada perkembangan Pendidikan Jasmani. iii. menyatakan perbezaan prinsip dan falsafah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani 4.3 4.3.1 Isi pembelajaran Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK) telah diubah menjadi dua mata pelajaran baru iaitu Pendidikan Jasmani (PJ) dan Pendidikan Kesihatan (PK). Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/98 bertarikh 29 Oktober 1998 telah meluluskan pelaksanaan kedua-dua mata pelajaran ini berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 1999. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid yang optima.

18

4.3.2

Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu guru-guru meneliti sukatan dengan terperinci. Butiran mengenai huraian sukatan pelajaran adalah seperti berikut: a). Huraian sukatan pelajaran disediakan oleh Jawatankuasa Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, dan salinannya diedarkan kepada setiap sekolah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998) b). Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran dibentuk berdasarkan sukatan pelajaran sebagai rujukan guru untuk merancang rancangan pelajaran semester dan tahunan berdasarkan 3 tunjang pelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan c). Setiap guru Pendidikan Jasmani mesti merujuk Huraian Sukatan Pelajaran sebelum merancang pemetaan rancangan tahunan atau semester d). Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran Bermaksud perincian kandungan kemahiran yang dibentuk berdasarkan 3 tunjang tersebut. e). Rujuk format Huraian Sukatan Pelajaran (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998) 4.3.3 Pemetaan Rancangan Tahunan / Semester

Setiap guru panitia Pendidikan Jasmani bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan/Semester bagi setiap tingkatan yang diajar. Oleh itu guru berkenaan harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran membuat perancangan tahunan/semester sebelum sesi persekolahan bermula. Perkara-perkara dibawah boleh dijadikan panduan semasa membina Rancangan Tahunan/Semester. a). Pemetaan rancangan Tahunan/Semester merupakan tanggungjawab guru mata pelajaran dan di bawah penyelarasan guru panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah b). Pemilihan isi kandungan rancangan pelajaran bergantung kepada latarbelakang sesebuah sekolah seperti kemudahan fizikal sekolah, tahap kebolehan murid, matlamat dan objektif c). Perancangan mesti berdasarkan agihan masa yang telah ditetapkan (rujuk lampiran mengenai agihan waktu) d). Format pemetaan rancangan pelajaran tahunan/semester perlu mengandungi perkara-perkara seperti minggu, tajuk, aktiviti, objektif, kaedah/strategi, bahan bantu pengajaran dan penilaian 4.3.4 Rancangan Tahunan

Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan kurikulum bagi satu-satu tahun tertentu. Rancangan ini menyatakan senarai kemahiran dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan jenis aktiviti yang akan dikendalikan. Selain daripada itu peruntukan masa bagi satu unit pembelajaran,penilaian akan dinyatakan. Rancangan perlu diadakan untuk memberi gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum yang

19

disediakan. Selain daripada itu ia juga boleh digunakan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah. Ia juga menolong memastikan Pendidikan Jasmani diajar sebagai proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya mengikut prinsip ansur maju.

4.3.5

Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani membantu murid menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. 4.3.6 Nilai murni dalam Pendidikan Jasmani

Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara nilai yang diperlu diterapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, tolenrasi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan. 4.3.7 Penilaian

Penilaian ialah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penilaian merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dikendalikan oleh guru peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil dari penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

4.4

Aktiviti Tutorial

Anda dikehendaki membuat refleksi mengenai kandungan tajuk ini. Buat folio atau nota ringkas mengenai tajuk-tajuk yang difikirkan berkaitan.

20

4.5

Rumusan

Selepas meneliti isi tajuk ini anda harus boleh memahami kurikulum dan sukatan Pendidikan Jasmani serta bagaimana perancangan tahunan, dan harian dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 4.6 Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Teng Boon Tong. (1994). Panduan Pengajaran Kemahiran Permainan Petaling Jaya : Longman.

21

TAJUK 5

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani

5.1

Pengenalan

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani yang digunakan oleh guru. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan topik penting yang berkaitan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. 5.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat, i. mengenalpasti definisi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam Pendidikan Jasmani ii. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berasaskan kepada pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran 5.3 5.3.1 Isi pembelajaran Sejarah Perkembangan Pendekatan Pengajaran.

Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu.

22

Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri (self esteem), merealisasikan diri (self-actualization), kefahaman diri (selfunderstanding) dan pertimbangan sosial (social consideration). Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan (operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner (1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner (1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif. 5.3.2 (a). Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi Strategi

Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada kebijaksanaan memilih pendekatan, kecekapan merancang kaedah dan teknik serta berasaskan objektifnya (b). Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan

23

tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. (c). Kaedah Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Edward, M.A. (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah i. Kaedah Tradisional Ia meliputi: - Tugasan membaca buku teks - Kuliah - Mengucap dengan kuat - Tumpuan kepada perbendaharaan - Laporan secara lisan oleh murid - Mengkaji semula(riview) - Ujian,kuiz dan peperiksaan ii. Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu: P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan iii. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen iv. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi

24

v.

Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan Lawatan

Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. vi. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah, - murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan - murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. - murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. - murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. - ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. - ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat. (d). Teknik Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; - Umur - Kebolehan

25

i.

Kecerdasan Minat Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

ii.

Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

iii.

Teknik latih tubi Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

iv.

Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

v.

Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di

26

mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan, prinsip asas sumbangsaran berikut harus dipatuhi iaitu: topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

5.4

Aktiviti Tutorial

Bincangkan perbezaan di antara strategi, pendekatan, kaedah dan strategi. 5.5 Rumusan

Tajuk ini memberi maklumat dalam pendekatan dan kaedah yang berbeza agar pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Diharap anda dapat mengaplikasikan berbagai strategi dalam pengajaran anda.

Selamat Berjaya

27

TAJUK 6

Unsur-Unsur Keselamatan dan Liabiliti Guru Pendidikan Jasmani

6.1

Pengenalan

Tajuk ini dapat memberi pendedahan kepada anda mengenai keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Seterusnya tajuk ini menjelaskan tanggungjawab anda sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani terhadap murid dan juga peralatan dan kemudahan. 6.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini pelajar akan dapat , i. menyenaraikan tanggungjawab dan liabiliti guru Pendidikan Jasmani dalam melaksanakan tugasnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. ii. menjelaskan kepentingan mengawasi keselamatan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pemeblajaran Pendidikan Jasmani. iii. menyenaraikan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian untuk memastikan keselamatan murid-murid. 6.3 6.3.1 Isi pembelajaran Liabiliti guru Pendidikan Jasmani

Guru Pendidikan Jasmani adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kriteria berikut adalah sangat penting bagi seseorang guru Pendidikan Jasmani: 6.3.2 bersikap positif terhadap peranan Pendidikan Jasmani di sekolah, mempunyai minat dalam bidang Pendidikan Jasmani, sentiasa aktif dalam bidang kesukanan, mempunyai kemahiran asas dalam berbagai kegiatan sukan dan permainan, seorang yang sabar dan gemar mengajar murid-murid, selalu ingin memajukan diri dalam lapangan kerjaya.

Menjana minda

Bincangkan dengan rakan anda mengenai peranan dan tanggungjawab anda sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani. a. Aspek Keselamatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

28

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani murid-murid mudah terdedah kepada bahaya. Ini adalah kerana Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti berbentuk amali dan teori. Sekaligus guru perlu memberi perhatian terhadap faktor keselamatan seperti berikut; (i) Pemilihan aktiviti - mengikut kebolehan dan kesediaan murid - tidak terlalu memberikan tekanan dari aspek kepada murid - spesifik kepada kemahiran yang diajar Persekitaran - aktiviti yang dijalankan hendaklah sesuai dengan keadaan dan cuaca - elakkan dari kawasan yang merbahaya Kemudahan - Gelanggang atau kawasan permainan yang selamat - Saiz gelanggang atau kawasan bersesuaian dengan bilangan pelajar Peralatan - Semua peralatan yang digunakan diperiksa dahulu sebelum digunakan - Bilangan peralatan bersesuaian dengan bilangan murid - Pastikan kualiti peralatan yang digunakan - Tunjukcara penggunaan alatan dengan teknik yang betul Pakaian - Bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan Teknik Perlakuan - Tunjukcara sesuatu aktiviti perlu deberikan untuk mempastikan murid dapat melakukan aktiviti dengan betul. Arahan - Ringkas, jelas dan mudah difahami oleh murid. - Perlu tegas. Disiplin - Segala peraturan penggunaan alatan dan kemudahan perlu dibuat secara lisan dan bertulis. - Pastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

(ii)

(iii)

(iv)

(v) (vi)

(vii)

(viii)

6.4 1.

Aktiviti Tutorial Pilih beberapa isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan sukan. Bincangkan isu-isu tersebut satu persatu dan cari penyelesaiannya. Bentangkan dalam bentuk laporan.

29

2.

Sila rujuk format rancangan kerja semester, mingguan dan harian. Bincangkan bersama rakan untuk menyediakan rancangan tersebut untuk dijadikan bahan panduan pengajaran mikro. LAMPIRAN 1

PENGALAMAN MENGAJAR Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan mengajar harian yang lengkap untuk satu sesi pengajaran. Menggunakan rancangan tersebut anda dikehendaki mengajar dan rakamkan pengajaran anda. Dalam perjumpaan seterusnya anda dikehendaki menghantar rancangan mengajar anda berserta dengan rakaman pengajaran yang telah anda buat.

UJIAN PASCA Sila menjawab soalan-soalan berikut sebelum menyemak jawapannya di lampiran 2 1. Nyatakan definisi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. 2. Nyatakan konsep pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. 3. Berikan 5 kaedah dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani. 4. Kurikulum Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia mempunyai matlamat khusus. Nyatakan apakah matlamat Pendidikan Jasmani. 5. Beri 5 objektif Pendidikan Jasmani yang anda tahu. 6. Kurikulum Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran. Namakan ketiga-tiga tunjang pembelajaran tersebut yang dapat membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. 7. Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jelaskan secara ringkas apakah aspek penting yang tersurat bagi setiap domain tersebut sebagaimana yang diutarakan oleh Bloom B.S (1956) 8. Apakah nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani?

30

LAMPIRAN 2 JAWAPAN Soalan 1 Pendidikan Jasmani merupakan satu pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Ia dapat mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.Jenny(1961) Freeman (1997) menjelaskan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang-bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Soalan 2 Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkahlaku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses pembelajaran ini melibatkan aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan-pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk memperkembangkan bakat semulajadi individu. Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan. Soalan 3 1. 2. 3. 4. 5. Kaedah tradisional Kaedah inkuiri penemuan Kaedah kumpulan Kaedah penyelesaian masalah Kaedah Kolaboratif

Soalan 4 Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran fizikal dan amalan kecergasan. Soalan 5

31

a. b. c. d. e. f. Soalan 6 1. 2. 3. Soalan 7

mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan kendiri melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Tunjang Kecergasan Tunjang Kemahiran Tunjang kesukanan

Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu. Soalan 8 Nilai tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat

32

Rujukan Baley, J.A. & Field, D.A. (1976) Physical Education and Physical Educator (2nd. Ed.) Boston : Allyn & Bacon. Bucher, C.A. (1983) Foundation of Physical Education (9th. Ed.). St. Louis : C.V. Mosby. Buschner, C.A. (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign, IL : Human Kinetics. Gerry Carr (1991) Fundamental of Track and Field, Second Edition . Champaign, USA: Human Kinetics. Graham, G. (1992) Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher. Champaign, IL : Human Kinetic. Hopple, C.J. (1995) Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education : A Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. _____________________________ (1998) Buku Panduan Ujian Kecergasan Fizikal. K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mosston,M.(1981) Teaching Physical Education. London, Sydney : Charles E. Merill Pub, Co. A. Bell, Howell. Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.25/1995. Teng Boon Tong. (1994) Panduan Pengajaran Kemahiran Permainan. Petaling Jaya : Longman. Teng Boon Tong. (1995). Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah(edisi kedua). Longman. Teng Boon Tong (2001) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya : Longman Wee Eng Hoe (1998) Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Shah Alam : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe (2002) Panduan Pengajaran Olahraga. Siri Pendidikan Perguruan Karisma Publications Sdn. Bhd.

33

Vasudevan T. Arasoo (1986) Asas Pendidikan Jasmani Peringkat Menengah dan Tinggi. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Vasudevan. T. Arasoo (1992) Olahraga Acara Balapan. Kuala Lumpur: Siri Fajar Bakti. Vern Gambetta (1992) The Athletics Congresss Track and Field Coaching Manual, Second Edition. The Athletic Congresss Development Committees, Champaign, IIlinois: Leisure Press. Yusoff Ismail (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

34

Anda mungkin juga menyukai