Anda di halaman 1dari 5

PK19 LAMPIRAN 2

KERTAS KERJA

HARI PENETAPAN TARGET


PT3 DAN SPM
SMK MIHARJA
TAHUN 2016

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


SMK MIHARJA

1
PK19 LAMPIRAN 2

1.0 PENDAHULUAN

Program Hari Penetapan Target bersama ibu bapa ini merupakan julung-
julung kali diadakan di SMK Miharja pada tahun 2016 ini. Program ini merupakan
sesuatu yang amat baik kerana dapat memberi ruang dan peluang kepada pihak
sekolah, murid dan ibu bapa untuk merancang pembelajaran anak-anak demi
mencapai kecemerlangan akademik murid. Program untuk yang pertama kali ini
hanya melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 5. Program ini amat penting kerana
peperiksaan PT3 dan SPM merupakan salah satu peperiksaan yang menjadi
penentu keberhasilan pelajar.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk menitikberatkan keazaman dan target para ibu
bapa bersama murid yang terlibat dalam menetapkan target pencapaian mereka
dalam peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman atau peperiksaan sebenar iaitu
peperiksaan PT3 yang dijangka akan bermula awal Oktober dan peperiksaan SPM
yang dijangka akan bermula November tahun ini.

3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT

Tarikh : 27 Februari 2016

Masa : 10.30 pagi 12.30 tengahari

Tempat : Kelas Tingkatan3 dan Tingkatan 5

4.0 SASARAN

Ibu bapa / Penjaga dan murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

5.0 OBJEKTIF

a) Memberi peluang ibu bapa dan murid menyampaikan hasrat dan target yang
mereka ingin capai dalam peperiksaan anak-anak mereka.
b) Mengetahui target yang telah ditetapkan oleh guru mata pelajaran masing-
masing.

2
PK19 LAMPIRAN 2

c) Mewujudkan ruang interaksi secara dekat dan bersemuka bersama guru dan
ibu bapa serta murid dalam memantapkan lagi kecemerlangan pendidkan
dan akademik anak-anak.
d) Menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih akrab antara golongan
pendidik dan para ibu bapa.

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA INDUK:

Penasihat : Tn. Hj. Amran bin Mohd Ihsan


( Pengetua SMK Miharja )

Pengerusi : Pn. Hjh Hanim binti Kamari


( Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum )

Setiausaha : Pn. Siti Rohani binti Mohd Kadri


( Setiausaha Peperiksaan SPM )

Pen. Setiausaha : Pn. Rohana binti Ramli


( Setiausaha Peperiksaan PT3 )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:

PERSIAPAN TEMPAT : Pn. Rosieda binti Long


Guru Kelas Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

PENDAFTARAN : Pn. Roslina Anak Garit

BAHAN EDARAN : Pn. Rohana binti Ramli


Guru mata pelajaran setiap kelas

FOTOGRAFI : Pn. Mahfudzah binti Hussain

DOKUMENTASI : Pn. Siti Rohani binti Mohd Kadri

3
PK19 LAMPIRAN 2

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi Mesyuarat Agung PIBG


10.30 Pagi Majlis Penetapan Target bermula
* Ibu Bapa/Penjaga mula berjumpa guru kelas
* Pendaftaran Kehadiran
* Laporan Akademik PAT 2015
* Penetapan Target PT3 dan SPM
12.30 Tengahari Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan kepada
yang layak

Senarai Tugas Jawatankuasa:

Jawatan Tugas yang perlu dilaksanakan


1. Pendaftaran Menyediakan borang kehadiran ibu/bapa atau
penjaga dan mengutipnya semula.
2. Bahan Edaran Menyediakan borang penetapan target PT3 dan
SPM
Menyerahkan borang tersebut kepada guru kelas
dan memastikan semua guru mata pelajaran
melengkapkan borang tersebut (TOV dan ETR)
3. Persiapan Tempat Memastikan kerusi mencukupi untuk ibu bapa /
penjaga
Menyusun kerusi dan meja mengikut susunan
yang sesuai.
4. Fotografi Mengambil gambar sepanjang program
berlangsung
5. Dokumentasi Menyediakan dokumentasi 2 minggu selepas
program.
6. Guru Kelas Mengambil kehadiran ibu bapa / penjaga.
Memberi laporan Peperiksaan Akhir Tahun 2015
Membincangkan penetapan target murid-murid
kelas masing-masing.

SENARAI NAMA GURU KELAS TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5

KELAS GURU KELAS

4
PK19 LAMPIRAN 2

3 MAWAR En. Pathmanathan a/l Gunasekaran

3 DAHLIA Pn. Noraini bt Mohd Yusoff

3 ANGGERIK Pn. Nur Hamizah bt Razali

3 MELATI Pn. Nellie Elienie binti Mohtada

3 KENANGA Pn. Nurul Tasnim bt Md Yusoff

5 MAWAR Pn. Nur Amaliana bt Othman

5 DAHLIA Pn. Nur Azni bt Anuar

5 ANGGERIK Pn. Selvarani a/p Visvanathan

5 MPV Cik Zainab bt Mohamed Tahir

8.0 PENUTUP

Hasrat dan harapan khas daripada pihak pentadbir sekolah agar program yang
diadakan ini akan dapat membantu dan meningkatkan semangat dan daya saing
pelajar untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan
SPM khasnya. Sesungguhnya dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini
perlunya dimulakan semangat kerjasama yang padu dan erat antara tenaga
pengajar bersama ibu bapa agar impak yang tinggi dan keberkesanannya lebih
telus dan menjurus kejayaan murid.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(PN.SITI ROHANI MOHD KADRI) (PN. HJH. HANIM BT KAMARI)


Setiausaha Program, Pengerusi Program,
Penetapan Target 2016 Penetapan Target 2016,
SMK Miharja, Kuala Lumpur SMK Miharja, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai