Anda di halaman 1dari 15

Provided by:

www.littlenotestoshare.blogspot.com

PERKARA
Pendahuluan

M/S

Penghargaan
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan
ozon
Kepentingan
pengurusan
terancang
aktiviti
pembangunan dan ekosistem
Rumusan

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
Dengan populasi manusia di dunia kini yang menjangkau hampir 7 bilion, pembangunan dalam
bidang pertanian, perindustrian dan perubatan juga turut berkembang dengan pesat.
Pembangunan ini adalah bagi menampung keperluan hidup manusia seperti tempat tinggal,
makanan, pakaian dan juga pebagai aktiviti sosial manusia yang lain. Dalam keghairahan
memenuhi keperluan hidup populasi yang semakin bertambah, banyak habitat-habitat yang
merupakan kediaman berjuta-juta spesies flora dan fauna dimusnahkan.Secara tidak langsung,
pemusnahan ini menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Oleh itu, bagi memastikan langkah-langkah yang sewajarnya boleh diambil, kita hendaklah
mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang mengancam ekosistem dan kesan-kesannya terhadap
ekosistem terlebih dahulu.Dengan ini, langkah-langkah yang lebih berkesan dapat
diatur.Teruskanlah bacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ekosistem
terancam kita.

AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM

A
H
B
T
K
PE
euaK
e
nrtpkT
m
abcirtujyI
u
b
naeophisV
dfnurhI
akm
a
sauirnhT
h
arskuIa
nati
n
nrstlaM
igfuanA
ltahN
k
loeinhU
ibrS
ab,Im
luA
kud
daY
anA
r
N
afG
,a
u
M
tnE
e
aN
rG
A
m
a
N
C
d
A
aM
n
E
bK
u
O
nS
yI
Si
T
E
M

PENYAHHUTANAN

Salah satu aktiviti manusia yang mengancam ekosistem ialah penyahhutanan.Penyahhutanan


ialah tindakan pembersihan hutan.Aktiviti ini mempercepat hakisan tanah, menyebabkan banjir
kilat dan mengakibatkan tanah runtuh serta kepupusan flora dan fauna.
Hakisan tanah didefinisikan sebagai kehilangan tanah disebabkan tiupan angin, hujan
atau penyalahgunaan baja.Hakisan tanah boleh berlaku hasil daripada pembalakan tidak
terancang, kaedah pertanian monokultur, peragutan berlebihan dan lain-lain.
Banjir kilat berlaku dalam masa yang singkat dan mendadak semasa hujan
lebat.Kekerapan berlakunya banjir kilat paling mungkin disebabkan oleh kekurangan tempat
tadahan air sebagai kesan pembalakan berlebihan, amalan pertanian yang tidak wajar dan lainlain.Pemendapan sungai disebabkan oleh hakisan tanah juga menyumbang kepada banjir kilat.
Tanah runtuh berlaku kesan daripada pergerakan tanah di cerun bukit semasa atau
selepas hujan lebat.Hal ini dipercepat oleh penyingkiran berlebihan tumbuhan di lereng bukit
dan pelepasan gas berasid yang berlebihan. Pengumpulan air dalam tanah akan melembutkan
lapisan tanah. Hal demikian mempercepat proses larut lesap tanah semasa hujan.
Kepupusan flora dan fauna berlaku kerana habitat mereka dicerobohi akibat daripada
aktiviti penyahhutanan yang dilakukan oleh manusia.Aktiviti ini menyebabkan flora dan fauna
kehilangan habitat semulajadi mereka.Dengan itu, secara tidak langsung flora dan fauna juga
diancam kepupusan.

PERTANIAN

Pertanian merupakan salah satu aktiviti manusia yang mengancam ekosistem.Antara kesan
buruk pertanian terhadap ekosistem termasuklah eutrofikasi.
Eutrofikasi ialah proses pengayaan air tawar seperti kolam dan tasik yang
mengakibatkan pertumbuhan alga tanpa kawalan, yang seterusnya menyebabkan kepupusan
spesies air tawar. Eutrofikasi dalam bidang pertanian disebabkan oleh penggunaan baja secara
berlebihan.Bahan utama yang terlibat ialah nitrat dan fosfat.

PERINDUSTRIAN

Perindustrian menyebabkan penghasilan bahan buangan yang amat banyak. Bahan buangan
ini akan menyebabkan pencemaran air, udara, terma dan bunyi. Pencemaran ialah perubahan
sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang tidak diingini pada alam sekitar dan disebabkan oleh
bahan berbahaya atau tenaga yang dibebaskan oleh aktiviti manusia.Pencemaran
mempengaruhi laut, sungai, tanah dan atmosfera.Ia juga mengancam kehidupan dan habitat
manusia, haiwan dan tumbuhan serta ekosistem.
Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan buangan industri ke dalam sungai,
atau laut.Bahan pencemarnya ialah bahan toksik industri elektronik seperti arsenik, plumbum,
merkuri dan zink.Bahan-bahan pencemar ini mencemar air secara fizikal.Pereputan sisa
organik pula mengurangkan kepekatan oksigen dalam air.Pengumpulan toksik kimia itu tidak
dapat diuraikan melalui rantai makanan organisma akuatik menyebabkan keracunan haiwan
akuatik dan manusia.Bahan toksik ini juga merosakkan organ badan, menyebabkan penyakit
kanser dan juga mutasi.
Pencemaran udara adalah disebabkan oleh kehadiran bahan-bahan pencemar dalam
udara yang berbahaya kepada hidupan dan persekitaran. Pembakaran bahan api fosil seperti
petroleum, diesel dan gas dalam kilang merupakan salah satu punca pencemaran udara.
Pembakaran bahan api fosil ini menghasilkan gas seperti sulfur dioksida dan oksida nitrogen.
Pembakaran sampah dan kepulan asap serombong kilang pula menghasilkan karbon dioksida,
karbon monoksida dan jelaga iaitu partikel karbon yang tidak terbakar. Pertambahan gas karbon
dioksida dalam atmosfera banyak memerangkap haba dan menyebabkan kesan rumah hijau.
Sulfur dioksida dan oksida nitrogen merupakan gas berasid yang larut dalam wap air untuk
membentuk asid seperti asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini turun bersama air hujan sebagai
hujan asid.Apabila hujan, hujan asid mengakibatkan tanah dan air sungai berasid dan ini
membahayakan tumbuhan dan haiwan di dalam sungai dan di hutan.
Pencemaran terma ialah pembebasan haba yang berlebihan ke alam sekitar.Punca
pencemaran terma ialah pembuangan air panas dari kilang.Kilang menggunakan air sebagai
agen penyejuk. Air menjadi panas dan air panas yang terhasil dialirkan ke dalam sungai atau
laut yang akan meninggikan suhu air. Apabila suhu air menjadi 5 C melebihi suhu air biasa,
hidupan akuatik akan mati. Air yang panas ini mengurangkan keterlarutan oksigen dalam air
dan menyebabkan pengurangan oksigen terlarut dalam air.
Pencemaran bunyi ialah keadaan di mana terdapat bunyi yang berlebihan di
persekitaran sehingga mengganggu keselesaan hidup.Telinga manusia hanya dapat menerima
bunyi yang kurang daripada 80 dB.Mesin dan jentera dalam kilang menyebabkan pencemaran
bunyi.Pencemaran bunyi boleh membawa kepada beberapa jenis penyakit seperti tekanan
darah tinggi, penyakit jantung dan sakit kepala. Kesan pencemaran bunyi yang lain termasuklah
tertekan, hilang tumpuan dan gangguan tidur.

PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil
pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa
melalui serombong, pendiang, atau lohong. Secara umumnya, setiap kali api dinyalakan di luar,
pembakaran terbuka berlaku. Antara kesan pembakaran terbuka ialah pemanasan global dan
perubahan iklim.
Pembakaran terbuka mengakibatkan pemanasan global iaitu peningkatan suhu
bumi.Pemanasan global merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro. Pemanasan
global mendatangkan masalah yang serius kepada ekosistem seperti kenaikan aras laut,
pencairan glasier, banjir dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.
Perubahan iklim berlaku kerana pemanasan global. Sesetengah kawasan akan
mengalami kemarau yang berpanjangan sementara sesetengah kawasan mengalami hujan
ribut yang kuat.

FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

Kesan rumah hijau ialah fenomena di mana haba terperangkap oleh gas tertentu di dalam
atmosfera sehingga menyebabkan peningkatan suhu persekitaran.

Contoh-contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, iaitu gas rumah hijau yang utama,
metana, oksida-oksida nitrogen dan klorofluorokarbon (CFC). Dua pencemaran karbon dioksida
yang utama ialah pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan yang mengurangkan
kadar penyingkiran karbon dioksida.

PERKAITAN ANTARA KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA DALAM ATMOSFERA DAN


PEMANASAN GLOBAL

Sebagaimana kita tahu, karbon dioksida ialah salah satu gas rumah hijau. Gas ini
menyerap sinaran inframerah yang dipancarkan oleh permukaan bumi dan menghalang
sinaran itu daripada terlepas ke angkasa lepas.
Karbon dioksida yang dihasilkan di kawasan tertentu akan tersebar dengan sekata di
seluruh bumi.
Pemanasan global bermaksud kenaikan suhu global.
Peningkatan kepekatan karbon dioksida akan meningkatkan jumlah haba yang
terperangkap di bumi.
Haba yang terperangkap akan menyebabkan kenaikan suhu bumi.
Oleh itu, kesan pemanasan global adalah lebih besar apabila kepekatan karbon dioksida
di dalam atmosfera semakin meningkat.

PENIPISAN LAPISAN OZON

ASMtiAon mtaolremknlokulloitnrrkasbnuienbbgeanubs ambs ermkatisnencmd aehmkbnaengcluaihlksaadnteg n gipdkranolts emn odlCea Fk uCml dokazlno r in( Om3 o) uonktus ikd am de an g h a s ilk a n k lo r in
mp e n iep ms ab mne blaamsp kibsaeanbnm aostkoznamo n .ksalitod ramind .ka lno mr ino lse kmu l oak. s ig e n .
Penipisan lapisan ozon adalah disebabkan oleh peningkatan kepekatan CFC di dalam
atmosfera.CFC kekal di dalam atmosfera bagi suatu jangka masa yang panjang dan
menyingkirkan molekul ozon dengan bertindak dengan molekul ozon secara berterusan.CFC
telah digunakan sebagai penyejuk dalam penyaman udara dan peti sejuk, propelan dalam tin
aerosol, agen peniup buih dalam pembungkusan polistirena dan pelarut untuk elektronik.
Kesan pemanasan global dan penipisan lapisan ozon ialah:
1.
2.
3.
4.

Perubahan cuaca.
Pengeluaran pertanian berkurang.
Peningkatan paras air laut kerana pencairan litupan ais kutub.
Peningkatan kesan kerosakan sinaran ultraungu kerana perisai lapisan ozon menipis.
Sebagai kesannya, kejadian katarak dan kanser kulit meningkat dan organisma lebih
mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh sistem keimunan yang lemah.

KEPENTINGAN
EKOSISTEM

PENGURUSAN

TERANCANG

AKTIVITI

PEMBANGUNAN

DAN

KEPENTINGAN
Pembangunan diperlukan untuk memenuhi keperluan populasi manusia yang semakin
bertambah.Contohnya, lebih banyak tanah dieksploitasikan untuk aktiviti pertanian untuk
membekalkan makanan yang mencukupi kepada populasi manusia yang semakin
bertambah.Pembangunan juga diperlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
KESAN PENINGKATAN POPULASI PENDUDUK

Penggunaan makanan meningkat, oleh itu lebih banyak tanah diperlukan untuk
pengeluaran makanan.
Bekalan air bersih semakin berkurang.
Pembasmian hutan meningkat, dan hal ini mengurangkan biokepelbagaian.
Masalah pencemaran alam sekitar meningkat.
Penangkapan ikan berlebihan di laut.
Sumber tenaga semakin berkurang.
Penyakit tersebar dengan cepat dan mudah.

LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN KESEIMBANGAN ALAM


1. Pelaksanaan undang-undang Kerajaan Malaysia berazam untuk mencapai
pembangunan mampan. Banyak undang-undang telah dilaksanakan, misalnya Akta
Kualiti Alam Sekitar, Akta Racun Perosak dan Akta Perhutanan Nasional.
2. Penggunaan teknologi Buangan pertanian dan domestik diproses untuk menghasilkan
baja dan eksploitasi bakteria tertentu seperti Pseudomonas untuk membersihkan
tumpahan minyak adalah antara contoh yang baik.
3. Pendidikan Pendidikan dalam pengurusan sumber alam sekitar telah dilakukan oleh
kerajaan, termasuk kempen kurangkan, guna semula dan kitar semula sumber. Tabung
Alam Sedunia (WWF), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Sahabat Alam
Malaysia (SAM) telah membantu mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi
alam sekitar.
4. Pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air, flora dan fauna hutan dan paya bakau
Undang-undang dikuatkuasakan untuk mencegah pembuangan domestik dan industri ke
dalam sungai tanpa dirawat terlebih dahulu, dan pemantauan yang lebih kerap untuk
mencegah aktiviti pembalakan haram. Kaedah pertanian yang tidak mampan adalah
dilarang. Langkah-langkah diambil untuk mencegah peragutan lampau oleh haiwan.
5. Pelaksanaan kawalan biologi Kawalan bahan kimia seperti racun perosak yang
mencemarkan udara dan air. Kawalan biologi boleh dicapai dengan menggunakan
pemangsa semulajadi bagi perosak supaya populasi perosak dikekalkan pada tahap
yang rendah. Pengawalan populasi tikus oleh burung hantu di dalam ladang kelapa
sawit adalah salah satu contoh kawalan biologi.
6. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui Tenaga yang boleh diperbaharui yang
biasa digunakan ialah tenaga hidroelektrik, tenaga biojisim dan tenaga suria. Tenaga
hidroelektrik boleh digunakan untuk menggantikan stesen janakuasa elektrik yang
membebaskan banyak bahan pencemar ke alam sekitar. Tenaga biojisim boleh

digunakan untuk menggantikan bahan api fosil pada masa depan sementara tenaga
suria digunakan untuk peralatan rumah dan pejabat.
7. Penggunaan tenaga yang cekap Tenaga harus digunakan dengan cekap untuk
mengelakkan pembaziran. Peralatan elektrik harus dimatikan suisnya apabila tidak
digunakan. Kerajaan menggalakkan rakyatnya berkongsi kereta atau menggunakan
pengangkutan awam supaya menjimatkan bahan api dan mengurangkan pembebasan
bahan pencemar ke persekitaran.

RUMUSAN

Muka bumi ini didiami oleh pelbagai organisma yang hidup bersama.Manusia merupakan
golongan cerdik pandai yang dinamik dan berupaya menguasai seluruh alam ini.Walau
bagaimanapun, manusia telah menjalankan pelbagai aktiviti yang telah mendatangkan kesan
buruk terhadap ekosistem semata-mata untuk pembangunan dan keselesaan diri. Ekoran itu,
nyawa dan keselamatan hidupan lain turut terancam. Fenomena ini tidak akan berlaku jika
kesemua proses pembangunan dijalankan dengan perancangan teliti dan mempunyai
pengurusan pembangunan ke arah keseimbangan alam sekitar. Manusia haruslah memikul
tanggungjawab yang dimandatkan oleh Tuhan untuk menguruskan ekosistem dengan
sempurna agar semua hidupan di bumi in dapat hidup dengan selesa dan harmoni.
Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global,
pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran
masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam ekosistem,
nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam
sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang
sama. Maka, kita hendaklah bersama-sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan
yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan mula menghargai dan memulihara alam
sekitar.

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. saya telah diberi kesempatan untuk
melengkapkan dan menyiapkan folio Biologi ini.
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Biologi iaitu ____________ kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan.Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar
amat saya hargai.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa kerana sentiasa
memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan
mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya
sanjungi.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kelas _____
kerana telah bekerjasama dan membantu menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya, pengalaman
dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna.

Anda mungkin juga menyukai