Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga kami
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada Tn Hj Mohamed Akbar bin Nazardin iaitu pensyarah kami bagi kursus Nombor
dan Struktur Nombor atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.

Seterusnya, tidak lupa juga bantuan dan sokongan moral yang diberikan oleh ahli-ahli
kumpulan Matematik PSIMP yang tidak pernah henti menegur dan membaiki segala salah silap
kami sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak perpustakaan di Institut Perguruan Kampus Perlis kerana telah memberikan
kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada ibu bapa yang dicintai juga kerana turut
memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang
telah kami tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar hasil kerja yang kami siapkan ini dapat
memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya mahasiswa
dan mahasiswi untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan Nombor
Fibonacci dan Nisbah Keemasan.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai