Anda di halaman 1dari 1

TAJUK 2

Soalan:

Ahmad merupakan murid yang menghadapi masalah pembelajarn dan ditempatkan di


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Setelah beberapa bulan, guru Pendidikan
Khas sekolah tersebut mendapati Ahmad semakin meningkat pencapaiannya. Oleh itu,
beliau bercadang untuk menempatkan Ahmad ke dalam Program Pendidikan Inklusif
(PPI). Bincangkan proses yang perlu dilakukan oleh guru pendidikan khas(GPK) bagi
menempatkan Ahmad dari PPKI ke PPI?

Cadangan jawapan:

Berdasarkan situasi di atas terdapat 4 proses yang perlu dilakukan iaitu, proses
pemilihan calon Murid Bekeperluan Khas (MBK), proses perakuan Jawatankuasa
Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS), proses mendapatkan persetujuan ibu bapa
dan proses penempatan MBK.

Pertama sekali, GPK perlu mengenalpasti calon MBK dan mengemukakan nama
calon kepada JPPKS. Dalam konteks ini, GPK telah mendapati Ahmad semakin
meningkat pencapaiannya dan berpontensi untuk mengikuti PPI. Oleh itu, GPK perlu
mencalonkan Ahmad kepada JPPKS untuk dibuat pertimbangan.

Seterusnya, JPPKS bertanggungjawab untuk menilai samada Ahmad layak


mengikuti PPI atau tidak. Penilaian dibuat adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria-
kriteria yang ditetapkan. Sekiranya, JPPKS tidak meluluskan Ahmad, maka Ahmad perlu
meneruskan pembelajaran dalam PPKI sehinggalah Ahmad bersedia untuk dicalonkan
semula.

Setelah mendapat perakuan JPPKS untuk mengikuti PPI, pihak sekolah perlu
mendapatkan kebenaran ibu bapa Ahmad terlebih dahulu sebelum menempatkannya di
kelas arus perdana. Setelah mendapat kebenaran ibu bapa Ahmad, dia akan menjalani
tempoh percubaan tidak melebihi 3 bulan di dalam kelas arus perdana.

Akhir sekali, setelah menjalani tempoh percubaan Ahmad akan dinilai samada
dikekalkan di dalam kelas arus perdana atau ditempatkan kembali ke PPKI. Penilaian ini
bertujuan melihat kemampuan Ahmad untuk mengikuti PPI di kelas arus perdana.

Anda mungkin juga menyukai