Anda di halaman 1dari 1

Tamadun india turut menyumbang kepada pemantapan tamadun Malaysia dari

aspek sistem pemerintahan. Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sejak abad ke-3
SM. Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud
Semenanjung Melayu. Hasil daripada interaksi ini, sistem pemerintahan kita pada hari ini
juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu berdasarkan konsep
Dewaraja. Kesannya, warisan ini masih dikekalkan seperti membesarkan keagungan dan
kedudukan Raja dalam upacara pertabalan raja.sebagai contohnya, di Malaysia, pengaruh
raja dan agung merupakan pembesar tertinggi pada peringkat negeri mahupun peringkat
negara. Dalam upacara penganugerahan pangkat juga, raja yang berkuasa untuk
menganugerahkan pangkat seperti Datuk, Dato Seri dan sebagainya. Hal ini secara jelas
menunjukkan keagungan dan kedudukan raja dalam pentadbiran Malaysia sangat tinggi.
Selain itu, struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu dahulu juga telah dipengaruhi oleh
sistem kasta. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu.
Selain itu, tamadun India turut menyumbang dari aspek bahasa.

Bahasa adalah

unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Sebelum wujudnya
bahasa Melayu dalam kalangan Kepulauan Melayu, Malaysia tidak mempunyai bahasa yang
utama. Selepas kedatangan tamadun India ke tanah Melayu, tamadun Melayu menerima
pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu.
Penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M)
membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika itu (Nazarudin,
2015). Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah
bhakti (bakti), prakara (perkara) dan vela (bila). Oleh yang demikian, sehingga hari ini,
Malaysia masih menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam setiap sektor.
Setersunya, adat resam/istiadat di Malaysia turut diambil daripada perkembangan
tamadun India. Menurut Kamus Dewan (1997), adat bermaksud peraturan yang lazim
dilakukan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat yang
diikuti. Sebagai contohnya, upacara persandingan dalam majlis perkahwinan merupakan
upacara dalam kepercayaan agama Hindu. Namun begitu, masyarakat Malaysia telah
mengadaptasikan dalam adat resam Melayu. Hari kita dapat melihat, setiap majlis
perkahwinan di Malaysia diserikan dengan upacara bersanding, berinai dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai