Anda di halaman 1dari 2

SAFETY, HEALTH AND NUTRITION IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION/

KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK

Perbincangan perlu mengandungi komponen berikut:


1. Pengenalan dan objektif tugasan.
2. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan hidangan kanak-kanak.
3. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memastikan makanan itu adalah selamat dan
sihat.
4. Kesimpulan.

Pengenalan
Pemakanan adalah komponen penting untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang
optimum bagi kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat yang diterapkan sejak usia muda akan
mempengaruhi corak dan status pemakanan kanakkanak apabila dewasa kelak.

Kanak-kanak yang dihantar ke Tabika/ Prasekolah menghabiskan sebahagian masa mereka di sini.
Oleh itu, Tabika/ Prasekolah merupakan institusi penting dalam membantu pertumbuhan dan
perkembangan optimum kanak-kanak. Selain itu, amalan makan secara sihat yang dipupuk di Tabika/
Prasekolah sejak kecil dapat membantu kanak-kanak mengamalkannya sehingga ke peringkat
dewasa. Guru dan pengendali makanan Tabika/ Prasekolah turut memainkan peranan yang penting
dalam memastikan kanak-kanak yang berada di Tabika/ Prasekolah memperoleh makanan yang
berkhasiat dan memenuhi keperluan mereka

.1.1 Faktor-faktor Penting dalam Perancangan Menu


Keseimbangan Kandungan Nutrient
1. Untuk memperoleh kesihatan yang baik, setiap menu yang dirancang harus mempunyai
kandungan nutrient yang cukup dengan kadar yang sesuai.
2. Semua menu yang dihidang mesti mengandungi jenis nutrient yang berikut:
a) Karbohidrat
b) Protein
c) Garam mineral
d) Lemak
e) Vitamin

Keperluan Fizikal
1. Keperluan zat makanan bagi setiap individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:
a) Umur
b) Tahap kesihatan
c) Saiz badan
d) Jenis pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan
2. Seorang kanak-kanak memerlukan lebih makanan yang berfungsi untuk pembina tubuh badan
berbanding orang dewasa.
3. Hidangan menu yang kurang berminyak sesuai untuk seorang pesakit.
4. Manakala orang yang aktif memerlukan lebih makanan pemberi tenaga dan haba seperti nasi,
roti, mentega dan keju.

Kegemaran Individu
1. Semasa perancangan menu, makanan kegemaran setiap ahli keluarga perlu diambil kira. Ini
adalah individu yang berlainan dalam sesebuah keluarga mempunyai makanan kegemaran yang
berbeza.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bagi hidangan yang disajikan termasuk jenis
makanan, kaedah memasak, rasa, dan tekstur makanan.

Masa dan Perbelanjaan


1. Masa dan kos yang diperlukan untuk menyediakan sesuatu hidangan mesti diambil kira
semasa merancang menu supaya tidak berlaku pembaziran.
2. Hidangan harian seperti sarapan haruslah memilih menu yang mudah dan cepat disediakan.

Keseimbangan Sajian
1. Keseimbangan sajian ialah hidangan yang mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi
warna, teksur, rasa, bahan makanan, dan kaedah memasak.
2. Sesuatu sajian yang seimbang dapat menambah selera makan pengguna.
3. Sesuatu sajian yang seimbang perlulah mengambil kira daripada pelbagai aspek, iaitu:
a) Warna yang berlainan
b) Rasa yang pelbagai seperti masam, manis, pedas, dan masin
c) Tekstur seperti lembut, rangup, atau garing
d) Kaedah memasak yang berbeza seperti menggoreng, mengukus atau merebus

5 kunci keselamatan makanan


1) Asing
2) Bersih
3) Masak
4) Simpan
5) Air dan bahan mentah selamat

Anda mungkin juga menyukai