Anda di halaman 1dari 6

Isitilah moral sebenarnya dari perkataan Latin moralis yang bermaksud tingkah laku yang

sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat. Aliran pemikiran berkait dengan fahaman dan
keyakinan kita terhadap apa yang kita fikir dan meneliti serta menyaring apa yang orang lain
fikir. Aliran ini akhirnya menjadi teguh kepada diri seseorang menyebabkan kita tahu konsep
dan falsafah hidup serta hala-tuju perjuangan.Pemikiran aliran terbahagi kepada empat aliran
iaitu,pemikiran Naturalis,pemikiran Emotivis,pemikiran Intuitionis dan pemikiran Rasionalis.

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya
yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya
dapat dikatakan berfikiran naturalis. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii
(nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-
ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi
berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia
mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal.
Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak
mereka.Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan
hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik
sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara
haiwan yang lain.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan
penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan
menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain masyarakat disitu mempunyai
pemikiran naturalis kerana mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang
daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Aliran Pemikiran Emotivis merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada
kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap
atau perasaan.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan
sebarang teori asas yang istimewa. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan
memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran
rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi
emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini
mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia
tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana
terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan
keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh
salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.Situasi ini menunjukan bahawa
kumpulan lelaki yang telah merogol gadis itu bertindak mengikut emosi mereka tanpa memikir
kerasionalan dari tindakan tersebut.

Seterusnya, Aliran Pemikiran Intuisionis. Perkataan intuisi berasal daripada perkataan


Latin intueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu
proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan
ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Aliran pemikiran ini merujuk satu
proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati.
Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa
yang dirasai di dalam hatinya.

Contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran


sedemikian ialah gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova mereka
mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.Dengan kata lain,gadis
remaja yang tertipu mempunyai pemikiran intuisionis kerana mereka mengambil keputusan
mengikut gerak hati mereka.

Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala
tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat
patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Ahli-ahli falsafah yang
menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan sebagai
rasionalis. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya
tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang
diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa
hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan
itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria
fizikal sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua
sudut tepat kerana mereka ia merupakan konsep Matematik yang telah dibuktikan oleh pakar
matematik.

JENIS JENIS NILAI DALAM PENDIDIKAN MORAL


Nilai Instrumental digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. Nilai yang

INSTRUMENTAL

INSTRINKSIK

SUBJEKTIF

KONSEP NILAI

NILAI DAN KONSEP


OBJEKTIF
ETIKA

TEORI ETIKA

RELATIF

MUTLAK

menjadi pedoman pelaksanaan dari nilai asas ialah nilai instrumental. Nilai dasar belum dapat
bermakna sepenuhnya apabila belum mempunyai formulasi serta parameter atau ukuran yang
jelas dan konkrit. Ia akan menjadi norma moral apabila nilai instrumental itu berkaitan dengan
tingkah laku manusia dalam kehidupan sehari-hari makan.

Namun apabila nilai instrumental itu berkaitan dengan suatu organisasi atau Negara,
maka nilai instrumental itu merupakan suatu arahan, dasar, atau strategi yang bersumber pada
nilai asas sehingga boleh juga dikatakan bahawa nilai instrumental itu merupakan suatu
eksplisitasi dari nilai asas. Nilai ini juga bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat. Sebagai contohnya dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati
ibunya. Oleh itu, nilai di atas bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya.

Nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat merupakan nilai
instrinksik. Kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.Kualiti bagi nilai diterima atau
ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini
mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau
tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan
keadilan dalam setiap perbuatan.Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama, contohnya baik
hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya.

Misalnya, kasih sayang terhadap ibu bapa merupakan suatu kewajipan anak (intrinsik)
dan bukan kerana ingin mewarisi harta mereka (instrument). Dalam situasi lain, Hakim
menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol mengikut jenayah yang dilakukan.
Daripada hal tersebut kita dapat melihat bahawa nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai
lain untuk mencapai matlamatnya. Kesimpulnya nilai intrinsik merupakan setiap objek
mengandung kualiti tertentu dan nilai tersebut berdiri sendiri.
Definisi bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh
seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda
atau perkara Utilitarianisme menyatakan bahawa suatu tindakan diangap baik bila tindakan ini
meningkatkan tahap manusia. Penekanan dalam utilitarianisme bukan pada meningkatkan
tahap peribadi, tetapi meningkatkan tahap masyarakat secara keseluruhan. Dalam
pelaksanaannya sangat tergantung pada pengetahuan kita akan hal mana yang dapat
memberikan kebaikan terbesar.
Nilai Objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Kualiti yang bernilai
atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai objektif ini diterima atau ditolak
berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Kita boleh
mengatakan bahawa nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang
dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Nilai objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut
mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau
kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya. Seterusnya, contoh lain
seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan nilai kemanusiaan.
Sebenarnya haiwan memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia.
Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih
terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini
dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan
pihak lain.

Untuk mencapai matlamat masyarakat secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan
sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat. Nilai relatif
ini adalah bersifat sewenang - wenangnya iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza
antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan
fahaman mengenai betul atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.

Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah
masyarakat adalah nilai mutlak. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang selaras dan
kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Tambahan pula, segala
idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti sama ada ia baik ataupun
buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi
semua situasi norma masyarakat. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan
terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional
dan tidak keterlaluan.

Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran hidup
berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja
kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan keharmonian
antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru,
pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain. Dengan
ini nilai ini ialah nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah
masyarakat. Kita juga boleh dikatakan sebagai diterima umum dan telah diuji atau terbukti
sebagai baik atau buruk.

Nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup manusia. Sistem
nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai dan sistem sosial. Ia adalah
penting dalam hubungan sosial antara individu dengan masyarakat untuk menjamin kestabilan
masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia. Individu yang menghayati sesuatu nilai
akan melakukan sesuatu yang berkaitan dengan nilai itu dan tidak melakukan sesuatu yang
dirasakan bercanggah dengan nilai yang diamalkannya. Tuntasnya, semua orang harus
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupannya supaya menjadi modal insan yang dapat
merealisasikan aspirasi Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai