Anda di halaman 1dari 5

TRANSKRIP TEMU BUAL

Cik Shalini : Selamat pagi guru.

Pn Thiruselvi : Selamat pagi.

Cik Shalini : Guru telah mengajar di sekolah ini selama berapa tahun?

Pn Thiruselvi : Saya telah mengajar selama dua tahun di sekolah ini.

Cik Shalini : Sebelum ini guru mengajar di mana?

Pn Thiruselvi : Pada 2015 saya telah ditukarkan ke sekolah ini dari negeri Perak.

Cik Shalini : Maksudnya guru mempunyai pengalaman mengajar di sekolah yang berlainan.
Baik guru. Seperti mana kita tahu terdapat pelbagai cabaran dalam
profesionalisme perguruan. Kepelbagain budaya adalah salah
satu isu yang semakin menjadi jadi di kalangan guru pada masa kini. Sejauh
manakah anda memahami tentang kepelbagain budaya di kalangan
pelajar.

Pn Thiruselvi : Setahu saya kepelbagain budaya adalah isu yang ketara di antara pelajar pada
masa ini. Kepelbagain budaya maksudnya dari segi agama,kaum, kelas
sosial dan tahap pembelajaran pelajar, pelajar keperluan khas. Disebabkan
perbezaan kelas sosial pelajar ini isu ini menjadi jadi di kalangan pelajar.

Cik Shalini : Betul juga apa yang guru katakan. Seperti mana guru kata kadar
pembelajaran adalah satu masalah di kalangan pelajar bagaimana pihak
sekolah SJK(T) Paya Rumput ini mengatasi masalah kadar pembelajaran ini?

Pn Thiruselvi : setahu saya kadar belajar di kalangan pelajar merupakan suatu masalah yang
setiap tahun pihak sekolah harus dihadapi oleh pihak sekolah. Pelajar
seperti ini bukan semua yang sama tahap penguasaan mereka sangat
berlainan. Ada pelajar yang pandai, ada pelajar yang memerlukan
bimbingan yang sikit ada yang memerlukan bimbingan yang banyak seperti
itu. Setahu saya di sekolah ini kebanyakkan pelajar yang golongan
sederhana dalam lima puluh peratus pelajar yang dari keluarga yang
berpendapatan sederhana dan tahap pembelajaran mereka juga dalam
tahap yang sederhana. Ada segelintir pelajar yang pandai dan ada pelajar yang
cacat juga di sekolah ini. Sekolah ini mengendalikan program pendidikan
khas.

Cik Shalini : Bagus. Bilakah program pendidikan khas ini telah diperkenalkan?

Pn Thiruselvi : Setahu saya program ini telah diperkenalkan sebelum saya ditukarkan ke
sekolah ini.

Cik Shalini : Bagaimana cara mengajar kepada pelajar khas ini? Siapakah pelajar yang
memerlukan pendidikan khas ini?

Pn Thiruselvi : Di sini mempunyai pelajar pelajar yang bermasalah pembelajaran, pelajar


bisu pekak dan pelajar ADHD. ADHD bermaksud pelajar hyperaktif.
Mereka telah dimasukkan ke dalam kelas khas di sekolah ini. Cara mengajar mereka
ialah seperti mereka mempunyai sukatan pelajaran yang khas. Sukatan
pembelajaran untuk pelajar khas ini menekankan pengurusan diri mereka dan
membentuk tingkah laku mereka. Ia adalah sesuatu yang sangat diperlukan
kepada pelajar pendidikan khas terutamanya kepada pelajar hyperaktif.

Cik Shalini : Memang betul pelajar hyperaktif memerlukan pengurusan tingkah laku. Baik
guru dalam pemerhatian saya terdapat sekolah ini telah dikelilingi oleh
sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah kebangsaan. Apakah usaha
pihak sekolah ini dalam meningkatkan kefahaman tentang budaya pelajar dari
perbezaan kaum?

Pn Thiruselvi : Seperti mana saya diberitahu sekolah ini telah ditubuhkan untuk menjadikan
sekolah wawasan tetapi terjadi. Ini kerana peruntukan duit yang tidak
mencukupi. Walaubagaimanapun setiap tahun ada program RIMUP yang bermaksud
ketiga tiga sekolah ini akan berganding bahu melakukan program berkaitan
dengan kokurikulum seperti perkhemahan, sukaneka dan juga program
program yang lain. Seperti mana tahun yang lepas saya telah mendapat satu
peluang untuk menjadi guru bertugas bagi perkhemahan di antara tiga
sekolah ini. Perkhemahan itu telah dipenuhi dengan aktiviti aktiviti
yang memberi peluang kepada pelajar lain untuk mempelajari budaya
kaum lain. Sebagai contohnya, pertadingan kolam disediakan. Kolam
merupakan antara satu budaya kaum india. Dengan pertandingan itu
pelajar berlaianan kaum dapat mempelajari meletak kolam. Permainan congkak
telah diajar di perkhemahan itu untuk mengenali budaya orang melayu.
Manakala perlukisan origami perkataan cina telah disediakan tujuan
mengenalkan budaya orang cina.

Cik Shalini : Dari pengalaman guru bolehkah pelajar india bergaul mesra dengan pelajar
dari sekolah cina dan sekolah kebangsaan? Adakah mereka mempunyai
masalah semasa berkomunikasi dengan pelajar berlainan kaum?

Pn Thiruselvi : Mereka tidak mempunyai masalah dalam pergaulan tetapi mereka mengalami
masalah bahasa. Tetapi masalah itu tidak berleluasa kerana pelajar
sekarang membiasakan diri dengan berkomunikasi dengan orang awam di
tempat tempat awam seperti pasar dan sebagainya.

Cik Shalini : Guru dalam kajian yang dilakukan oleh kami terdapat dua puluh tujuh pelajar
yang menerima rmt ini. Bermaksud terdapat pelbagai jenis kelas sosial di
kalangan pelajar sekolah ini. Apakah cabaran yang dihadapi oleh
pihak sekolah dalam menguruskan pelajar yang mempunyai latar belakang yang
berbeza?

Pn Thiruselvi : Sekolah ini mempunyai pelajar yang sangat miskin sampai tiada duit untuk
meneruskan kehidupan seharian mereka. Pihak sekolah ini sangat
membantu kepada pelajar dalam hal ini. GPK HEM kami akan memastikan
setiap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan dapat disampaikan kepada
pelajar yang sangat memerlukan bantuan tersebut. Bukan sahaja bantuan
Kerajaan Malaysia malah bantuan dari Kerajaan Melaka juga akan diberikan
kepada pelajar pelajar ini.

Cik Shalini : bagaimanakah hubungan antara pelajar kelas sosial tinggi dan pelajar kelas
sosial yang rendah?

Pn Thiruselvi : Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial yang rendah biasanya akan
menyinkirkan diri mereka dari pelajar pelajar yang lain. Kelas
pendidikan khas yang saya mengajar juga mempunyai seorang pelajar. Dia
tidak dapat berkomunikasi secara betul dengan pelajar yang lain.
Sebab mungkin dia rasa rendah diri sangat.
Cik Shalini : Apakah tindakkan guru dalam meningkatkan kepercayaan diri sendiri dalam
pelajar pelajar tersebut?

Pn Thiruselvi : Kami akan memastikan pelajar tersebut sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Cik Shalini : Bagus. Seterusnya guru golongan pelajar manakah yang aktif dalam
melibatkan diri dalam PnP? Kenapa?

Pn Thiruselvi : Setahu saya pelajar lelaki kerana kelas saya pelajar lelaki yang ramai. Sebagai
punca yang lain pula mungkin sebab sekolah ini sangat menekan
penglibatan pelajar dalam sukan. Kebanyakan pelajar lelaki yang terlibat
dalam sukan ini mungkin pelajar lelaki lebih aktif berbanding dengan
pelajar perempuan.

Cik Shalini : Mungkin sebab yang lain pelajar perempuan juga mempunyai rasa malu. Baik
guru, setiap pelajar mempunyai bakat dan minat yang berlainan. Apakah
usaha pihak sekolah ini dalam meningkatkan bakat dan minat pelajar dalam
sesuatu?

Pn Thiruselvi : Pihak sekolah ini banyak menekan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan.
Guru besar sekolah kami sangat mendorong dan menasihati pelajar
supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Teruatamanya hoki, kerana
sekolah kami telah memenangi dalam pertandingan hoki tahap kebangsaan.
Bukan sahaja hoki tetapi sukan sukan lain juga kami menekankan pelajar
menghadiri seperti sukan bola sepak dan lain lain. Pihak sekolah juga
menyediakan juru latih bola sepak dari luar.

Cik Shalini : Itu merupakan usaha yang sangat bagus. Baik Pn Thiru. Terima kasih atas
kerjasama anda.

Pn Thiruselvi : Terima kasih cik Shalini.

Anda mungkin juga menyukai