Anda di halaman 1dari 4

SOSIALISAS

I
Sosialisasi adalah proses bagi manusia mempelajari dan menerima nilai, sikap dan kemahiran orang-
orang di sekeliling, terutamanya daripada keluarga-keluarga dan masyarakat bagi membentuk
personaliti yang tersendiri untuk menjadi ahli dalam masyarakat tersebut. (Abdullah Zhidi Omar, 2016)

JENIS SOSIALISASI
Formal
 Sosialisasi ini melalui lembaga atau institusi yang dibentuk oleh pemerintah dan masyarakat dan memiliki tugas khusus
dalam mensosialisasikan peraturan, kebijakan, nilai dan norma sosial, dan sejumlah peranan yang harus dipelajari oleh
masyarakat. Jenis sosialisasi ini dapat terlihat di sekolah, kantor kelurahan/kabupaten, dewan adat, dan lainnya.

Informal
 Sosialisasi ini dapat dijumpai dalam pergaulan sehari-hari dan lebih bersifat kekeluargaan, misalnya arisan keluarga, rapat
keluarga, dan lain sebagainya.

Sosialisasi primer
 Sosialisasi ini merupakan sosialisasi pertama yang dijalani oleh individu pada waktu kecil untuk belajar menjadi anggota
masyarakat (keluarga). Individu yang melakukan sosialisasi primer ini berumur antara 1 hingga 5 tahun atau pada saat
mereka belum mulai masuk sekolah. Pada sosialisasi primer ini, peran orang tua dan saudara sangat berpengaruh besar dan
penting dalam pembentukan kepribadian seorang anak.

Sosialisasi sekunder
 Sosialisasi yang merupakan lanjutan dari sosialisasi primer dimana proses ini mulai memperkenalkan individu ke dalam
kelompok tertentu di suatu masyarakat. Proses ini meliputi dua bentuk yaitu resosialisasi dan desosialisasi. Pada
resosialisasi, seorang individu diberikan identitas diri yang baru, dan pada desosialisasi, seorang individu akan mengalami
peniadaan identitas diri yang lama.
AGEN

SOSIALISASI
Definisi agen sosialisasi : Pihak – pihak yang menghayati nilai-nilai moral

 Jacobs & Fuller (1973) mengidentifikasikan 5 jenis agen sosialisasi :


 Institusi keluarga
 Ibu bapa menjadi “role model” dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

 Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmoni dan selamat bagi anak-anak


 Institusi Pendidikan
 Menurut Dreeben, dalam institusi pendidikan formal, seseorang belajar membaca, menulis dan mengira.

 Memberi pengetahuan moral, pengetahuan sekolah dan kokurikulum.


 Masyarakat
 Membentuk nilai-nilai yang diterima pakai dalam kelompok masyarakat.

 Nilai masyarakat majmuk dapat membanding nilai yang kurang dalam diri kita.

 Menjatuhkan hukuman bagi individu yang perilaku tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat.
 Institusi Agama
 Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan melalui khutbah, ceramah, sami dan sebagainya.

 Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti.


 Media Massa
 Membekalkan maklumat baik dan buruk sesuatu perkara.

 Menyelitkan pengajaran/ teladan dalam artikel.


SOSIALISASI MENURUT PERSPEKTIF
 INTERAKSI, KONFLIK DAN FUNGSIONALISME

 Sosialisasi melalui interaksi ialah kajian yang telah diperhatikan oleh B. Bernstein (1924),
telah menyatakan bahawa sosialisasi interaksi boleh terbahagi kepada dua jenis
iaitu solidariti organik (masyarakat moden) dan solidariti mekanik (masyarakat tradisional)
yang wujud hasil daripada perbezaan sistem kelas pendidikan yang berbeza yang memiliki
cara dan kaedah tersendiri dalam melahirkan kumpulan masyarakat yang berbeza dari sudut
pandangan dan pegangan dalam budaya kehidupan.
 Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah,
berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Konflik juga
merupakan penyumbang kepada penyebab tahap perpaduan dalam sesebuah masyarakat
menjadi rendah (Abd Razak,Rozita,Didin 2008). Hal ini disebabkan berlakunya pertentangan
dan perbezaan pendapat antara dua orang atau lebih.
 Teori fungsionalis pula mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik
dan prestasi pelajar, teori fungsionalis didapati lebih menonjol peranannya. Merton (1968)
menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi
tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru
sementara fungsi tidak nyata ialah aktiviti-aktiviti yang tersirat seperti kurikulum
tersembunyi.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

 Guru berupaya menggalakkan pergaulan yang mesra dalam kalangan pelajarnya.


 melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja kumpulan yang diadakan akan menggalakkan interaksi
antara pelajarnya. Sebaliknya, jika guru menganjurkan kerja kumpulan, peluang untuk bersosialisasi akan
berkurangan sesama pelajar.

 Guru menekankan aspek komunikasi dua hala.


 Guru perlu  mempunyai kemahiran dan dinamika untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan dalam bilik darjah. Ini
kerana guru yang menekankan aspek ini akan mendorong pelajar – pelajar untuk menyoal dan menjawab soalan
dan dengan itu dapat membantu pelajarnya mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap
terhadap sekolah dan pembelajarannya.
 Jika guru itu memilih untuk menyampaikan maklumat sahaja, maka kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan.
Kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk sosialisasi.

 Guru bertanggungjawab memupuk nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, bertimbang rasa dan
bekerjasama.
 Pelajar yang muda amat memerlukan keperluan-keperluan psikologi tersebut. Dengan adanya penekanan nilai-
nilai tersebut, suasana yang kondusif telah wujud untuk sosialisasi.

 Guru perlu mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan kawasan sekolah, balai raya,
pusat warga tua dan sebagainya.
 Usaha seperti ini akan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi sesama mereka atau dengan penghuni-
penghuni di pusat-pusat tersebut. Ini juga merupakan peluang untuk pelajar bersosialisasi.

Anda mungkin juga menyukai