Anda di halaman 1dari 1

Soalan :

Terangkan tentang faktor genetik dan faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan
pelajar. Pada perenggan berikutnya, jelaskan sejauhmana kedua-dua faktor tersebut mempunyai
kaitan antara satu sama lain. Nyatakan contoh yang sesuai.

Jawapan :

Perkembangan adalah sesuatu bersifat kualitatif yang bermaksud sesuatu perubahan yang tidak
dapat diukur tetapi akan berlakipada peringkat yang lebih awal. Proses ini bermula dengan
percambahan sel sehingga ke akhir hayat. Menurut Havighurst, setiap tahap kehidupan mempunyai
tugas-tugas perkembangan yang tertentu yang wujud di antara keperluan individu dan matlamat
masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa dala kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa seterusnnya
tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat dan budaya di mana individu itu menetap. Genetik atau baka ialah gen-gen yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari segi kecerdasan, sebilangan besar ahli
psikologi seperti Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara pelajar
boleh diperhatikan melalui prestasi mereka di dalam kelas. Kajian ahli psikologi sering mengaitkan
kecerdasan pelajar dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa yang bijak pandai
akan melahirkan anak-anak yang turut bijak. Ini menunjukkan bahawa perkembangan pelajar
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Faktor persekitaran pula merujuk kepada situasi
semasa proses perkembangan pelajar ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.
Keadaan selepas kelahiran dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosioekonomi, tahap pendidikan,
keluarga, rakan-rakan, ibadah, media dan persekitaran dunia. W.Edger menerangkan bahawa
persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang
individu. Sebagai contoh, faktor sumber teknologi seperti media massa sangat memberi impak yang
besar kepada perkembangan pelajar. Adalah diketahui bahawa individu yang terdedah kepada
sumber teknologi yang sihat akan mempengaruhi perkembangan kreativiti individu berdasarkan
nilai-nilai yang terkandung di dalam pengaruh sumber ini.

Perkembangan pelajar adalah sangat subjektif untuk dinilai. Kerana itu, kedua-dua faktor ini
amat penting dalam menentukan tahap perkembangan kreativiti individu dimana pengaruh baka
mempengaruhi aspek dalaman dan luaran pelajar sedangkan persekitaran pula mempengaruhi
perkembangan pelajar secara berterusan. Kedua-dua faktor ini dapat membentuk perkembangan
pelajar dalam aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan jasmanii pelajar dalam melahirkan pelajar
yang berilmu, beramal dan beriman.

Anda mungkin juga menyukai