Anda di halaman 1dari 1

Soalan :

Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah amat


kurang bermaya atau setakat ala kadar.

Bincangkan cabaran yang dihadapi serta strategi yang anda dan pihak sekolah lakukan atau
boleh lakukan bagi mengaktif dan menjayakan aktiviti kokurikulum di sekolah anda.

Jawapan :

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah yang penting dalam memberi
sumbangan terhadap penburan fizikal, mental, emosi dan sosial murid. Buku Pentadbiran Sekolah
(1982) memberi pengertian kokurikulum sebagai segala gerakkerja dan aktiviti yang dilakukan di luar
waktu pelajaran formal. Ini meliputi segala bidang pergerakan persatuan, perkumpulan, permainan
dan perkara-perkara lain yang membantu pelajaran formal. Dalam memastikan perlaksanaan dan
pengendalian aktiviti kokurikulum di sekolah sentiasa berjalan lancar, banyak cabaran dan
permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Antara masalah yang timbul ialah sikap di kalangan guru di sekolah sendiri sehingga
menyebabkan aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan sebaik mungkin. Ramai di antara guru yang
tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum kerana merasakan ia membuang masa pelajar. Selain itu,
pengetahuan guru yang terhad dan kurang kemahiran dalam bidang yang diberikan juga menjadi
punca kepada masalah perlaksanaan kokurikulum ini. Keadaan ini timbul kerana kurangnya
pendedahan dengan sebarang kursus yang berkaitan bidang kokurikulum itu. Kesannya,
perlaksanaan aktiviti tidak dapat menarik minat di kalangan pelajar. Terdapat juga para pelajar yang
hanya mementingkan akademik semata. Dorongan yang kurang dari ibu bapa juga akan melemahkan
semangat anak-anak untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Selain itu, terdapat juga permasalahan
besar yang timbul akibat dari kekangan kewangan dan prasarana di sekolah. Ini akan menimbulkan
rasa sesak dan tidak selesa di kalangan para pelajar.

Terdapat pelbagai strategi yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan aktiviti
kokurikulum ini berjalan dengan lancar. Antaranya ialah, pentingnya penglibatan guru di sekolah.
Penyertaan dan peranan yang dimainkan oleh guru akan menggalakkkan para pelajar hadir serta
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain itu, para pelajar harus diberi kebebasan untuk memilih
aktiviti yang diminati tanpa sebarang paksaan untuk mendorong mereka menjalankan aktiviti
dengan bersungguh-sungguh. Untuk menghadapi kekangan prasarana dan kewangan, selain
peruntukan yang secukupnya dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah boleh
memohon sumbangan dari masyarakat sekitar serta ibu bapa supaya bantuan yang sepatutnya
dapat disalurkan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai