Anda di halaman 1dari 2

DR ZUL

1. SOALAN FORUM

Kepentingan pengurusan dan pengelolaan ko kurikulum di sekolah, antara salah satu sebab kenapa pentingnya pengurusan
dan pengelolaan kokurikulum di sekolah ialah supaya dapat mencapai matlamat yang ditentukan oleh kementerian
pendidikan Negara di samping dapat menjadi rakyat yang berguna di masa hadapan. Untuk mendokong usaha ini, salah
satu cabang ilmu yang perlu dikuasai pelajar di sekolah ialah terlibat secara langsung dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Oleh itu, pelajar juga memiliki kebebasan untuk melatih diri agar menjadi yang terbaik tanpa ada diskriminasi dalam
memilih mana-mana pelajar untuk terlibat dalam aktiviti ko kurikulum.

Pentingnya pengurusan dan pengelolaan ko kurikulum kerana matlamatnya jelas seperti berikut:

1. Pendidikan menyeluruh serta seimbang dari segi intelek, emosi/rohani dan jasmani.
2. Menggilap bakat pelajar - setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan sekurang-kurangnya satu keistimewaan.
3. Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan- 1 bahtera, 1 nakhoda
4. Peningkatan disiplin pelajar.
5. Memupuk dan memperkukuh perasaan muhibbah serta perpaduan.
6. Menyemai nilai-nilai pendidikan melalui gerak kerja kokurikulum.
7. Penggunaan masa lapang dengan cara berfaedah.
8. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik serta menyeronokkan.

Di samping itu, ko kurikulum dilihat sebagai kursus akademik bagi membantu untuk memperkembangkan sahsiah
seseorang individu yang dilaksanakan secara formal atau tidak, digolongkan sebagai ‘kokurikulum’ kerana jika dilihat
program yang direncanakan, bukanlah sekadar mengisi masa senggang tetapi juga untuk menambahkayakan pengetahuan
dalam sesuatu bidang di samping memperkukuh sahsiah individu. Di samping itu, pihak Kementerian Pendidikan juga mula
melihat kegiatan kokurikulum sebagai satu daripada kriteria penting dalam proses pemilihan pelajar untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada di dalam atau di luar negara. Para majikan juga turut memberi pemberat
kepada penglibatan calon pekerjanya dalam kegiatan kokurikulum semasa di alam pendidikan.

Konklusinya, pengurusan dan pengelolaan ko kurikulum sangat penting bagi membantu pelajar mencapai tahap optimum
dalam pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah bagi mencapai matlamat kokurikulum, kokurikulum iaitu
ko kurikulum diwujudkan dengan berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang harus mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental, rohani dan jasmani.

Anda mungkin juga menyukai