Anda di halaman 1dari 19

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

RIS

KPR 4063

SEMESTER 1 SESI 2017/2018

KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

KESAN PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MENINGKATKAN PRESTASI


PELAJAR DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN EMPAT

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ZAIHASSNI BINTI MAT YAMAN L20181010950 011-10709782
NOR’ ADILAH BINTI ZAINAL ABIDIN L20181010952 017-9339294
SITI ROKIAH BINTI AWANG TEH L20181011068 011-10505904

NAMA PENSYARAH: PROF.MADYA DR.AZLINA ABU BAKAR

0
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 2
1.1 Latar belakang kajian 2
1.2 Pernyataan masalah 3
1.3 Rangka konsep 3
1.4 Objektif kajian 3
1.5 Persoalan kajian 4
1.6 Hipotesis 4
1.7 Definisi Istilah 4
1.8 Kepentingan kajian 5
1.9 Batasan kajian 5
RUMUSAN 6
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7
2.2 Peta Minda atau Peta Konsep 8
2.3 Sikap Pelajar Terhadap Subjek Sains 8
2.4 Kepentingan Peta Konsep 10
2.5 RUMUSAN 11

BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 11
3.2 Kaedah kajian 11
3.3 Sampel dan lokasi kajian 11
3.4 Pentadbiran kajian ` 11
3.5 Instrumen kajian 13
3.5 Analisis data 14
PENUTUP 14

1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kajian ini dijalankanke atas pelajar menengah atas iaitu pelajar tingkatan empat
berkaitandenganpemasalahandalam subjek Sains.Subjek Sainsmemerlukan keupayaan pelajar
untuk memahami dan mengingat fakta khususnya yang berkaitan dengan istilah-istilah,
proses-proses Sains yang harus diingat. Seperti yang kita sedia maklum, apabila dikaitkan
dengan fakta, maka pelajar akan kurang berminat untuk mempelajari topik tersebut. Adalah
penting bagi pelajar dalam menguasai fakta-fakta yang berkaitan dengan tajuk kerana ia
membawa kepada peratus markah yang besar dalampeperiksaan.Ianya bukan sahaja bertujuan
untuk peperiksaan, akan tetapi adalah penting bagi pelajar untuk memahami konsep dalam
Sains untuk memahami danmengaplikasikan teori Sains dalam kehidupan seharian.Dalam
memastikan pelajar dapat menguasai subjek Sains, guru memainkan peranan yang penting
dalam merancang pengajaran yang berkesandalam matapelajaran ini.Pada pandangan
pengkaji, pembelajaran berpusatkan gurudan cara tradisional “chalk and talk” adalah tidak
sesuai dan tidak menarikminatpelajardalam pelaksanaanpembelajaran.Akan tetapi dengan
mengubahkaedahpengajaranakanmenarikminatpelajardalam mempelajaritopik
ini.Olehyangdemikian kajian ini dijalankan dalam usaha mencari Teknik dan kaedah
pengajaranyang sesuai dalam membantu para pelajar untuk menguasi subjek Sains
seterusnyamenarik minatmerekaterhadap mata pelajaran ini.Justerudalam
memastikanpelajarmenguasainya,satukaedahpengajaraniaitu menggunakan pendekatan peta
konsep atau pemetaan “i-Think” digunakan.

1.1 Latar Belakang Kajian


Kajian ini dijalankan atas tujuan keprihatianan pengkaji keatas prestasi akademik
pelajarterhadapsubjekSainsyang diajar.Dalam kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti
keberkesanan teknik peta konsep dalam membantu pelajar menguasai dan memahami Sains
terutamanya isi kandungan yang berkaitan dengan fakta dan proses-proses
Sains.Justeru,pengkaji akan menekankan kepada dua teknik peta konsep iaitu peta buih dan
peta alir.

1.2 Pernyataan Masalah

2
Sepanjang pemerhatian pengkaji, telah timbul satu isu dalam pembelajaran yang dapat dilihat
iaitu murid tidak menguasai sepenuhnya dalam mempelajari Sains yang diajar
disekolah.Halinidapat dilihat apabilamarkah ujian parapelajar tiada peningkatan peratus dan
bilangan pelajar cemerlang bagi subjek Sains adalah sedikit. Di samping itu, melalui
pemerhatian pengkaji, pelajar juga tidakmenumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas dan
tidak memberi respon yang baik kepada guru Sains sewaktu guru mengajar.

1.3 Rangka Konsep


Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

Prestasi pelajar bagi


subjek Sains Tingkatan
Empat

Rajah 1.0 Rangka Konsep

1.4 Objektif Kajian


i. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai dan
memahami subjek Sains.
ii. Mengenalpasti keberkesanan kaedah peta konsep yang digunakan terhadap tahap
pencapaian pelajar
iii. Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah yang digunakan dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran PdP.

3
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan mencari jawapan bagi beberapa persoalan kajian seperti yang
disenaraikan di bawah:
i. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai subjek Sains?
ii. Apakah kaedah peta konsep seperti peta buih dan peta alir dapatmembantu pelajar
dalam memahami subjek Sains?
iii. Apakah tahap penerimaan pelajar tehadap kaedah yangdiguna pakai dapat membantu
pelajar dalam menguasai subjek Sains?

1.6 Hipotesis
Kajian ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sains. Kaedahyang dikaji adalah penggunaan peta konsep dalam
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dapat menjana idea dan mengembangkan
kemahiran kognitif mereka.Kajianini juga adalah penting untuk membantu guru
mempelbagaikan kaedah pengajarandan pembelajaran bagi topik-topik dalam subjek
Sainsdemi meningkatkan pencapaian pelajar di dalam kelas. Selain itu, pelajar akan memberi
tumpuan yang lebih kepada topik yang diajar dan berasa lebih seronok dalam sesi
pembelajaran. Dengan itu, pastinya dapat menaikkan nama baik sekolah sama ada menerusi
peningkatan prestasi akademik pelajar. Di samping itu,keberkesanankaedah
petakonsepinimembantu pelajar untuk memahami kandungan mata pelajaran Sains serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian
mereka.

1.7 Definisi Istilah


1.7.1 Peta Konsep / Peta Minda
Menurut pengasas peta minda, Buzan (2007), peta minda bermaksud kaedah menyimpan,
menyusun dan mengutamakan maklumat (selalunya dalam kertas) dalam bentuk grafik
berangkai-rangkai menggunakan imej dan kata pencetus atau kata penting yang setiap satunya
akan merakam memori khusus dan menggalakkan idea dan pemikiran baru.Dalam kajian ini
peta konsep dijadikan sebagai alat bantu dalam memudahkan pelajar lebih memahami
danmenguasai topik pembelajaran.

1.7.2 Prestasi Pelajar

4
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, prestasi bermaksud hasil dan mutu atau pencapaian
diperoleh (dicapai) dalam menjalankan sesuatu tugas. Manakala pelajar bermaksud orang
yang sedang belajar atau berguru.Prestasi pelajar pula merujuk kepada perubahan dalam hal
kecekapan, tingkah laku atau kemampuan seseorang yang sedang belajar.

1.7.3 Peta Buih


Peta Buih digunakan dalam menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya menggunakan frasa
adjektif (kata sifat)

1.7.4 Peta Alir


Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran,
plot atau proses sesuatu perkara.

1.8 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting bagi mengetahui keberkesanan teknik pengajaran yang telah digunakan
oleh guru dalam proses dan pembelajaran PdP. Hal ini bertujuan dalam mengubah mentaliti
para guru dalam mengubah teknik pengajaran mereka kepada tahap yang lebih baik dan tidak
lagi tertakluk kepada strategi pengajaran tradisional yangmenggunakan pengajaran“chalk &
talk”.Kajian inidalamusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran para guru dalam sesi PdP
agar proses tersebut boleh berjalan dengan lebih menarik. Selain itu, kajian ini
membantu dalam menarik minat pelajar terhadap subjek serta boleh membantu dalam
menguasai subjek Sains.
Justeru itu, dengan adanya kajian ini, diharapkan akan dapat membantu pelajar
meningkat prestasi mereka di samping meningkatkan kecemerlangan sekolah.

1.9 Batasan Kajian


Kajian ini dijalankan terhadap pelajar dari satu kelas sahaja iaitu pelajar dari Tingkatan
Empat. Sampel yang kecil atau tidak meliputi keseluruhan populasi membataskan hasil kajian
untuk digenerasikan ke situasi lain. Dengan lain perkataan, hasil kajian ini hanya bersesuaian
untuk situasi sampel berkenaan sahaja.
Selain itu, teknik ini sangat bersesuaian dengan pelajar yang memiliki gaya
pembelajaran visual.Ianya menjadi batasan kepada murid yang mempunyai gaya
pembelajaran auditori dan kinestatik.

5
Tambahan pula, responden yang terlibat mungkin kurang berminat untuk mengisi
borang kaji selidik dan kebarangkalian untuk memberi jawapan yang sahih adalah sukar
(kebarangkalian responden menajwab dengan jujur atau tidak soalan kaji selidik).

RUMUSAN
Pengkaji telah menjelaskan pengenalan kepada kajian yang akan dijalankan.Tumpuan
diberikan kepada pengajaran berpusatkan murid dimana para pelajar akan mencipta peta
konsep secara individu atau berkumpulan bagi tajuk yang diberikan dengan bimbingan dan
pantauan oleh guru. Bab ini juga menjelaskan tentang perangkaan kajian dalam melaksanakan
kajian,yang boleh digunakansebagai rujukan bagi memastikan setiap langkah yang diambil
dapat memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai.

6
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, penekanan kepada


enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing di peringkat global bagi
memantapkan sistem pendidikan sedia ada merupakan satu perkara yang menarik sekali dan
perlu dititikberatkan. Salah satu unsur yang disebutkan adalah meningkatkan kemahiran
berfikir. Terdapat pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan
oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar bagi membantu mereka menguasai kemahiran berfikir
yang betul dan komprehensif.

Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan
masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang
dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang
kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Warganegara yang berkualiti adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran
terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Oleh itu, empat elemen di dalam bidang sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan sains.
Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi
menyediakan pelajar memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran sains adalah
bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran sains dengan memupuk daya
pemikiran saintifik dan nilai-nilai murni yang diterima di persekitaran budaya Malaysia.
Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam mengharungi arus kehidupan
yang berkesan dan bermakna seiring dengan perkembangan dunia sains dan teknologi

7
2.2 Peta Minda atau Peta Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peta didefinisikan sebagai lukisan atau lakaran
manakala konsep ialah pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu. Oleh itu, peta konsep
disinonimkan dengan pelan, gambaran, gambarajah dan seumpamanya. Pada tahun 1974,
Tony Buzan telah memperkenalkan peta minda. Peta minda juga dikenali sebagai ”Mind
Mapping” adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjana idea
yang berkaitan. Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan
memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengolahan yang
menyeluruh. Menurut Trianto (2009), dalam buku Mendesain Pembelajaran Inovativ
Progresif, peta konsep adalah ilustrasi grafik konkkrit yang menentukan bagaimana sebuah
konsep tunggal dihubungkan dengan konsep-konsep lain pada kategori yang sama . Peta
konsep juga digunakan untuk menyatakan hubungan yang bermakna antara konsep-konsep
dalam bentuk pecahan atau bahagian.

Peta konsep merupakan salah satu kaedah pembelajaran kooperatif (Suprijono,2009).


Salah satu dalam teori Ausubel menyatakan bahawa faktor yang paling penting yang mampu
mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang telah diketahui pelajar (pengetahuan awal
pelajar). Jadi supaya proses pembelajaran menjadi lebih bermakna, maka konsep baru harus
dikaitkan dengan konsep-konsep yang ada dalam struktur kognitif pelajar. Ausubel belum
menyediakan suatu alat atau cara yang sesuai yang digunakan guru untuk mengetahui apa
yang telah diketahui oleh para pelajar. Berkenaan dengan itu Novak dan Gowin (dalam Dahar
1988) mengemukakan bahwa cara untuk mengetahui konsep-konsep yang telah dimiliki
pelajar, supaya belajar bermakna berlangsung dapat dilakukan dengan pertolongan Peta
Konsep (Amri dan Iif, 2010).

2.3 Sikap Pelajar terhadap Subjek Sains

Matlamat pendidikan Sains di Malaysia menekankan ke arah melahirkan masyarakat


berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Kekurangan
penglibatan pelajar dalam aliran Sains di peringkat sekolah dan universiti merupakan satu
fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Terdapat kajian menunjukkan dimensi sikap
pelajar terhadap konsep kendiri dalam Sains dan motivasi perlu diberi lebih perhatian. Hal ini

8
kerana kedua-dua aspek tersebut merupakan peramal kepada penglibatan pelajar dalam
bidang Sains di semua peringkat iaitu di peringkat peringkat pendidikan tinggi mahupun
dalam kehidupan seharian sebagai ahli masyarakat (Zanaton et. al, 2006). Dari aspek lain,
kajian yang dilakukan oleh Zanariah pada tahun 2010 yang mendapati bahwa pelajar
Bumiputera mempunyai sikap dan efikasi kendiri sains yang lebih positif berbanding dengan
pelajar bukan Bumiputera terhadap pencapaian Sains. Beliau juga mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara sikap dan efikasi kendiri sains pelajar terhadap pencapaian
Sains mengikut bangsa.

Pada tahun 1990, Simpson dan Oliver mendapati sikap dan motivasi pelajar terhadap
Sains telah menurun. Pelajar yang bersikap positif seperti berkeyakinan tinggi dan
mengetahui kepentingan Sains dalam kehidupan akan menjadi dorongan kepadanya unutk
mencapai matlamatnya di samping mempengaruhi kesediaan untuk belajar serta
meningkatkan penguasaan mereka seterusnya mencapai pencapaian akademik yang
memberangsangkan. Impak daripada tahap keyakinan diri dan persepsi terhadap guru Sains
yang negatif akan meyebabkan pemahaman dan penguasaan konsep asas Sains pelajar
terhadap Sains merosot (Aziz Nordin dan Lin Hui Ling, 2013).

Selain daripada sikap terhadap subjek Sains, Sikap saintifik pelajar juga perlu
dititikberatkan. Profil sikap saintifik yang dihasilkan menunjukkan bahawa pelajar memiliki
sikap saintifik yang rendah khususnya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan kemahiran
berfikir secara kritis (Kamisah et. al 2007). Menurut Che Nidzam et. al. (2010) ramalan
persekitaran pembelajaran makmal sains turut memberi kesan kepada tahap kepuasan pelajar.
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan persepsi yang positif
terhadap semua skala yang diuji. Dari segi tahap kepuasan mereka turut menunjukkan
persepsi yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di makmal.

9
2.4 Kelebihan Penggunaan Peta Konsep dalam Penagjaran dan Pembelajaran

Menurut Novak dan Gowin (1984) dalam Mohan Rathakrishnan dan Balan Rathakrishnan
(2012) strategi pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan peta konsep didapati boleh
meningkatkan tahap pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru bagi
pelajar. Kejayaan penggunaan peta konsep sebagai satu strategi kognitif telah membuktikan
pelajar meningkatkan kebolehan prasyarat pemikiran ke tahap yang lebih baik berbanding
keadaan sebelum pembelajaran menggunakan strategi ini. Hal ini terbukti dengan
peningkatan prestasi pelajar tingkatan empat dalam matapelajaran Sejarah yang mengunakan
strategi pembelajaran peta konsep dan pendekatan koperatif seperti yang dinyatakan oleh
Mohan Rathakrishnan dan Balan Rathakrishnan (2012). Pelajar bukan sahaja dapat
meningkatkan kefahaman terhadap topik yang diajar, malah dapat menggunakan pengetahuan
yang baru diperolehi daripada pembelajaran secara koperatif untuk menyelesaikan masalah
dengan lebih yakin. Tambahan pula, menurut Zaharah dan Norliah (2009) penggunaan peta
konsep sebagai salah satu teknik pengajaran sejarah sangat berkesan dalam meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Dapatan kajian mereka jelas menunjukkan
berlakunya perubahan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah selepas didedahkan
kepada pengajaran menggunakan peta konsep. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan peta konsep. Kebanyakan
pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran sejarah yang secara
tidak langsung telah meningkatkan pencapaia mata pelajaran sejarah tersebut.

Beberapa kajian berkenaan aplikasi peta konsep dalam subjek Sains telah pun
dijalankan. Hasil yang positif daripada kajian-kjaian tersebut mengukuhkan lagi keperluan
penggunaan peta konsep dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian yang
dilakukan oleh Lim Kui Lik (2012) menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda
berjaya membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping
meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Ia juga membantu para guru
sebagai penyelidik dan pendidik dalam menambah baik amalan mengajar dalam mata
pelajaran Sains.

Pada masa kini, menerusi Pembelajaran Abad ke-21, pengaplikasian peta konsep
(peta pemikiran i-Think) perlu bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21 yang bermakna dan menyeronokkan kepada murid seperti yang dinyatakan oleh

10
Nurhafizah et. al (2017). Tambahan pula, menurut Shamsazila et. al (2017) perlaksanaan
program i-Think memberi kesan dan implikasi yang dapat dilihat pada pencapaian murid
terhadap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi murid. Program i-Think berpotensi untuk
terus berjaya sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan
kemahiran berfikir murid.

2.5 RUMUSAN

Abdul Fatah Hassan dalam kajian Mohd Sidek et al. (2013) menyatakan bahawa penggunaan
pengurusan grafik dalam amalan pengajaran guru di Malaysia seperti peta minda masih di
tahap yang rendah serta tidak menggalakkan murid menjadi lebih kreatif dan kritis dalam
pembelajaran mereka. Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan
teknik pengajaran menggunakan peta konsep dengan lebih lagi terhadap semua mata pelajaran
sebagai satu kaedah berkesan meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. Para guru
hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang
pendidik seiring dengan era globalisasi.

11
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan
memastikan kaedah pengumpulan datayang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan
objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan
menjelaskan kaedah-kaedah kajianyang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki
bagi menganalisis kajian yang dijalankan.

3.2 Kaedah kajian


Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah
kualitatif, pemerhatian dilakukan semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan peta konsep seperti peta buih dan peta alir bagi subjek sains. Manakala
kualitatif pula dilaksanakan dengan menggunakan borang soal-selidik terhadap pelajar dan
markah ujian sains pelajar.

3.3 Sampel dan lokasi kajian


Kajian ini dilakukan terhadap murid tingkatan Empat IbnBattutaMaahad Pengajian Islam,
Kota Bharu, Kelantan. Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan 32 orang pelajar sebagai
sampel kajian yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 22 orang murid perempuan.

3.4 Pentadbiran Kajian


Kajian ini dijalankan berdasarkan Model Kajian Tindakan Lewin. Model ini menunjukkan
satu kitaran kajian yang terdiri daripada empat cara iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan mereflek.

12
Rajah 2.0 Kitaran Model Kajian Tindakan Lewin
Langkah 1 : Merancang
Fasa 1: Awal Masalah
i. Temubual Guru Mata Pelajaran Sains
Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan mendapatkangambaran awal tentang latar
belakang, prestasi akademik danpenglibatan pelajar di sekolah melalui kaedah temubual.Ini
adalahbertujuan untukmengenalpasti masalahyang wujud, mengenalpastipunca pelajar kurang
berminat dengan mata pelajaran Sains.
ii. Pemerhatian Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah pemerhatian ke atas kumpulan sasaran (pelajar) dilakukansemasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Langkah inibertujuan untukmelihat kaedah dan strategi pengajaran
yang lazimdigunakan untuk subjek Sains.

Langkah 2: Perancangan Tindakan


Setelah membuat pemerhatian di atas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar,
Pengkajimerancang beberapa kaedah yang dianggap bersesuaian untuk memastikan pelajar-
pelajar dapat meningkatkan penguasaandalam subjek Sains.

Langkah 3: Pelaksanaan Tindakan


Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan ini dicadangkan dilakukan dalam tempoh dua
minggu untuk menjalankan pemerhatian terhdap pdp, menjalankan soal selidk dan analisis
data. Pelaksanaan tindakan dilakukan mengikutsusunan yang terkandung di dalam Langkah 1
dan Langkah 2 seperti yangdinyatakan sebelum ini.

Langkah 4 : Menganalisa Data

13
Pemerhatian dalam sesi pdp Sains dilaksanakan dan analisis data daripada borang soal-selidik
akan dilakukan sepanjang dua minggu untuk menilai perubahan yang ditunjukkan oleh setiap
pelajar.

Langkah 5 : Refleksi dan Penilaian


Setelah analisis data dilakukan, pengkaji-pengkaji akan membuat perbincangan,refleksi dan
menilai hasil sama ada kajian tindakan ini mencapai objektifyangdiharapkan. Kajian tindakan
susulan diperlukan jika didapati masih gagal mencapaiobjektif sepenuhnya.

3.5 Instrumen Kajian


Instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mendapatkan dan mengumpulkan
data. Soalan-soalan atau kenyataan –kenyataan dibentuk khas untuk memperoleh maklumat
kajian.Dalam kajian ini,instrumentyangdigunakan ialah kaedah pemerhatian, temubual, soal
selidik dan kaedah ujian.Segala maklumat dan dataakandikutipdandikumpulkan untuk
dianalisisolehpengkaji dengan menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif
mengikut kesesuaian dan keperluan.

3.5.1 Kaedah Pemerhatian


Pemerhatian dilakukan terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan mengaplikasikan peta konsep dalam mata pelajaran Sains. Respon pelajar
di dalam kelas terhadap pembelajaran serta perhataian pelajar semasa guru mengajar
diperhatikandandicatat. Alat perakam sepertivideodigunakan untuk memudahkan proses
pemerhatian dilaksanakan di manapengkaji boleh mengulangi penilaian terhadap pemerhatian
dengan merujuk video tersebut.

3.5.2 Kaedah Temu-bual


Temu bual adalah kaedah mengumpul maklumat melalui jawapan (lisan) hasil
temubual.Pengkajibertanya kepada 2 orang guru mata pelajaran Sains berkenaan pengalaman
mereka terhadap proses Pdp Sains yang telah dijalakan.Selain itu, temubual juga dilakukan
terhadap 5 orang pelajar yang dipilih secara rawak daripada kelas tersebut bagi mendapatkan
maklumat berkenaan aplikasi peta konsep dalam pembelajaran mereka.Dalam kaedah ini,
transkrip temu bual akan disediakan dan refleksi setiap responden akan direkod.

14
3.5.3 Kaedah Borang soal-selidik
Pengkaji membuat kajian terhadap 32 orang responden, dengan memberikan borang soal
selidik untuk dijawab. Soal selidik dijalankanuntuk mengetahui respon pelajar terhadap
aplikasi peta konsep dalam pembelajaran mereka.Pengkaji meminta subjek memberikan
jawapan yang tepat untuk soalan-soalan tersebut.Kemudian memberikan masa yang
secukupnya untuk subjek menjawab soalan dengan cermat.

3.5.4 Kaedah Ujian


Ujian adalah satu set rangsangan yang terdiri daripada soalan atau kenyataan. Pengkaji
menjalankan ujian Pra dan Pos untuk subjek Sains. Bagi ujian Pra dan Pos, markah subjek
dinyatakan dalam bentuk peratusan dan direkodkan. Seterusnya, perbandingan dilakukan di
antara peratusan ujian Pra dan ujian Pos berdasarkan graf peratusan.

3.6 Analisis data


Kesemua data yang diperolehi daripada responden melalui edaran borang soal
selidikdanujiandikemaskini dan ditunjukkandalam bentuk jadual bagimemudahkan
penganalisian. Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan
untukmenentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item yang dikemukakan

PENUTUP
Secara kesimpulannya, sikap pelajar terhadap Sains di sekolah adalah semakin
memberangsangkan iaitu guru Sains mengikut persepsi pelajar dan mampu mengajar Sains
dengan baik. Namun guru digalakkan lagi untuk memikirkan corak pengajaran Sains yang
dapat meningkatkan lagi konsep kendiri pelajar dalam Sains di semua peringkat pendidikan.
Melalui penggunaan peta konsep seperti peta buih dan peta alir bagi topik subjek Sains,
pelajar akan dapat mencapai objektif pembelajaran dan dapat menguasai kemahiran proses
Sains dengan baik.

15
RUJUKAN

Amri, S. dan Iif K.A. 2010. Proses Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam Kelas. Jakarta:
Prestasi Pustaka.

Aziz Nordin dan Lin Hui Ling. 2011. Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains
Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science &
Mathematics Educational, Volume 2, mukasurat: 89-101

Buzan, T. (n.d). Official website of Mind Maping. Dimuat turun pada 3 April 2019 dari
http://www.ThinkBuzan.com

Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman dan Lilia Halim. 2010. Hubungan Ramalan
Persekitaran Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 19-30

Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan dan Lilia Halim .2007. Sikap terhadap Sains dan Sikap
Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan 32 : 39-60

Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim Kui Lik. 2012. Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan
Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun

16
2012, ms.31-45

Mendesain Model Pembelajaran Inovatif-Progresif. Surabaya: Kencana.

Mohan Rathakrishnan dan Balan Rathakrishnan. 2012. Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan
Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah

Muhamad Sidek, Mohamad Ab. Kadir dan Mohamad Sabri Awang Hitam. 2013. Penilaian
Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan.

Nurhafizah binti Zaidi, Roslinda binti Rosli dan Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor. 2017.
Aplikasi Peta Pemikiran I-Think Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial &
Kemanusiaan.

Shamsazila Sa’aban , Muhammad Faizal Abdul Ghani dan Ghazali Darusalam. 2017.
Pelaksanaan Program I-Think Di Sekolah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu
Kajian Awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 4: Isu 1

Simpson, R.D. & Oliver, J.S. (1990). A Summary of Major Influences on Attitude Towardand
Achievement in Science Among Adolescent Students. Science Education. 74(1),
1-18.

Suprinjo, A. 2009. Cooperative Learning. Yogyakarta : Pustaka Pelajar Trianto.

Zaharah Aziz dan Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan
Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1): 3 – 15

Zanariah binti Sirat, 2010. Hubungan Antara Sikap Dan Efikasi Kendiri Sains Pelajar
Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dengan Pencapaian Sains Di Daerah Lahad Datu,
Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

17
Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halirn dan Kamisah Osman. 2006. Sikap Terhadap Sains dalam
Kalangan Pelajar Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi. Pertanika Journal of
Social Sciences & Humanities .Volume 14, No. 2, mukasurat: 131-147

18

Anda mungkin juga menyukai