Anda di halaman 1dari 38

1

i. Konsep Kepimpinan Umum

Konsep kepimpinan mempunyai erti yang luas dan boleh ditafsirkan di dalam

pelbagai maksud.Kepimpinan merupakan salah satu faktor yang dianggap penentu

dalam kejayaan sesebuah institusi. Kepimpinan biasanya akan melibatkan dua pihak

iaitu orang yang memimpin atau disebut sebagai pemimpin dan orang yang dipimpin.

Kepimpinan biasanya berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan

mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif

tertentu. Selain itu, menyatakan bahawa kepimpinan merupakan satu sifat semulajadi

di mana seseorang individu tersebut adalah berkeupayaan dalam memimpin

sekumpulan manusia dengan memastikan setiap pekerjanya adalah bermotivasi.

Mengikut Kamus Dewan, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin iaitu

melalui teladan. Pemimpin adalah model kepada orang yang dipimpinnya.Segala

perbuatan dan tindakannya menjadi perhatian masyarakat. Kepimpinan juga

didefinisikan sebagai satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengurus untuk

mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu

matlamat.

Dr. A.L. Ramaiah (1999) menyatakan maksud kepimpinan sebagai satu

fenomena proses manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang

melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah,

mengarah, mendorong atau mempengaruhi. Manakala Yukl (2002) mendefinisikan

kepimpinan sebagai satu proses dimana seorang individu mempengaruhi ahli-ahli

kumpulan bagi mencapai matlamat tertentu kumpulan atau organisasi.

Spendlove (2007) pula menggariskan kepimpinan sebagai satu proses

mempengaruhi untuk mencapai sesuatu tujuan. Tanpa kepimpinan, sesebuah


2

organisasi hanya sebuah entiti yang tiada berhaluan, tujuan dan panduan kerana tidak

memiliki pengemudi yang akan menunjukkan matlamat yang ingin dicapai.

Kepimpinan didefinisikan sebagai perlakuan mempengaruhi orang lain untuk

mencapai matlamat atau tujuan akhir sesuatu pekerjaan (Bush & Middlewood, 2005;

Baldoni, 2012)

Kepimpinan merupakan salah satu faktor yang dianggap penentu dalam

kejayaan sesebuah institusi. Kepimpinan biasanya akan melibatkan dua pihak iaitu

orang yang memimpin atau disebut sebagai pemimpin dan orang yang dipimpin.

Kepimpinan biasanya berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan

mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif

tertentu. Kepimpinan merupakan satu sifat semulajadi di mana seseorang individu

tersebut adalah berkeupayaan dalam memimpin sekumpulan manusia dengan

memastikan setiap pekerjanya adalah bermotivasi.

ii. Takrif Kepimpinan Instruksional

Kepimpinan instruksional adalah merujuk kepada segala amalan tingkah laku

perancangan pemimpin yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi,

memberi bimbingan, dan dorongan kepada seseorang individu dalam usaha

menambah baik dan meningkatkan program-program bagi mencapai matlamat yang

ditetapkan. Manakala Leithwood, Jantzi dan Steinbach (1999) menyatakan bahawa

kepimpinan instruksional ialah satu pendekatan kepimpinan yang memberi penekanan

kepada tingkahlaku guru dalam aktiviti-aktiviti yang secara langsungnya memberi

kesan kepada perkembangan pelajar.


3

Menurut Hallinger dan Murphy (1985) kepimpinan instruksional merujuk

kepada segala tingkah laku pengetua yang dilaksanakan dengan tujuan memajukan

dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang melibatkan

guru, murid, ibu bapa, perancangan sekolah, pengurusan sekolah, kemudahan sumber,

dan budaya sekolah. Menurut mereka lagi, kepimpinan instruksional merujuk kepada

tiga dimensi iaitu pertama menentukan misi sekolah di mana terdapat dua fungsi

dalam dimensi ini iaitu merangka matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat

sekolah.Dimensi kedua ialah menguruskan program pengajaran dengan tiga fungsi

iaitu menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras kurikulum, dan memantau

kemajuan murid. Dimensi ketiga pula adalah mewujudkan iklim pembelajaran

sekolah dengan lima fungsi iaitu mengawal waktu pengajaran, mengekalkan

ketampakan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan

professional, dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.

Selain itu, kepimpinan instruksional juga ditakrifkan di bawah dua tema utama

iaitu pemimpin instruksional berkomunikasi dengan guru-gurunya untuk

meningkatkan refleksi diri dan menggalakkan perkembangan profesionalisme guru-

guru (Blase & Blase, 2002).

Hallinger (2000) telah mendefinisikan kepimpinan instruksional dengan

membahagikan kepimpinan pengetua kepada tiga dimensi utama iaitu mentakrif

matlamat, mengurus program intruksional dan menggalakkan iklim sekolah.Dimensi-

dimensi tersebut dibincangkan berdasarkan sepuluh elemen.Dimensi pertama

mentakrif matlamat diwakili oleh dua elemen merangka matlamat sekolah dan

menjelaskan matlamat sekolah. Dimensi kedua mengurus program instruksional pula

diwakili oleh tiga elemen iaitu menyelia dan membuat penilaian pengajaran,

menyelaras kurikulum, dan memantau perkembangan murid. Dimensi ketiga


4

menggalakkan iklim sekolah pula meliputi elemen-elemen menjaga masa pengajaran,

sentiasa kelihatan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan perkembangan

professional dan menyediakan insentif untuk pembelajaran murid.

Model Murphy(1990) pula mendefinisikan kepimpinan instruksional dengan

membahagikan kepimpinan pengetua kepada empatdimensi dan enam belas elemen

iaitu dimensi pertama membentuk misi dan matlamat dengan dua elemen iaitu

merangka matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat sekolah. Dimensi kedua

ialah pengurusan pendidikan meliputi elemen-elemen menggalakkan pengajaran

berkualiti, menyelia dan menilai pembelajaran, memperuntukkan dan melindungi

masa pengajaran, menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan murid.Dimensi

ketiga mempromosi iklim pembelajaran akademik mempunyai elemen-elemen

membentuk piawaian dan harapan positif, mengekalkan visibiliti yang tinggi,

menyediakan insentif kepada guru dan murid, menggalakkan perkembangan

profesional. Dimensi keempat membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling

membantu mempunyaielemen-elemen mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

selamat dan teratur, menyediakan peluang penglibatan murid yang bermakna,

memupuk kerjasama dan kejelekitan dalam kalangan staf, mendapatkan sumber luar

untuk menyokong matlamat sekolah dan menjalin hubungan antara rumah dan

sekolah.

Menurut Abdul Ghani, Abd. Rahman & Zohir (2008), kepemimpinan

instruksional atau dikenali juga sebagai kepemimpinan pengajaran didefinisikan

sebagai satu proses merekabentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum

formal dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategi
5

pendidikan berserta pemerolehan segala pengalaman pengajaranpembelajaran dan

memastikan bahawa rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan

berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Abdul Ghani

(2011), sebagai pemimpin pengajaran, pengetua memainkan peranan sebagai

pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Dalam konteks sekolah pula, kepemimpinan instruksional ialah kebolehan

pemimpin atau pemimpin pengajaran memberi tumpuankepemimpinan, galakan dan

sokongan kepada guru dan pelajar dengan tujuan mengatasi masalah dan memperbaiki

serta mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pemimpin

instruksional juga harus memiliki keterampilan berkaitan dengan pelaksanaan

kurikulum di peringkat sekolah.

Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah

memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional

sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu

kenyataan.

Drake dan Roe (1986) pula mendifiniskan kepimpinan instruksional sebagai

sebarang usaha ke arah menggalak dan menyokong pihak-pihak yang terlibat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat sekolah dan

pembentukan satu sistem sosial sekolah yang kukuh.


6

Manakala, Blase (1998) pula menyatakan kepimpinan instruksional adalah

gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Hussein (1989) pula, mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai

usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi

kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pembelajaran dan

pengajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.

Ringkasnya, kepimpinan Instruksional merupakan amalan seorang

pemimpin sekolah yang mengambil peduli terhadap pengajaran guru dan

pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim

pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah.

Ini bermakna amalan Kepimpinan Instruksional merupakan stail kepemimpinan

paling asas yang mesti dikuasai oleh pemimpin di sekolah.

iii. Sorotan Perkembangan Teori Kepimpinan Instruksional

Teori pengajaran instruksional adalah amat dipengaruhi oleh hasil kerja

Benjamin Bloom yang bermula seawal 1956.Beliau merupakan seorang professor


7

kanan di Universiti Chicago yang berjaya menghasilkan teori hebat Taxonomy

Bloom.

Teori pembelajaran adalah berbeza daripada teori instruktional, meskipun teori

instruksional digunakan dalam dunia pendidikan, teori pembelajaran menerangkan

bagaimana pembelajaran berlaku, manakala teori instruksional pula mencadangkan

bagaimana untuk lebih membantu orang belajar. Namun demikian teori

pembelajaran merupakan pelengkap kepada teori instruksional dimana empat

teori asas seperti tingkah laku, kognitif, kemanusiaan, dan konstruktif merupakan

pengaruh yang paling berkait.

Dari teori instruksional lahirlah satu bentuk teori kepimpinan iaitu

Kepimpinan Instruksional. Kepimpinan instruksional mendapat perhatian bermula

dengan kajian sekolah berkesan oleh Edmonds (1979).Menurut Smith and Andrew,

1989 (dalam Stronge et.al, 2008) teori ini ditakrifkan sebagai adunan daripada tugas

seperti pencerapan bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum.

Pemimpin Instruksional harus menterjemahkan peranan utama mereka sebagai

pemimpin kecemerlangan pembelajaran (Heck&Hallinger,2009).

Pemimpin yang mengamalkan teori ini mempunyai kecenderungan mengajar

dan memberi arahan kepada orang bawahannya. Menurut Austin 1979, (dalam

Stronge et.al 2008) beliau menyifatkan bahawa kepimpinan instruktional bergantung

sepenuhnya kepada kuasa pemimpin.

Pada tahun 1980an, kajian-kajian yang lebih mendalam mula dibuat oleh

penyelidik kerana ramai mula membuka mata terhadap teori kepimpinan ini.Tahun
8

80an ini merupakan tahun dimana ramai pengkaji mengatakan sebagai “booming year

of the instructional theory” (DuPont, 2011). Philip Hallinger antara pelopor utama

bidang ini telah membangunkan Principal Instructional Management Rating Scale

pada 1983 dan berjaya disempurnakan pada 1987. Sejak ianya dibangunkan, ia telah

digunakan lebih 80 kali oleh penyelidik sebagai instrumen kajian (Ronald & Streep,

2009).

Tahun 1990an pula menunjukkan penurunan terhadap minat penyelidik dalam

kepimpinan instruksional. Pada abad ke 21 ini, kebanyakkan teori yang terbina

merupakan hasil olahan semula teori-teori kepimpinan instruksional yang sedia ada.

Model Hallinger dan Murphy (1985) paling kerap digunakan dalam kajian-kajian

mengenai kepimpinan instruksional. Hallinger (2011) menyatakan bahawa bermula

tahun 1980an sehingga tahun 2010, sebanyak 130 kajian telah dijalankan

menggunakan model Hallinger (1985).

Dari 80an hinggalah sekarang, kesemua penyelidik percaya bahawa pengetua

dan guru besar diletakkan pada hierarki tertinggi dalam teori kepimpinan instruksional

ini. Mereka merupakan “role model” kepada semua staf disekolah dan secara

visualnya perlu dilihat sebagai tunjang kecemerlangan (Hallinger, 2007). Namun

mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri tanpa orang bawahan yang hebat dan

berdaya saing. Guru yang selalu melihat kelibat pengetua atau guru besar biasanya

mempunyai kecenderungan membaiki pengajaran mereka. Guru dan pengetua yang

berkongsi wawasan yang sama akan mempunyai halatuju yang jelas dan memudahkan

perancangan untuk dilaksanakan.


9

iv. Ciri-Ciri Utama Teori Kepimpinan Instruksional

Menurut Brooke Willaims, seorang pemimpin instruksional yang berkesan

mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Menilai pengajaran guru dan memberi maklum balas yang jujur, tulus dan

ikhlas kepada guru supaya keberkesanan PDP ditingkatkan.

2. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai pengetahuan yang tinggi

tentang PDP. Mereka tahu apa yang diperlukan untuk pembangunan

profesional guru. Mereka juga tahu apa yang diperlukan oleh murid-murid

untuk belajar dengan berkesan. Bidang pengetahuan pemimpin instruksional

meliputi kurikulum yang dilaksanakan di sekolah, model PDP dan pendekatan

penyeliaan dan penilaian yang berkesan.

3. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai kemahiran interpersonal

yang baik. Mereka boleh memotivasikan anggota pasukan untuk berusaha ke

arah yang dipimpinnya. Kemahiran interpersonal yang baik membolehkan

pemimpin sekolah memujuk, memberi rangsangan dan mewujudkan semangat

kerja sepasukan dalam semua lapisan sekolah.

4. Pemimpin instruksional yang berkesan mempunyai visi dan matlamat yang

jelas dan mampu berkongsikan visi itu kepada pasukan yang dipimpinnya.

Glickman (1990) berpendapat bahawa seorang pemimpin instruksional yang berkesan

perlu menguasai tiga aspek seperti berikut :

1. Pengetahuan asas: Pemimpin instruksional harus memiliki pengetahuan asas

tentang faktor-faktor di sebalik pengajaran dan pembelajaran bersandarkan

teori atau falsafah pendidikan kukuh seperti berikut:


 Pemahaman teori pengajaran dan pembelajaran
10

 Pemahaman teori perkembangan dan keperluan manusia


 Pemahaman teknik-teknik atau kaedah pengajaran yang bekesan
 Pemahaman tingkah laku murid dan pendekatan-pendekatan

pengurusan bilik darjah

2. Bidang tugas: Pemimpin instruksional mempunyai bidang tugas yang bersifat

mikro yang tertumpu pada usaha mempertingkatkan kawalan dan pemahaman

murid dalam konteks bilik darjah. antara tugas yang perlu dilaksanakan adalah

seperti berikut:
 Memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran
 Menjalankan kajian tindakan pada masalah pengajaran
 Memilih strategi atau teknik yang dapat mempuk pengajaran berkesan
 Memimpin pembelajaran dan merebut peluang-peluang yang

berpotensi untuk meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran


 Menggalakkan sebarang inisiatif yang diambil oleh guru dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan

pembelajaran murid
 Bersifat adil dan keterbukaan kepada idea yang mampu

memaksimumkan kejayaan di kalangan murid


3. Kemahiran: Seorang pemimpin instruksional harus memiliki kemahiran

bercorak hands-on yang unggul dalam mengendalikan bilik darjah yang dapat

diteladani oleh guru-guru. antara lain kemahiran yang dimaksudkan adalah

seperti berikut:
 Kemampuan mengenal pasti potensi setiapmurid dan mengambil

tindakan susulan yang sewajarnya


 Kebolehan mendapatkan tingkah laku murid yang diingini melalui

amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan memilik teknik

penyampaian pengajaran yang berkesan


 Keupayaan menyelia pengajaran guru dan mengambil tindakan susulan

yang mampu memperbaiki kualiti pengajaran


 Kemampuan mengenal pasti murid yang lemah dan mengambil

tindakan pemulihan yang sesuai


11

 Kebolehan mengenal pasti keperluan murid dan mengambil tindakan

pengayaan berupaya aktiviti pengukuhan dan pengembangan yang

sesuai agar murid yang baik terus meningkat dari segi akademik

v. Kepelbagaian Model dalam Menjelaskan Teori Kepimpinan Instruksional

a) Model Hallinger & Murphy (1985)


Jadual 1: Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1985)

Mendefinisikan Misi Mengurus Program Membentuk Iklim

Sekolah Instruksional Sekolah yang Positif


- Merangka matlamat - Menyelia dan menilai - Melindungi masa

sekolah dengan jelas pengajaran pengajaran


- Menyampaikan matlamat - Menyelaras kurikulum - Mempromosi
- Memantau kemajuan
sekolah dengan jelas pembangunan
murid
professional
- Mengekalkan visibility

yang tinggi
- Menguatkuasakan

piawaian akademik
- menyediakan insentif

kepada murid
- menyediakan insentif

kepada guru

Hallinger dan Murphy (1985) telah menerangkan tentang tiga dimensi dan

sepuluh fungsi kepimpinan yang terdapat dalam model kepimpinan instruksional

mereka.Dimensi pertama iaitu menentukan misi sekolah yang mempunyai dua fungsi
12

iaitu pengetua merangka matlamat sekolah serta menyampaikan matlamat sekolah.

Kedua-dua fungsi ini adalah untuk memastikan pengetua bekerjasama dengan guru-

guru bagi menentukan misi yang jelas dan boleh dicapai terutamanya dalam bidang

akademik pelajar.Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pengetua sebagai

pemimpin instruksional menyampaikan matlamat sekolah dengan berkomunikasi

supaya diketahui oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar.Ini dapat

dilakukan dengan saluran komunikasi formal dan tidak formal seperti melalui bahan

edaran, mesyuarat mingguan sekolah, perhimpunan sekolah, perbincangan dengan

guru dan staf, papan kenyataan sekolah, dan sebagainya.

Manakala dimensi kedua iaitu menguruskan program pengajaran di mana

pengetua perlu memberi tumpuan pada penyelarasan dan kawalan arahan dan

kurikulum. Ini merangkumi tiga fungsi iaitu menyelia dan menilai pengajaran secara

sistematik seperti menyemak buku rekod mengajar guru, menyelia proses PdP, aktiviti

kokurikulum dan semua program yang dijalankan, menyelaras kurikulum, dan

memantau kemajuan murid. Berdasarkan kepada tiga fungsi yang disebutkan,

pengetua mesti melibatkan diri secara menyeluruh dalam bidang pembangunan

akademik di sekolah.Dalam model ini, pembangunan akademik pelajar merupakan

aspek utama yang menjadi tanggungjawab utama pengetua.Pengetua harus melibatkan

usaha bersama guru dalam mengurus bidang kurikulum sekolah.Selain itu, pengetua

juga perlu membuat lawatan bagi tujuan penyeliaan guru bagi menyelaraskan amalan-

amalan guru dalam bilik darjah.Seterusnya, pengetua juga perlu memantau kemajuan

pelajar berdasarkan kepada keputusan analisa peperiksaan supaya program-program

kemajuan akademik dapat dibuat penambahbaikan agar matlamat sekolah tercapai.


13

Dimensi ketiga iaitu mewujudkan iklim pembelajaran sekolah merangkumi

lima fungsi iaitu mengawal waktu pengajaran, mengekalkan ketampakan (visibility),

menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan professional, dan

menyediakan insentif untuk pembelajaran. Menerusi dimensi ini, ia menyokong

pendapat berkaitan sekolah yang berkesan akan mewujudkan tekanan akademik bagi

memastikan tahap dan jangkaan yang tinggi perlu dicapai dengan usaha

penambahbaikan yang berterusan (Hallinger, 2011). Pengetua juga seharusnya terlibat

bersama-sama dengan guru dan murid bagi menjayakan setiap program dan aktiviti

sekolah.Pemimpin instruksional perlu memberikan galakan dan bimbingan kepada

guru serta memberikan insentif kepada guru-guru dan murid-murid.Pengetua turut

mempunyai tanggungjawab kepimpinan instruksional untuk menyelaraskan piawaian

dan amalan sekolah berdasarkan misi dan mewujudkan sokongan terhadap iklim

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

b) Model Murphy (1990)

Hasil daripada kajian komprehensif Joseph Murphy (1990) tentang

keberkesanan dan peningkatan sekolah, perkembangan staf dan perubahan organisasi,

beliau telah menyediakan satu kerangka kepimpinan instruksional yang meliputi

empat dimensi. Dimensi tersebut ialah seperti yang tertera dalam Jadual 2.2
14

Jadual 2.2 : Model Kepimpinan Instruksional Murphy (1990)

Membentuk Misi Mengurus Fungsi Mempromosikan Membentuk


dan Matlamat Pengurusan Iklim Suasana Sekolah
Pendidikan Pembelajaran yang Mesra dan
Akademik Saling Membantu
- Merangka - Menggalakkan - Membentuk - Mewujudkan
matlamat sekolah pengajaran piawaian dan persekitaran
- Menyampaikan
berkualiti harapan positif pembelajaran
matlamat sekolah - Menyelaras dan - Mengekalkan
yang selamat dan
menilai visibility yag
teratur
pembelajaran tinggi - Menyediakan
- Memperuntukkan - Menyediakan
peluang
dan melindungi intensif kepada
penglibatan
masa pengajaran guru dan murid
murid yang
- Menyelaras - Menggalakkan
bermakna
kurikulum perkembangan
- Memupuk
- Memantau
profesional
kerjasama dan
kemajuan murid
kejeleketan dalam
kalangan staf
- Mendapatkan
sumber luar
untuk menyokong
matlamat sekolah
- Menjalin
hubungan antara
rumah dan
sekolah

Dimensi membentuk misi dan matlamat oleh Murphy (1990) melibatkan dua

bahagian tugas pemimpin pendidikan.Pertamanya merangka matlamat sekolah yang


15

melibatkan penetapan matlamat dan penekanan kepada pencapaian pelajar yang

termasuk penggunaan data pencapaian sebelum dan semasa pelajar serta

tanggungjawab staf untuk mencapai matlamat tersebut.Keduanya, berkongsi matlamat

sekolah dan selalu menyampaikan mesej secara formal atau informal bahawa

matlamat itu merupakan sebagai panduan segala aktiviti disekolah.

Dimensi mengurus fungsi pengurusan pendidikan adalah dimensi kedua dalam

kerangka kepimpinan instruksional Murphy. Ia menekankan peranan pengurusan

pemimpin institusi pendidikan sebagai penggalak pengajaran yang berkualiti dengan

perbincangan dalam mesyuarat guru, penilaian pengajaran guru, lawatan formal dan

tidak formal ke bilik darjah, pemberian cadangan spesifik dan maklum balas semasa

sesi pencerapan, serta penetapan tugasan-tugasan khusus untuk pendidik. Pemimpin

pendidikan juga perlu melindungi masa pengajaran, menyelaras kurikulum mengikut

piawaian dan memantau kemajuan pelajar supaya matlamat dan cara penyampaian

pendidik dapat diubahsuai.

Dimensi ketiga ialah mempromosikan iklim pembelajaran akademik yang

merujuk kepada tindakan pemimpin institusi pendidikan yang dapat mempengaruhi

norma, pegangan, sikap pendidik, pelajar, ibu bapa sesebuah institusi pendidikan.

Menurut Murphy (1990: 174), menyatakan pengetua dapat memupuk perkembangan

iklim pembelajaran sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

dengan menetapkan piawaian serta harapan yang positif, mengekalkan visibiliti yang

tinggi, menyediakan insentif untuk guru dan pelajar serta menggalakkan

pembangunan profesional.

Dimensi yang keempat dan terakhir oleh Murphy ialah membentuk suasana

bekerja yang saling membantu menjelaskan peranan pemimpin instruksional untuk


16

membentuk struktur organisasi dan proses-proses yang menyokong pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran. Pemimpin pendidikan yang berjaya dalam dimensi ini

akan mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur,

menyediakan peluang untuk penglibatan pelajar yang bermakna, memupuk kerjasama

dan kejeleketan di kalangan staf, mendapatkan sumber luar untuk menyokong

matlamat sekolah dan menjalin hubungan antara rumah dan sekolah.

c) Model Weber (1996)

Menurut James Weber, konsep kolaborasi dalam penurusan amat penting

khususnya dalam era perkongsian kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja dan

keperluan bagi memimpin tanpa terikat dengan sturktur organisasi seseuah sekolah.

Weber (1996) mengenal pasti lima dimensi atau domain utama dalam kerangka

kepimpinan instruksionalnya seperti dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3 Model Kepimpinan Instruksional Weber (1996)


17

Mendefinisikan Mengurus Menggalakkan Memerhati dan Menilai


Misi Sekolah Kurikulum dan Iklim Meningkatkan Program
Pengajaran Pembelajaran Pengajaran Pengajaran
yang Positif
Pemimpin Pemimpin Pemimpin Pemimpin Pemimpin
instruksional instruksional instruksional instruksional instruksional
membina memantau menggalakkan memerhati dan menyumbang
secara amalan bilik iklim mempertingkatk kepada usaha
kolaboratif visi darjah dengan pembelajaran an pengajaran perancangan,
dan matlamat misi sekolah yang positif melalui usaha mereka bentuk,
bersama dan dengan pencerapan dan mengurus dan
sekolah dengan menyediakan menyampaikan mewujudkan menganalisis
pihak sumber dan matlamat, peluang-peluang hasil penilaian
berkepentingan sokongan menetapkan pembangunan yang menilai
(stakeholder untuk amalan ekspektasi, dan profesional. keberkesanan
model dan mewujudkan kurikulum.
teknik suasana
pengajaran pembelajaran
terbaik serta yang teratur.
menyokong
usaha
penggunaan
data bagi
memacu
pengajaran.

Weber (1996) menjelaskan bahawa usaha mendefinisikan misi sekolah sebagai

proses yang dinamik yang memerlukan kerjasama dan pemikiran reflektif demi
18

menghasilkan suatu misi yang jelas dan jujur. Pemimpin instruksional sewajarnya

menyediakan peluang kepada pihak berkepentingan untuk membincangkan nilai dan

harapan untuk sekolah mereka dan bersama-sama menyediakan visi bersama untuk

sekolah tersebut.

Menurut Weber lagi, usaha mengurus bidang kurikulum dan instruksional

seharusnya selaras dengan misi sekolah. Pemimpin instruksional harus memiliki

keterampilan untuk membimbing guru dari segi amalan pengajaran dan pengurusan

bilik darjah agar menyediakan peluang yang terbaik untuk kejayaan pelajar.Beliau

juga harus mampu membantu guru menggunakan amalan terbaik dan strategi-strategi

pengajaran yang berkesan untuk membolehkan pelajar mencapai matlamat prestasi

akademik yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Dimensi menggalakkan iklim pembelajaran yang positif oleh Weber

melibatkan sikap dan ekspektasi seluruh warga sekolah. Ini adalah kerana faktor

terpenting yang mempengaruhi pembelajaran pelajar adalah kepercayaan, nilai dan

sikap yang dipegang oleh pentadbir, guru dan pelajar mengenai pembelajaran (Weber,

1996:263).pemimpin instruksional menggalakkan suasana pembelajaran yang

kondusif melalui tindakan seperti perkongsian matlamat pengajaran, menetapkan

harapan pencapaian yang tinggi, menetapkan suasana pembelajaran yang teratur

dengan disiplin yang jelas dan berusaha ke arah meningkatkan komitmen guru kepada

sekolah.

Memerhati dan meningkatkan pengajaran bermula apabila pemimpin

instruksional membina hubungan yang saling mempercayai dan menghormati dengan

staf mereka.Weber (1996) telah mencadangkan supaya pemerhatian berupa aktiviti


19

pencerapan guru sebagai peluang interaksi profesional.Pencerapan menyediakan

peluang pembangunan profesional kepada kedua-kedua belah pihak dan melibatkan

hubungan dua hala.Kedua-dua pihak mendapat maklumat dan kemahiran yang amat

berguna yang tidak boleh diperolehi melalui pembacaan.

Dimensi terakhir oleh Weber (1996) ialah menilai program pengajaran yang

merupakan keperluan terpenting dalam usaha peningkatan program

instruksional.Pemimpin instruksional adalah pencetus dalam usaha merancang,

mereka bentuk, mentadbir dan menganalisis bentuk-bentuk penilaian bagi menilai

keberkesanan kurikulum.Penilaian yang berterusan membolehkan guru memenuhi

keperluan pelajar dan membuat penambahbaikan.

vi. Bagaimanakah Teori Kepimpinan Instruksional Memberi Kesan

Terhadap Organisasi Pendidikan

Kepimpinan instruksional dilihat sebagai kepimpinan yang memberi

kesan yang positif dalam menyediakan guru-guru ke arah melaksanakan

perubahan .

Pengetua instruksional yang berkesan berkomunikasi dengan guru bagi tujuan

meningkatkan refleksi diri dengan menggunakan strategi seperti memberikan

cadangan, memberikan maklum balas, menunjukcara, bertanya dan berkongsi

pendapat, dan memberikan penghargaan kepada pengajaran yang berkesan di

kalangan guru-guru.Bagi mewujudkan peluang perkembangan profesionalisme di

kalangan guru-guru pula, terdapat enam strategi yang diamalkan oleh pengetua

instruksional yang berkesan.


20

Guru-guru digalakkan menyertai kursus pembangunan staf yang menekankan

tentang pengajaran dan pembelajaran, menyokong tindakan bekerjasama di antara

guru-guru, menggalakkan sistem pembimbing guru, mewujudkan budaya

pembelajaran sepanjang hayat, dan melaksanakan program kajian tindakan di

kalangan guru-guru.Strategi-strategi yang dinyatakan di atas bukan sahaja dapat

meningkatkan daya kreativiti dan inovasi guru, malah terdapat kesan positif ke atas

tahap motivasi, efikasi, dan keyakinan diri guru.

Pemimpin sekolah bertanggungjawab untuk memimpin guru-guru supaya

memberi pendidikan yang terbaik untuk membangunkan modal insan yang berdaya

saing dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Untuk mencapai

matlamat berikut, sekolah memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai tahap

amalan pengurusan yang cekap dan efektif. Ini akan memberi implikasi yang positif

kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi sekolah. Pendapat ini selaras dengan

pendapat yang dikemukakan oleh Nordin dan Wan Mohd Rani (2003).

Dapatan kajian daripada Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani Ibrahim

dan Rosemawati Mustapa (2015), kepemimpinan instruksional diamalkan oleh

pengetua harus fokus kepada pencapaian kurikulum dan memupuk iklim pengajaran

dan pembelajaran yang positif. Hal ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran

merupakan aktiviti yang paling utama di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan akan membawa kepada peningkatan prestasi sesebuah sekolah. Untuk

memastikan kualiti pendidikan dipertingkatkan, maka aktiviti penyeliaan tidak dapat

diabaikan. Aktiviti penyeliaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab

kepemimpinan instruksional.
21

Penyeliaan diiktirafkan sebagai satu fungsi dalam dimensi mengurus

kurikulum dan program pengajaran secara khusus. Kepemimpinan instruksional

antara lain harus fokus kepada kurikulum dan penyeliaan dalam usaha meningkatkan

prestasi sekolah secara menyeluruh.

vii. Kekuatan Teori Kepimpinan Instruksional

Kekuatan teori kepimpinan instruksional ialah pengetuasentiasa memastikan

visi dan misi sekolah disampaikan dan dihayati melalui dua kekerapan iaitu secara

langsung dan tidak langsung.Pengetua menggunakan pendekatan-pendekatan

membuka minda supaya guru-guru berfikir pentingnya wawasan atau matlamat untuk

memajukan sekolah.Ini selari dengan kajian Clark (2009) yang mendapati pengetua

yang mengutamakan matlamat akademik walaupun tidak mengajar secara langsung

dapat meningkatkan pencapaian pelajar melalui sikap kolaborasi terhadap guru.

Selain itu, kepimpinan instruksional dapat memupuk kerjasama dan

kejelekitan dalam kalangan staf. Kepimpinan tersebut juga menunjukkan

kesungguhan dalam mempengaruhi guru-guru senior untuk meraih sokongan guru

lain, sentiasa ikat dengan kekeluargaan iaitu melalui penghargaan walau pun kecil,

mengambil berat keadaan staf dan menasihati staf, meraikan guru-guru dan sentiasa

menerima cadangan dan pandangan guru-guru.

Alimuddin (2010) pula menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang

menjadi agen perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif

dapat memberi impak yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau

lagi, tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin instruksional dapat memastikan

pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik dirancang dan dilaksanakan

dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik dan teratur
22

serta melaksanakan pengurusan akademik yang teratur agar guru dapat mengajar

dengan berkesan (Pendidik 2010).

Di samping itu, tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin instruksional

dalam bidang pemantauan dan penyeliaan amat penting untuk memastikan

keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Robinson, Lloyd, Rowe,

2009).Penyeliaan juga merupakan aspek terpenting untuk menilai kandungan dan

kaedah pengajaran guru bertepatan dengan kehendak kurikulum (James &

Balansandran 2009).

Amalan pengetua yang mengamalkan kepimpinan instruksional dapat

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur, menyediakan

peluang penglibatan murid yang bermakna, memupuk kerjasama dan kejelekitan

dalam kalangan staf, mendapatkan sumber luar untuk menyokong matlamat sekolah

dan menjalin hubungan antara rumah dan sekolah.Menurut Deborah (2002) juga,

pemimpin instruksional yang kreatif boleh mendapat sumber untuk menyokong

penambaikan sekolah.

viii. Kelemahan Teori Kepimpinan Instruksional

Kelemahan teori kepimpinan instruksional adalah kesibukan tugas membatasi

usaha pengetua untuk menyempurnakan peranan sebagai pemimpin instruksional,


23

terutamanya untuk memantau dan menyelia pengajaran guru. Sehubungan itu,

pengetua kerap kali meletakkan tanggungjawab menyelia dan memantau kepada Guru

Kanan dan Ketua Bidang (Hallinger, 2005).

Selain itu, pertambahan tugas pengetua dalam mengurus pelbagai bidang

menghadkan peruntukan masa untuk merancang, mengelola, memimpin dan

mengawal pelaksanaan kurikulum sekolah.Ini menyebabkan pengetua gagal

mengatasi masalah ketiadaan guru dan menyebabkan terbantutnya pengajaran dan

pembelajaran. Pengetua hanya memberi tumpuan dalam pemantauan secara langsung

setiap kali peperiksaan untuk melihat perkembangan pelajar tersebut secara terus dan

bersemuka dengan pelajar di dalam kelas bersama keputusan peperiksaan. Sebaliknya,

pengetua harus sentiasa menunjukkan interaksi yang bermakna bersama pelajar dan

menggunakan data-data peperiksaan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan

pengajaran dan pembelajaran.

Pihak pengetua kurang pasti tentang jenis tingkah laku kepimpinan

instruksional. Kepimpinan instruksional adalah jauh lebih daripada takat merangka

gol and berkomunikasi gol yang dirangka itu kepada warga sekolah. Kepimpinan

instruksional melibatkan pelbagai pemantauan dan masa pembelajaran mesti dijaga

dengan rapi termasuk menggalakkan perkembangan profesionalisme dikalangan guru

dan memberi insentif atau ganjaran untuk pembelajaran untuk kedua-dua pihak guru-

guru dan pelajar-pelajar.

Kekurangan ilmu dan kemampuan menjadi seorang pemimpin instruksional.

Pihak pengetua tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang teori-teori dan

perkembangan baru berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Tambahan


24

pula, pengetua yang tidak mahir mencari data dan mentafsir data yang diperolehi

menyebabkan tindakanyang diambil adalah tidak sesuai dengan keadaan sebenar.

Pengetua hanya menekankan kepada salah satu proses memimpin. Menurut

(Robiah Sidin, 2003) keberkesanan tindakan seseorang pengetua atau Guru Besar

yang mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya

dalam dua proses memimpin iaitu pencapaianmatlamat dan kesejahteraan anggota.

Aktiviti penentuan matlamat di peringkat sekolah kurang diberi perhatian oleh

pengetua.Ini kerana matlamat sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia dan menuntut pengetua mengikutinya.Dapatan ini selari dengan pendapat

Harun et al. (2002) mengatakan semasa menentukan matlamat sekolah, pengetua

perlu mengatur strategi yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagaimanapun pengetua mempunyai masa yang terbatas untuk melibatkan diri

dalam aktiviti pengajaran khususnya berinteraksi dengan guru dan murid-murid dan

tidak selari dengan kajian Southworth (2002) di mana pengetua perlu menjadi model

kepada guru-gurunya dan dapat menunjukkan contoh tentang apa dan bagaimana

melakukan sesuatu.

Kurang perhatian dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum

serta program-program pemulihan dan pengayaan pengajaran secara khusus bagi

murid-murid yang memerlukan perhatian khas.

Berdasarkan pandangan Hallinger et al. (1996) konteks yang berbeza akan

menimbulkan gambaran yang berbeza kerana tempat pengetua bertugas dengan

sendiri menuntut keperluan yang berbeza dan menimbulkan peluang dan kekangan

kerja yang berbeza. Sebagai contoh, aspek dalam senarai peranan yang didapati
25

berbeza di antara konteks Malaysia dan Amerika Syarikat adalah cara matlamat

ditentukan. Di Malaysia, matlamat sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia, berbeza dengan di Amerika Syarikat di mana penentuan matlamat

ditentukan sendiri di peringkat sekolah.

Pengetua terpaksa menghadapi pendapat yang berlainan daripada kelompok-

kelompok guru tertentu dalam melaksanakan kepemimpinan instruksional di

sekolah.Situasi ini akan meyebabkan kepemimpinan Instruksionalnya tidak berjalan

dengan lancar. Findley dan Findley (1992) mengatakan bahawa keberkesanan

sesebuah sekolah terhasil daripad ciri-ciri kepemimpinan instruksional pengetua

tersebut. Oleh itu, kebijaksanaan dan ciri kemampuan pengetua menyesuaikan

kepemimpinan instruksionalnya untuk merungkai perbezaan ini boleh memberi kesan

kepada prestasi murid-murid.

ix. Sorotan Kajian-kajian Lepas Berkaitan Teori Kepimpinan Instruksional

dan Hubungan dengan Pelbagai Pembolehubah Dalam Organisasi

Pendidikan
26

Kajian menunjukkan bahawa pengetua mengamalkan semua fungsi

kepimpinan instruksional dan wujud hubungan yang signifikan terhadap kompetensi

pengajaran guru, efikasi kendiri guru dan pencapaian akademik (Yusri & Aziz, 2013;

Yusri, 2012). Kajian juga mendapati faktor kepimpinan pengajaran menyumbang

secara positif terhadap kualiti pengajaran guru (Hallinger, 2008, 2011; Abdul Ghani &

K. Anandan, 2012; Jawi, Yusof, & Usang, 2013; Aniza & Zaidatol Akmaliah, 2013).

Hallinger (2003) mendapati kepimpinan instruktional mempunyai perkaitan

yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik. Namun begitu,

adalah malang sekali bagi sekolah-sekolah apabila Hussein Ahmad (1989) mendapati

bahawa ramai pengetua di Malaysia yang tidak dapat memberi penekanan dalam

bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lainyang perlu tindakan segera.

Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa kepemimpinan pengajaran

mempunyai hubungan positif dan menyumbang secara signifikan terhadap pengajaran

guru.( Yusri& Aziz, 2014 ). Dapatan kajian ini secara tidak langsung menyokong

kajian Koehler (2010) yang menjalankan kajian eksperimental untuk melihat kesan

pasukan perundingan pengajaran terhadap tahap efikasi pengajaran guru.Pasukan

perundingan pengajaran adalah pasukan yang ditubuhkan oleh pengetua dalam usaha

meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Kajian yang melibatkan 1203 guru

daripada 34 buah sekolah ini menunjukkan amalan kepemimpinan pengajaran melalui

pelaksanaan pasukan perundingan pengajaran menunjukkan peningkatan yang

signifikan terhadap tahap efikasi pengajaran guru-guru.

Jamelaa & Jainabee (2012) telah membuahkan beberapa dapatan yang

menarik mengenai kepimpinan instruksional bagi dimensi-dimensi kepimpinan

instruksional membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu serta
27

mentakrif, membentuk matlamat dan menggalakkan iklim pembelajaran.Amalan

pengetua dalam membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu

menepati dapatan kajian Mielcarek (2003) manakala amalan pengetua dalam

mentakrif & membentuk matlamat sekolah dan menggalakkkan iklim sekolah

menepati kajian tindakan oleh Azman (2010).

Berdasarkan kajian Buckner, 2011; Leithwood & Levin, 2010; Hallinger,

2008, 2011 telah mengemukakan peranan kepemimpinan pengetua yang efektif

adalah diukur dari kemampuan mereka melaksanakan tugas sebagai kepemimpinan

instruksional. Secara jelas, kejayaan kepemimpinan instruksional seseorang pengetua

adalah dilihat dari kejayaan mereka dalam peningkatan prestasi sekolah secara

keseluruhannya (Fullan,Hill,& Crevola, 2006; Horng & Loeb, 2010).

Malah kajian yang telah dibuat oleh Marzano et al., 2005 dan Nor Asikin,

2009 berhubung sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan mendapati gaya

kepemimpinan instruksional yang digunakan oleh pengetua sekolah lebih berkesan

berbanding pengetua yang tidak menggunakan gaya instruksional dalam

kepemimpinan mereka di sekolah. Pendek kata, umumnya para sarjana mengakui

bahawa gaya kepemimpinan pengetua mempunyai hubungan yang signifikan dengan

kemenjadian pelajar secara keseluruhannya (Domsch, 2009; Leithwood, et al., 2004;

O’Donnell & White, 2005; Sahenk, 2010; Sirinides, 2009; Smith, 2009).

Menurut dapatan kajian daripada Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani

Ibrahim dan Rosemawati Mustapa (2015) mengatakan bahawa kepemimpinan

instruksional pengetua berkesan dapat dilihat kesannya di sekolah. Selain itu, dapatan

kajian ini juga mengatakan bahawa kepemimpinan instruksional pengetua mempunyai

hubungan yang positif dengan pencapaian dan kejayaan akademik murid berasaskan
28

kepada pembangunan kapasiti (Domsch, 2009; Srinides, 2009; Smith, 2009;

Leithwood, Louis,Anderson dan Walsttom, 2004; Bell, Bolam, Cubilo, 2003).

Hasil kajian daripada Masitah Hj. Mohammad Yusof et al (2013)

menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap tahap amalan kepemimpinan

instruksional pengetua dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar adalah sederhana

(M = 3.36, SP = .77). Persepsi guru terhadap tahap amalan kepemimpinan

instruksional pengetua bagi Dimensi 1: Pentakrifan Matlamat Sekolah dan Matlamat

Alam Sekitar (M = 3.19, SP = .87), Dimensi 2: Pengurusan Program Pengajaran dan

Program Alam Sekitar (M = 3.10, SP = .92) dan Dimensi 3: Pemupukan Iklim

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar (M = 3.54, SP = .77) juga

adalah sederhana. Pengetua sekolah telah mengamalkan kepemimpinan instruksional

dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar dengan baik dengan menunjukkan

keprihatinan dan kepekaan terhadap proses pencerapan pengajaran guru-guru bagi

memastikan guru-guru mengintegrasikan nilai-nilai alam sekitar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengetua sekolah juga turut memberi

sokongan dan kerjasama kepada guru-guru dalam melaksanakan aktiviti atau program

bercorak alam sekitar.Namun, dapatan kajian oleh Aniza & Zaidatol Akmaliah (2013)

menunjukkan terdapat perbezaaan tahap amalan kepimpinan instruksional.Skor min

dimensi mendefinisi matlamat sekolah (4.04); menyelia dan menilai pengajaran

(3.87); dan membentuk iklim sekolah yang positif (3.68); adalah pada tahap yang

tinggi.Dimensi mendefinisi matlamat sekolah merupakan yang paling dominan.

Hasil kajian Elangkumaran Davarajoo. (2011), mendapati terdapat hubungan

yang signifikan terhadap kepimpinan instruksional dengan komitmen kerja guru dan

kepuasan kepuasan kerja di tiga jenis sekolah rendah.


29

Meta L. Kruger (2010) menyatakan bahawa kepimpinan instruksional

yang berkesan memerlukan kolaborasi di antara pengetua dengan guru-gurunya,

selain mengukuhkan tanggungjawab mereka serta tidak banyak menyekat tugas-tugas

mereka. Hasil dapatan dari kajian yang dilakukan oleh Byrk et. al (2010)

menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional di sekolah mampu memainkan

peranannya sebagai pemacu perubahan di sesebuah sekolah. Guru yang bermotivasi

tinggi akan mampu memberi sumbangan terhadap kejayaan sesebuah sekolah dalam

memberi nilai tambah terhadap ‘outcome’ (keputusan peperiksaan awam) pelajar

sekolah berkenaan.

Menurut Noor Rezan (2010), kepimpinan sekolah mempunyai impak yang

signifikan terhadap kecemerlangan murid. Justeru, kepimpinan instruksional

berperanan dalam pembangunan guru, serta merancang, menyelaras dan menilai

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Manakala menurut Nor Azni et.al.

(2014), kepimpinan instruksional merujuk kepada amalan dan tingkah laku pengetua

yang mahir berkomunikasi dan merancang, berpengaruh, boleh memberi panduan dan

menggalakkan guru-guru dan pelajar dalam usaha untuk memperbaiki dan

mempertingkatkan program yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.


Baharom. (2004) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam

persepsi guru tentang kepemimpinan instruksional dalam celik computer berdasarkan

faktor-faktor pembolehubah demografik.

Menurut Al Ramaiah. (1999), kepemimpinan pengetua mempunyai kesan yang

signifikan terhadap inovasi pendidikan. Kejayaan dan kegagalan sekolah bergantung

kepada kebolehan pengetua memimpin stafnya.

Sheppard (1996), terdapat perhubungan yang positif antara kepimpinan

instruksional berkesan dengan komitmen, penglibatan professional guru dan

pencapaian pelajar.
30

Rujukan

A. L. Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan - Cabaran Masa Kini (edisi baru).

Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.Bhd.

Abdul Ghani Abdullah.(2011). Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd

Abdul Ghani, K., & K. Anandan. (2012). Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah

Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai

Mediator. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan pendidikan keli

ke 19 (SN 19) (pp. 1–18).


31

Abdul Jawi, A. S., Mohd Yusof, A., & Usang, N. (2013).Implikasi kepimpinan

pengetua, kepuasan kerja guru dan pengajaran guru terhadap pembelajaran

pelajar.In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke

19 (SN19).

Alimuddin Mat Dom. 2010.Ciri-ciri pengetua yang outstanding.Pendidik.Widad

Publications.Selangor.Bil. 73.

Aniza, B., & Zaidatol Akmaliah, L. P. (2013).Amalan kepimpinan pengajaran

mengikut kumpulan prestasi sekolah.In Seminar Pasca Siswazah Dalam

Pendidikan (GREDUC 2013) (pp. 346–353).

Azman Adnan. 2010. Inisaitif Pengetua dalam Menetukan Kejayaan Organisasi

Sekolah. Jurnal Pendidikan. Majlis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia,

Johor.

Baharom Mohamad. 2004. Persepsi guru-guru terhadap kepemimpinan pengajaran

dalam celik computer di sekolah-sekolah Negeri Johor. Tesis Dr. Fal.

Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi.

Blase, J and Blase, J, (1998) Handbook of instructional leadership : how really

good principals promote teaching and learning, Thousand Oaks, CA, Corwin

Press

Blase, J., & Blase, J. (2002).Teachers' Perception of Principals' Instructional

Leadership and Implications. Leadership and Policy in Schools, 1 (3), 256-

264.

Buckner, K. R. (2011). Leadership practices of female principals. Disertasi Ph.D,

Capella University.
32

Bush, T. & Middlewood, D. (2005).Leading and Managing People in

Education.SAGE Publicatons Ltd. London.

Bryk, A., Sebring, P.B. Allenworth, E., Luppescu, S. and Easton, J.Q. (2010)

Organizing Schools from Improvement.Lesson from Chicago. Chicago: The

University of Chicago Press

Clark, I. 2009. An analysis of the relationship between K-5 elementary school

teachers’perceptions of principal instructional leadership and their science

teaching efficacy.Thesis of PhD. University of Minnesota.

Deborah, K. 2002. The changing shape of leadership.Educational Leadership. 59 (8):

61-63.

Drake, T. L., & Roe, W. H. (1986). The principalship. New York: Macmillan

Publishing Company.

Domsch, G. D. (2009). A study investigating relationships between elementary

principals’ and teachers’ self-efficacy and student achievement.Disertasi Ijazah

Pendidikan, Saint Louis University.

Edmonds, R. 1979. Effective schools for urban poor.Educational Leadership. 37: 15-

24.

Elangkumaran Davarajoo. (2011). Hubungan Antara Kepempimpinan Pengajaran

Guru Besar dengan Komitmen Kerja dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah

Rendah di Zon Tanjung Karang, Selangor

Findley, B.& Findley, D. 1992. Effective school: the role of principal. Contemporary

Education 63(2): 102-104.

Fullan, M., Hill, P., & Crevola, C. (2006).Breakthrough. Thousands Oaks, CA:

Corwin Press.
33

Glickman, C. D. (1990). Supervision in transition: A developmental approach. (2nd

ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior

of Principals.The Elementary School Journal, 86(2), 217–247.

Hallinger, P., Bickman, L. & Davis, K. 1996. School context, principal leadership and

student reading achievement. The Elementary School Journal 96(5): 527-549.

Hallinger, P. 2005. Instructional leadership and the school principal: A passing fancy

that refuses to fade away. Leadership and Policy in Schools Journal. 4: 1-20.

Hallinger, P. 2000. A review of two decades of research on the principalship using the

Principal Instructional Management Rating Scale.

Hallinger, P. (2011). A review of three decades of doctoral studies using the Principal

Instructional Management Rating Scale: A lens on methodological progress in

educational leadership. Educational Administration Quarterly, 47(2), 271-306.

Hallinger, P. (2008). Methodologies for Studying School Leadership: A Review of 25

years of Research Using the Principal Instructional Management Rating

Scale. Paper presentation at the annual meeting of the American Educational

Research Association, New York.

Hallinger, P. (2011). Leadership for learning: lessons from 40 years of emperial

research. Journal of Eduational Admistration, 49(2), 125–142.

Harun Mat Isa, Norihan Azizan & Junaidah Abdul Jamil. 2002. Kepimpinan

instruktional di sekolah: Satu tinjauan empirikal. Prosiding Seminar Nasional

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-11 2002.hlm 157-164.

Heck, R. & Hallinger, P. (2009). Leadership effects on school improvement: Testing


34

unidirectional and reciprocal effects models. Paper presented at the annual

meeting of the American Educational Research Association (AERA), San

Diego, CA.Instructional Leadership on School Culture. University of

Minnesot

Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership. Kappan,

92(3), 66-69.

Hussein Mahmood. 1989. A study of principals’ perception of their competency needs

in instructional leadership. Ph.D thesis, University of Michigan.

Jamelaa & Jainabee. 2012. Mengurus Program Instruksional dan Sikap Terhadap

Perubahan dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Pahang.

Jurnal Teknologi. 59 (2012) 71–77.

James, A.J.E & Balasandran. R. 2009. Kepimpinan instruksional: Satu panduan

praktikal. PTS Professional. Kuala Lumpur.

Journal of Educational Management 21(5): 407- 417.

Koehler, J. R. (2010). An experimental evaluation of the effect of Instructional

Consultation Teams on teacher efficacy: A multivariate, multilevel

examination. Disertasi PhD, University of Maryland, College Park.

Leithwood, K., Jantzi, D., & Steinbach, R. (1999). “Changing Leadership for

Changing

Times”. Buckingham. Philadephia.Open University Press.


35

Leithwood, K., & Levin, B. (2010).Understanding how leadership influences student

learning. Dlm. International Encyclopedia of education (pp. 45-50). Oxford,

UK: Elsevier.

Leithwood, K., Louis, K. S., Anderson, S., & Wahlsttom, K. (2004). Review of

research: How leadership influences student learning. New York, NY: Wallace

Foundation.

Marzano, R., Waters, T., & McNulty, B. (2005). School leadership that works.

Alexandria, VA: ASCD.

Masitah Hj. Mohammad Yusof et al. (2013). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah Di Malaysia Dalam Pelaksaan

Pendidikan Alam Sekitar. Asia Pacific Journal of Educators and Education,

Vol. 28, 131–153, 2013.

Meta L. Kruger (2010), Leading schools in the knowledge society: On the way to

leaders of learning in inquiry-based schools. Educational Administration,

Volume 11,2010.

Mielcarek, J. M. A. 2003. A Model of School Success: Instructional Leadership,

Academic Press and Student Achievement. Thesis of Doctor Philisophy.The

Ohio State University.

Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani Ibrahim & Rosemawati Mustapa. (2015):

Kompetensi Instruksional Di Kalangan Pengetua Sekolah: Satu Kajian

Empirikal Di Negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Mohd Yusri, I. (2012). Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua Efikasi dan

Kompetensi Pengajaran.Universiti Malaysia Terengganu.


36

Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2013). Model E-Kepimpinan, komunikasi kumpulan dan

kepuasan kerja dalam kalangan pemimpin sekolah. In Seminar Nasional

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20. Genting Highlands: Institut

Aminuddin Baki.

Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2015). Model Kepimpinan Maya dan Kesejahteraan

Kerja Pemimpin Sekolah Malaysia: Perantaraan oleh Komunikasi Dalam

Kumpulan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1–10.

Mohd Yusri, I., & Aziz, A. (2014).Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dan

Kompetensi Pengajaran Guru.Universiti Malaysia Terengganu.

Murphy, J. 1990. Principal instructional leadership: Changing perspective on the

school.
Advances in Educational Administration Journal. 1: 163-200Nurahiman dan

Rafisah (2010)

Noor Rezan bt. Bapoo Hashim (2010). Kepimpinan berprestasi tinggi menjana

pelaksanaan NKRA pendidikan negara. Ucap utama dalam Seminar Nasional

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Tahun 2010 anjuran Institut

Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20-21 Julai 2010.

Nor Asikin Salleh. (2011). Kepimpinan pengajaran dan perkongsian wawasan: Satu

Kajian kes di sekolah-sekolah Kebangsaan luar Bandar.

http://jabatanbahasastar.files. wordpress.com/2011/08/kepimpinan-pengajaran-

dan-perkongsian-wawasan-satu.pdf

Nor Azni Abd Aziz, Foo Say Fooi, Aminuddin Hassan & Soaib Asimirin (2014).

Instructional leadership: validity and reliability of PIMRS 22-item instrument.

Australian Journal of Basic and Applied Sciences., 8(32): 200-206.


37

O’Donnell, R. J., & White, G. P. (2005).Within the accountability era: Principals’

instructional leadership behaviors and student achievement. National

Association of Secondary School Principals Bulletin, 89(345), 56-71.

Robiah Sidin (2003).Teori Pentadbiran Pendidikan: Satu Pengenalan. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robinson, V.M.J. Lloyd, C.A. & Rowe, K.J. 2008. The impact of leadership on

student outcomes : An analysis of thedifferential effects of leadership types.

Educational Administration Quarterly. 44 (5): 635-674.

Sahenk, S. S. (2010). Characteristics of headmasters, teachers and student in an

effective school.Procedia- Social and Behavioral Science, 2, 4298-4303.

Sheppard, B. (1996). Exploring the transformational nature of instructional

leadership. The Alberta Journal of Educational Research, 52(4), 325-344

Smith, D. (2009). An exploratory study of the relationship between elementary

principals' perceptions of their leadership behaviors and the impact on one

year of reading achievement scores.Disertasi Phd, Virginia Commonwealth

University.

Southworth, G. 2002. Instructional leadership in school ; reflections and empirical


evidence.School Leadership and Management. 22(1): 73-91.

Spendlove, M. 2007. Competencies for effective leadership in higher education.

International
38

Srinides, P.M. (2009). Educational leadership and student achievement: Pathways of

instructional influence. Disertasi Phd, University of Pennsylvania.

Weber, J. 1996. Leading the instructional program. Dlm. Smith.S & Piele. P. School

Leadership.Handbook for excellence in student learning.Fourth Edition.

Corwin Press. California.

Yulk.G.A., (2002).Leadeship In Organizations. Eaglewood California. Prentice Hall,

inc.

Anda mungkin juga menyukai