Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, cucurilah rahmat-Mu ke atas majlis ini.

Berkatilah ia dari
awal hingga ke akhirnya.

Ya Allah, sesungguhnya kami ini memohon kepada-Mu Ya Allah,


sempena ulang tahun kelahiran rakan-rakan dan guru-guru kami ini,
Kau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan kepada mereka
kehidupan yang lebih bahagia,
dan berjaya dari tahun sebelumnya.
Kurniakanlah kepada mereka rezeki yang melimpah berkat,
dan direstui-Mu Ya Allah.
Jauhkanlah mereka daripada belenggu kesusahan, kemiskinan dan
kebuluran.

Ya Allah, Kauberikanlah kepada mereka kesihatan fizikal dan mental


yang terbaik.
Terangilah hati mereka dengan cahaya hidayah-Mu.
Perbaikkanlah amalan mereka dan tunaikanlah hajat mereka,
baik dalam agama, dunia dan akhirat.
Hidupkanlah mereka dengan keimanan,
dan matikanlah mereka apabila sampai masanya dalam keimanan.
Sesungguhnya Engkaulah yang maha kuasa atas tiap-tiap suatu
kejadian.

Anda mungkin juga menyukai