Anda di halaman 1dari 6

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
Kursus MPW1143/2143 Pengajian Islam ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM) kepada para pelajar beragama Islam. Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus wajib yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/LAN) yang ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program peringkat Sarjana Muda dan Diploma. Modul ini bertujuan untuk para pelajar menguasai kursus ini dengan baik sebagai asas pengetahuan dalam agama Islam. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

xiv

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran


AKTIVITI PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Membaca modul Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial Perbincangan atas talian (LMS) Ulang kaji Menyiapkan Tugasan dan Peperiksaan Akhir JUMLAH MASA PEMBELAJARAN JAM PEMBELAJARAN 3 60 10 12 15 20 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami tentang tamadun Islam yang merangkumi kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Menghargai peranan Islam dahulu, masa kini dan akan datang serta usaha dan sumbangan tokoh-tokoh Islam. Memperkenalkan nilai-nilai kemanusiaan mengikut dasar budaya Islam dalam kehidupan masyarakat mengikut era globalisasi.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 Islam sebagai Cara Hidup yang Syumul. Topik ini memperkenalkan Islam sebagai suatu cara hidup yang cukup sempurna. Ianya mengandungi Sistem Kepercayaan, Sistem Perundangan dan Sistem Nilai yang bersifat sejagat dan serba tetap. Topik ini juga membincangkan Tasawur Islam serta Falsafah Perundangan Islam. Topik 2 Pandangan Semesta Alam. Topik ini membincangkan perihal tanggungjawab manusia dan hubungannya dengan Allah dan alam sekitarnya.

PANDUAN KURSUS

xv

Ianya turut membincangkan konsep ilmu dan konsep nilai serta hierarkinya. Konsep jihad dan tuntutannya juga ada dibincangkan. Topik 3 Konsep Peradaban dan Tamadun. Topik ini memperkenalkan Islam sebagai agama yang bertamadun. Perbincangannya berkisar pada konsep Tamadun Islam yang merangkumi ciri-ciri dan keistimewaannya serta keunikannya berbanding dengan tamadun lain. Topik ini turut membincangkan sumbangan Tamadun Islam kepada dunia secara keseluruhannya. Topik 4 Seni dan Manisfestasi Budaya. Dalam topik ini, perbincangan dipusatkan kepada seni dan budaya Islam. Hal ini termasuklah konsep seni, pandangan Islam terhadap seni dan jenis-jenis seni di dalam Islam. Antara seni suara, seni muzik, seni khat, seni bina, seni persuratan dan lain-lain. Topik 5 Kekeluargaan dan Kemasyarakatan. Topik ini mengajak pembaca samasama memahami dan mendalami institusi keluarga. Topik ini membahaskan konsep dan falsafah serta tanggungjawab setiap ahli keluarga. Peranan keluarga dalam melahirkan individu dan masyarakat yang bertanggungjawab turut dibincangkan. Topik 6 Konsep Pendidikan. Dalam topik ini, dibentangkan konsep dan falsafah pendidikan Islam serta sejarahnya. Dalam sejarah pendidikan Islam, dibincangkan pendidikan Islam pada zaman Rasulullah, sahabat dan zaman kegemilangan Islam secara sepintas. lalu. Kemudian membincangkan pendidikan Islam di Tanah Melayu yang bermula dari zaman Melaka, zaman penjajahan, hinggalah zaman selepas merdeka. Perkara yang dibincangkan termasuklah kurikulum, perkaedahan, dan institusinya. Topik 7 Konsep Pemerintahan dan Pentadbiran dalam Islam. Topik ini membincangkan konsep pemerintahan dan pentadbiran di dalam Islam. Ianya menjelaskan ciri-ciri dan prinsip-prinsip yang perlu ada di dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam. Seterusnya, topik ini membentangkan pentadbiran pada zaman Rasulullah S.A.W. dan zaman sahabat sebagai asas dan model pemerintahan dan pentadbiran Islam. Dalam bentuknya yang sangat ringkas itu ia tetap menghayati sifat keadilan, kesamarataan, kebebasan, dan ketelusan. Topik 8 Perundangan dan Kehakiman. Dalam topik ini, perbincangan difokuskan kepada falsafah dan sumber perundangan Islam. Selain itu, topik ini juga membincangkan kehakiman Islam yang merangkumi institusi kehakiman dan jenis-jenis hukuman mengikut undang-undang Islam. Perbincangan turut menyentuh perihal pemikiran mazhab-mazhab dalam Islam.

xvi

PANDUAN KURSUS

Topik 9 Ekonomi dan Kewangan. Topik ini membahaskan konsep dan prinsip ekonomi dan kewangan Islam. Hal ini termasuklah falsafah dan prinsipprinsipnya. Kemudian dibincangkan juga institusi kewangan Islam di Malaysia yang merangkumi Takaful, Bank Islam, Pajak Gadai, dan sebagainya. Topik 10 Islam dan Cabaran Semasa. Dalam topik ini, dibawakan beberapa topik kecil yang patut dibentangkan kepada pelajar agar mereka memahami Islam dan menjaga kesuciannya serta memelihara kehormatan diri dan keluarga. Antara topik yang dibincangkan termasuklah gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja, globalisasi, salah faham terhadap Islam, perpaduan ummah dan sebagainya.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti : Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

PANDUAN KURSUS

xvii

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Pelajar tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum mengambil kursus ini. Tidak ada pra syarat khusus kerana kursus ini adalah kursus wajib yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/LAN). Namun, untuk memantapkan lagi perolehan ilmu melalui kursus ini, rujukan daripada asas ilmu Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah atau Hadis adalah ditekankan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

xviii

PANDUAN KURSUS

RUJUKAN
Ahmad Fauzi Hj Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam. Serdang: Penerbit UPM. El-Awa, Muhammad S. (1980). Political System of the Islamic State. Indiana: American Trust Publication. Ghazali Darussalam (2001). Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Mahayudin Hj Yahaya (2000).Tamadun Islam. Ctk.9. Shah Alam: Fajar Bakti Zakaria Stapa (1994). Masyarakat Islam dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: YADIM.

Anda mungkin juga menyukai