Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan
Boneka ialah benda atau barang yang menyerupai patung. Kebiasaannya boneka
digunakan untuk mengajar kelas pemulihan atau di kelas prasekolah yang dijadikan sebagai
bahan bantu belajar untuk guru dan murid. Boneka turut dijadikan sebagai alat permainan
untuk kanak-kanak dan dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak-anak
perempuan. Bagi mereka mereka mencipta imaginasi serta dialog sendiri ketika bermain
dengan boneka yang dianggap sebagai teman.
Boneka berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa Portugis. Boneka telah
wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi dan pada ketika itu boneka yang dihasilkan hanya
diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi
kuna, mereka menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang atau patung orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan.
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 5 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung.
Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan
menggerakkannya.
Berdasarkan definisi, boneka merupakan sebagai sebarang benda atau objek yang
digerak, dan dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Pemain yang membawakan watak akan cuba menghidupkan watak
sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang
dialog. Boneka digunakan sebagai alat bantuan untuk menyampaikan cerita yang berkesan.
Pendengar boleh menghayati apa yang disampaikan disamping melibatkan diri secara tidak
langsung melalui penggunaan boneka.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka dijadikan alat untuk menyampaikan
cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak.
Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran asas komunikasi,
melahirkan idea kreatif dalam penciptaan watak-watak, cerita, merangsang daya imaginasi
dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.
Boneka amat sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Pendengar iaitu kanak-kanak
akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping
melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Boneka merupakan salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat
kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Penggunaan boneka dapat membantu
memperkembangkan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal. Boneka juga berfungsi sebagai
alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih
menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar
atau merangsang mereka.
Di dalam terapi kaunseling, permainan boneka digunakan untuk mengenalpasti
masalah yang di alami oleh seseorang kanak-kanak. Ianya mampu menyelami masalah kanak-
kanak tersebut dengan melihat apa yang diluahkan oleh mereka melalui boneka. Ianya
merupakan satu kaedah yang aat berkesan dalam meneroka masalah yang dialami oleh kanak-
kanak tersebut.
Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana mereka dapat
meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka
melibatkan diri secara aktif. Mereka juga tidak akan rasa segan untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup
baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan sebenar serta merangsang daya imaginasi. Selain itu, boneka juga dapat memberi
pengalaman kepada kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi
pengalaman.

1.1 Sejarah ringkas boneka
Terdapat bukti yang menyatakan bahawa perkataan boneka berasal daripada perkataan
Latin. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa boneka mula dijumpai kira-kira 3000 tahun
sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah
liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih cantik dibuat daripada lilin dan gading gajah.
Pada masa tersebut, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk kanak-kanak tetapi
banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi.
Pada zaman dahulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan sangat menyeramkan
serta menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan untuk memilikinya. Boneka tersebut
sangat kaku dan tidak boleh digerakkan. Boneka dengan kaki dan lengan yang dapat
digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600 tahun sebelum masihi. Pada abad ke 5 sehingga
15, boneka masih tetap digunakan untuk keperluan keagamaan dan ritual.
Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke 15 iaitu di
Kota Nuremberg, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boneka tersebut diperbuat daripada
kayu, lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagi menggambarkan wanita di
zaman itu. Sementara di British, Perancis, Ital, dan Belanda, mereka membuat pakaian khas
mengikut daerah bagi boneka daripada jenis yang sama. Boneka-boneka ini biasanya dijual
sebagai cenderahati.
Belanda kemudiannya, telah maju setapak dengan mencipta mata boneka yang
diperbuat daaripada kaca dan boleh digerak-gerakkan menjadikannya lebih hidup. Pada tahun
1675, penciptaan boneka maju setapak lagi dengan mengenakan rambut sebagaimana boneka
pada hari ini. Pembuatan boneka mengorak langkah lebih maju apabila sebuah kilang telah
berjaya mencipta boneka yang dapat menangis pada tahun 1710, manakala boneka yang dapat
berjalan telah dicipta pada tahun 1735.
Negara Amerika Syarikat telah berjaya muncul sebagai negara pengeluar boneka
terbesar di dunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan tahun 1941 industri
pembuatan boneka akhirnya telah berjaya mencipta boneka yang hampir sama dengan objek
yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang dapat mengerdip lengkap dengan bulu
matanya, mulut yang dapat dibuka hingga memperlihatkan barisan giginya dan terdapat juga
boneka yang dapat makan dan minum sendiri.
Di Malaysia pada awal penggunaan boneka lebih kepada upacara pemujaan, namun
begitu tidak dapat dinafikan boneka juga merupakan alat mainan yang sangat popular di
kalangan kanak-kanak, namun terdapat juga boneka ini dijadikan hiasan atau sebagai koleksi
orang dewasa. Boneka seringkali dijadikan hadiah atau cenderahati kepada kanak-kanak
terutamanya pada majlis hari jadi. Ia merupakan satu alat mainan yanag digemari oleh kanak-
kanak semua bangsa di Malaysia. Terdapat banyak boneka yang hampir menyerupai manusia
sehingga terdapat kanak-kanak yang menjadikan boneka teman mereka untuk tujuan bberbual
atau untuk meluahkan perasaan dengan bercerita.
Boneka pada dasarnya bukan sahaja menjadi barang mainan kanak-kanak, malah juga
turut menjadi kegemaran sebahagian orang dewasa. Boneka dijual secara meluas di kedai-
kedai alatan permainan dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada dalam bentuk manusia atau
haiwan. Boneka yang terdapat di negara ini diperbuat daripada pelbagai bahan misalnya,
kayu, plastik, kapas, kertas, kain dan seumpamanya. Ianya menjadi bahan bantu belajar yang
wajib ada di setiap prasekolah di seluruh Malaysia.




2.0 Jenis-Jenis Boneka

Untuk membuat boneka, bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza
mengikut jenis boneka tersebut. Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah:-
i. sarung tangan atau sarung kaki untuk boneka sarung tangan.
ii. perca kain untuk boneka sarung kepala dan sarung tangan.
iii. pinggan kertas untuk boneka pinggan kertas.
iv. kayu untuk boneka tongkat.
v. lidi untuk boneka lidi
vi. kertas tebal atau plastik keras untuk boneka wayang kulit dan lidi.
vii. beg kertas atau beg mabuk udara untuk boneka beg kertas.
viii. sudu kayu atau senduk untuk boneka sudu.
Boneka dicipta mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya. Ini bererti
seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan boneka kerana
mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada bahan-bahan terbuang. Malah proses untuk
mengahsilkan boneka tersebut amat mudah. Terdapat beberapa jenis boneka yang biasa kita
lihat antaranya:-

2.1 Boneka sarung tangan atau jari

Boneka Sarung Tangan atau Jari
Boneka ini mampu diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasa menggunakan
jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan pemain
boleh menggerakkan tangan bagi menghidupkan watak. Manakala setiap jari mempunyai
peranan masing-masing. Misalnya jika tema keluarga, ibu jari akan mewakili watak bapa,
jari telunjuk mewakili watak emak, jari hantu watak abang, jari manis watak kakak dan jari
kelingking ialah watak adik.
Boneka jari ini turut dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini boleh dihasilkan
daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya dan saiznya sesuai
dengan jari kanak-kanak.

2.2 Boneka Lidi









Boneka Lidi

Boneka lidi kebiasaannya diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian
lidi panjang diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagi menggerakkannya.
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal,, diwarnakan dan bentuknya di potong
keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,, kad manila, plastik lutsinar atau kertas
biasa kemudian dilaminatekan. Boneka ini sangat senang dihasilkan dan kanak-kanak sendiri
boleh lakukan di mana guru hanya memberi template boneka, contohnya kaum-kaum di
Malaysia. Setelah siap mereka gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan
menggunakan boneka itu bersama-sama temannya.








2.3 Shadow Puppets atau wayang kulit







Shadow Puppets dan wayang kulit

contoh shadow puppet atau wayang kulit

Shadow Puppets atau wayang kulit amat popular di gunakan untuk persembahan
cerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua
dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu.
Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin . Lidi
digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini biasanya dimainkan untuk
menghiburkan orang ramai contohnya wayang kulit dan orang yang bertanggungjawab
menyampaikan cerita dan menggerakkan watak-watak tersebut dipanggil Tok Dalang. Watak-
watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk yang boleh digerak-
gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow
Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang
dibina dalam plot sesebuah cerita.









2.4 Boneka Bertali









Contoh boneka bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache, plaster-of-
Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon. Tali-tali halus
disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Tali yang digunakan
adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastik supaya pergerakannya lebih nampak
semulajadi. Semasa menggerakkan watak, tali akan ditarik-tarik untuk menggerakkan anggota
badan boneka. Boneka jenis ini sesuai digunakan untuk watak seperti berlari, terbang,
menggelongsor dan melompat. Ianya nampak lebih hidup dan lebih menarik berbanding
boneka lain.

2.5 Boneka Tangan









Contoh boneka tangan

Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan selalu juga
digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak prasekolah kerana
ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh dijadikan boneka tangan adalah
stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul surat, kotak dan sebagainya.

2.6 Boneka Beg Kertas.
Boneka jenis ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan akan dimasukkan ke dalam
beg kertas. Ianya sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas.
Kebiasaannya menggunakan flora dan fauna sebagai motif contohnya beruang dan rambutan.








Contoh boneka beg kertas

2.7 Boneka pinggan kertas.
Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut
cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain. Namun penggunaannya juga agak
terbatas dan agak kurang menarik dan sukar untuk digerakkan.







Contoh boneka pinggan kertas.


3.0 Penggunaan Boneka dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak. Ianya boleh digunakan
sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesej bagi menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri kanak-kanak.
Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia
persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Murid juga diberikan
peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti
bermain dan aktiviti seni. Apa yang penting, kanak-kanak merasa seronok dan berdasarkan
kajian yang dijalankan terhadap murid-murid, penggunaan boneka amat bermanfaat bagi
meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran ataupun sebagai
salah satu terapi untuk kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi.
Kesan atau implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid
dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid di mana mereka dapat mewujudkan
emosi marah, sedih, gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain daripada itu, murid juga dapat
menggabungkan kemahiran berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini amat
penting diterapkan dalam diri murid kerana ianya sangat membantu murid dalam mencapai
kemahiran sosial yang positif dan bahasa yang digunakan akan lebih tersusun kreatif dan
memperluaskan diksinya.
Dalam teori Kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983), mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ianya amat menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu guru mencapai
objektif pembelajaran dengan lebih sempurna kerana pendekatannya yang menarik dan
sememangnya mudah difahami oleh murid sekaligus akan dapat menjadikan suasana
pembelajaran menyeronokkan dan bermakna.
Disamping itu, penggunaan boneka dalam pembelajaran juga dapat melahirkan
individu yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaan boneka yang pelbagai.
Bukan sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malah murid juga boleh diminta
menghasilkan boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.




4.0 Kaedah Persembahan Boneka














Kaedah persembahan boneka boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:
i. Persekitaran
ii. Pentas persembahan
iii. Susun atur yang terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu;-
Pentas kerusi, pentas rentang, pentas tingkap, pentas meja, pentas berlipat dan
pentas tanpa pentas.
iv. Teknik penyampaian.
Kaedah persembahan adalah mengikut kesesuaian dari aspek tempat dan persekitaran
tempat yang akan diadakan persembahan.

5.0 Penutup

Boleh dikatakan bahawa seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita,
menyampaikan mesej serta hiburan. Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang
tersendiri. Namun begitu ianya memerlukan manusia untuk menghidupkan atau
menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus
membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita.
KAEDAH
PERSEMBAHAN
BONEKA
Persekitaran
Pentas Persembahan
Susun atur
Teknik Penyampaian
Pentas Kerusi
Pentas Rentang
Pentas Tingkap
Pentas Meja
Pentas Berlipat
Pentas Tanpa
Pentas
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka mampu merangsang minda murid untuk
memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,
kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan
bahan dan menyediakan watak-watak dengan jalan cerita yang sangat menarik.
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman
adalah sebagai kaedah untuk mempengaruhi kanak-kanak menghubungkaitkan dengan
keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata
kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapid an mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan. Justeru itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi
perkembangan kreativiti yang lebih positif dalam kalangan murid-murid dan memastikan
kreativiti mereka tidak terhalang atau terlalu jumud.



















Rujukan

Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, ( 1998 ), Kuala
Lumpur, Affluent Master Sdn. Bhd.
Kathleen Chee, ( 2010 ), Focus Goal Pendidikan Seni Visual SPM, Bangi Selangor
DarulEhsan, Pelangi Sdn. Bhd.
Leela R, (1994 ), Melukis dan Membuat Gambar, Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Zailani Yaacob, ( 2006 ), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM, Shah Alam Selangor
Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai