Anda di halaman 1dari 3

SYIAH

KONSEP
- Pada mulanya, Syiah berpecah daripada Islam menjadi satu firqah yang berpunca daripada
persoalan siyasah (politik).
- Namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah
makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahamam dan mazhab yang telah menyentuh
persoalan akidah.
- Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan
menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keamanan negara khususnya di Malaysia
- Antara gejala Syiah yang timbuk daripada fahaman dan ajaran Syiah ini ialah kahwin
mut'ah, penyebaran buku2 Syiah serta mewujudkan keraguan orang awam terhadap ajaran
dan pegangan agama Islam yang sebenar.
MIND MAP

Akidah

Ibadah Perkahwinan

ideologi
Syiah

Pakaian Pemimpin

ISI 1 (ELEMEN PERKAHWINAN)


- Nikah mut'ah seringkali dikaitkan dengan syiah dan menjadi amalan yang mulia disisinya.
- Perkahwinan ini dinamakan mutah kerana tujuan dari pernikahan ini hanyalah semata-mata
untuk berseronok-seronok memuaskan nafsu seks secara dasarnya dan bukanlah bertujuan
mendapatkan zuriat
- Contohnya, dalam nikah mut'ah, wanita tidak memerlukan wali dan saksi.
- Pasangan bebas membuat kesepakatan untuk bersama tidak melebihi 3 hari tanpa nafkah.
- Seorang perempuan juga dibenarkan bermut’ah sama ada masih perawan, janda bahkan
yang masih mempunyai suami.
- Walaupun perkahwinan ini diharuskan oleh ulamak Syiah tetapi dari segi praktikalnya
terdapat segelintir golongan Syiah yang tidak bersetuju dengan perkahwinan jenis ini.
- Di sesetengah negara seperti Iran, mut’ah tidak diamalkan kerana menjadi kontroversi
dalam masyarakat yang boleh menyebabkan pergaduhan.
ISI 2 (ELEMEN PEMIMPIN)
- Konsep pemimpin Syiah merujuk kepada imam Syiah yang dikenali sebagai ahlul bait yang
terdiri daripada keturunan Rasulullah.
-Pelantikan imam Syiah dilakukan menerusi nas dan wasiat.
- Imam dalam Syiah adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah malah menjadi lebih mulia
daripada para nabi dan malaikat
- Beberapa ciri yang ada pada imam Syiah ialah imam mestilah seseorang yang paling alim
dan berani, mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan mengetahui
bacaan kitab dalam pelbagai bahasa.
- Contohnya syiah 12 imam menjadi cabang terbesar dalam Syiah yang mempercayai Allah
telah melantik 12 orang imam sebagai pemimpin kepada manusia.
- Imam yang terakhir daripada kalangan 12 ini adalah Imam Mahdi yang akan keluar pada
akhir zaman.
-Kesemua imam ini haruslah ditaati kerana adalah sumber kebahagian dan keselamatan di
dunia dan akhirat.
ISI 3 (ELEMEN PAKAIAN)
- Dalam Syiah terdapat beberapa cara pemakaian yang melihatkan identiti golongan ini.
- Tujuan pemakaian ini adalah berbeza bergantung kepada tujuan seperti menyambut hari
perayaan atau beribadah.
- Wanita Syiah biasanya memakai pakaian serba hitam tanpa mengenakan cadar untuk
menampilkan diri mereka sebagai muslimah yang menutup aurat.
- Untuk beberapa acara keagamaan, selain mengenakan pakaian hitam-hitam, wanita Syiah
juga memakai ikat kepala bertuliskan syiar Syiah yang mempunyai doa-doa.
- Antara contoh pemakaian dalam Syiah ialah Abaya yang dipakai oleh golongan wanita
Syiah.
- Abaya merupakan jubah longgar yang diperbuat daripada material hitam lembut. Pakaian
ini longgar dan menutupi seluruh badan. Fungsinya untuk menutup aurat wanita, menjaga
maruah serta menujukkan sifat yang sopan ketika melakukan ibadah
ISI 4 (ELEMEN IBADAH)
- Ibadah yang berbeza kaedah dengan sunni.
- Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu.
- Golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan
menyesatkan.
- Penganut fahaman syiah mengembangkan fahaman mereka dengan cara mengamalkan
akidah taqiyyah iaitu berbohong dan berpura-pura
- Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat
dan menyembunyikan kepercayaan mereka kerana menurut Imam mereka, tidak ada agama
bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
- sebagai contoh, mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi ertinya
dahi dan hidung tidak kena lantai.
- Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi.
- Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom.
Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.

ISI 5 (ELEMEN AKIDAH)


-Akidah merupakan suatu pegangan dan keyakinan yang tiada syak atau ragu-ragu, manakala
akidah Islam adalah mempercayai semua perkara yang disampaikan oleh Rasulullah SAW
melalui al-Quran dan an-Sunnah.
- Akidah menjadi asas kepada penerimaan atau penolakan amalan manusia di sisi Allah SWT.
-Dr. Muhammad Imarah dalam kitabnya Tayyarat al-Fikr al-Islami menyebutkan bahawa
Syiah ialah sebuah aliran akidah dan mazhab yang muncul pertama kalinya apabila Hisyam
bin al-Hakam memperkenalkan konsep wasiat dan menetapkan Ali sebagai khalifah yang
menggantikan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
-Terdapat beberapa ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah wal Jamaah
-Antaranya ajaran Syiah menolak al-Quran Mushaf Uthman sebagai Mushaf al-Quran yang
lengkap lagi autentik.
-Mereka mempunyai mushaf sendiri yang bernama Mushaf Fatimah.
-Bagi orang Islam, al-Quran yang ada di tangan kita hari ini, adalah disampaikan oleh
Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi bagi orang Syiah al-Quran mereka itu, adalah
disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Sayidah Fatimah binti Rasul SAW, sebab itulah
dinamakan Mushaf Fatimah.

KESIMPULAN
Maka, fahaman ini perlu disekat dari berkembang di Malaysia berdasarkan percanggahan
yang terdapat di dalam fahaman tersebut dari sudut akidah, syariah dan pelbagai
penyelewengan umum yang lain

Anda mungkin juga menyukai