Anda di halaman 1dari 1

Sayur-sayuran kaya serat,

Yang warna hijau apatah lagi,


Kalau rasa nak kurang berat,
Makan timun makanlah sawi..

Mana ada manusia biasa,


Yang elok sempurna semua lapangan,
Ada hak bagus ada kurangnya,
Bersama-sama kita lengkapkan.

Tampar nyamuk tangan tak kena,


Tengok tengok tangan yang sakit,
Buah tak mahu sayur tak suka,
Silap hari kena sembelit..

Senak perut tersalah makan,


Memulas-mulas dan cirit-birit,
Berhati-hati memilih makanan,
Perut rumah segala penyakit.

Merah tangan tertampar almari,


Gara-gara nyamuk yang licik,
Sayur lobak penuh nutrisi,
Ada Vitamin A mata pun celik..
Bangun pagi gosok gigi,
cuci muka terus mandi,
pakai baju makan roti,
minum susu senang hati.
Kurangkan garam kurangkan gula,
Kuranglah sakit di hari tua,
Sarapan penting ingat ya semua,
Pembekal tenaga untuk bekerja.
Banyakkan senaman banyakkan ibadat,
Banyak bergerak lemak terbakar,
Pakaian longgar menutup aurat,
Selesa bekerja selesa belajar
Buah tomato banyak khasiatnya,
Ada vitamin C ada antioksida,
Makanlah buahnya,minumlah jusnya,
Badan sihat wajah pun muda..
Yang tinggi berduri itulah durian,
Yang manis berkerengga itulah rambutan,
Kenapa yang muda tak suka sayuran,
Makanan segera menjadi pilihan?
Pagi-pagi dah rasa loya,
Itu tanda perut nak berisi,
Panjang cenggitu tak ada rasanya,
Kecuali kita yang reka sendiri. :senyum:
Tak apalah kita bersantai sahaja,
Faham maksud faham mesejnya..
Saya pun tak pasti pantun yang sebenarnya,
Reka suka-suka tapi bermakna.

Ayam KFC kerap diratah,


Berat pun naik tapi tak serik,
Sakit kepala dan muntah-muntah,
Antara tanda tekanan darah naik
Minuman berkarbonat sarat bergula,
Kandungan gasnya tak kurang juga,
Penyakit kencing manis kesan utama,
Malah penghadaman jadi tak sekata.
Buahan citrus kaya vitamin C,
Dibuat jus alangkah sedapnya,
Nak dapat khasiat penuh nutrisi,
Minum yang segar tak tambah gula.
Pagi bersarapan dengan roti nan,
Sebelum keluar untuk berkelana,
Berjaga-jaga memilih makanan,
Bila sakit sendiri merana.
Tak lama lagi bulan puasa,
Bulan berkat penuh pahala,
Sakit itu penghapus dosa,
Bila sihat jangan leka pula
Bentuknya lonjong bersaiz ibu jari,
Coklat kehitaman begitu warnanya,
Isi yang manis enak sekali,
Penghilang lapar itulah kurma.
Hujung minggu bersama keluarga,
Pergi berkelah di Pantai Remis,
Asalnya anggur beraneka warna,
Penajam minda itulah kismis.
Ikan kerapu,ikan gelama,
Masuk kuali goreng sahaja,
Hati itu kunci utama,
Rosak ia,rosak semuanya

Anda mungkin juga menyukai