Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN JENIS FAKTA

(KEBAIKAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG)

Amalan pemakanan seimbang sangat penting kepada


kita. Melalui amalan ini,kita dapat mengelakkan masalah
kegemukan. Terdapat beberapa kebaikan amalan pemakanan
seimbang kepada kita.
Antara kebaikan amalan pemakanan seimbang ialah kita
dapat menyihatkan tubuh badan. Contohnya, kita boleh
memakan makanan seperti buah-buahan dan sayur- sayuran.
Secara tidak langsung, kulit kita akan menjadi lebih licin dan
sihat.
Selain itu, kita akan dapat mengelakkan masalah
kegemukan. Sebagai contoh, kita boleh mengelakkan
masalah seperti berat badan yang berlebihan. Oleh yang
demikian, kita akan mudah bergerak ke mana sahaja.
Di samping itu, kita juga akan mendapat tenaga untuk
aktiviti harian. Misalnya, kita boleh mendapat tenaga
daripada sumber makanan seperti buah pisang. Secara
tidak langsung,kita akan memperoleh tenaga untuk
melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan.
Seterusnya,kita juga dapat mengelakkan masalah
sembelit. Umpamanya, kita boleh mengambil banyak sayur-
sayuran dalam hidangan seharian. Dengan itu, kita akan
dapat menghindarkan diri daripada masalah seperti ini.
Secara tuntasnya, amalan pemakanan seimbang sangat
penting dan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Kita sewajarnya mengamalkan amalan ini sejak dari kecil lagi
kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Anda mungkin juga menyukai