Anda di halaman 1dari 1

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam.

Aktiviti
bersenam merupakan salah satu daripada aktiviti yang sangat berfaedah.
Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita
patut bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Kita patut mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali


bersenam. Berat badan juga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan
kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas. Sebagai pelajar, jika badan
kita cergas, otak kita mudah menerima pelajaran yang diajar guru di sekolah.

Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan


seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan tubuh. Kita hendaklah
mengurangkan makan makanan yang berlemak dan manis. Makanan
sebegini boleh menyebabkan badan kita menjadi gemuk. Apabila gemuk,
penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerang
kita.

Kita perlu menjauhi amalan yang tidak sihat seperti menghisap rokok,
vape dan najis dadah. Amalan ini boleh mengganggu kesihatan kita dan juga
orang di sekeliling kita. Selain itu, amalan ini menyebabkan pembaziran
wang ke tempat yang tidak sepatutnya.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk menjaga
kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup tidur juga akan mudah
dijangkiti penyakit. Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan
yang sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup sentiasa
ceria.

Anda mungkin juga menyukai