Anda di halaman 1dari 23

GMJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

BAB 8
KOMUNIKASI
OBJEKTIF BAB

• Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

1. Mendefinisikan bidang komunikasi dan bentuk-bentuk komunikasi.

2. Menjelaskan dengan ringkas tiga ciri asas simbol.

3. Menerangkan model proses komunikasi.

4. Menerangkan dengan ringkas peringkat-peringkat dalam proses


pemahaman simbol.

5. Mengenalpasti fungsi-fungsi komunikasi.

6. Menghuraikan perbezaan cabang-cabang dalam pengajian ilmukomunikasi.

7. Menerangkan dan membezakan tiga bentuk komunikasi dalam organisasi.


PENGENALAN
• Komunikasi : perhubungan, iaitu satu aktiviti yg dilakukan setiap
hari dlm kehidupan bg puaskan kehendak sosial & psikologi.

• Manusia perlu berkomunikasi dgn manusia lain bg melafazkan


apa yg ingin diperkatakan atau utk berkongsi pendapat,
pemikiran, rasa dgn ahli masy di sekelilingnya.

• Komunikasi merupakan satu proses di mana kita cuba keluarkan


sesuatu dr pemikiran kita & sampaikannya kpd org lain.

• Definisi: satu proses di mana mesej atau perutusan dipindahkan


drpd sesuatu punca (pengirim) kpd penerima. Mesej/perutusan
itu dikongsi bersama ant 2 atau lebih individu & ianya boleh
disampaikan sama ada secara lisan (verbal) atau bukan lisan (non-
verbal).
BAGAIMANA MANUSIA BERKOMUNIKASI
• Beberapa cara & kaedah utk komunikasi dgn org lain. Penggunaan simbol tertentu ,
ada 3 asas:

(a) Simbol berbentuk perwakilan (representational)—maksudnya simbol


digunakan utk gambarkan sesuatu selain drpd simbol itu sendiri. CTH: simbol dlm
bentuk perkataan gambarkan atau boleh melabelkan sesuatu objek, perbuatan atau
pengalaman.

(b) Simbol dicipta secara bebas—individu manusia sentiasa cipta simbol dlm
bentuk perkataan utk gambarkan keadaan atau fenomena baru. CTH: ‘cybercafe’,
bohsia, bohjan.

(c) Simbol boleh dipindahkan melalui budaya (culturally transmitted)—simbol yg


digunakan oleh masyt tertentu akan dipelajari & dibawa dr satu generasi ke satu
generasi.CTH: simbol tulisan yg beza ant satu masy atau kaum, dan hanya
masyarakat atau kaum shj yg lebih memahami simbol tersebut.

• Terdpt 3 jenis simbol yg jd asas kpd komunikasi antara manusia iaitu : komunikasi
lisan, komunikasi bukan lisan atau lalui tulisan atau lukisan.
Komunikasi Lisan
• Dlm komunikasi lisan (verbal), bahasa merupakan agen penting.
Bahasa : satu sistem yg berstruktur bg isyarat, bunyi, pergerakan
badan (gesture) atau tanda yg digunakan utk memahami sesuatu
idea & perasaan ant sesuatu komuniti, negara, sesuatu kaw
geografi atau budaya.

• Bahasa bolehkan kita berdepan dgn dunia dlm keadaan yg lebih


bermakna krn ia bolehkan kita berkongsi sesuatu makna dgn org
lain, bertukar pendapat, bekerjasama, membentuk & selesaikan
konflik.

• Setiap kaum punyai bahasanya sendiri, sekiranya anda tidak


memahami bahasa yang digunakan oleh sesuatu kaum itu, maka
anda juga tidak akan dpt memahami apakah mesej yg hendak
disampaikan.
Komunikasi Bukan Lisan(non verbal)

• Satu bentuk komunikasi tanpa gunakan sebarang perkataan atau suara dlm
menyampaikan apa jua informasi. Terdapat dua bentuk:

A- Paralanguage
• Penggunaan nada suara, ton, kenyaringan & ritma suara yg digunakan utk hantar
mesej, selalunya mengiringi komunikasi lisan.

• Biasa dlm bentuk bunyi atau nada suara bg bantu kukuhkan lg sesuatu mesej yg
hendak disampaikan spy lebih jelas & efektif. CTH: “jangan menangis” blh
gambarkan makna yg berbeza sekiranya nada suara yg digunakan berbeza.

B-Pergerakan badan
• Mesej yg hendak disampaikan melalui pergerakan badan,ianya penting &
bermakna sekiranya dilakukan betul pd konteksnya.

• Komunikasi bentuk ini hanya boleh berlaku dlm komunikasi bersemuka iaitu
individu yg terlibat dlm proses komunikasi dpt lihat reaksi atau pergerakan badan
ant satu sama lain.
Samb……
• Komunikasi bkn lisan ada beberapa kategori, iaitu
(a) Lambang (emblems)— guna lambang t’tentu utk tujuan sampai mesej
b’gantung kpd kum/ individu yg gunakannya & dlm situasi tertentu. CTH:
guna jari tangan utk tunjuk huruf V sbg tanda berdamai/kejayaan
/peace/victory.

(b) Illustrasi : suatu pergerakan anggota badan dilakukan bg bantu


percakapan /utk tegaskan apa yg diperkatakan. CTH: t’laku tuding jari bila
suruh seseorg itu keluar dr bilik.

(c) Kawalan (regulatiors)—bantu utk kawal & koordinasikan dlm komunikasi


bersemuka. CTH: tingkah laku spt pergerakan mata, anggukan kepala dll.

(d) Mempamerkan kasih sayang (affect displays)—tingkah laku yg


gambarkan perasaan & emosi spt senyum, kerut dahi, marah, takut dll.

(e) Penyesuaian (adaptors)—t’laku gambarkan kelegaan drpd sesuatu


tekanan spt garu kepala utk legakan kegatalan atau urut dada sbg tanda lega
terselamat drpd sesuatu keadaan cemas.
Komunikasi Berbentuk Tulisan Dan Lukisan

• Maklumat asas kpd komunikasi yg terdiri drpd segala bentuk yg


diperhatikan & dirasai oleh individu dlm persekitarannya.

• Makna sesuatu maklumat yg diterima oleh seseorang itu hanya berlaku


sekiranya ia letakkan maklumat tersebut dlm konteks yg sesuai.

• Makna yang diberikan mungkin mudah atau kompleks b’gantung kpd


keupayaan seseorang itu utk memahami mesej yg dihantar kpd nya.

• Mesej boleh dihantar melalui lukisan & tulisan. Tulisan & lukisan
merupakan satu bentuk komunikasi bkn lisan yg boleh berlaku dlm
komunikasi tidak bersemuka.

• Komunikasi bentuk ini hanya boleh difahami maknanya sekiranya


penerima mesej memahami huruf-huruf dlm bahasa tertentu atau
lukisan yg digunakan.
MODEL PROSES KOMUNIKASI
• Proses komunikasi melibatkan beberapa elemen :
(a) Pengirim : sumber sesuatu mesej, ciri yang dimiliki oleh pengirim spt
kedudukan atau status dalam organisasi boleh pengaruhi kredibiliti pengirim.

(b) Enkod: pengirim keluarkan maklumat yg ingin disampaikannya kpd penerima


dlm bentuk simbol sama ada dlm bentuk lisan, bukan lisan atau tulisan/lukisan.

(c) Penerima : individu yg akn terima mesej yg dihantar oleh pengirim.

(d) Dekod: penerima terjemah simbol yg dihantar kpd makna.

(e) Maklum balas: penerima beri maklum balas kpd pengirim terhadap mesej yg
dihantar. Maklum balas merupakan reaksi penerima terhadap mesej yang
disampaikan oleh pengirim.

(f) Gangguan : Sesuatu yg boleh ganggu, putar belit mesej yg disampaikan, ianya
dr dtg dr persekitaran luaran spt bunyi bising yg kuat, perbualan yang perlahan
atau terlalu kuat sehingga menyukarkan penerima mendengar mesej yang
disampaikan.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM PROSES PEMAHAMAN

Pemahaman

Pentafsiran

Pengakuan

Perbandingan

Penerimaan
Samb….

• (a) Penerimaan : bila simbol dihantar dlm situasi komunikasi tertentu, kita
akn terima dgn cara sama ada mendengar atau melihat mesej tersebut.

• (b) Perbandingan: kita akn bandingkan simbol yg diterima dgn simbol yg


kita ketahui, iaitu sama ada yg pernah dipelajari atau dialami sebelum ini.

• (c) Pengakuan : bila kita dapati wujudnya persamaan ant simbol yg


diterima dgn simbol yg kita ketahui, maka pengakuan akn dibuat di atas
penerima mesej tersebut iaitu kita memahami & kenal simbol yg
dihantar & boleh tafsir simbol tersebut.

• (d) Pentafsiran: hanya dibuat setelah kita buat pengakuan terhadap


mesej yg diterima. Pentafsiran akn dibuat berdasarkan kpd pengetahuan
& pengalaman penerima berkaitan dgn simbol tersebut.

• (e) Pemahaman: bila ada kaitan yang baik di ant simbol & pengalaman,
maka timbullah makna & pemahaman.
FUNGSI-FUNGSI KOMUNIKASI
(a) Proses pemindahan maklumat : maklumat diperlukan dlm
mengurus kehidupan seharian terutamanya utk buat keputusan. CTH :
maklumat ttg ramalan cuaca.

(b) Pelajaran dan pembelajaran : fungsi komunikasi dlm menyampaikan


pelajaran dlm proses pembelajaran berjalan sepanjang masa.

(c) Pemujukan : satu cara utk memujuk/ pengaruhi seseorang dgn guna
kemahiran ini utk tujuan tersebut. CTH: penjual barangan.

(d) Hiburan : peranan dari segi beri hiburan kpd manusia spt radio,
televisyen, majalah, buku, pita rakaman, piring hitam dll.

(e) Sosialisasi masyarakat : masy boleh saling belajar mempelajari aspek


kemahiran, kepercayaan, norma, nilai yg berkaitan dgn peranan yg
dimainkan oleh individu dlm sesuatu masy.
BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
(a) Komunikasi Intrapersonal
• Berlaku dlm diri seseorang individu iaitu ia berkomunikasi dgn
diri sendiri. CTH: seseorang mengimbau kembali kisah
silamnya

(b) Komunikasi Interpersonal


• Komunikasi dr muka ke muka/bersemuka ant individu yg
terlibat. Komunikasi ini berlaku bila 2 atau lebih individu
bertukar2 maklumat, berita dll.

(c) Komunikasi Kumpulan


• Komunikasi kum kecil. Kum ini punyai pengaruh yg amat kuat
ke atas ahli-ahlinya. Kumpulan ini boleh berbentuk formal
ataupun tidak formal.
Samb….
(d) Komunikasi Antarabudaya
• Komunikasi antarabudaya berlaku apabila dua atau lebih
individu yang mempunyai latar belakang budaya yang
berbeza terlibat dalam proses komunikasi tersebut.

(e) Komunikasi Antarabangsa


• Komunikasi antarabangsa merupakan lanjutan drpd
komunikasi antarabudaya. Aspek penting dlm komunikasi
antarabangsa ini ialah bagaimana maklumat mengalir dari
satu bahagian di dunia kpd bhg dunia yg lain. Kemajuan
dalam sistem telekomunikasi telah memainkan peranan
penting dlm komunikasi bentuk ini, di mana manusia di satu
pelusuk dunia dpt ketahui mengenai sesuatu perkara yg
berlaku di tmpt lain dgn lebih cepat.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

• Komunikasi yg berlaku bila terdpt 2 atau lebih individu berinteraksi sama ada
utk bertukar maklumat, belajar, berjual beli dll.

• Komunikasi ini lazimnya berlaku ant 2 atau lebih individu yg secara jelasnya
punyai hub yg stabil, CTH: pelayan-pelanggan, ibu-anak, guru-pelajar dll.

• Komunikasi ini mewujudkan sesuatu perhub berlaku dlm keadaan:

A- Hub secara formal misalnya semasa temu duga.

B- Hub bersifat akrab (intimate) CTH: sepasang kekasih, suami-isteri, ibu-anak.

C- Hub wujud berdasarkan kpd peranan tertentu spt perhub rakan sebilik
penyelia-pekerja, doktorpesakit dan sebagainya.

D- Hub berdasarkan aktiviti /penglibatan dlm sesuatu kejadian spt bermain


bola sepak, sertai aktiviti gotong-royong dll.
KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL
• Komunikasi ini haruslah terdiri drpd 3 atau lebih individu ttp tidak melebihi 12
org yg berkomunikasi di antara satu sama lain.

• Ahli-ahli dlm satu2 kum itu perlu punyai persamaan berikut sblm boleh
dikatakan terlibat dlm komunikasi kum kecil, iaitu

(a) Persepsi: setiap ahli kum mestilah punyai persepsi yg baik terhadap satu sama
lain.

(b) Motivasi : mempunyai motivasi bersama & tidak harap ganjaran wang. CTH:
kumpulan pencinta alam sekitar, ganjaran yg boleh jd motivasi kpd mrk ialah
suara mrk diambil kira dlm laksanakan projek pembangunan.

(c) Matlamat: mempunyai matlamat yang sama yang akan menjadi matlamat
yang diperjuangkan secara kolektif.

(d) Organisasi : komunikasi lebih tersusun krn terdpt organisasi dlm kum
tersebut di mana setiap individu punyai peranan & tugas tertentu.
Samb…
(e) Saling bergantung: setiap ahli saling bergantung ant satu sama lain utk
menjayakan penubuhan kumpulan kecil tersebut.

(f) Interaksi: Interaksi ant ahli kumpulan penting bg hidupkan kum tersebut.

• Matlamat kum kecil ada 2 kategori utama iaitu utk tujuan sosial & melakukan
sesuatu tugas. Bg tujuan sosial, boleh dipecahkan kpd 4 iaitu

(a) Sosialisasi :mengenali & wujudkan hub dgn individu yg lain.

(b) Meluah perasaan :tempat utk berkongsi pengalaman & cerita.

(c) Terapi : Salah satu cara yg berkesan utk tujuan terapi & byk digunakan dlm
rawatan ketagihan arak, penderaan dll.

(d) Pembelajaran: Pembelajaran yg lebih berkesan krn libatkan beberapa


pelajar shj.
KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI

• Komunikasi main peranan penting dlm sesebuah


organisasi,pengurus sewajarnya dpt manfaatkan 2 saluran
komunikasi yg wujud iaitu :

A- Komunikasi formal: berdasarkan kpd aliran carta organisasi


yg libatkan beberapa prosedur atau peraturan dlm sampaikan
maklumat.

B- Komunikasi tidak formal : berdasarkan semangat ke


kawanan yg lebih mesra dan akrab.

• Komunikasi dlm organisasi dibahagikan kpd 3 bentuk iaitu


komunikasi mengalir ke bawah, komunikasi ke atas, dan
komunikasi mendatar.
Samb….
Komunikasi Aliran ke Bawah
• Komunikasi dr pkt atasan yg keluarkan arahan/maklumat kpd individu yg
berjawatan lebih rendah , CTH: arahan/ maklumat yg disampaikan oleh
pengurus kpd penyelia, komunikasi bentuk ini akn melibatkan pengaliran
maklumat berikut:
(i) Maklumat ttg b’mana hendak melakukan /jalankan sesuatu pekerjaan.
(ii) Maklumat ttg rasionalnya sesuatu kerja itu dilakukan.
(iii) Maklumat ttg prestasi pekerja.
(iv) Maklumat ttg bangunkan /jayakan misi organisasi.

• Dlm proses pengaliran maklumat jenis ini, kemungkinan berlaku maklumat yg


disalurkan itu diputar belit (distort), hilang, ditokok tambah dll, t’dpt 4 sbb:
(i) individu yg sebar maklumat sampaikan maklumat secara ringkas atau
tertinggal beberapa perkara yg perlu disampaikan.
(ii) individu mungkin tokok tambah bg kurangkan kesamaran maklumat yg
disebarkan.
(iii) individu enkod & dekod maklumat ikut persepsi & andaian masing2.
(iv) individu yg terlibat cenderung utk andaikan apa yg berlaku pd masa lalu
boleh berulang kembali .
Samb…..

Komunikasi Aliran ke Atas


• Bermula dr pkt bawahan dlm sesebuah organisasi salurkan maklumat kpd individu
pkt atasan., ant maklumat yg mungkin disalurkan :
(i) laporan ttg apa yg dilakukan pekerja bawahan spt bidang tugas, pencapaian,
kemajuan, & perancangan utk masa hadapan.
(ii) maklumat berkaitan dgn permasalahan yg tidak dpt diatasi oleh pekerja
bawahan, & memerlukan bantuan drpd pihak atasan.
(iii) pendapat/cadangan drpd pekerja bawahan utk perbaiki atau pertingkatkan
prestasi organisasi.
(iv) pandangan pekerja bawahan terhadap kerja yg dilakukan, hubungan dgn rakan
sekerja, & ttg organisasi.

• Komunikasi ini boleh alami penyelewengan/diputar belitkan krn:


(i) pekerja bawahan mungkin keberatan utk berkomunikasi ttg berita yg kurang
baik atau berita buruk dgn pihak atasan mrk.
(ii) pekerja bawahan mungkin rasa penyelia/pengurus kurang berminat maklumat
yg disalurkan.
(iii) mungkin disebabkan tiada ganjaran utk maklumat yg disalurkan.
(iv) pekerja bawahan mungkin rasa penyelia atau pengurus mrk kurang berminat
utk ketahui permasalahan yg dihadapi oleh mrk.
Samb……
Komunikasi Mendatar
• Proses penghantaran maklumat ant individu yg berada pd hierarki / pkt
sama dlm struktur organisasi. Komunikasi jenis ini punyai 6 fungsi :
(i) utk selaras tugasan kerja.
(ii) utk berkongsi maklumat ttg rancangan & aktiviti yg akan dilakukan.
(iii) utk selesaikan masalah.
(iv) utk wujudkan persefahaman di kalangan rakan sekerja.
(v) utk kurangkan perbezaan pendapat dan ketidaksepakatan.
(vi) utk bangunkan sokongan interpersonal.

• Komunikasi jenis ini tidak dpt dijayakan dgn baik sekiranya tiada saluran
formal yg hubungkan individu, unit atau jabatan yg berbeza dlm pkt yg
sama dlm organisasi.

• Dlm komunikasi jenis ini, byk perkara blh berlaku spt persaingan utk
dptkan sumber & mungkin wujud sikap saling tidak mempercayai.
RUMUSAN

• Komunikasi se memang memainkan peranan penting dalam kehidupan


manusia dan ia berlaku setiap hari dalam memenuhi pelbagai tujuan sama
ada untuk keperluan sosial, ekonomi ataupun politik.

• Komunikasi adalah penting sebagai satu cara untuk manusia melafazkan


apa yang ingin diperkatakan atau untuk berkongsi pendapat, rasa dan lain-
lain perkara dengan ahli-ahli masyarakat di sekelilingnya.

• Komunikasi menjadi sebagai daripada kajian sains sosial kerana ia


memfokuskan kepada tindak laku manusia dalam hubungannya dengan
masyarakat di sekelilingnya.

• Oleh yang demikian, apabila seseorang itu mempelajari komunikasi, ia juga


mempelajari tentang manusia iaitu mempelajari bagaimana manusia
berhubung di antara satu sama lain, saling pengaruh mempengaruhi antara
satu sama lain, menyampaikan maklumat dan menerima maklumat,
mengajar dan diajar, berhibur dan dihibur dan sebagainya
ABIS SUDAAA……………………….

Anda mungkin juga menyukai