Anda di halaman 1dari 33

GMJA 1013

PENGANTAR SAINS SOSIAL

BAB 2
PSIKOLOGI
OBJEKTIF BAB

1. Mendefinisikan istilah psikologi.

2. Memahami konteks pengkajian dan aspek tumpuan disiplin


psikologi.

3. Membezakan pelbagai perspektif di dalam disiplin psikologi.

4. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah


laku manusia.
PENGENALAN

• Psikologi asal Greek, gabung 2 kata asal ‘psyche’ & ‘logos’ . ‘Psyche’ :roh atau jiwa & ‘Logos’ : kajian.
UMUM : Psikologi : KAJIAN YG SAINTIFIK MENGENAI TINGKAH LAKU MANUSIA. 2 kata kunci utama :
Pertama (SAINTIFIK)
• Penggunaan kaedah/prosedur penyelidikan sains sosial yg bersifat sistematik. Langkah2 penting dlm
laku sesuatu penyelidikan diterangkan dgn terperinci & jelas spy ia mudah utk dipersoalkan,
diaplikasi/ diulangi/diperbaiki.
• Langkah2: pernyataan masalah, reka bentuk kajian,alat kajian,subjek, kaedah analisis, pengumpulan
data & laporan dapatan kajian

Kedua (TINGKAH LAKU)


• Tingkah laku dibahagikan kpd 2 aspek;
• TINGKAH LAKU ZAHIR : segala aktiviti manusia yg dimanifestasi lalui pergerakan nyata/tingkah laku
yg boleh diperhatikan, dicatat, ataupun diukur. CTH: Bertutur, tersenyum, lahirkan pandangan dll.
• TINGKAH LAKU TERPENDAM : proses mental & emosi yg berlaku dlm diri seseorang individu. CTH:
cara individu berfikir, proses pengamatan, perasaan sedih atau gembira yg dialaminya.
MATLAMAT PSIKOLOGI

1. Menceritakan atau memerihalkan tingkah laku manusia


• Berdasarkan pemerhatian, pernyataan tertentu dibuat supaya dpt gambarkan apa yg
sebenarnya berlaku yg merangkumi gambaran luaran ttg sesuatu fenomena.

2. Menjelaskan tingkah laku manusia


• Penerangan lebih mendlm ttg sesuatu kejadian/fenomena dr segi teori & andaian sbb sesuatu
kejadian berlaku diutarakan utk dptkan pemahaman yg lebih lanjut lagi.

3. Membuat ramalan tentang tingkah laku manusia


• Ahli psikologi cuba buat ramalan spt ciri personaliti yg mendorong seseorang individu itu
berjaya dlm kerjayanya.

4. Membuat kawalan ke atas tingkah laku manusia


• Ahli psikologi cuba utk laku kawalan spt cari kaedah utk cegah individu remaja dari terlibat
dengan penagihan dadah.
PERBEZAAN ANDAIAN ANTARA PERSPEKTIF
1. ASPEK-ASPEK PSIKOLOGI YANG PERLU DIBERIKAN TUMPUAN
• Perspektif yg berbeza akn berikan penekanan/tumpuan terhadap aspek2 yg berbeza spt cth:
PERSPEKTIF PSIKODINAMIK : penumpuan kuasa dalaman/naluri manusia sbg penggerak tingkah laku.
PERSPEKTIF BEHAVIORISME: ambil kira tingkah laku zahir shj dikatakan terhasil drpd pengaruh
persekitaran.
PERSPEKTIF KOGNITIF : tumpuan t’ laku terpendam /proses kognitif yg berlaku dlm diri manusia.

• Matlamat kesemua perspektif ialah sama iaitu : cuba fahami t’laku manusia ttp berbeza aspek
penumpuannya.

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU


• Tingkah laku terhasil daripada pelbagai faktor yg berbeza.
PERSPEKTIF PSIKODINAMIK: tingkah laku hasil drpd konflik yg berlaku ant naluri dalaman manusia iaitu id,
ego, & superego.
PERSPEKTIF BEHAVIORISME : tingkah laku boleh dihasilkan dgn guna prinsip ganjaran & hukuman.
PERSPEKTIF HUMANISTIK: manusia secara semula jadi dikatakan baik & manusia sentiasa berusaha ke
arah pencapaian kepuasan kendiri & tahap kecemerlangan yg paling tinggi bagi dirinya.
Samb.....
3. KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGKAJI ASPEK-ASPEK PSIKOLOGI
• Kaedah yang digunakan oleh perspektif-perspektif yg berlainan berbeza.
PERSPEKTIF HUMANISTIK : kaedah subjektif spt temu bual.
PERSPEKTIF BEHAVIORISME : Kaedah eksperimen yg amat mementingkan pengkajian
dlm makmal, objektiviti & penggunaan metodologi yg tertentu.

4. TAFSIRAN KE ATAS DAPATAN KAJIAN


• Tafsiran ke atas dapatan atau hasil kajian mestilah berdasarkan kepada ASPEK
PENUMPUAN . CTH: kajian penderaan kanak2 di mana kanak2 yg di dera
berkemungkinan besar akn jd individu yg berkecenderungan utk kembali dera
individu lain.

• Dasar tafsiran yg dibuat ini bersesuaian dengan aspek penumpuan pengaruh


persekitaran ke atas tingkah laku manusia.
PERSPEKTIF-PERSPEKTIF PSIKOLOGI

PERSPEKTIF PSIKODINAMIK
• Tokoh utama Sigmund Freud. Teori yg dipelopori oleh beliau dikenali dgn nama Teori Psikoanalisis.
• Minda manusia wujud dlm 3 tahap iaitu sedar (conscious), separa sedar (preconscious), dan tidak sedar
(unconscious – bhg minda yg paling besar). Konflik dalaman dikatakan berlaku pd TAHAP TIDAK SEDAR & utk
selesaikannya, konflik tadi perlu dibawa ke tahap sedar.
• Menurut Freud, t’laku manusia terhasil drpd konflik yg berlaku ant desakan/kuasa dalaman (id, ego, &
superego) yg berada di TAHAP BAWAH SEDAR.

(A) KONSEP-KONSEP
• Manusia secara semula jadi dilahirkan dgn naluri yg bersifat heuristik – tujuan utk dpt kepuasan diri atau
seks sbg dorongan utama t’laku manusia, naluri ini akn bertentangan nilai dgn tatasusila yg dipegang oleh
masy. Pertentangan inilah yg dimaksudkan dgn KONFLIK DESAKAN DALAMAN YG BERLAKU PD MANUSIA.

• MANUSIA sentiasa cuba utk puaskan nalurinya & pd masa yg sama MASY m’hendakinya kawal desakan
tersebut.
• Dlm kehidupan bermasy, desakan semula jadi ini perlu disekat. Kejayaan seseorang individu kuasainya akn
sumbang kpd perkem diri yg normal.
Samb.....

• 3 bentuk naluri utama/struktur personaliti manusia iaitu id, ego, & superego.
A- Id : komponen nafsu yg suka kpd makan, minum, tidur, & seks, & tidak
menyukai perkara2 yg datangkan kesakitan atau kepayahan.

B- Ego : komponen akal/fikiran yg cuba utk memenuhi keperluan kedua-dua id


& superego & kurangkan konflik dalaman yg berlaku di antara keduanya.

C- Superego: komponen yg telah terdidik dgn kedua2 nilai positif & negatif
atau betul dan salah.

• Menurut Freud, komponen SUPEREGO sentiasa berkonflik dgn komponen ID,


manakala komponen EGO akn bertindak sbg pendamai ant keduanya dgn
cuba utk memuaskan kehendak kedua-duanya.
Samb....

• Teori perkemb psikoseksual : setiap satu pkt psikoseksual unjurkan satu bentuk konflik psikik yg
utama:

• PERINGKAT ORAL : konflik yang dialami oleh individu bila kehendak ID utk legakan tekanan yg
dihadapi olehnya hasil drpd kehendak id yg mahukan kepuasan segera dr kelaparan dgn keperluan
ibubapa utk jarakkan masa beri makan, terutamanya bila tiba masa utk bercerai susu.

• PERINGKAT ANAL: tonjol konflik ant kehendak ID utk segera buang bahan buangan di dlm badan
dgn kekangan sosial yg mementingkan kebersihan diri.

• PHALIC : konflik yg timbul ant kehendak seks ID kpd penjaga yg berlainan seks dgn nya. Ini
bercanggahan dgn norma sosial yg larang perkara2 yg boleh sumbang kpd fenomena sumbang
muhrim.

• PERINGKAT LATENCY: konflik yg timbul disbbkan keinginan ID utk segera legakan tekanan seksnya
dgn norma2 sosial yg perkatakan ttg aktiviti berpasangan serta kebenaran utk melakukan aktiviti2
seks.
Samb.....

• Manusia akn alami perkem & perubahan sepanjang hayatnya disbbkan oleh gabungan 3 kuasa yg
punyai hub kait ant satu sama lain iaitu :

(i) kekuatan serta limitasi biologi & fizikal seseorg individu,

(ii) sejarah perkemb & keadaan kehidupan seseorg individu yg unik, termasuk pengalaman awal dlm
keluarga & tahap kejayaan individu tadi selesaikan krisis awal perkem nya.

(iii) Kuasa sosial, budaya & faktor sejarah yg main peranan dlm corakkan rentetan kehidupan individu
tersebut spt peperangan, kesusahan hidup, perkem teknologi yg drastik dll.

• Perkembangan & perubahan hidup manusia dpt digambarkan menerusi interaksi ketiga-tiga kuasa.

• Setiap satu drpd tahap psikoseksual akn utarakan satu bentuk konflik psikoseksual yg utama, atau
pun cabaran yg perlu diselesaikan oleh individu utk terus jejakkan kakinya ke tahap perkem yg lain.
Samb.....
(B) CONTOH APLIKASI
1. Mekanisme bela diri
• Satu mekanisme yg bertindak di TAHAP BAWAH SEDAR. Mekanisme ini cuba utk timbul atau wujudkan tingkah
laku yg dpt kurangkan kerisauan yg timbul akibat konflik dalaman yang berlaku dlm diri manusia. CTH :
senario di bulan Ramadan. Bagi seorang individu yang beragama Islam
NALURI ID: individu rasa lapar dan ingin memuaskan nafsu laparnya tadi dgn makan.
NALURI SUPEREGO: utarakan pegangannya bhwa wajib berpuasa di bulan Ramadan.
• Maka wujudlah konflik ant kedua2 naluri tadi.
NALURI EGO : bertindak sbg pendamai ant keduanya, Ego putuskan secara bawah atau tidak sedar.

2- Tafsiran mimpi
• Mimpi, khayalan & latah manifestasi konflik dalaman yang terkeluar dari tahap bawah sedar ke tahap sedar
(cara utk selesaikan kerisauan yg terhasil dr konflik dalaman, seseorang individu itu zahirkannya supaya dpt
difahami dgn bawanya dr tahap bawah sedar ke tahap sedar).
• Mimpi, khayalan& latah akn ditafsirkan supaya ia dpt difahami dgn lebih lanjut lagi.
• Manusia sering kali berfikir ttg seks/kepuasan dirinya ttp ianya tidak dpt dizahirkan krn TEKANAN DR
SUPEREGO. Ia cuma timbul secara simbolik dlm perlakuan (mimpi, khayalan, dan latah). CTH: perempuan yg
mimpi digigit ular, tafsiran yg dpt dibuat beliau kemungkinan inginkan seks/kepuasan dr seseorang lelaki.
Masy Melayu intepretasikannya sbg kemungkinan individu tadi akan dipinang org.
Samb....

C) PENILAIAN
• (i) Teori perkembangan psikoseksual Freud utarakan satu pandangan yg
bersifat negatif terhadap fitrah manusia dgn mengatakan bhwa naluri seks &
keganasan pendorong utama tingkah laku manusia. Manusia juga dikatakan
hanya ingin penuhi kehendak asas shj (makan, minum, tidur, dan keperluan
seks) & langsung tidak ada kecenderungan kpd dorongan atau interaksi
sosial.

• (ii) Perspektif psikodinamik juga secara umum mengatakan bahawa tingkah


laku manusia adalah ditentukan atau pun bersifat deteministik. Konflik
dalaman kuasa utama dlm tentukan tingkah laku & manusia digambarkan
sebagai tidak mempunyai daya pilihan (free will).
PERSPEKTIF BEHAVIORISME
• Perspektif ini menekankan ttg aspek luaran iaitu pengaruh persekitaran di dalam membentuk tingkah
laku manusia. Iaitu t’laku u manusia terhasil dr rangsangan persekitaran yg datang kpd nya.
(A) ANDAIAN
• Tumpuan utama perspektif ini tingkah laku zahir/boleh di lihat dgn nyata & tingkah laku terpendam spt
proses mental & faktor emosi.
• Perspektif ini utarakan faktor persekitaran SBG PENENTU TINGKAH LAKU iaitu elemen rangsangan
(stimulus) yg lahir dr persekitaran & elemen tindak balas (response) Tingkah laku atau tindak balas akan
terhasil sekiranya ada rangsangan yg mendatang.

Model Tingkah Laku S-R Behaviorisme


Rangsangan (stimulus) -------------------- Tindak balas (response)

• Tingkah laku boleh difahami dgn kaji & lakukan perubahan ke atas persekitaran manusia itu berada.
• Perspektif ini beri tumpuan aspek pembelajaran & keadaan yg pengaruhi sama ada pembelajaran akan
berlaku atau tidak (wujudnya elemen hukuman atau ganjaran).
• Persekitaran boleh diubah menerusi perubahan yg dilakukan ke atas rangsangan & hasilnya tingkah laku
manusia turut berubah.
Samb...
(B) TOKOH DAN KONSEP-KONSEP ASAS
IVAN PAVLOV: PELAZIMAN KLASIK
• Pelaziman : satu bentuk pembelajaran di mana subjek dibiasakan dgn satu2 keadaan tertentu.
• Kajian Pavlov dilakukan ke atas seekor anjing. Sifat semula jadi anjing akn alirkan air liurnya bila dihidangkan
dgn makanan kunci utama dlm kajian. Bentuk pelaziman yg dilakukan ke atas anjing itu bunyikan loceng
serentak dgn hidang makanan. Anjing itu kemudiannya dibiasakan dgn keadaan sebegitu utk satu jangka
masa yg tertentu sehingga wujudkan bentuk pembelajaran kpd anjing . Satu keadaan, deringan loceng
dibunyikan tanpa sedia makanan. Didapati air liur anjing terus menitis. Anjing itu seolah2 memahami/telah
terbiasa dgn keadaan bunyi loceng akan bawa makanan kepadanya.
2. B.F. SKINNER: PELAZIMAN OPERAN (KONSEP GANJARAN DAN HUKUMAN)
• B.F.Skinner jln kan kajian ke atas seekor tikus, gunakan prinsip ganjaran & hukuman utk hasil, kukuh atau
hapus tingkah laku yg tertentu pd tikus kajiannya.
• Kajian tersebut dijalankan dgn letakkan seekor tikus dlm sebuah peti yg ada butang penekan yg
disambungkan kpd punca makanan. Sblm proses pelaziman berlaku, tikus tersebut secara rawak & tidak
sengaja telah tertekan butang dlm peti tersebut & keluar makanan. Skinner kemudian atur spy setiap kali
tikus itu tekan butang, maka ia akn dpt ganjaran dlm bentuk makanan. Maka hasilnya, pengukuhan kelakuan
tekan butang terjadi. Tikus akn tekan butang bila perlu krn ada ganjaran makanan yg diterimanya setiap kali
butang ditekan.
• Pelaziman operan memerlukan penglibatan aktif dari subjeknya.
3. ALBERT BANDURA: PEMBELAJARAN SOSIAL (PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN)
• Manusia tidak semestinya alami sendiri proses pengukuhan atau hukuman utk bentuk tingkah laku. Tingkah
laku dikatakan akan terhasil memadai dgn memerhatikan apa yang dialami oleh individu lain.
• Kajian prinsip pembelajaran sosial ini satu bentuk kajian eksperimen yg dilakukan dgn guna patung Bobo.
• Patung Bobo diletakkan di satu sudut org ramai akan lalu lalang. Individu dewasa yang lalu di situ diarahkan
utk tumbuk & tendang patung tersebut & gelagat mrk didedahkan kpd sekum kanak2 yg terlibat sbg subjek
eksperimen ini.
• Hasil drpd pemerhatian mrk (tanpa mrk terlibat secara langsung dlm aktiviti tumbuk & tendang patung
tersebut) terhadap org dewasa yg tendang & tumbuk anak patung Bobo ini, kanak2ini juga terus lakukan
perbuatan tendang & tumbuk yg sama terhadap patung Bobo.
Samb.....
(C) APLIKASI
• Boleh di lihat dlm iklan yg disiarkan dlm media massa. Iklan selalunya kaitkan
imej2 yg di sukai oleh manusia secara semula jadi dgn produk tertentu yg ingin
dipromosikan. CTH: imej makanan yang sedap, kucing yang comel, perempuan
yang cantik, dan juga kehidupan yang mewah.

(D) PENILAIAN
• Perspektif behaviorisme utarakan tingkah laku manusia dlm bentuk
deterministik atau pun ada faktor-faktor utama tertentu yang menghasilkannya.

• Faktor persekitaran memainkan peranan utama sebagai penentu tingkah laku


manusia. Manusia masih lagi digambarkan sebagai tidak mempunyai kebebasan
atau daya memilih (free will) dlm tentukan corak tingkah laku mrk sendiri.
PERSPEKTIF KOGNITIF
• Andaikan faktor luaran sbg penentu utama tingkah laku manusia ttp pendekatan ini letakkan elemen
KEUPAYAAN DIRI MANUSIA SENDIRI UNTUK MELAKUKAN PILIHAN sbg elemen tambahan dlm ketentuan
tersebut.
(A) ANDAIAN
• Sama spt perspektif behaviorisme, perspektif kognitif masih kekalkan elemen penyumbang kpd tingkah laku
manusia iaitu ELEMEN RANGSANGAN dan TINDAK BALAS.
• Perbezaan yang wujud hanyalah ELEMEN ORGANISMA yg dimasukkan ant kedua2 elemen rangsangan & tindak
balas.
Model Tingkah laku S-O-R Kognitif
Rangsangan (stimulus) ---------- Organisme (organism)-----------Tindak balas (response)

• Elemen organisma: aspek proses mental atau kognitif yg berlaku pd diri manusia.
• Proses-proses kognitif:
SENSASI :b’mana tubuh badan manusia rasai perkara2 spt suhu panas, hawa sejuk.
PERSEPSI : proses otak rakam apa yg dirasai oleh tubuh badan
KESEDARAN : keadaan spt berjaga, tidur, mengantuk, khayal, mabuk dll
INGATAN : proses manusia mengingati & lupakan sesuatu perkara.
KOGNISI : proses berfikir secara logik serta kreativiti dlm selesaikan sesuatu masalah.
Samb....

(B) TOKOH-TOKOH DAN KONSEP ASAS


1. Jean Piaget:
• Pkt Perkem Kognitif Piaget: lakukan pemerhatian ke atas tiga org anaknya & beliau dpti bhwa kesalahan
berfikir yg sama dilakukan oleh ketiga2 mrk pd tahap umur yg sama.

• Hasil drpd kajiannya, beliau merumuskan bahawa cara manusia berfikir akan berubah mengikut tahap
kematangan yang tertentu.

• Satu konsep yang boleh diperbincangkan di sini ialah KONSEP EGOSENTRIK yg ada pd kanak2 pd tahap
umur yg awal iaitu sblm mrk mula2 dimasukkan ke pkt pra-sekolah.
• Konsep egosentrik: keadaan di mana kanak2 ini tidak dpt terima pandangan atau perspektif org lain.

• CTH: sekiranya seorang kanak2 A berdiri berhadapan dgn seorang kanak2 B, mrk akan bertelagah
mengenai kedudukan tangan kiri & tangan kanan mrk.
• Kanak-kanak A tidak akan dpt terima kedudukan tangan kanan kanak2 B yg berdiri di hadapannya ialah
di sebelah kirinya (susah untuk menyatakan kedudukan tangan kiri dan kanan org yg berdiri berhadapan
dgn mrk).
Samb....

2. Kohlberg: Peringkat Perkembangan Moral


• Kajian ttg pkt perkem moral manusia, guna cerita ttg dilema yg dihadapi oleh seorang miskin yg tidak ada duit utk ubati isterinya yg sakit.
• Desakan utk sembuhkan isterinya sbbkan beliau mencuri. Senario ini diceritakan kpd kedua2 gol kanak2 & org dewasa & beliau dpti bahawa sebab yg
diberikan oleh kedua2 gol ini berbeza (PEMAHAMAN ATAU PENCAPAIAN MORAL ADALAH BERBEZA MENGIKUT TAHAP PERKEMBANGAN MANUSIA YANG
BERBEZA).
• Klasifikasi tahap kematangan moral kpd 3 tahap & setiap tahap boleh dibahagikan kpd 2 pkt.

TAHAP PERTAMA IALAH TAHAP PRA-KONVENSIONAL ATAU PRA-MORAL.


• Peringkat pertama : gambarkan kanak2 sbg tidak punyai pengetahuan/kefahaman ttg konsep moral. Keputusan yg dibuat mrk pd tahap ini selalunya
berdasarkan kpd usaha utk elak hukuman.
• Peringkat kedua: gambarkan keputusan yang dibuat semata2 utk dpt balasan yg setimpal terhadapnya.

TAHAP KEDUA IALAH TAHAP KONVENSIONAL ATAU MORAL.


• Pemahaman kanak-kanak pada peringkat ketiga : perkara yg konkrit spt suka atau tidak suka dan boleh atau tidak boleh. Mereka juga akan lebih
mengarahkan pandangan moral mereka terhadap pendapat orang lain terhadap diri mereka sendiri. Pada ketika ini mereka akan sentiasa mengikut kata
orang lain demi untuk mendapatkan satu status yang baik di mata orang lain.
• Pada peringkat yang keempat: kanak2 masih lagi kekalkan pandangan org lain terhadap mrk ttp pandangan org yg punyai autoriti ke atas mrk spt
ibubapa/guru, punyai kesan dan pengaruh yg lebih kuat lagi.

TAHAP SETERUSNYA DIKENALI SEBAGAI TAHAP POS-KONVENSIONAL ATAU PRINSIPAL.


• Kedua2 pkt 5 & 6: akibat yg terhasil dr satu2 keadaan akn dinilai betul atau tidak berdasarkan kpd prinsip etika.
• Prinsip pada peringkat lima: lazimnya merujuk kpd prinsip masy umum yg berorientasikan perkara2 spt hak manusia serta undang-undang atau
perjanjian yg telah dibuat.
• Pada peringkat enam : prinsip yang dipegang prinsip diri sendiri yg terhasil drpd analisis & taakulan yang dilakukan oleh mrk. Lazimnya manusia akan
beroperasi pd tahap konvensional dan hanya sebilangan kecil sahaja yang akan beroperasi pada tahap prinsipal.
Samb....
APLIKASI
1. Nemonik : Meningkatkan Daya Ingatan
• Nemonik : strategi/kaedah yg digunakan utk tingkatkan lg ingatan manusia terhadap butiran/makna
sesuatu perkara. Secara lebih spesifik lagi ada tiga cara dlm kaedah nemonik ini, iaitu
(i) ingati sesuatu perkara/fakta dgn olahkannya dlm bentuk jalinan cerita,
(ii) sistem kata kunci. CTH: guna perkataan awal warna2 yg terdapat pd pelangi utk lebih senang
ingatinya (MJKHBIK),
(iii) penggunaan sistem peg-word di mana kita perlu imaginasikan perkara-perkara tertentu dengan
imej- imej yang ada hubung kait dengannya.

2. Ujian IQ
• Hasil dari penekanan ke atas proses mental mewujudkan ujian IQ yang digunakan utk uji tahap
kecerdasan minda pada seseorang manusia.

3. Ilusi persepsi
• Ilusi utk uji ketepatan persepsi seseorg individu.
PERSPEKTIF HUMANISTIK
• Bersifat fenomenologi. Ia mementingkan pengalaman subjektif manusia & elemen unik
setiap individu manusia.

(A) ANDAIAN
• Manusia digambarkan sbg berupaya utk lakukan pemilihan berkenaan dirinya sendiri
(free will).
• Cuba luaskan lg skop psikologi merangkumi aspek pengalaman manusia spt konsep
cinta, kebencian, harapan, jenaka, kebahagiaan & tanggungjawab.
• Tumpuan utama: konsep keunikan individu & tafsiran subjektif/pendekatan
fenomenologi.
• Dlm fahami manusia, perlu ambil kira elemen keunikan diri setiap individu.
• Manusia juga diandaikan sbg sentiasa terdorong ke arah capai kehidupan yg sejahtera
& tingkatkan potensi diri sepenuhnya.
• Hakikat kehidupan manusia secara semulajadinya : manusia sentiasa cuba capai tahap
kesejahteraan hidup yg paling sempurna.
samb.....

B) TOKOH DAN KONSEP ASAS


1. Abraham Maslow:
• Teori Hierarki Keperluan Maslow utarakan satu piramid hierarki keperluan
manusia.
• Keperluan manusia digambarkan dlm beberapa peringkat & pkt yg paling bawah
sekali perlu dipenuhi sblm boleh pergi ke pkt yg berikutnya.
Samb....
2. Carl Rogers:
• Fitrah manusia baik & kecenderungan ke arah aspek kehidupan yang positif, usaha utk capai potensi
sepenuhnya
• Rogers gambar manusia sbg baik dr segi pembentukan semulajadinya. Manusia punyai kecenderungan utk
lakukan perkara2 positif /baik shj & sentiasa berusaha utk capai pkt kejayaan paling tinggi utk diri mrk.

(C) APLIKASI
• 1. Kaunseling corak humanistik : Hampir semua proses kaunseling yg ditawarkan guna andaian asas
perspektif – manusia punyai aspek semulajadi yg positif &sentiasa arahkan kehidupannya kpd aspek yg
positif.

(D) PENILAIAN
1. Tidak gunakan metodologi yg saintifik
• Pendekatan fenomenologi yg digunakan oleh perspektif ini bersifat subjektif dan tidak saintifik.

2. Gambaran baik terhadap manusia


• Manusia digambarkan sbg punyai daya untuk memilih, sifat semulajadi mrk yg baik, & kecenderungan ke
arah perbaiki diri dan melakukan perkara yg positif.
PERSPEKTIF BIOLOGI
• Tumpu perhatian kpd PROSES BIOLOGI yg berlaku dlm badan manusia yg punyai sumbangan yg besar
terhadap pembentukan tingkah laku.
(A) ANDAIAN
• Semua perkara yang dialami oleh manusia & haiwan punyai asas2 biologinya yg tersendiri yg merujuk kpd
tingkah laku,proses pemikiran, perasaan, & kederiaan yg dialami oleh manusia.
• Penekanan diberikan kpd analisis ke atas otot, sistem saraf & sistem deria. CTH: Proses biologi yg terlibat dlm
kejadian t’laku seorang individu sedang berbasikal & tiba2 ada sebuah kereta yg meluncur laju ke arahnya..

(B) CONTOH APLIKASI


1. Kajian ethologi : Kajian ke atas haiwan bandingan terhadap manusia.
2. Psikofarmakologi : terapi biokimia utk yg alami gangguan mental dgn guna ubatan kimia yg akan
bertindakbalas dgn aspek biologinya. Tindakbalas kimia ini dpt redakan sedikit masalah mental yg dihadapi.
3. Biofeedback : teknik utk tujuan tangani tekanan (stress management) & teknik relaxation yg boleh
diamalkan oleh individu utk legakan ketegangan yg mrk hadapi.
(C) PENILAIAN
• Masih lg di tahap awal kewujudannya. Masih byk lg pengetahuan mendalam yg akan dihasilkan.
CABANG-CABANG PSIKOLOGI

(a) Psikologi Klinikal (Clinical Psychology)


• Diagnosis & rawatan diberikan khusus kpd pesakit yg alami gangguan mental & tingkah laku yg bilazim
(abnormal).
(b) Psikologi Kaunseling (Counseling Psychology)
• Psikologi kaunseling ditumpu kpd populasi biasa yg punyai masalah sosial & kehidupan yg tertentu
(c) Psikologi Sekolah (School Psychology)
• Tumpuan sub bidang ini atas perkem intelek, sosial & emosi pelajar.
(d) Psikologi Industri Organisasi (Industrial Organizational Psychology)
• Mempertingkatkan kesejahteraan & produktiviti individu pekerja di tempat kerjanya
(e) Psikologi Eksperimental (Experimental Psychology)
• Kajian khusus berkaitan dgn bidang tumpuan tertentu utk fahami dgn lebih jelas & mendalam lg ttg keadaan
yg pengaruhi t’laku manusia.
(f) Psikologi Perkembangan (Developmental Psychology)
• Kaji proses perkem manusia (proses pembelajaran dan tahap kematangan) dari awal kelahiran manusia
sehinggalah ke tahap paling akhir—bayi, remaja, dewasa, usia tua
BIDANG TUMPUAN PSIKOLOGI
PERSONALITI
(a) Definisi :
• Corak tingkah laku individu manusia yg konsisten/ tekal yg boleh bezakan beliau dgn individu
yg lain.
• Cara tersendiri seseorang individu berinteraksi (berfikir, beremosi, dan berpersepsi) dengan
persekitarannya.
• Umum : satu corak keseluruhan sikap, tabiat & ciri seseorang individu yg agak kekal.
• Keseluruhan sikap, tabiat & ciri merupakan gambaran terhadap gaya individu tersebut yg mana
ianya akan pengaruhi b’mana ia berinteraksi dgn persekitarannya.

(b) Tujuan utama teori personaliti:


• 3 tujuan utama;
1- sbg rangka utk hurai personaliti dgn lebih lanjut.
2- sbg panduan kpd penyelidikan lanjut mengenai personaliti,
3- sbg prinsip yg digunakan utk beri rawatan kpd ndividu yg alami masalah psikologi.
Samb.....

(c) Teori personaliti berasaskan pelbagai perspektif


• Perspektif psikodinamik: tingkah laku manusia digerakkan oleh naluri seksual.
• Perspektif behaviorisma : faktor luaran/persekitaran sbg pendorong utama tingkah
laku manusia.
• Perspektif humanistik :andaian ttg t’laku manusia yg didorong oleh motif yg lebih
tinggi termasuk motif utk capai potensi tertinggi spt dlm Teori Keperluan Maslow.

• Teori-teori trait : senaraikan seberapa byk dimensi dlm usaha utk gambarkan
personaliti manusia spt 16 kategori trait.
• Salah satu dimensi trait yang ada ialah dimensi introvert dan ekstrovert.
• Dimensi introvert: ciri spt pendiam, suka berfikir panjang, agak pemalu, sangat
berhati-hati, suka berfikir, suka menulis dll.
• Dimensi ekstrovert: seorang individu yg suka bercakap byk , rakus & tidak berfikir
panjang, memiliki kemahiran sosial yg tinggi, cukup aktif dlm pergerakan.
Samb....

(d) Kaedah pengujian personaliti


• Kaedah inventori personaliti : maklumat mengenai sifat individu yg dilaporkan
oleh mrk sendiri dlm inventori tersebut dikumpulkan.
• Inventori personaliti memuatkan di dalamnya soalan- soalan tertentu yang
perlu dijawab oleh subjek dan jawapan bagi setiap soalan adalah berdasarkan
skor. Hasil dari skor tersebut subjek akan mendapat satu profail personaliti
mereka tersendiri.
• Teknik projektif : imaginasi subjek akan cuba dicungkil dan ditafsirkan
maknanya. CTH : TAT (Thematic Apperception Test) dan Rorschah Ink Blot Test.
• TAT : paparan beberapa senario yg diletakkan di hadapan subjek & subjek
diminta bercerita ttg senario tadi.
• Rorschah Ink Blot Test : titisan dakwat yg hasilkan bentuk tertentu. Subjek
diminta supaya menzahirkan pemahaman mrk mengenai bentuk tersebut &
tafsiran tertentu akan dibuat ke atas paparan yg diberikan oleh subjek.
Samb....

KECERDASAN ( INTELLIGENCE )
(a) Definisi
• Kebolehan utk berfikir secara abstrak dan belajar melalui pengalaman .
• Keupayaan seseorang individu perolehi & guna ilmu pengetahuan.
• Aspek kecerdasan amat dititikberatkan krn boleh ramal sebah besar aspek
tingkah laku manusia.
• Kecerdasan melibatkan proses & aktiviti KOGNITIF spt pengamatan, ingatan,
taakulan, penyelesaian masalah, & kreativiti.

(b) Kaedah pengujian kecerdasan


• Kecerdasan pd hakikatnya tidak boleh diuji/diukur secara langsung krn ia satu
konsep yang abstrak.
• Ujian yang digunakan utk tujuan ini ujian IQ (Intelligence Quotient).
Samb....

(c) Isu di dalam ujian kecerdasan


1. Kesahihan dan kebolehpercayaan
• Isu utama yang timbul dalam penggunaaan ujian IQ ini adalah isu
KESAHIHAN iaitu adakah ujian tersebut mengukur apa yang
sepatutnya diukur, dan KEBOLEHPERCAYAAN iaitu adakah jawapan
yg sama boleh diperolehi setiap kali pengukuran dilakukan.

2. Pengaruh budaya
• Sebah besar daripada ujian IQ yang digunakan sekarang ini diambil
dari barat dan diterjemahkan hanya dr aspek bahasa shj tanpa
hiraukan konteks budaya yg terkandung di dalamnya.
RUMUSAN
SELESAI.......................................

Anda mungkin juga menyukai