Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH

KONSEP
Institusi beraja di Vietnam menerima pengaruh dari Sistem
Pemerintahan Negara China yang dipengaruhi falsafah
Conucius serta ajaran agama Buddha.

Pemerintah mesti mempunyai pendidikan Confucius serta
ajaran agama Buddha yang baik.

Maharaja dianggap sebagai Thein-Tu atau Son of Heaven atau
anak Tuhan yang dikatakan mendapat mandat dari syurga
untuk memerintah Negara.

Kesejahteraan rakyat dan Negara dikatakan bergantung
sepenuhnya terhadap kebijaksanaan dan kewibawaan
Maharaja yang memerintah.

Raja akan kehilangan mandate dari Syurga jika berlaku
penyelewengan kuasa.
Jika Maharaja mengabaikan tanggungjawab
terhadap rakyat, maka akan memberi kesan kepada
Negara dan dipercayai akan berlaku malapetaka
seperti bencana alam,pemberontakan, kebuluran,
wabak penyakit dan sebagainya.

Konsep ini diterap dalam institusi kemaharajaan di
Vietnam.

Hal ini berlaku kerana Vietnam berada di bawah
pertuanan Negara China.

Pemerintah Vietnam mengakui kedaulatan Negara
China melalui pembayaran ufti tahunan secara tetap.

Setiap Maharaja akan ditabalkan oleh wakil
daripada Maharaja China sebelum baginda
dianggap sebagai Maharaja yang sah.

Ia bermula pada 1788 apabila keluarga
Tayson menaiki takhta pemerintahan
dengan gelaran Maharaja Quang Trung.

Manakala pada tahun 1804,Maharaja Gia
Long dari keluarga Nguyen mendapat
pengiktirafan daripada Maharaja China

PERANAN RAJA DI VIETNAM
Ketua Pemerintah
Ketua Hakim
Penguasa Ekonomi
Ketua Agama
Sebagai Pelindung, lambang perpaduan
dan keamanan

Ketua Pemerintah
Pemerintah berkuasa mutlak dalam pemerintahan
dan urusan kerajaan berpusat di Hue.

Maharaja berperanan sebagai ketua Negara dan
ketua pentadbir.

Maharaja mempunyai kedudukan yang tertinggi dan
berkuasa penuh dalam politik,ekonomi dan sosial.

Maharaja berkuasa melantik golongan pembesar
dan pegawai kerajaan bagi membantu mentadbir
Negara dengan baik dan berkesan.
Hal ini membolehkan maharaja melantik pegawai dalam
kalangan kerabat diraja untuk menjalankan tugas rasmi
kerajaan.

Contohnya, Maharaja Gia Long telah melantik golongan
pembesar dalam kalangan golongan intelektual yang lulus
cemerlang dalam peperiksaan Awam China berdasarakan
ajaran Confucius.

Golongan ini dikenali sebagai golaongan Mandarin atau
Quan.

Maharaja Gia Long terpaksa mengenepikan kuasa dan
hak istimewa golongan bangsawan sebagai golongan
pembesar dengan membayar satu gaji tetap.
Ketua Hakim
Pemerintah Vietnam juga bertindak sebagai penjamin dan
penegak keadilan.

Maraja merupakan sumber kepada undang-undang dan
mempunyai kuasa tertinggi.

Maharaja merupakan ketua hakim yang
bertanggungjawab menggubal undan-undang dan
menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Maharaja tidak boleh didakwa walaupun mempunyai
kesalahan.

Undang-undang dibentuk untuk menyelesaikan kes-kes
jenayah, kes awam dan kes tanah.

Golongan agama merupakan penasihat kepada
Maharaja dalam menggubal undang-undang.

Sekiranya rakyat tidak bersetuju dengan undang-
undang yang digubal, rakyat akan dianggap sebagai
penderhaka.

Oleh itu Maharaja berhak menjatuhkan hukuman
termasuklah membabitkan hukuman bunuh.

Jadi jelas bahawa undang-undang tersebut
sebenarnya untuk mengukuhkan kedudukan
Maharaja dalam pentadbiran.

Penguasa Ekonomi
Maharaja Vietnam menguasai segala hasil ekonomi
Negara contohnya hasil cukai, perkhidmatan, hasil
pertanian dan aktiviti perdagangan.

Pegawai akan dilantik untuk melaksanakan tugas bagi
pihak Maharaja seperti mengutip cukai,duti import serta
seksprt barangan tempatan.

Maharaja menjalinkan hubungan yang baik dengan
kawasan pedalaman yang membekalkan sumber
barangan supaya bekalan sentiasa mencukupi.

Kemajuan ekonomi bergantung kepada coak pentadbiran
Maharaja kerana baginda menentukan hala tuju dan
dasar ekonomi Negara.

Ketua Agama
Dalam bidang keagamaan Mahara Vietnam mempunyai
pengaruh yang sangat besar iaitu baginda merupakan
ketua agama yang bertindak sebagai ketua rumah
berhala kerana Maharaja dianggap sebagai suci dan
sangat hampir dengan Tuhan.

Maharaja juga mendapat mandat dari syurga untuk
menjalankan pemerintahan kerana baginda merupakan
Anak Syurga yang mendapat pengiktirafan dari Tuhan
untuk memerintah.

Maharaja bertanggungjawab secara langsung dalam
segala bidang dan upacara keagamaan yang
dikendalikan oleh golongan pendeta.

Sebagai Pelindung &
Lambang Perpaduan dan
Keamanan

Maharaja juga bertindak sebagai pelindung dan
tonggak perpaduan untuk menyatukan seluruh
rakyat serta bertanggungjawab mengekalkan
keamanan Negara.

Maharaja bertanggungjawab melindungi rakyatnya
daripada perbuatan penganiayaan, ancaman luar
dan faktor alam.

Hal ini berkait dengan konsep mandat dari syurga.

Maharaja mempunyai kebolehan dalam menentukan
ketenteraman dan kesejahteraan hidup seluruh
rakyat.

Anda mungkin juga menyukai