Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD AL-FATIH (MEHMED THE CONQUEROR)

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: Konstantinople
akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah
sebaik-baik tentera.

Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih


1. Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad binMuhammad bin Bayazid.
2. Dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah bandar bersempadankan
Turki-Bulgaria.
3. Dikenali dengan gelaran Mehmed The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan
kota Constantinople.
4. Menaiki takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II
dan memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-1481).
5. Merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung
kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.
6. Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.

Jasa dan sumbangan :


a) Politik
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh
ayahandanya untuk menawan kota Constantinople. Sepanjang dua tahun pertama selepas
menaiki takhta, baginda mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci pada setiap
malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut. Baginda juga turut
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai
untuk digunakan. Baginda telah membuat persiapan untuk menawan Kota Constantinople
dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya
disertai kira-kira 265000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut.
Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang
boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota
Konstantinople telah dikepung dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12
Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265000 orang. Dengan dihujani peluru
meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota
tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang
lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan
darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn. Taktik peperangan
ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan
semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat
Bosphorus ke Tanjung Emas. Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera
Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu
kerana pengepungan berlaku selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam
beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota
Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan
Konstantinople. Beliau telah membuktikan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW. Nama kota
Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa
pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar
menjadi Masjid Aya Sophia

Membuka laluan penaklukan ke Eropah/Balkan


Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang lapan kilometer dari kota
Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary
untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Dalam usaha untuk menawan kota
Constantinople, baginda membawa bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi
ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya terutama semasa mereka
menghampiri dinding kubu kota tersebut.

Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah


Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan kaum Magyar. Bagi
merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia. Namun, usaha
mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan
Muhammad al-Fatih berundur seketika. Walau bagaimanapun, ekoran perebutan takhta
yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh
Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhimya baginda
berjaya.Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya mennghapuskan perikatan tentera kerajaan
Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda.Kesan kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki
Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

b) Sosial
Pertambahan penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana bilangan penduduk kota berkenaan telah berkuran akibat
terkorban dalam peperangan. Baginda mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan
kediaman mereka kembali semula ke kota berkenaan. Baginda juga mengarahkan negeri-negeri
di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi
memakmurkannya. Orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota
yang baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya yang strategik.
Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik
dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayani kesemua rakyatnya tanpa
sebarang diskriminasi.

Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini, gereja tersebut
dikenali sebagai Masjid Aya Sophia. Bangunan masjid diubah suai mengikut seni bina Islam.
Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di
luar masjid pula dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara
meningkat kepada tiga buah. Baginda juga membina 1l buah masjid termasuk sebuah masjid
yang berhampiran dengan makam Abu Ayub al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina sebuah kubah
yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.
Institusi pendidikan
Institusi pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan telah dibuka dan ini menggambarkan
baginda amat mementingkan aspek pendidikan.

Kebajikan rakyat
Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah fakir-
miskin dan menyediakan kemudahan telaga. Untuk tujuan keselamatan pula, baginda telah
membina limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara
kawalan.

c) Agama
Kebebasan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke Istanbul. Sultan
Muhammad al-Fatih juga telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan
gereja dan pengamalan Mazhab Ortodoks mereka. Baginda juga telah meminta pihak gereja
berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius
dipilih sebagai ketua. Anadius kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban
Sultan daripada melihat topi Latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah
menindas pihak Ortodoks. Baginda juga mengarahkan supaya gereja tidak dimusnahkan atau
diapa-apakan.

Anda mungkin juga menyukai