Anda di halaman 1dari 12

Sumbangan Tokoh (Ketenteraan)

(i) Salehuddin al-Ayyubi


(ii) Sultan Muhammad al-Fatih.

SULTAN MUHAMMAD AL FATEH


Latar Belakang:
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad binMuhammad bin
Bayazid.Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu
sebuah bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali
dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan
kota Constantinople.
Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta seawal usia 19 tahun
apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah
memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-
1481).Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang
panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen
peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur
49 tahun.
Kepimpinan dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang
sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada
zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani.
Kumpulan ulamak ini banyak mempengaruhi keperibadian dan
pandangan banginda tentang kehidupan sehingga menjadi seorang
pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak
baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa
seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.
Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda
menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat
oleh ayahandanya untuk menawan kota Constantinople. Sepanjang dua tahun pertama
selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci
pada setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota
tersebut.Baginda juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen
panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.

Baginda telah membuat persiapan untuk menawan kota Constantinople dengan


menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai
kira-kira 265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut.
Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam
gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5
kilometer.
Membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih
kurang lapan kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat
mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga
telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.Dalam
usaha untuk menawan kota Constantinople, baginda membawa bersama
batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi
membakar, semangat jihad tenteranya terutama semasa
mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.
Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepung dan diserang pada hari Rabu 19
April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya
seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari,
namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara
taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang
lebih tinggi daripada Kota Konstantinople.

Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung


sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera
Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya
menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam
tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan
semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53
hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-
meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk
memasuki kota Konstantinople.
Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya
berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan
kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota
Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan
sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah.
Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi
MasjidAya Sphia.
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah –

Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan


kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih
pemerintahan Serbia.Namun, usaha mendapatkan wilayah tersebut
tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-
Fatih berundur seketika.
Walau bagaimanapun, ekoran perebutan takhta yang berlaku
dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah
digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade
dan akhimya baginda berjaya.Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya
mennghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat
menjatuhkan baginda.Kesan kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki
Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.
b) Sosial
Pertambahan penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana bilangan penduduk kota
berkenaankian berkurangan akibat terkorban dalam
peperangan.Baginda mengarahkan supaya orang Yunani yang
meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota
berkenaan.Baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah
taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi
memakmurkannya.
Orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke
ibu kota yang baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan
disebabkan kedudukannya yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang
mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik
dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayani
rakyatnya tanpa diskriminasi.
Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam.Pada hari ini,
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid
diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid
dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar
masjid pula dibina sebuah menara. Padazaman sultan berikutnya,
bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga membina 1l
buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam
Abu Ayyrb al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang
berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.
Instituisi pendidikan
Institusi pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan telah dibuka
dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek
pendidikan.

Kebajikan rakyat
Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah
kebajikan, rumah fakir-miskin dan menyediakan kemudahan
telaga.Untuk tujuan keselamatan pula, baginda telah membina
limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi
dengan menara kawalan.
Agama
Kebebasan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke
Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membenarkan
agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan
pengamalanMazhab Ortodoks mereka.
Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih
seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius dipilih
sebagai ketua. Anadius kemudian berkata bahawa beliau lebih suka
melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin (Katholik) kerana
pihak Katholik Barat telah menindas pihak Ortodoks.Sultan juga
mengarahkan supaya gereja tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

Anda mungkin juga menyukai