Anda di halaman 1dari 149

NO SOALAN SOALAN M/S

Ringkasan Garis Masa Sejarah Islam


14
Bincangkan kepentingan semangat asabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum
1 kedatangan islam 15
2 Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam 17
Sejauh manakah agama Wathani merupakan agama utama masyarakat Arab
3 Jahiliah.Bincangkan 19
Masyarakat Arab Jahiliah bukanlah satu bangsa yang tidak bertamadun bertamadun. Jelaskan
4 pernyataan tersebut 21
Bincangkan kehidupan manusia zaman Jahiliah dan kehidupan manusia setelah kedatangan
5 Islam 23
Jelaskan perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab selepas kedatangan
6 islam 25
Nabi Muhammad Saw telah manghadapi tentangan yang hebat semasa pembinaan
7 masyarakat islam di Makkah 27
Golongan Muhajirin Dan Ansar Memberi Sumbangan Yang Besar Pada Zaman Pemerintahan
8 Nabi Muhammad SAW di Madinah. Bincangkan Pernyataan Ini 28
Jelaskan konsep ummah & langkah-langkah pembentukannya yang dilaksanakan oleh nabi
9 Muhammad SAW 31
10 Bincangkan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin 34
11 Huraikan isi kandungan dan kepentingan Piagam Madinah 36
12 Jelaskan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW 39
Bincangkan struktur pemerintahan pentadbiran kerajaan islam Madinah pada zaman
13 Khulafa’ Al Rasyidin 40
Nabi Muhammad saw telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan
14 baginda. Buktikan kepimpinan baginda dalam pelbagai bidang 41
15 Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam ketenteraan 43
16 Bincangkan konsep, ciri-ciri dan tanggungjawab seorang khalifah 45
17 Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq 46
18 Sejauhmanakah pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin memenuhi prinsip demokrasi 48
NO SOALAN SOALAN M/S

Bincangkan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid dalam perkembangan intelektual dan


19 pendidikan 50
Nilaikan dasar-dasar Aurangzeb bagi memartabatkan semula agama dan umat Islam di India
20 pada abad ke 16 Masihi 52
Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah Kerajaan Turki Uthamaniyah pada abad ke-
21 16M hingga ke-17M 54
Jelaskan pengertian jihad dan jenis jenis jihad yang ditunjukkan pada zaman Nabi Muhammad
22 SAW 56
23 Jelaskan konsep Jihad dan etika peperangan menurut Islam
59
Jelaskan konsep Ummah dan langkah-langkah dalam menyatukan pelbagai golongan
24 masyarakat di Madinah 61
25 Jelaskan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin
64
26 Bincangkan sistem ketenteraan pada zaman pemerintahan Khulafa al – Rasyidin
65
27 Nilaikan sumbangan Salehuddin Al- Ayubbi dalam memperluaskan syiar Islam
68
28 Huraikan ciri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dan sumbangan baginda
72
Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam
29 menawan Kota Konstantinople daripada Byzatine 75
Sejauh manakah Perjanjian Hudaibiyah membuktikan kewibawaan kepimpinan Nabi
30 Muhammad SAW dalam hubungan diplomatik 77
Bincangkan pelaksanaan sistem naungan pada zaman khulafa al rasyidin dan zaman umaiyah
31 pada abad ke 7 hingga 8 78
Bincangkan kepentingan hubungan bentuk perjanjian antara kerajaan Turki Uthmaniyah
32 dengan negara-negara Eropah lain 80
33 Bincangkan Konsep dan Ciri-Ciri Ekonomi Islam Ketika Zaman Nabi Muhammad SAW.
81
Bincangkan sumber pendapatan negara islam Madinah pada zaman nabi Muhammad SAW ke
34 arah kepentingan masyarakat 83
35 Huraikan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Abbasiyah 85
Masyarakat Melayu Melaka bukanlah masyarakat pertanian semata mata. Bincangkan
36 pernyataan ini 87
Pemimpin memainkan peranan penting dalam memajukan Melaka sebagai sebuah pusat
37 perdagangan pada abad ke 15. Bincangkan 89
NO SOALAN SOALAN M/S

Jelaskan peranan baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Khulafa al Rasyidin


38 90
39 Huraikan sumber-sumber pendapatan Baitulmal
91
40 Jelaskan pelaksanaan cukai jizyah dan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin
92
42 Huraikan tentang institusi Baitulmal pada zaman Kerajaan Abbasiyah 93
43 Huraikan ciri-ciri dan matlamat pendidikan menurut Islam
95
44 Masjid merupakan institusi pendidikan terpenting di Meair. Bincangkan 97
45 Bincangkan perkembangan institusi pendidikan yang terdapat di Acheh
99
Pemerintah memainkan peranan penting dalam memajukan Acheh sebagai sebuah pusat
46 pendidikan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-16. Bincangkan 101
Al - Khwarizmi telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan matematik
47 dunia. Bincangkan 103
Al- Ghazali telah memberikan tafsiran semula terhadap ilmu falsafah
48 105
49 Nilaikan sumbangan pemikiran Ibn Khaldun kepada peradaban manusia
109
50 Jelaskan sumbangan Al- Masudi dalam bidang geografi dan pelayaran
111
51 Ketokohan dan sumbangan Ibn Majid
114
Nilaikan sumbangan Ibnu Batutah dalam bidang pelayaran terhadap perkembangan
52 tamadun dunia 116
53 Ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke 13 M
118
54 Huraikan ciri-ciri kesenian Islam di India pada zaman Kerajaan Mughal
120
Sejauh manakah kelemahan sistem politik dalaman menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki
55 Uthmaniyah pada awal abad ke 20M 123
Bincangkan Gerakan Tanzimat dan kesannya terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah
56 pada abad Ke-19 M 125
Peluasan kuasa barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah disebabkan oleh Revolusi
57 Perindustrian. Bincangkan 127
NO SOALAN SOALAN M/S

Analisiskan perjuangan Gerakan Uthmani Muda semasa pemerintahan Kerajaan Turki


58 Uthmaniyah pada abad 19 hingga awal abad ke 20 128
Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad ke-
59 19 M 131
60 Galurkan kebangkitan masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad 18-19 M
133
Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan Pembaharuan Mesir pada abad ke
61 -19 M 135
62 Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke 20M
137
Bincangkan kebangkitan Masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke 19
63 dan 20 M 139
64 Huraikan peranan Jamaluddin Al-Afghani dalam Gerakan Nasionalisme di Mesir
141
65 Huraikan kesan-kesan penglibatan Kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
143
Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada
66 awal abad ke-20M
145
Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di turki pada
67 abad ke-20
147
ANALISIS SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 2 (TAHUN 2013-2020)

TEMA 1
MASYARAKAT
2013 2013 2014 2014 2015 2015 2016 2016 2017 2017 2018 2018 2019 2019 2020 2020
(U) (U) (U) (U) (U) (U) (U) (U)
1.1 Masyarakat Jahiliah
X1 X2 X3

1.2 Masyarakat Islam


X4 X5 X6

1.3 Sistem Pemerintahan


X7 X8 X9 X10

1.4 Kepimpinan
X11

1.5 Institusi Khalifah


X12 X13 X14 X15 X16 X17 X18 X19 X20

1.6 Bentuk Pemerintahan


X21 X22 X23 X24 X25 X26

1.7 Pertahanan dan Pembukaan Wilayah


X27 X28 X29 X30 X31

1.8 Perhubungan Luar


X32 X33

SOALAN

1.1 Masyarakat Jahiliah


X1 Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum Kerasulan Nabi Muhammad SAW.
X2 Sejauhmanakah masyarakat Arab Jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun.
X3 Jelaskan struktur masyarakat Arab pada zaman jahilliah.

1.2 Masyarakat Islam


X4 Bincangkan Kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.
X5 Terangkan konsep Ummah yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah.
X6 Bincangkan peranan golongan Muhajirin bagi mengukuhkan Negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad
SAW.

1.3 Sistem Pemerintahan


X7 Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan
negara Islam di Madinah.
X8 Jelaskan prinsip-prinsip daripada Piagam Madinah yang menjadi dasar pemerintahan Nabi Muhammad SAW di
Madinah.
X9 Piagam Madinah menyumbang kepada pembentukan Negara Islam Madinah yang maju dan stabil dari aspek
politik dan sosial. Bincangkan.
X10 Jelaskan sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah.

1.4 Kepimpinan
X11 Huraikan empat ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara di Madinah.

1.5 Institusi Khalifah


X12 Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik sebagai
khalifah kerajaan Bani Umaiyah
X13 Bincangkan Pelaksanaan Syura dalam pemilihan Khulafa al-Rasyidin.
X14 Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al Khattab semasa
pemerintahannya.
X15 Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membanteras Golongan ar-Riddah.
X16 Huraikan faktor politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi zaman keemasan Islam semasa pemerintahan
Khalifah Harun Al Rasyid.
X17 Huraikan kaedah pemilihan khalifah pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.
X18 Huraikan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz khalifah kerajaan Bani Umayyah.
X19 Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam bidang ekonomi dan sosial bagi
membina sesebuah negara yang berkebajikan.
X20 Bincangkan pembaharuan dalam bidang ekonomi dan politik semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul
Aziz.

1.6 Bentuk Pemerintahan


X21 Bincangkan langkah -langkah yang diambil oleh Maharaja Akhbar bagi memantapkan sistem pemerintahannya.
X22 Jelaskan sistem politik dan pentadbiran Akhbar dalam mengukuhkan pemerintahan kerajaan Moghul di India.
X23 Jelaskan struktur pemerintahan zaman Khalifah Uthmaniyah pada abad ke 16 dan abad ke 17M.
X24 Bincangkan dasar pemerintahan Aurangzeb bagi mengukuhkan pemerintahan Moghul di India.
X25 Huraikan usaha yang telah dilakukan oleh Aurangzeb bagi mengekalkan empayar Moghul di India.
X26 Huraikan pencapaian Maharaja Akhbar dalam bidang politik dan sosial untuk mengukuhkan empayar Moghul di
India.

1.7 Pertahanan dan Pembukaan


X27 Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammad al -Fatih.
X28 Jelaskan strategi yang digunakan oleh tentera Islam dalam Perang Khandak dan Perang Badar.
X29 Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan abad ke -15.
X30 Huraikan ciri kepimpinan Salehuddin al-Ayyubi sebagai seorang pemimpin tentera yang cemerlang.
X31 Terangkan ciri -ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Salehuddin al -Ayyubi dalam pembebasan kota Jerusalem.

1.8 Perhubungan Luar


X32 Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
X33 Bagaimanakah perjanjian yang dimeterai dengan pihak luar mempercepat kejatuhan Khalifah Uthmaniyah?
TEMA 2
PEMBANGUNAN DAN PEBEROKAAN
2013 2013 2014 2014 2015 2015 2016 2016 2017 2017 2018 2018 2019 2019 2020 2020
(U) (U) (U) (U) (U) (U) (U) (U)
2.1 Ekonomi
X1 X2 X3 X4 X5 X6 X8
X7
2.2 Pendidikan
X9 X10 X11 X12 X13

2.3 Perkembangan Intelektual


X14 X15 X16 X17 X18 X20 X21 X22 X23 X24
X19 X25
2.4 Penerokaan Tokoh
X26 X27 X28 X29

2.5 Senibina
X30 X31

SOALAN

2.1 Ekonomi
X1 Sejauhmanakah kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini merupakan cerminan kegiatan ekonomi
penduduk Melaka pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
X2 Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
X3 Bincangkan pengurusan sumber baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
X4 Jelaskan pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.
X5 Perihalkan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah dari abad ke-11 hingga abad ke- 12 masihi.
X6 Huraikan aktiviti ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
X7 Jelaskan peranan dan pelaksanaan institusi baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
X8 Bincangkan pelaksanaan kharaj pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

2.2 Pendidikan
X9 Bincangkan peranan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke-16M.
X10 Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam, Institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai
cendawan selepas hujan. Jelaskan.
X11 Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
X12 Perihalkan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
X13 Bincangkan perkembangan institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi dan abad ke-17 Masihi.

2.3 Perkembangan Intelektual


X14 Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberi impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini.
Bincangkan penyataan tersebut.
X15 Nilaikan Sumbangan Ibn Khaldun tentang peradaban Islam.
X16 Terangkan sumbangan Imam al - Ghazali dalam Bidang falsafah.
X17 Huraikan faktor -faktor yang menjadikan Andalusia sebagai pusat perkembangan ilmu naqli dan aqli, iaitu pada
zaman Khalifah Umayyah dari abad ke -11 Masihi hingga abad ke -13 Masih.
X18 Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke 11 Masihi hingga abad ke 13
Masihi.
X19 Bincangkan tiga pemikiran Ibnu Khaldun dalam ketamadunan.
X20 Nilaikan sumbangan intelektual al -Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi.
X21 Baitul Hikmah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kerajaan
Abbasiyah. Bincangkan.
X22 Huraikan perkembangan ilmu naqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke -11 hingga abad ke-
13 Masihi.
X23 Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke -11 Masihi hingga abad ke -13
Masihi.
X24 Bincangkan peranan baghdad sebagai pusat perkembangan ilmu pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke -11
Masihi hingga ke -13 Masihi.
X25 Nilaikan sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan.

2.4 Penerokaan Tokoh


X26 Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran.
X27 Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
X28 Nilaikan sumbangan al -Mas’udi dalam bidang penerokaan.
X29 Jelaskan sumbangan al -Mas’udi dalam bidang geografi dan pelayaran.

2.5 Senibina
X30 Huraikan ciri senibina Islam di Andalusia pada abad ke -13 M.
X31 Huraikan lima ciri senibina Islam kerajaan Moghul di India pada abad ke -17 M.
TEMA 3
NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
2013 2013 2014 2014 2015 2015 2016 2016 2017 2017 2018 2018 2019 2019 2020 2020
(U) (U) (U) (U) (U) (U) (U) (U)
3.1 Peluasan Kuasa Barat
X1 X2 X3

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan


X4 X5 X6 X7 X8 X9

3.3 Gerakan Nasinalisme


X10 X11 X12 X13 X14 X15 X16 X17 X18 X19 X20

3.4 Perang Dunia Pertama


X21 X22 X23 X24 X25 X26

3.5 Pembentukan Negara Bangsa


X27 X28 X29 X30 X31 X32

SOALAN

3.1 Peluasan Kuasa Barat


X1 Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang menyebabkan kejatuhan kerajaanTurki Uthmaniyah pada awal
abad ke -20 M.
X2 Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke -18 hingga
abad ke -20 M.
X3 Perluasan kuasa Barat pada zaman Khalifa Uthmaniyah berlaku kerana faktor agama, politik dan ekonomi.
Huraikan.

3.2 Reaksi
X4 Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke - 17 Masihi.
X5 Perihalkanan peranan Abdul Qadir Al Jazairi sebagai pelopor kepada gerakan penentangan rakyat terhadap
penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke 19 Masihi.
X6 Galurkan gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan Barat dari abad ke - 19 Masihi hingga abad ke
20 Masihi.
X7 Bincangkan gerakan penentangan Abdul Qadir al - Jazairi terhadap penjajahan Perancis di Agelria.
X8 Perihalkan peranan Ahmad Urabi Pasha dalam gerakan penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan British
pada abad ke -19 Masihi.
X9 Bincangkan faktor penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke -19 hingga abad
ke -20 Masihi.

3.3 Gerakan Nasinalisme


X10 Analisiskan faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke -20 M di Syria.
X11 Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kemunculan semangat Nasionalisme di Mesir pada abad
ke -20. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
X12 Sejauhmanakah golongan intelektual berperanan dalam menyemarakkan gerakan nasioalisme di Mesir pada
abad ke -20 M.
X13 Bincangkan peranan Gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke - 19 dan 20M.
X14 Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke - 20.
X15 Syeikh Muhammad Abduh ialah seorang tokoh Intelektual di Mesir. Terangkan peranan beliau dalam Gerakan
nasionalisme di Mesir.
X16 Terangkan tiga peranan bidang kewartawanan dan media akhba dalam gerakan nasionalisme di Mesir pada akhir
abad ke -19 Masihi hingga awal abad ke -20 Masihi.
X17 Bincangkan peranan golongan intelektual dan sasterawan dlm gerakan nasionalisme di Syria.
X18 Jelaskan peranan Sayyid Jamaluddin al -Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh dalam gerakan nasionalisme di
Mesir.
X19 Bincangkan peranan Rashid Rida sebagai tokoh Gerakan Pembaharuan di Mesir
X20 Bincangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada awal abad ke -20 Masihi.

3.4 Perang Dunia Pertama


X21 Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
X22 Galurkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
X23 Penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Peranng Duia Pertama memberikan kesan politik, ekonomi dan social
kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Bincangkan.
X24 Bincangkan dasar British terhadap penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam PD Pertama.
X25 Huraikan Empat Peperangan yang melibatkan Kerajaan Turki Uthmaniyah Dalam Perang Dunia 1.
X26 Huraikan faktor penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

3.5 Pembentukan Negara Bangsa


X27 Huraikan faktor dalaman yang mempercepatkan pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856 hingga
tahun 1918.
X28 Bincangkan fator luaran yang membawa kemunculan negara bangsa di Turki.
X29 Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke -20.
X30 Jelaskan faktor pembentukan negara bangsa Turki.
X31 Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada pembentukan Negara bangsa Mesir pada abad ke -20 Masihi.
X32 Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke -20 Masihi.
1. Bincangkan kepentingan semangat asabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum kedatangan
islam.

Zaman Jahiliah bermula pada tahun 300M – 610 M. Kata akar bagi perkataan jahiliah ialah
ja ha la manakala kata terbitannya ialah jahlun atau jahalatun yang membawa maksud bodoh
atau sesat. Semangat Assabiyah pula bermaksud sikap fanatik sesuatu puak secara melampau
atau semangat setia kawan yang kuat.

Kepentingan semangat Assabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum kedatangan islam
yang pertama, semangat Assabiyah sebagai perasaan setia kawan. Semangat Assabiyah terjalin
melalui sistem kabilah. Sistem kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran
pada zaman Jahiliah. Penyatuan masyarakat berkabilah ialah berdasarkan pertalian darah dan
keturunan. Setiap kabilah mempunyai nama dan status yang dipelihara dan dipertahankan. Ini
menyebabkan sikap megah wujud dan memandang hina kabilah lain. Sebagai contoh, Bani
Tamim, Bani Taim, dan Bani Hashim. Mereka mengamalkan kehidupan tertutup dan tidak
menerima suku-suku Arab lain.

Kepentingan kedua semangat Assabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum


kedatangan islam ialah, Assabiyah melahirkan semangat sedia berkorban. Seseorang individu itu
akan sanggup berperang demi mempertahankan kabilahnya. Mereka mempunyai tanggapan
bahawa individu yang mempunyai pertailan darah wajib mempertahankan kabilah mereka.
Anggota kabilah yang dibunuh oleh kabilah lain akan dituntut bela tanpa menyelidik terlebih
dahulu. Contoh perang yang berlaku ialah Perang Harb al-Basus. Perang ini disebabkan
pertikaian selama 40 tahun antara 2 puak bersaudara.

Kepentingan ketiga semangat Assabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum


kedatangan islam ialah, Assabiyah sebagai satu peraturan hidup atau undang-undang.
Masyarakat ini tidak mempunyai undang-undang yang tetap bagi menjaga keamanan serta
kehidupan mereka. Semangat Assabiyah diperlukan untuk membela kaum membela kaum
mereka tidak kira sama ada dizalimi ataupun menzalimi. Mereka menjaga dan melindungi
kepentingan suku kaum. Mereka juga bersama-sama berganding bahu mempertahankan ahli
yang ditindas. Oleh itu, jelaslah semangat ini diperlukan bagi dijadikan sebagai pelindung diri
serta demi menjaga kepentingan suku.

Kepentingan keempat semangat Assabiyah dalam peradaban Arab Jahiliah sebelum


kedatangan islam ialah, semangat Assabiyah mementingkan kemenangan dalam peperangan.
Peperangan yang bermula secara kecil-kecilan seperti masalah sempadan, perebutan sumber air
atau mempertahankan anggota suku seperti menuntut bela atas kematian ahli suku ini yang akan
berlarutan hingga bertahun-tahun. Kemenangan kaum sangat dipentingkan tanpa mengira
kerugian dan kebinasaan yang disebabkan oleh perang. Contoh perang yang telah berlaku ialah
Perang Harb al-Basus yang mengambil masa selama 40 tahun. Oleh hal yang demikian, timbul
perasaan megah apabila memenangi dan menewaskan suku lain.

Kesimpulannya, kepentingan semangat Assabiyah dalam masyarakat Arab Jahiliah adalah


sangat ketara. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa semangat Assabiyah ini amat penting
bagi masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan islam bagi melindungi suku kaum mereka
dan hak mereka.
2. Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Tanah Arab disebut sebagai masyarakat jahiliah.
Perkataa jahiliah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud bodoh dan sesat. Secara
dasarnya, zaman ini mempunyai segelintir masyarakatnya yang tidak mempunyai agama
yang sebenar di sisi Allah S.W.T. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan ciri-
ciri kehidupan dan kejahilan masyarakat pada masa itu, antaranya dalam surah al-Maidah dan
surah al-Jumaat.

Antara struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam ialah struktur
pembahagian masyarakat. Mayarakat jahiliah dibahagikan kepada dua golongan iaitu
golongan Badwi dan Hadari. Golongan Badwi adalah masyarakat yang tinggal di pedalaman
dan kampung. Keistimewaan golongan ini pula ialah mereka bersifat tahan lasak, berani,
pemurah, dan amanah. Manakala golongan masyarakat Hadari pula merupakan golongan
yang lebih maju. Mereka menetap di bandar atau pinggir bandar. Golongan Hadari ini terdiri
daripada para cerdik pandai dan bangsawan. Tambahan pula, aktiviti kehidupan yang mereka
lakukan ialah menjalankan aktiviti perdagangan, pertukangan dan pertanian.

Dalam sistem masyarakat jahiliah, hidup mereka ditunjangi sistem kabilah yang
membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa unit tertentu. Pembentukan bermula daripada
satu keluarga yang tinggal di dalam khemah. Keluarga atau khemah akan terbentuk satu
kumpulan yang dikenali sebagai ihai. Beberapa ihai bercantum membentuk kaum dan
akhirnya terbentuk kabilah. Pembentukan kabilah ini biasanya ditentukan melalui pertalian
darah dalam kalangan ahli masyarakat. Kehidupan masyarakat jahiliah pula diikat dengan
satu semangat yang dinamakan semangat assabiyah iaitu semangat kesukuan. Ikatan yang
padu ini mendorong mereka untuk sanggup berperang demi mempertahankan kabilah
masing-masing walaupun perbalahan mereka bermula dari perkara yang remeh.

Masyarakat zaman jahiliah berpegang kepada agama nenek moyang mereka yang
merupakan agama yang syirik dan kufur kerana ianya tidak berlandaskan kepada ajaran yang
disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkan ajaran yang dibawa
oleh para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai contoh, ada yang
mengamalkan agama Wathani yang menganggap berhala adalah Tuhan. Pada asalnya, ia
adalah ajaran Nabi Ibrahim tetapi telah dipesongkan. Antara berhala yang terkenal ialah al-
Uzza, al-Manat dan al-Lata. Terdapat juga agama Zarosta yang menyembah cahaya dengan
meletakkan api sebagai simbol tuhan mereka. Akhir sekali ialah agama Hunafa yang terdiri
daripada golongan yang tidak mengamalkan apa-apa kepercayaan. Golongan ini dikatakan
menentang agama dan kepercayaan sebelum kedatangan Islam.

Selain itu ialah masyarakat jahiliah mempunyai moral dan akhlak yang sangat rendah.
Contohnya ialah taraf wanita pada zaman jahiliah amatlah rendah, bayi perempuan yang baru
dilahirkan akan ditanam hidup – hidup kerana mereka akan dianggap sebagai memalukan ahli
keluarga. Mereka juga melakukan kegiatan meminum arak, mencuri, merompak, perniagaan
manusia dan bertukar-tukar wanita berlaku secara berleluasa. Walau bagaimanapun sebilagan
kaum wanita Arab jahiliah mempunyai keperibadian yang cemerlang Hal ini kerana kaum
wanita di zaman jahiliah turut berganding bahu dengan kaum lelaki dalam mempertahankan
akidah dan fahaman kebendaan mereka, malah turut serta memerangi orang Islam.

Ciri – ciri yang terakhir ialah mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang pertanian,
perdagangan, pertukangan. Penyebaran ilmu di zaman tersebut adalah terbatas kerana kurang
minat serta kekurangan individu yang bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu tersebut.
Ini menyebabkan masyarakat Arab jahiliah menjadi buta huruf, penyebaran ilmu hanya
berlaku dalam bentuk lisan yang menyebabkan ramai yang hanya menghafal ilmu yang
dipelajari. Sekaligus menyebabkan ilmu tersebut hilang apabila penghafal meninggal dunia.
Al-Baladhuri dalam bukunya menyatakan hanya ada 17 individu yang tahu menulis dan
membaca. Antaranya ialah Umar al-Khattab, Ali bin Abu Talib dan Uthman din Affan.

Kesimpulannya, pembahagian dalam masyarakat Jahiliah berasaskan kepada penempatan,


pembahagian antara golongan hamba dan merdeka serta kebolehan dan bakat yang mereka
miliki. Masyarakat zaman jahiliah menjalani kehidupan yang jauh terpesong dari norma
hidup sebenar. Namun, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kedatangan Islam ke Tanah
Arab dilihat sebagai titik perubahan yang membawa fasa baru dalam perkembangan tamadun
dan agama di Tanah Arab, malah baginda turut membawa perubahan positif dalam sistem dan
struktur masyarakat Arab jahiliah di Tanah Arab pada zaman tersebut.
3) Sejauh manakah agama Wathani merupakan agama utama masyarakat Arab
Jahiliah.Bincangkan.

Sebelum kedatangan Islam terdapat zaman yang dikenali sebagai zaman jahiliah. Jahiliah
ini merujuk kepada perkataan jahil dimana masyarakatnya tiada petunjuk tetapi mempunyai
kemahiran dalam segi ilmu pengetahuan. Masyarakat pada zaman ini tidak mempunyai
sebarang kitab petunjuk sebagai panduan mereka dan hanya mengikut amalan nenek moyang
terdahulu. Oleh itu wujudlah beberapa agama yang diamalkan antaranya seperti agama
wathani. Agama wathani merupakan agama utama masyarakat arab jahiliah, agama ini juga
menunjukkan kejauhanya dalam menjadi agama utama masyarakat jahiliah namun terdapat
juga agama lain seperti agama majusi, yahudi, hanif dan Kristian.

Agama wathani merupakan agama yang paling utama yang dikenali juga sebagai agama
berhala yang berasal daripada perkataan wathan yang merujuk kepada berhala. Agama ini
merupakan agama yang mempunyai penganut besar di semenanjung Tanah arab jahiliah.
Pengasas agama wathani ialah amru bin Luhay. Amru yang membina berhala tersebut dengan
batu, kayu, logam dan sebagainya. Kota Makkah merupakan pusat untuk menyembah berhala
dan terdapat kira kira 360 patung berhala di sekeliling kaabah yang disembah oleh masyarakat
arab jahiliah. Antara berhala yang terkenal adalah Al-latta, Al-uzza, Al-manat dan Al-Hubal.
Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa agama wathani merupakan agama yang paling ramai
pengikutnya di Tanah Arab walaupun ada dalam kalangan mereka menyedari bahawa
penyembahan berhala tidak membawa manfaat.

Walaupun agama wathani dianuti oleh majoriti masyarakat arab, terdapat juga agama lain
yang dianuti oleh mereka seperti agama majusi. Agama ini berasal dari Parsi yang diasaskan
oleh Zarathusraa dan tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh
Allah SWT malah mereka menafikan bahawa nabi nabi utusan tersebut benar. Mazhab didalam
agama ini terbahagi kepada tiga iaitu, Zarwaniyah, Kayurmathiah dan Zardushtiah. Penganut
agama Majusi menyembah cahaya dan kuasa yang mengeluarkan seperti api, bulan ,bintang
dan matahari. Oleh itu, cahaya merupakan suatu perkara yang amat penting kepada penganut
agama Majusi dan mereka menganggap cahaya adalah tuhan kebaikan dan kegelapan adalah
tuhan kejahatan. Cara penyembahan mereka adalah dimana pendeta majusi akan menyembah
matahari empat kali sehari. Tegasnya, masyarakat jahiliah masih tetap menganuti agama majusi
ini walaupun tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan.

Selain itu, terdapat juga masyarakat arab jahiliah yang menganuti agama yahudi.
Pengasas bagi agama ini adalah Bani Israel yang bertempat di utara tanah Arab. Asal agama ini
adalah daripada Palestin dan mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestin memasuki
dan mendiami Yaman. Agama ini juga mempunyai kitab bagi penganutnya iaitu Taurat yang
diturunkan kepada Nabi Musa A.S. Namun isi kandungan asal kitab ini telah diubah oleh orang
Yahudi untuk memenuhi kepentingan mereka. Kekayaan yang berjaya dimiliki oleh
penganutnya telah menarik minat masyarakat arab jahiliah untuk menganut agama yahudi ini.
Di Madinah, agama ini dianuti oleh bani Nadhir, Qainuqa’ dan Quzairah. Oleh itu, jelaslah
bahawa agama yahudi ini telah terpesong daripada ajaran asalnya demi memenuhi kepentingan
penganutnya.

Selanjutnya, agama hanif merupakan salah satu agama yang dianuti oleh masyarakat arab
jahiliah selain agama wathani. Agama hanif ini diturunkan kepada nabi Ibrahim dan
penganutnya digelar hunafa. Tetapi agama ini tidak seperti agama lain, ini kerana agama ini
tidak mempunyai kitab dan mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Penganut agama ini
terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat arab jahiliah yang gagal mencari hakikat sebenar
tetang ketuhanan. Mereka juga tidak mengamalkan mana mana amalan agama lain ataupun
amalan nenek moyang mereka yang turun temurun serta meninggalkan amalan tradisi jahiliah
seperti minum arak, berjudi, dan makan bangkai. Antara tokoh yang menganuti agama ini ialah
Waraqah bin Naufal dan nabi muhammas saw sendiri. Jelaslah, bahawa penganut agama ini
menentang segala agama dan kepercayaan yang menjadi amalan masyarakat jahiliah sebelum
Islam.

Akhir sekali, agama Kristian yang turut dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliah. Agama ini
mula bertapak di kota Makkah pada abad ke-4 Masihi apabila kerajaan Rom meluaskan
pengaruh dan kuasanya di Yaman. Antara pengaruh terawal agama ini ialah penduduk di
selatan Tanah Arab, iaitu kaum Taghlih. Ghassan dan Qudhah yang merupakan penduduk
Yaman. Penganut agama ini juga terdiri daripada kaum bani Israel dan mempunyai kitab suci
iaitu kitab Injil dan diturunkan kepada Nabi Isa A.S sebagai panduan. Penganut ini juga
mempercayai kewujudhan dan kebesaran Allah SWT. Namun, kitab injil ini telah diubah isi
kandungan oleh segelentir penganutnya atas tujuan peribadi yang mendorong kepada agama
Kristian ini telah terpesong daripada konsep asalnya. Tegasnya. Agama Kristian telah menjadi
agama sesat apabila kitabnya diubah.

Kesimpulannya, agama wathani merupakan agama yang dianuti oleh sebahagian besar
masyarakat Arab Jahiliah. Namun begitu, masih juga terdapat agama-agama lain yang dianuti
oleh masyarakat Arab pada zaman tersebut walaupun jumlah penganutnya tidak sebesar
penganut agama wathani. Kedatangan Islam selepas kejatuhan empangan maarib telah
membawa kepada perubahan kehidupan masyarakat Arab jahiliah dari segi sosial, politik,
agama dan kepercayaan mereka.
4. Masyarakat Arab Jahiliah bukanlah satu bangsa yang tidak bertamadun bertamadun. Jelaskan
pernyataan tersebut.

Masyarakat arab jahiliah merupakan masyarakat yang menetap di semenanjung Tanah


Arab. Zaman jahiliah bermula selepas daripada keruntuhan kerajaan Saba’ apabila ampangan
Ma’rib runtuh. Konsep masyarakat jahiliah boleh didefinisakan sebagai jahil, bodoh, dan sesat.
Jahiliah juga meruk kepada kejahilan dalam aspek kerohanian , kegamaan, kemanusiaandan
keilmuaan. Zaman jahiliah hujud selepas keruntuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga dan
peringgakat terakhir pada pemerintahan Kerajaan Himyar padamtahun 300 masihi. Terdapat
panadangan yang menyatakan bahawa masyarakat ini bertamadun dalam kehiddupan seharian
mereka iaitu pandangan daripada Sarjana Barat seperti P.K Hitti dalam bukunya ‘History of the
Arab’ dan sarjana Barat yang lain. Sarjana Barat menyatakan bahawa ketamadunan masyarakat
Arab jahiliah di Tanah Arab adalah merangkumiaspek politik, ekonomi, dan sosial.

Kemajuan dalam bidang politik dan pentadbiran. Hal ini dikatakan kerana masayarakat
arab mempunyai sistem perntadbiran yang sistematik dan tersusun. Sebahagian daripada mereka
ini telah menetap di kawasan bandar telah mempunyai ketua bagi negara kota seperti Makkah
dan Madinah. Manakala dikawasan luar bandar dan perdalaman turut mempunyai ketua kabilah
mengikut suku dan kabilah masing – masing. Sistem pentadbiran mereka sudah tersusun
mengikut ketua-ketua kabilah mereka yang dilantik dalam majlis kabilah.

Seterusnya, kemajuan dalam bidang petanian. Hal ini kerana,


masyarakat Arab telah bergiat aktif dalam bidang pertanian
sebelum zaman Islam lagi. Sebahagian besar daripada mereka telah
menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian.
Keadaan ini menyebabkan mereka mampu mendapatkan hasil
pertanian yang melimpah ruah. Antara jenis tanaman yang ditanam adalah seperti
zaitun dan delima. Dalam usaha bidang pertanian ini mereka juga telah
mempelajari teknik pertanian di Syam seperti mengenalpasti kesesuaian, tanah
kesuburandan teknik penanaman untuk pertanian yang tertentu. Tegasnya
kemajuan dalam bidang menggambarkan ciri ketemadunan masyarakat Arab Jahiliah.

Selain tu, kamajuan dalam bidang kesusasteraan. Hal ini kerana, masyarakat Arab Jahiliah
telah manjadikat syair pidato dan sebagainya sebagai element penting dalam kehidupan mareka.
Pertandingan syair sering dianjurkan oleh para pensyair terkemuka. Pensyair yang Berjaya akan
mendapatkan penghormatan besar dan karya-karya mereka akan ditulis dengan tinta emas dan
akan ditampal di kaabah. Jelaslah bahawa masyarakat Arab Jahiliah pernah mencapai
ketamadunan tinggi dalam bidang kesusasteraan.
Seterusya, kemajuan dalam bidang pengetahuan seperti geografi yang telah dinyatakan
dalam Al-Quran. Ini kerana kebanyakan dalam kalangan masayarakat Arab Jahiliah mahir dalam
ilmu lautan, perjalanan di laut , bintang-bintang yang dijadikan sebagai pendudukuntuk
menempuh kegelapan perjalanan di darat atau dilautan. Malah mereka juga mahir dalam
mencipta kompas. Kompas ini akan memudahkan pelayaran mereka untuk berdagang dari satu
tempat ke tempat yang lain. Tegasnya masyarakat Arab Jahiliah adalah bertamadun kerana maju
dalam ilmu pengetahuan seperti mahir dalam ilmu geografi.

Akhir sekali, mempunyai amalam kepercayaan dan agama iaitu penyembahan patung
berhala. Ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah mengamalkan agama wathani
iaitu menyembah berhala. Antara berhala yang terkenal ialah al-uzza, al-lata dan al-manat yang
dianggap mempunyai kuasa. Masyarakat Arab Jahiliah turut menganut agama agama seperti
majusi,hanif serta mengamalkan kepercayaan karut dan khurafat seperti memuja kubur, pokok
dan sebagainya. Tegaslah kepercayaan menyembah berhala ialah salah satu ciri ketermaduanan
masyarakat arab jahiliah.

Kesimpulannya masayarakat Arab Jahiliah juga adalah masyarakat yang bertamadun iaitu
dalam aspek pertanian, ilmu pengetahuan ,kesusasteraan dan kepercayaan. Kemajuan dalam
bidang merupakan aspek utama menjadikan sistem ekonomi dalam negara menjadi stabil dan
berkembang luar sehinggga luar tanah Arab. Oleh itu, segala pencapaian ketermadunan
berkenaan dapat dinafikan tuduhan yang mengatakan masyarakat Arab Jahiliah imi tidak
bertamadun. Kelahiran Islam melalui utusan Nabi Muhammad SAW iaitu penurunan Al-Quran
telah menamatkan zaman jahiliah dan mengubah corak kehidupan masyarakat Arab secara
keseluruhan.
5. Bincangkan kehidupan manusia zaman Jahiliah dan kehidupan manusia setelah kedatangan
Islam.
Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahala yang bererti bodoh. Zaman ini berlangsung sebelum
kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad
S.A.W pada 610M. Kitab suci Al Quran menggariskan ciri-ciri jahiliyah seperti zaman yang tidak
mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, zaman yang tidak mempunyai peradaban atau
tamadun, zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

Antara perbezaan zaman Jahiliah dan zaman setelah kedatangan Islam ialah dari segi konsep
ketuhanan. Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan politeisme. Politeisme adalah satu
bentuk kepercayaan yang mengakui adanya lebih dari satu Tuhan atau pemujaan banyak tuhan
seperti dewa dan dewi yang dipuja di kuil bersama dengan upacara dan mitologi tertentu. Secara
harfiah perkataan Politeisme berasal dari bahasa Yunani iaitu poly + theoi, yang membawa
maksud 'banyak tuhan'. Islam menolak konsep kepercayaan polythisme kerana mengamalkan ilmu
tauhid iaitu kepercayaan yang hanya mengakui Ketuhanan yang satu di mana Nabi Muhammad
S.A.W mengajarkan hanya mengesakan Allah S.W.T.

Selain itu,dapat dilihat dari aspek politik bahawa politik dan pentadbiran zaman Jahiliah tidak
tersusun dan hanya bergantung kepada kabilah yang terkuat menjadi ketua kabilah yang dipanggil
Syiekh Kabilah manakala politik dan pentadbiran Islam dapat dilihat tersusun secara rapi dan
kukuh kerana menekankan pemerintahan sederhana iaitu masyarakat Islam diadili dengan saksama
dan pemerintah yang bergelar Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan
pandangan ahli Syura dan ijtihad dan tidak mendapat hak istimewa untuk mengatasi undang-
undang. Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut
saluran saluran tertentu.

Seterusnya, mengikut kategori penduduk dari aspek ekonomi pada zaman Jahiliah. Arab Badwi
tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu,
kambing di kawasan subur seperti Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur. Arab
Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan, membuat patung dan
membuat senjata dan terlibat dalam kegiatan perdagangan.Walaupun zaman jahiliah mempunyai
ekonomi, akan tetapi ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas
pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli berbanding dengan ekonomi zaman Islam
yang sangat stabil kerana kesaksamaan ekonomi iaitu pengurusan sumber secara adil, seimbang
dan saksama melalui agihan kekayaan dan penggunaan sumber yang terhad serta pengeluaran
secara optimum yang menjamin kemajuan ekonomi pada zaman tersebut.

Di samping itu, masyarakat Jahiliyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
Kebanyakan mereka merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih
berdasarkan naluri dan emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan
menulis hanya kira-kira 17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk golongan tertentu sahaja
seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengetahuan berlaku dalam bentuk lisan
manakala setelah al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat
Islam wajib mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan
budaya.

Dalam pada itu, aspek sosial zaman jahiliah berada di peringkat terendah kerana perilaku yang
sangat buruk iaitu manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras,
berzina dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti atas,
menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan barangan nafsu
lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani.
Tetapi setelah kedatangan islam, penekanan pemberian hak diberi kepada semua rakyat seperti
hidup bebas, berfikir dan menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan
sistem ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan
diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang paling
beriman di sisi Allah S.W.T.

Kesimpulannya, sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan
dan kucar kacir dengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup
masyarakat Tanah Arab mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial.
6. Jelaskan perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab selepas kedatangan
islam

Masyarakat Arab merujuk kepada masyarakat yang hidup di semenanjung tanah arab .
sebelum kedatangan islam mereka dikenali sebagai masyarakat jahiliah yang hidup dalam zaman
kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk zaman ini
berlangsung selama 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan zaman jahiliah
berakhir apabila turunya al quran dan allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad sebagai rasul
pada tahun 610 masihi . kedatangan agama islam telah membawa perubahan sosiopolitik yang
besar ke atas masyarakat Mekah dan Madinah.

Antara perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab selepas kedatangan
islam ialah berlakunya hubungan masyarakat . Sebelum kedatangan islam masyarakat arab pada
zaman jahiliah hidup secara terpisah dalam kabilah dan bani masing – masing . Setiap individu
dalam kabilah mempunyai ketaatan ( semangat assabiyah ) kepada kabilah dan sangat prejudis
kepada kabilah yang lain . Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah
tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah ini telah menimbulkan
masalah permusuhan antara kabilah terus berleluasa. Selepas kedatangan islam , masyarakat
islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat di bawah konsep Islamiyah tanpa
mengira kaum dan suku kesetiaan assabiyah kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan oleh
ikatan persaudaraan islam. Contohnnya nabi telah mempersaudarakan orang ansar dan muhajirin,
jelaslah bahawa konsep persaudaraan ini telah melahirkan hubungan masyarakat yang
bersemangat padu dalam kalangan masyarakat

Selain itu, perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab selepas kedatangan
islam ialah maruah wanita . Sebelum kedatangan islam maruah wanita sangat dipandang rendah
iaitu kaum wanita dipandang hina sehingga mereka dianggap sebagai barang dagangan dan
dijadikan sebagai pemuas hawa nafsu lelaki misalnya kaum wanita hendaklah mengikut arahan
mereka dengan cara wanita akan dipaksa untuk menghiasi diri mereka mengikut kehendak lelaki
dan kaum wanita juga sering dibawa bersama sama untuk berperang. Maruah wanita ini juga
dipandang amat hina sehinggakan Bani Tamim sanggup membunuh bayi perempuan sebagai
amalan kerana bagi mereka bayi perempuan akan memalukan maruah keluarga . Selepas
kedatangan islam , maruah wanita mula terpelihara dan dihargai iaitu kebajikan wanita mula
dipelihara dan tidak lagi ditindas haknya sebagai wanita kerana boleh mewarisi harta mengikut
hukum dan syarat yang digariskan dalam islam. Jelaslah bahawa, dalam islam wanita itu dindang
tinggi ,amat dihormati dan maruah wanita lebih terpelihara .

Seterusnya , akhlak iaitu masyarakat arab jahiliah mengamalkan nilai moral dan akhlak
yang buruk dan tidak mempunyai batas kesopanan manusia iaitu mereka sering mengamalkan
aktiviti tidak bermoral dan berakhlak seperti berzina, minum arak , bunuh anak perempuan
merupakan perkara biasa kepada masyarakat jahiliah namun selepas kedatangan islam , islam
melarang umatnya melakukan perkara terkutuk dan tidak berakhlak tersebut islam mengajar
akhlak mulia dan nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan
lain-lain jelaslah bahawa dengan datangnya islam telah membawa satu perubahan yang positif
terhadap sikap dan akhlak masyarakat .

Di samping itu, cara hidup masyarakat arab jahiliah iaitu masyarakat arab jahiliah
majoritinya menganut agama menyembah berhala. Mereka menganggap berhala sebagai
perantaraan antara manusia dengan tuhan pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat
penyembahan berhala terdapat juga beberapa agama lain yang dianuti oleh masyarakat arab pada
zaman jahiliah contohnya agama yahudi, nasrani, majusi dan kepercayaan animisme. Masyarakat
pada masa itu juga terikat dengan kepercayaan karut seperti percaya kepada amalan hujan, tilik
nasib dan pemakaian azimat. Selepas kedatangan islam masyarakt islam pada zaman itu
mempunyai keimanan yang teguh. mereka percaya kepada Allah yang maha esa, beriman dengan
6 perkara rukun iman beramal dan dengan 5 perkara rukun islam. Bahkan orang ansar secara
rela telah memeluk ajaran islam dan nabi telah melantik guru agama untuk memperkukuhkan
akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi juga telah menjalankan dasar kebebasan
beragama terutamanya ke atas masyarakat yahudi di Madinah dan kebebasan beribadat.

Akhir sekali, perubahan sosiopolitik yang berlaku kepada masyarakat arab selepas
kedatangan islam ialah nilai positif walaupun masyarakat arab jahiliah lebih cenderung
terhadap perkara negatif masyarakat ini mempunyai nilai positif yang tinggi seperti mereka
menghormati tetamu, berpegang teguh pada janji ,memberi perlindungan kepada nabi
Muhammad seperti yang dilakukan oleh bani Hashim . Dalam masyarakat islam , nilai ini terus
diperkukuh lagi selaras dengan ajaran yang dibawa oleh islam .

Kesimpulannya, islam telah menukar cara hidup masyarakat jahiliah daripada menyembah
berhala kepada menyembah Allah , daripada berakhlak buruk kepada mulia dan islam juga telah
membawa masyarakat jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.
7. Nabi Muhammad Saw telah manghadapi tentangan yang hebat semasa pembinaan masyarakat
islam di Makkah.

Turun wahyu yang pertama pada 610 Masihi di Gua Hira. Baginda dengan rasminya
dilantik menjadi nabi Allah maka Rasulullah SAW menyampaikan dakwah islam secara sulit
selama tiga tahun. Akhirnya, Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran islam secara
terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah al-Hijr

Selain itu, berlaku propaganda penghinaan terhadap nabi Muhammad saw . Contohnya
berlaku penuduhan terhadap nabi Muhammad saw iaitu baginda seorang yang gilakan
pangkat,kedudukan dan status. Penghinaan terhadap nabi Muhammad saw adalah melalui
perkataan ,perbuataan ,dan memperolok-olakan baginda.

Seterusnya,berlaku diplomasi. Mereka melakukan diplomasi dan menawarkan Nabi


Muhammad Saw dengan pangkat, wanita, dan harta supaya nabi Muhammad saw akan
menghentikan ajaran islam di Makkah. Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad Saw telah
menolak semua tawaran yang diberi kepada baginda.

Disamping itu, berlaku pemulauan. Iaitu Hamzah bin Abdul Muttalib memulaukan umat
Islam daripada penduduk Makkah dan oleh sebab ini agama islam menjadi semakin rancak dan
orang Quraisy memulaukan kaum Hasyim dan Muttalib yang mempertahankan baginda.

Usaha untuk membunuh Nabi Muhammad Saw, Umar AL-Khattab menggerjakan ibadat
solat di Kaabah dan ini memusuhi umat islam dan pernah mencuba membunuh Nabi Muhammad
Saw. Oleh hal ini berlaku penyeksaan . Contohnya bilai bin dijemur di tengah matahari di
padang pasir dan keluarga ammar bin Yasir diseksa oleh bani mahkzum sehingga ibu bapa
meninggal dunia
Kesimpulannya , tahap awal penyebaran Islam mendapat penentangan daripada masyarakat
kota Makkah. Tetapi berkat kesabaran Nabi Muhammad Saw telah Berjaya mewujudkan sebuah
negara islam yang aman.
8. Golongan Muhajirin Dan Ansar Memberi Sumbangan Yang Besar Pada Zaman
Pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah. Bincangkan Pernyataan Ini.

Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan
iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan
membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman
baginda.

Antara sumbangan golongan Muhajirin yang besar pada zaman pemerintahan Nabi
Muhammad SAW di Madinah adalah membantu Nabi Muhammad SAW dalam hal keagamaan
dan pentadbiran. Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat
Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Sebagai contohnya selepas
peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad SAW mengutus Mus’ab bin Umair sebagai guru agama
dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Hal ini
menyebabkan misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.

Selain itu, golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah
Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad SAW yang lain dapat menjalan
kegiatan dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di Madinah. Akhirnya, Umat Islam
berjaya mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat
secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.

Seterusnya, golongan Muhajirin juga perlu mengukuhkan ketenteraan Islam. Setelah


berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada tokoh-tokoh
pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan
musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi
Talib dan lain-lain. Hal ini telah menyebabkan anggota tentera Islam menjadi lebih kuat dan
dapat menentang dengan orang kafir.

Manakala, sumbangan golongan Ansar yang besar pada zaman pemerintahan Nabi
Muhammad SAW di Madinah adalah membantu menyebarkan agama Islam. Golongan Ansar
juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini
bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.
Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam
di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah.
Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang
Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.
Dalam pada itu, golongan Ansar juga menyumbangkan harta benda dan buah fikiran. Hal
ini demikian kerana dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti semasa
menghadapi peperangan . Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka
dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.

Akhir sekali, sumbangan golongan Ansar ialah membantu golongan Muhajirin. Mereka
sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Makkah
dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-
ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga
malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.

Kesimpulannya, kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai sumbangan yang


tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW di Madinah. Masing-masing mempunyai sumbangan yang berbeza yang
menjadi gabungan yang mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad SAW
di Mekah dan Madinah.
9. Jelaskan konsep ummah & langkah-langkah pembentukannya yang dilaksanakan oleh
nabi Muhammad SAW.

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan
impak yang besar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya
negara Islam, bahkan telah mengubah landskap politik, ekonomi, dan sosial di Madinah.
Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur sosial masyarakat dibelenggu dengan
fahaman perkauman yang melampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah
apabila Baginda berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah
(masyarakat) yang saling menghormati antara satu sama lain.

Ummah dari sudut bahasa bermaksud masyarakat. Dalam konteks di Madinah, ummah
merujuk kepada warga Madinah. Dalam al-Quran juga ada menyebut beberapa kali perkataan
ummah yang merangkumi golongan manusia dan jin. Mengikut Piagam Madinah, konsep ini
jelas menggambarkan wujud dua kelompok masyarakat yang besar, iaitu masyarakat Islam yang
terbahagi kepada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan Islam yang majoritinya
berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Golongan Muhajirin merupakan golongan pendatang dari Mekah yang berhijrah bersama-
sama Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Golongan Ansar pula merupakan penduduk asal
Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. Kaum Yahudi pula dapat dibahagikan
kepada tiga, iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.

Proses pembentukan ummah sebenarnya telah bermula di Makkah lagi, iaitu sejak Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu pertama pada tahun 610 M. Baginda memulakannya melalui
proses dakwah yang berlangsung secara sulit dan terbuka. Dakwah secara sulit ditumpukan
kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa orang individu terkemuka
menerima agama Islam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq,
Uthman bin Affan, dan Zubair bin al-Awwam. Nabi Muhammad SAW dan Arqam bin Abi
Arqam menjadikan kediaman mereka sebagai pusat dakwah Islamiah.

Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit, Baginda menerima wahyu daripada Allah SWT
agar berdakwah secara terbuka kepada kaum Quraisy dan penduduk kota Makkah seperti yang
terkandung dalam surah al-Muddathir. Berikutan daripada peristiwa ini, bermulalah penentangan
oleh kaum Quraisy Makkah yang dipelopori bapa saudara Baginda sendiri, iaituAbu Lahab dan
pengikutnya.

Kaum Quraisy Makkah telah melakukan pelbagai bentuk penentangan terhadap dakwah
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Penentangan tersebut pada mulanya dilakukan
secara diplomasi dan kemudiannya secara kekerasan. Antara kaedah diplomasi yang digunakan
untuk menghalang hasrat Baginda membentuk masyarakat Islam yang lebih besar adalah dengan
mengejek atau menghina melalui perbuatan dan perkataan. Kaum Quraisy Makkah juga berusaha
menggunakan Abu Thlib supaya memujuk Nabi Muhammad SAW menghentikan usaha dakwah,
namun tindakan tersebut tidak berjaya. Oleh itu, usaha diplomasi terakhir yang dilakukan oleh
kaum Quraisy Makkah adalah dengan berunding sendiri dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka
menawarkan tiga perkara yang menjadi buruan manusia, iaitu wanita, harta, dan pangkat.
Mereka juga mencadangkan supaya Nabi Muhammad SAW dan mereka bergilir-gilir
menyembah Tuhan masing-masing. Namun, Nabi Muhammad SAW bertegas menolak cadangan
tersebut berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-Kafirun. Setelah gagal melalui
diplomasi, kaum Quraisy Makkah bertindak lebih agresif. Mereka menyeksa penganut-penganut
Islam seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir, dan Khabbab bin Arrat. Kaum Quraisy Makkah
juga mengisytiharkan pemulauan terhadap kaum keluarga Nabi Muhammad SAW setelah
mendapati pengaruh Baginda kian meluas termasuk di Habsyah. Pemulauan ini berlangsung
selama tiga tahun. Kemuncak penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah ialah
mengadakan perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Kegagalan membentuk masyarakat Islam di Makkah menyebabkan Baginda mengubah


strategi dakwah. Tumpuan Baginda beralih kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat
haji di kota Makkah. Sebenarnya usaha ini adalah susulan daripada kegagalan Baginda mendapat
sokongan daripada penduduk Ta'if (Bani Thaqif yang telah berjaya dihasut oleh kaum Quraisy
Makkah.

Nabi Muhammad SAW telah menemui beberapa orang tokoh dari Yathrib seperti Suwayd
bin Samit dan Iyas bin Mu'adh serta berdakwah kepada mereka agar menerima dan menyebarkan
agama Islam. Susulan daripada itu, apabila mengetahui tentang kedatangan rombongan kaum
Khazraj, Baginda telah menemui mereka berhampiran Bukit Aqabah. Pada musim haji
berikutnya, iaitu pada tahun 621M, 10 orang daripada kaum Khazraj dan 2 orang daripada kaum
Aus datang menemui Baginda dan memeterai Perjanjian Aqabah I. Mereka berikrar akan
meninggalkan segala amalan jahiliah termasuk penyembahan berhala, membunuh anak
perempuan, hasad dengki, dan menyakiti jiran. Nabi Muhammad SAW kemudiannya menghantar
Mus'ab bin Umayr ke Yathrib untuk mengajar al-Quran dan seterusnya menyebarkan Islam.

Pada tahun 622M, seramai 73 orang dari Yathrib datang menemui Baginda dan
kemudiannya memeterai Perjanjian Aqabah II. Dalam perjanjian ini, mereka bukan sahaja
berjanji untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, malah menjemput Baginda berhijrah ke
Yathrib dan melantik Baginda sebagai pemimpin mereka. Perkara paling penting yang
dipersetujui ialah mereka sanggup mempertahankan Baginda sebagaimana mereka
mempertahankan keselamatan diri dan keluarga mereka sendiri. Berdasarkan keadaan ini serta
wujudnya rancangan untuk membunuh Baginda oleh kaum Quraisy Makkah, maka Nabi
Muhammad SAW telah melakukan hijrah ke Yathrib pada tahun tersebut.

Peristiwa penghijrahan telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah


negara Islam di Madinah. Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda telah merangka sistem
perundangan yang bersumberkan wahyu agar memberikan keadilan kepada semua warga
Madinah. Piagam Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menyentuh tentang hak
orang Islam, hak orang bukan Islam dan hak serta tanggungjawab bersama orang Islam dengan
bukan Islam. Salah satu fasal penting dalam piagam ini ialah pengenalan konsep ummah yang
merujuk kepada warga Madinah yang beragama Islam dan bukan beragama Islam wajib hidup
dengan saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai
pemimpin tertinggi negara.

Walau bagaimanapun, konsep ummah yang dibentuk oleh Baginda telah mengalami
perubahan berikutan pengkhianatan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Tindakan kaum Yahudi
tersebut telah memaksa Nabi Muhammad SAW mengusir mereka dari bumi Madinah. Selepas
peristiwa tersebut, konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam yang berpaksikan
akidah yang sama serta mengamalkan konsep akhlak amal ma' ruf nahi munkar.

Kesimpulannya, proses pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini
telah memakan masa yang lama. Tindakan bijak Nabi Muhammad SAW merangka strategi
supaya pembentukan ummah berlaku secara evolusi menggambarkan kehebatan Baginda sebagai
pemimpin tertinggi negara. Malah, kebijaksanaan Baginda kian terserlah apabila berjaya
menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang
adil dan harmonis terutama selepas pengusiran kaum Yahudi.
10. Bincangkan perkembangan masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Terdapat dua golongan masyarakat Islam semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, iaitu
masyarakat di Semenanjung Tanah Arab dan di luar Semenanjung Tanah Arab. Komposisi
masyarakat terdiri daripada masyarakat Arab dan bukan Arab, Orang Arab termasuk golongan
Muhajirin, Ansar dan Ahl-al-Ayyam. Golongan bukan Arab terdiri daripada kaum Parsi dan
Qibti. Perluasan wilayah Islam ke luar Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq, Syria dan Mesir
telah mempengaruhi corak masyarakat Islam. Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan
menampilkan adat resam serta budaya masing -masing. Terdapat pelbagai golongan masyarakat
pada zaman Khalifah al-Rasyidin

Golongan pertama ialah orang Arab yang terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab
Selatan. Rasulullah SAW telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti kaum
Muhajirin dengan Ansar. Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima
Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara Islam. Di zaman Khalifah al–Rasyidin
orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan golongan yang penting membantu
pentadbiran negara contohnya Khalifah Abu Bakar, Khalid Al- Walid dan Amru al-As
merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan Ar Riddah. Selain itu, Khalifah
Umar al – Khattab telah melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin
Affan dan Zubir bin al –Awwam sebagai ahli Majlis Syura. Uthman bin Affan pula telah
memberikan Keluarga Bani Umaiyyah jawatan penting seperti Marwan al – Hakkam dan
Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai Gabenor.

Seterusnya golongan Al-Riddah. Golongan ini wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al –
Siddiq. Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu golongan yang tidak mahu mengeluarkan
zakat. Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi Muhammad.
Mereka terdiri daripada penduduk Bahrin, Yammah dan Hirah. Di Yammah golongan ini
diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah. Yang kedua ialah golongan Nabi palsu dan para
pengikutnya. Nabi-nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al-Kazab merupakan nabi palsu
yang berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan
pengaruh dan kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40, 000
orang yang berpusat di Yammamah. Ketiga terdiri daripada golongan Murtad. Mereka terdiri
daripada kabilah–kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan
politik daripada negara Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan jahiliah.
Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali
kepada ajaran Islam. Pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka
kembali semula kepada ajaran Islam.

Kemudian, golongan Ahl- Al-Ayyam. Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar
al- Khatab. Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang- orang
Arab yang menyertai pasukan tentera membuka dan menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai
golongan ahl-al-Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad. Golongan ini
terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas golongan murtad. Mereka
diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai
mengenang jasa mereka dalam pentadbiran. Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat lebih
kurang 12000 orang. Pemimpin mereka ialah Al-Ashtar, Malik al-Harith dan Hujr al- Kindi.

Selain itu ialah golongan Al-Qurra. Mereka berasal daripada golongan ahl-al-Ayyam yang
diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai al-
Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada golongan ahl-al-Ayyam yang lain terutama
bekas golongan murtad. Di zaman Khalifah Uthman, sebahagian besar mereka memberontak
kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah.
Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman. Mereka
memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal dan Perang
Siffin.

Terdapat juga golongan al-Khawarij. Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah
Ali yang terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan
Khalifah Ali menerima perdamaian dengan tentera Muawiyyah dalam Perang Siffin dan
rundingan Majlis Tahkim. Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelarkan
diri mereka sebagai golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya
dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin abu Sufyan dan Amru al-As.
Mereka melancarkan gerakan untuk membunuh ketiga – tiga pemimpin tersebut. Mereka
membunuh Khalifah Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

Akhir sekali, golongan berkecuali. Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat
dalam konflik antara Ali dan Muawiyyah. Golongan ini tidak menyokong mana-mana pihak dan
tidak mahu terlibat kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka serta keluarga. Golongan ini
tinggal di Hijjaz.

Kesimpulannya, perkembangan masyarakat islam telah berlaku dengan luas dan pantas
melalui kegiatan dakwah dan penaklukan yang membawa kepada perkembangan pemikiran dan
kebudayaan. Empayar islam telah berjaya dibentuk keluar dari tanah semenanjung arab pada
zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin walaupun menghadapi pelbagai cabaran musuh sama ada dari
dalam atau luar. Setiap masyarakat yang menerima islam sebagai pegangan dan cara hidup adalah
berdasarkan kebenaran akidah dan kesesuaian syarikat yang diajar oleh islam.
Perkembangan masyarakat islam berlaku dgn pantas menerusi dakwah & penaklukan yg
membawa kpd perkembangan ufuk pemikiran & kebudayaan.
11. Huraikan isi kandungan dan kepentingan Piagam Madinah

Piagam Madinah merupakan yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW yang sebagai
pedoman kerajaan Madinah sebagai negara yang berdaulat. Masa pengubalan Piagam Madianh
adalah sebelum Perang Badar dan selapas Perang Badar, iaitu pada tahun 624 Masihi dan 625
Masihi. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan dua bahagian. Bahagian pertama
mengandungi 23 fasal yang menyentuhkan tentang hubungan Islam dengan Yahudi dengan
tanggungjawab sesame sendiri. Manakala 24 fasal yang seterusnya membabitkan kaum Yahudi
dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.

Antara isi kandungan Piagam Madinah yang pertama merupakan pengisytiharan Nabi
Muhammad SAW sebagai ketua negara, ketua hakim dan ketua agama. Peranan penting fasal
tersebut adalah pengiktirafan Nabi Muhammad SAW mempunyai kewibawaan dalam
pentadbiran Kerajaan Madinah. Sebarang masalah yang dihadapi oleh warga Madinah tanpa
mengira bangsa da agama mestilah dirujuk kepada Baginda untuk masalah mereka sendiri.
Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah
seperti penselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda.

Isi kandungan Piagam Madinah yang kedua adalah menerangkan bahawa setiap kaum harus
bertanggungjawab mempertahankan Madinah. Peranan fasal tersebut adalah membolehkan Nabi
Muhammad SAW memboleh mengambil Tindakan menyingkirkan sebarang pihak yang
mengkhianati fasal ini atau bertindak membahayakan keselamatan negara. Contohnya, Nabi
Muhammad SAW berjaya menghalaukan golongan Yahudi berdasarkan fasal ini apabila mereka
telah membelot semasa Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak atau Azhab.

Seterusnya, isi kandungan Piagam Madinah turut menjaminkan kebebasan agama di


Madinah. Peranan penting fasal tersebut sebagai langkah pengelakan permusuhan sesama
masyarakat kerana tidak ada paksaan dalam menganut agama. Nabi Muhammad SAW menjamin
kebebasan agama dengan membenarkan masyarakat menganut agama selain islam tinggal di
Madinah. Nabi Muhammad SAW menjamin kebebasan agama dengan membenarkan penganut
agama beribadat secara bebas. Ini terus mengakibatkan lebih ramai penganut-penganut Islam
menyebar dan berdakwa secara bebas.

Antara kepentingan Piagam Madinah yang pertama ialah, semua kaum bertanggungjawab
mempertahankan Madinah. Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah
tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam. Mereka sama-sama menggembleng tenaga
mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Semangat cinta akan Kota Madinah
dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga
menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka. Perbezaan agama tidak menghalang
seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.
Kepentingan yang seterusnya ialah, kebebasan kepada setiap penduduk. Setiap penduduk
diberi kebebasan hak asasi yang sama rata. Contohnya, kebebasan ini meliputi kebebasan diri,
kebebasan agama, kebebasan berfikir, bersuara, beramal dan juga kebebasan bekerja. Tiada
penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat
menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Jaminan kebebasan meliputi dari segi
aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Kesimpulannya, Piagam Madinah menubuhkan negara Islam yang unggul malah dapat
menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam menyelesaikan masyarakat yang
berbilang kaum dan telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari
Madinah.
12) Jelaskan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad
SAW.

Nabi Muhammad SAW memegang jawatan sebagai ketua negara iaitu kepimpinan
menyeluruh dalam perkara berkaitan agama dan pemerintahan. Nabi Muhammad membentuk
sistem pentadbiran Islam berasaskan perkara perkara seperti menghapuskan semangat
assabiyah dan menggantikannya dengan semangat ummah mengikut akidah Islam,
menjadikan Islam sebagai landasan undang undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat
berasaskan Al Quran dan sunnah, mewujudkan kaedah musyawarah dalam pentadbiran,
menjadikan Piagam Madinah sebagai peraturan bertulis dan mewujudakan hubungan
diplomatik dengan Habsyah, Mesir dan Parsi.
Seterusnya, konsep ummah. Semasa Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, penduduk
di Madinah berpecah belah apabila peperangan sering berlaku antara kaum. Nabi Muhammad
SAW berusaha untuk mengamankan keadaan tersebut dan menyatupadukan kaum Madinah
dengan meletakkan mereka di bawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan Islam Madinah.
Ajaran dan tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah membentuk
perpaduan tanpa mengira status, kedudukan dan asal usul. Baginda telah menyatukan
golongan Aus dan Khazraj penduduk arab Madinah menjadi golongan Ansar. Seterusnya,
baginda mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin manakala golongan Yahudi
diberikan kebebasan beragama. Jelaslah bahawa usaha ini melahirkan perpaduan masyarakat
Madinah dalam konsep satu Ummah.
Dasar ekonomi negara. Nabi Muhammad SAW telah memperkenalkan dasar ekonomi
baru bagi menggantikan dasar ekonomi jahiliah. Larangan riba, menipu timbangan,
mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal. Baginda
menggalakkan masyarakat bekerja pekerjaan yang halal seperti perdagangan, pertanian dan
penternakan. Tanah tanah yang terbiar diusahakan dan tanah tanah yang tergadai kepada
orang yahudi ditebus dan diserahkan kepada mereka yang tidak bertanah untuk diusahakan.
Kegiatan perdagangan diperluaskan hingga ke Syam. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW
menggalakkan semua manusia bekerja mencari harta kekayaan.
Di samping itu, baginda Berjaya memperkenalkan sistem Syura dalam semua bidang
terutamanya bidang politik dan ekonomi. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa
melakukan pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa peperangan. Baginda
tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan
dan memulangkan harta benda yang ditawan daripada pihak musuh ketika perang. Baginda
juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan
Muhajirin serta juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj penduduk asal
Madinah.
Kesimpulannya, Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan sebuah pemerintahan yang
lengkap. Pemerintahan yang berteraskan ajaran Islam telah menjadikan pemerintahan baginda
sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua umat manusia sama ada orang
Islam mahupun bukan Islam.
Soalan 13: Bincangkan struktur pemerintahan pentadbiran kerajaan islam Madinah
pada zaman Khulafa’ Al Rasyidin.

Kerajaan Khulafa' al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu
Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.Kerajaan ini diperintah oleh
empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,Khalifah
Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.Gelaran
Khulafa' al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w.

Struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin Madinah
menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan
dan penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran; amalan syura dilaksanakan untuk
membincangkan dasar pemerintahan dan pentadbiran negara.
Khalifah merupakan individu yang paling berkuasa. Walau bagaimanapun kekuasaannya
tidak bersifat mutlak. Khalifah boleh membuat ijtihad seatdainya ada perkara penting yang
perlu diputuskan yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat
berdasarkan suara majoriti (mewarisi apa yang dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w). Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara
rasmi dan berfungsi secara formal.Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat yang
berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.

Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, khalifah juga merupakan
panglima tertinggi dalam Pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah
didirikan. Segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan
dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

Pada peringkat wilayah, pentadbiran diketuai oleh gabenor. Setiap wilayah akan
diketuai oleh gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan
pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai (Sahib
al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Bait al-Mal)
dan seorang kadi.

Individu berkenaan dilantik memegang jawatan diperjelaskan tentang bidang kuasa


mereka agar tidak berlaku kekeliruan kelak. Mereka juga wajib melaporkan jumlah harta
sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungiawab.

Di setiap wilayah, didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan


dan perbelanjaan negara. Selain itu, pentadbiran baitulmal juga diwujudkan pada peringkat
pusat bagi mengendalikan urusan kewangan negara.

Kesimpulannya, sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin


merupakan sistem yang dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w.Struktur pentadbiran kian sistematik apabila Khalifah Umar bin al-
Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.
14. Nabi Muhammad saw telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam kepimpinan
baginda. Buktikan kepimpinan baginda dalam pelbagai bidang.

Nabi Muhammad atau nama penuh baginda ialah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul
Mutalib dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah. Baginda dilantik secara
rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda juga disifatkan sebagai contoh yang terbaik
dan berakhlak mulia sebagaimana yang diajar di dalam al-Quran. Nabi Muhammad bukan sahaja
seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan negara yang disegani.

Bukti kepimpinan Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama adalah beginda mempunyai
empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Baginda menyampaikan ajaran Islam
kepada umat manusia berakhlak mengikut ajaran yang diajar di dalam al-Quran sebagai seorang
pendakwah. Nabi menunjukkan sifat yang lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh
kepada ajaran yang dibawanya terutama dari aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar
menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk
membunuh nabi. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah
cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah
SWT.

Bukti Nabi Muhammad sebagai pemimpin politik adalah baginda telah mengasaskan
perlembagaan bertulis pertama di dunia iaitu sahifah Madinah dan diiktiraf menjadi ketua Negara
islam Madinah. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila
berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab Makkah iaitu peletakan
semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah. Baginda juga mendamaikan
pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah satu dan
dua. Nabi Muhammad dianggap diplomat Berjaya kerana inisiatif baginda menghantar perwakilan
islam ke Habsyah dan Mesir. Baginda juga memperkenalkan sistem Syura iaitu permesyuaratan
untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

Nabi Muhammad menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan.
Baginda menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda sendiri.
Akidah, syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang
ketenteraan. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.
Contohnya, baginda mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam
menghadapi musuh. Baginda juga berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang
membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.

Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat telah berjaya menyatukan masyarakat Madinah
yang berbilang agama dan keturunan. Baginda menyatukan umat Islam melalui persaudaraan
antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhwah Islamiyah dan bantu membantu kearah
kebaikan. Baginda juga berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang
terkandung dalam Piagam Madinah. Baginda menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui
konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi diperingkat awal
tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah. Baginda juga memberi
kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat masing-masing.

Kesimpulannya, Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek
kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik,
sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat
Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.
15. KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM KETENTERAAN

Terdapat dua jenis peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Ghazwah dan
Sariyyah.Ghazwah ,merupakan peperangan yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad SAW
manakala Sariyyah adalah peperangan yang tidak disertai oleh baginda Nabi Muhammad
SAW.Kepimpinan Nabi Muhammad SAW merupakan contoh utama kepada kepimpinan tentera
islam.Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad SAW
mencapai kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan
strategi peperangan.Terdapat pelbagai ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam
ketenteraan.

Antara ciri kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW dalam ketenteraan adalah baginda
menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji.Sebagai contoh,Nabi Muhammad SAW
membebaskan Malek Bin Auf dan keluarganya serta seluruh hartanya selepas perang Taif
sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek Bin Auf menyerah diri.Tindakan baginda yang
berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek Bin Auf telah
memeluk islam .Jelaslah bahawa baginda Nabi Muhammad SAW mempunya ciri kepimpinan
dalam ketenteraan yang baik.
Selain itu,ciri kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW dalam ketenteraan adalah
baginda sering berbincang dengan para sahabat.Baginda Nabi Muhammad SAW sering meminta
dan mendengar pendapat yang diberikan oleh para sahabat.Sebagai contoh,dalam perang
khandak baginda Nabi Muhammad SAW menerima cadangan daripada sahabat yang bernama
Salman Al-Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat islam di sekeliling kota
Madinah.Hal ini menunjukkan bahawa baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai bukti
ketinggian peribadi sebagai seorang jeneral perang dan baginda tidak menggunakan kuasa secara
mutlak.Oleh itu,perbincangan antara sesama sahabat membantu pasukan tentera islam
memenangi peperangan antara tentera bukan islam sewaktu kepimpinan ketenteraan baginda
Nabi Muhammad SAW.

Di samping itu,baginda Nabi Muhammad SAW menyarankan pasukannya agar tidak


mengejar pasukan musuh yang lari daripada medan peperangan supaya dapat menunjukkan
bahawa tentera islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh
yang melawan tentera pasukan islam sahaja.Sebagai contoh,baginda tidak mengejar tentera
musuh yang melarikan diri sewaktu peperangan yang terjadi di Taif.Tindakan mengejar musuh
juga akan menjejaskan benteng pertahanan islam di bahagian belakang.Hal ini akan
berkemungkinan pihak musuh hanya sengaja melakukan taktik melarikan diri agar ingin
memecahkan formasi pasukan tentera islam.Jelaslah bahawa baginda Nabi Muhammad SAW
mempunyai ciri kepimpinan dalam mengetuai pasukan tentera dalam peperangan.
Seterusnya,baginda Nabi Muhammad SAW mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang
sejajar sebagai pemimpin sewaktu peperangan.Nabi Muhammad SAW ialah seorang yang amat
pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan.Baginda menyusun pasukan tenteranya
berdasarkan sistem berbaris.Sebagai contoh,dalam peperangan Badar baginda menyusun
pasukan tenteranya dalam keadaan dua baris iaitu barisan hadapan yang bersenjatakan tombak
dan perisai dan bahagian belakang pula bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan
didahului oleh pasukan pembawa bendera.Baginda juga menerima cadangan daripada sahabat
yang bernama Salman Al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah.oleh
itu,kepimpinan baginda dalam peperangan mampu membawa kearah kemenangan kerana
baginda mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang serupa sebagai ketua perang.
Akhir sekali,ciri kepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW dalam peperangan adalah
baginda Nabi Muhammad SAW bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan.Taktik dan
startegi yang diatur oleh baginda nabi Muhammad saw merupakan satu strategi yang dapat
dipercayai dan berkesan menyebab setiap kali peperangan yang diketuai oleh baginda Nabi
Muhammad SAW akan selalu menang.Sebagai contoh,baginda merancang menguasai takungan
air dalam perang Badar.Hal ini menyebabkan tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan
kerana dahaga.Jelaslah bahawa nabi Muhammad saw bijak dalam mengatur taktik dan strategi
peperangan sehingga menyebabkan pasukan tentera islam selalu memperolehi kemenangan.

Kesimpulannya,kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang panglima yang agung


sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.Kesannya telah
menyebabkan pasukan tentera islam telah mendapat pebagai kejayaan dalam misi peperangan
mereka.
Soalan 16: Bincangkan konsep, ciri-ciri dan tanggungjawab seorang khalifah.
Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan
lambang pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan sunnah. Ia
ialah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan untuk seorang pemimpin atau pemerintah
bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun.Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah pertama,
diikuti oleh tiga orang sahabat, iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi
Talib.
Konsep khalifah ialah merujuk kepada jawatan sebagai ketua islam bagi menggantikan
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda.Pelantikn khalifah mengikut
syarat-syarat tertentu, iaitu seorang lelaki islam mempunyai istiqamah dalam akidah
mengeluarkan pendapat, tidak cacat anggota yang boleh menghalang daripada menjalankan tugas
serta mempunyai ilmu yang tinggi sama ada dalam bidang agama dan pentadbiran.
Proses pelantikan khalifah mestilah melalui Majlis Syura seperti pelantikan Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq. Ciri-ciri khalifah mestilah baik, warak, dan mahir dalam ilmu keagamaan dan
pentadbiran.
Tanggungjawab khalifah ialah menurut Ibn Khaldun, tugas khalifah ialah “ menegakkan
agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syariah untuk kebaikkan dunia dan akhirat”.
Seorang khalifah bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran negara dan juga
melaksanak hukum-hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman tersebut pula mestilah
mengikut hukum seperti yang telah terkandung di dalam al-Quran. Di samping itu, perkara-
perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti pelantikan hakim, saksi dan pelaksanaan
hukuman mesti dikawal dengan betul.
Khalifah juga bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping
menyediakan kemudahan awam untuk kebajikan rakyat seperti sekolah, masjid dan hospital.
Selain itu, beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah utuh.
Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara
daripada ancaman musuh sama ada dari dalam mahu pun luar negara. Contohnya, ketika
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah memperkemaskan pasukan tentera
islam bagi melindungi keselamatan negara daripada ancaman kuasa asing, iaitu Byzantine dan
Parsi.
Kesimpulannya,khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh
rakyat terhadapnya. Oleh itu, seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki
keupayaan dan kemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan kemahiran dalam
mentadbir. Pelantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan
menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam
kalangan rakyat jelata.
17. Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq
Abu Bakar Al-Siddiq merupakan khalifah islam yang pertama dan juga sahabat Nabi
Muhammad S.A.W. Nama sebenar beliau ialah ABDULLAH BIN ABU QUHAFAH. Beliau
digelar ABU BAKAR yang bermaksud BAPA SEGERA, beliau juga terkenal dengan gelaran
AL-SIDDIQ kerana membenarkan setiap percakapan dan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W.
Beliau telah bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah dan tinggal bersama
di dalam Gua Thur. Antara sahabat-sahabat Nabi, Abu Bakar adalah orang yang paling rapat
dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Antara sumbangan Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq ialah dalam medan dakwah. Selepas
Abu Bakar Al-Siddiq memeluk islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar telah dikenali
oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong orang lain. Oleh sebab itu, ramai
orang sering datang kepadanya untuk meminta tolong dan untuk keperluan perdagangan. Dalam
kesempatan baik seperti ini, beliau akan mengajak teman akrabnya untuk memeluk islam. Antara
teman akrabnnya yang memeluk islam dari dakwahnya ialah Zubair bin Awwam, Usman bin
Affan, Talha bin Ubaidah, Saas bin Abu Waakas dan Abdurahman bin Auf r.a.
Sumbangan beliau yang seterusnya ialah memerangi golongan murtad dan nabi palsu.
Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat
sembah kepada seorang pemimpin, malah ada di antara mereka mendakwa bahawa mereka ialah
nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini, Khalifah Abu Bakar
melancarkan perang terhadap golongan yang deglar golongan Riddah. Hal ini merupakan
permulaan siri Peperangan Islam-Riddah.
Khalifah Abu Bakar juga menghapuskan kaum yang enggan membayar zakat.
Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan kabilah-kabilah Arab
hampir murtad habis-habisan kerana mereka melepaskan kepercayaan mereka terhadap islam dan
juga ada di antara mereka yang masih tetap di dalam Islam tetapi masih enggan memenuhi salah
satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.
Di samping itu, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam
dengan membahagiakan lagi tanah arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, Al-
Jund, Khalwan Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar pemerintahannya,
beliau turtu melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.
Sumbangan terbesar Saidini Abu Bakar ialah beliau telah mengumpul semula semua
naskah Al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasulullah itu menjadi panduan umat islam sehingga
kini. Hal ini kerana beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan semua
tulisan Al-Quran serta menyalinnya semula. Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan telah
diamanahkan kepada Saidina Umar bin Al-Khattab.

Sumbangan beliau yang terakhir adalah sistem pengurusan Jam’ah Haji. Beliau merupakan
sahabat awal yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini berlaku pada tahun ke9-Hijrah. Tugas
Amirul Hajj adalah memimpin Jemaah haji ke Mekah sehingga kepulangan mereka di samping
memberikan pengawalan dan menjaga keamanan mereka. Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah
sebagai pembimbing pelaksanaan syiar ibadah haji di Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-
daerah tanah suci.
Kesimpulannya Saidini Abu Bakar Al-Siddiq boleh diumpakan sebagai seorang yang amat
penting dalam hidup Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang yang sanggup berjihad
dan mengorbankan nyawa serta harta demi memperoleh keredaan Allah. Oleh itu, kita sebagai
umat islam haruslah hidup berlandaskan syariat Islam supaya kita bebas daripada dibelenggu
dengan perkara-perkara syirik dan khurafat.
18.Sejauhmanakah pemerintahan Khulafa”Ar-Rasyidin memenuhi prinsip demokrasi

Selepas zaman Nabi Muhammad SAW,pemerintahan pentadbiran negara Islam diterajui


oleh empat orang khalifah,iaitu Abu Bakar al –Siddiq ,Umar bin al-Khattab ,Uthman bin affan
dan Ali bin Abi talib.Zaman tersebut dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin. Pemerintahan
Khulafa ar-Rasyidin merupakan contoh terbaik dalam sistem pentadbiran Islam dengan
mengamalkan prinsip demokrasi.

Sistem pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin mempunyai pelbagai kaedah pemilihan


khalifah. Antaranya ialah perundingan secara beramai-ramai.Cara ini dilakukan dengan
mengadakan perundingan dan persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu.Sebelum Nabi
Muhammad SAW wafat,baginda tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada sesiapa untuk
dicalonkan sebagai khalifah,umat Islam yang diwakili oleh kaum Muhajirin dan Ansar telah
berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah pertama.Saidina Abu
Bakar mencadangkan Saidina Umar al-Khattab mewakili kaum Muhajirin dan Abu Ubaidah
mewakili Ansar untuk mengelakkan sebarang permasalahan dalam kedua-dua kaum
ini.Sebaliknya,Saidina Umar al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan
disokong oleh Abu Ubaidah.Saidina Abu Bakar dibaiahkan dalam musyawarah/syura sebagai
khalifah pertama memerintah negara dan umat Islam selepas kewafatan nabi Muhammad SAW.

Selain itu, melalui kaedah mengusul seseorang calon. Apabila seseorang khalifah baharu
dipilih ,namanya diusul oleh khalifah sebelumnya musyawarah dalam majlis Syura dan
dibaiahkan oleh umat Islam. Nama khalifah itu akan diputuskan dalam majlis Syura. Contohnya,
pelantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua dalam khulafa al –Rasyidin.Semasa
Saidina Abu Bakar tengah gering beliau mencalonkan Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih
sebagai khalifah menggantinya memerintah negara dan umat Islam. Melalui Syura, pelantikan
Saidina Umar al-Khattab dipersetujui oleh para sahabat dan menerima baiah daripada umat Islam
tanpa bantahan.

Seterusnya,terdapat juga kaedah mengusul sekumpulan calon. Khalifah terdahulu akan


mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih menjadi khalifah.
Cara ini berlaku dalam pemerintahan Saidina umar al-Khattab. Beliau mencalonkan enam orang
calon iaitu Saidina Othman Bin Affan,Saidina Ali bin Abu Talib,Abdul Rahman bin Auf ,Talhah
bin Ubaidillah ,Zuber al-Awwam,dan Saad bin Abu Waqas. Pemilihan diadakan antara Saidina
Ali bin Abu Talib dan Saidina Uthman bin Affan. Dalam pemerintahan tersebut Saidina Uthman
bin Affan mendapat mendapat kelebihan undian. Dengan ini, Saidina Uthman bin Affan dilamtik
menjadi khalifah ketiga .

Akhir sekali,terdapat juga kaedah penyusulan oleh sekumpulan masyarakat. Masyarakat


Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah seterusnya memerintah
negara dan umat Islam berpusat di Madinah. Cara tersebut berlaku semasa pelantikan Saidina Ali
bin Abu talib dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman bin Affan. Pada masa
tersebut,Madinah dikuasai oleh pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali bin
Abu Talib dilantik sebagai khalifah,penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin Ubaidillah
sebagai khalifah,dan penduduk Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai khalifah. Oleh
kerana terdapat tiga orang calon,maka pemilihan dan musyawarah diadakan untuk menentukan
siapakah antara tiga orang calon tersebut yang akan dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah
berikutnya. Keputusan dalam musyawarah,Saidina Ali Bin Abu Talib dibaiahkan sebagai
khalifah keempat.

Kesimpulannya, pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa’al-Rasyidin berlaku secara


demokrasi. Pemilihan diakukan oleh umat Islam dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura
yang ahli-ahlinya terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ketua-ketuakaum.
SOALAN 19 : Bincangkan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid dalam perkembangan
intelektual dan pendidikan.

Khalifah Harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau
dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu
institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Seseorang khalifah sememangnya
seorang yang bijak dan berpengetahuan. Dalam mentadbir sesebuah negara, beliau harus tahu
bagaimana caranya untuk mentadbir sebuah negara agar dapat menjadi sebuah negara yang aman
dan makmur.
Antara sumbangan Khalifah Harun ar-Rasyid ialah dalam bidang perkembangan
intelektual. Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah
satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Beliau dianggap sebagai penaung bagi
semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum,
syarahan dan perbahasan, yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di
masjid. Pada majlis seperti inilah, beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuwan yang datang
untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu
melaksanakan kewajipan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat
dalam negaranya.
Seterusnya ialah baginda juga menubuhkan Baitul Hikmah iaitu perpustakaan agung
sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai
zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul
Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik.
Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains
Yunani telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.
Selain itu, sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk
menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan
keilmuan ini merupakan satu usaha yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir
kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah
sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan
balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat
menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai
seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.
Disamping itu, bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, baginda telah
mendirikan pusat pengajian seperti sekolah, maktab dan universiti. Keadaan ini juga
menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan. Contohnya, sumbangan al-
Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana
Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar
kepada perkembangan keilmuan hingga melahirkan zaman Renaisans di Eropah.
Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid dalam
perkembangan intelektual dan pendidikan menunjukkan bahawa beliau merupakan pemerintah
yang berwibawa dan berpengetahuan tinggi dalam bidangnya. Beliau juga disifatkan sebagai
seorang pemerintah yang paling berwibawa dalam pelbagai aspek. Peranan beliau yang paling
besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah
merupakan hasil usahanya yang paling bermakna kerana ianya merupakan kombinasi
perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan.
20. Nilaikan dasar-dasar Aurangzeb bagi memartabatkan semula agama dan umat Islam di India
pada abad ke 16 Masihi.

Nama sebenar ialah Muhyidin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir 1 atau dikenali
sebagai Aurangzeb merupakan sultan keenam kerajaan Moghul. Pada usia muda, Aurangzeb
mendapat pendidikan yang mendalam tentang keagamaan, ilmu pengetahuan, pelbagai latihan
ketenteraan dan lain-lain. Aurangzeb menjadi seorang pentadbir yang bijak dan warak.
Pemerintahan Moghul merupakan pemerintahan yang paling kuat berpegang kepada agama Islam.
Aurangzeb cuba menjadikan seluruh India sebagai negara Islam (Dar al-Islam) dengan
mengamalkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dalam pentadbirannya.

Dari segi dasar perluasan wilayah. Aurangzeb mengamalkan dasar perluasan wilayah yang
paling luas. Wilayah-wilayah yang ditaklukinya meliputi 14 wilayah di Utara India, 6 wilayah di
Deccan dan 1 wilayah di Kabul. Aurangzeb juga berjaya mengalahkan pemberontakan kaum Hindu
dan Sind. Contohnya pemberontakan kaum Pathan, kaum Jat dan Satnawi . Semua pentadbiran
wilayah diselaraskan di bawah wilayah dan pusat.

Selain itu , dari segi dasar Islam. Aurangzeb melaksanakan dasar Islamisasi yang ketat dan
jelas dalam pentadbirannya. Beliau melaksanakan perundangan Islam berpandukan buku
perundangan yang terkenal iaitu Fatwa Alamgir . Para ulama juga dilantik menjadi penasihat dalam
pentadbiran . Lembaga Penapis ditubuhkan untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak dan tidak
melanggar peraturan Islam.

Seterusnya, Aurangzeb tidak membenarkan orang bukan Islam memegang jawatan penting
dalam pentadbiran negara terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dan ketenteraan.
Walau bagaimanapun beliau membenarkan orang Hindu memegang jawatan lain. Beliau telah
melantik ramai orang Hindu memegang jawatan di peringkat rendah.

Kemudian, beliau merupakan pengikut sunni yang tidak bertolak ansur kepada mazhab dan
agama lain. Beliau sangat tegas dalam melaksanakan hukum Islam. Beliau telah melarang kanak-
kanak Islam belajar di kuil Hindu dan menghapuskan peraturan istana yang bertentangan dengan
Islam.

Dari segi dasar ekonomi dan sosial pula, beliau memperkenalkan bayaran jizyah kepada
orang bukan Islam dengan kadar yang rendah. Walau bagaimanapun beliau telah menghapuskan 80
jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak dibenarkan dalam Islam. Aurangzeb berjaya
meningkatkan pendapatan negara sekali ganda sekiranya dibandingkan di zaman Akbar.
Perkembangan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup rakyat. Beliau juga telah bertindak
menegakkan sistem sosial Islam. Beliau mengharamkan judi dan penjualan arak. Amalan tradisi
menghadiahkan emas dan perak oleh pembesar kepada Sultan turut dihapuskan.

Kesimpulannya, amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa


kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain. Walaubagaimanapun, sedikit perubahan
telah berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama’ memainkan peranan yang
penting dalam menasihati pemerintah.
21.Jelaskan struktur pentadbiran pusat dan wilayah Kerajaan Turki Uthamaniyah pada abad ke-
16M hingga ke-17M.
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul pada tahun 1281 M Sepanjang
kekuasaan kerajaan ini, terdapat 37 orang pemerintah yang menggunakan gelaran sultan.Antara
sultan yang terkenal ialah Sultan Muhammad al-Fatih dan Sulaiman al-Qanuni. Sepanjang
kekuasaan kerajaan ini,banyak aktiviti perluasan kuasa dijalankan.Sejarawan mencatatkan ketika
pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni jajahan takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km
persegi. Kejayaan kerajaan Uthmaniyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran
pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik.

Dari segi pentadbiran pusat, sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi
dalam bidang- agama politik dan kewangan. Kekuasaan seseorang sultan juga dapat digambarkan
melalui penggunaan gelaran seperti 'Khalifah Allah di Muka Bumi oleh Sultan Murad I setelah
baginda berjaya menawan Adrianople.

Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat
sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini merupakan ketua kepada para menteri (wazir) dan
amir. Kanunname mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran.
Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut akan dianugerahkan cop mohor sebagai
simbol wakil sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey
(ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan
pentadbiran kewangan, seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang
Nishanji bagi monogram sultan.

Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah
diwujudkan. Pentadbiran mufti berpusat di Istanbul. Tugas utamanya mengeluarkan fatwa dalam
semua aspek agama. Mufti juga bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan dengan
peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan (dalam kalangan orang
Islam). Mufti juga diberikan hak untuk melantik para pegawai yang berkhidmat di istana.

Seterusnya dari pentadbiran peringkat wilayah, memandangkan sistem pemerintahan dan


pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh
gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan
dikendalikan oleh para petani.

Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugas utama pegawai berkenaan
mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran
dan hadis. Multezim diberikan tanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan
tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan
sekaligus dapat dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta
menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan. Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab
dalam pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah, hospital dan pendidikan
golongan belia serta pentadbiran keadilan. Bagi memastikan keselamatan dan kekuatan kerajaan
Uthmaniyah pada peringkat pusat, kekuatan tentera tidak diabaikan. Oleh itu, bagi mendapat
sokongan, tentera yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan akan dianugerahkan tanah.
Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.

Kesimpulannya,tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya


pegawai yang membantu sultan dalam mentadbir kerajaan telah berjaya mengukuhkan kekuatan
kerajaan Uthmaniyah.Kepimpinan berwibawa para pemerintah telah menyebabkan kerajaan ini
dapat muncul sebagai sebuah kuasa besar sebelum abad ke-19 M.
22). Jelaskan pengertian jihad dan jenis jenis jihad yang ditunjukkan pada zaman Nabi Muhammad
SAW:

Sejarah jihad dalam islam bermula sejak lahirnya islam di Makkah dan umat islam juga telah
mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan akidah islam. Hal ini demikian kerana semangat
jihad yang berkembang selepas penghijrahan orang islam dari Makkah ke Madinah mula
tercetusnya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Semangat jihad ini juga telah
menyebabkan ramai tokoh islam bangkit berjihad dan gugur syahid seperti sumaiyyah, Ammar
Bin Yaser dan ramai lagi. Oleh itu semangat jihad umat islam tetap diteruskan dan tidak pernah
terhenti walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Jihad merupakan perkataan arab yang berasal daripada al- jahad dan al- jihad yang
bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diingini atau
menolak sesuatu yang dibenci. Menurut kamus dewan pula, jihad adalah sesuatu peperangan yang
sesuai untuk melawan orang orang kafir kerana ingin memusnahkan negara islam. Dari segi
Bahasa pula, jihad bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh sungguh untuk
mendapatkan sesuatu. Oleh itu, jihad mempunyai pelbagai maksud yang boleh dirujuk di dalam
islam.

Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang terdapat pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Hal ini demikian kerana pengorbanan jiwa dan raga merupakan jihad yang utama pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Ramai yang telah berjihad ke medan perang dan mereka juga telah terkorban
di dalam peperangan tersebut. Saidina Hamzah merupakan tokoh islam yang telah syahid di medan
Perang Uhud. Jelaslah, mereka yang terkorban di dalam peperangan tersebut akan digelar syahid.
Selain itu, jihad yang terdapat pada zaman Nabi Muhammad SAW ialah jihad akal fikiran.
Hal ini demikian kerana sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas akan memberi banyak
manfaat kepada masyarakat dan negara. Ianya juga turut tergolong dalam ciri ciri jihad ke jalan
Allah. Contohnya, Salman al- Farisi telah berjihad di medan perang dan beliau juga turut
menyumbang idea dalam pembinaan parit dalam perang Khandak. Oleh itu, jihad akal fikiran juga
merupakan jenis jihad yang ada pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Di samping itu, jihad melawan nafsu turut diajar pada zaman Nabi Muhammad SAW. Hal ini
demikian kerana jihad melawan nafsu merupakan jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi islam.
Jihad ini menggunakan seluruh tenaga agar menuruti jalan yang digariskan oleh Allah SWT.
Contoh jihad melawan nafsu seperti pada bulan Ramadhan seluruh umat islam perlu melawan
nafsu untuk makan dan minum di siang hari. Jelaslah, perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap
individu muslim adalah fardhu ain.

Akhir sekali, jihad mempertahankan kesucian agama juga salah satu jihad yang terdapat pada
zaman Nabi Muhammad SAW. Hal ini demikian kerana jihad ini dapat mempertahankan kesucian
agama daripada tindakan musuh islam. Golongan ini juga perlu diperangi dan diajar agar
kedudukan islam dapat dipertahankan. Contoh golongan yang menentang agama islam seperti
golongan al- Riddah dan Kafir harbi. Oleh itu, jihad mempertahankan kesucian agama dapat
menghapuskan musuh agama islam dan ada juga yang memeluk islam.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis jihad yang telah ditunjukkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Hal ini kerana jihad turut memainkan peranan penting dalam perkembangan
syiar islam. Jihad juga turut membantu dalam pembentukan ummah pada zaman Nabi Muhammad
SAW dan selepas kewafatan baginda.
BAB 7: PERTAHANAN DAN PEMBUKAAN WILAYAH
SOALAN 23 : JELASKAN KONSEP JIHAD DAN ETIKA PEPERANGAN MENURUT
ISLAM

Mengikut pandangan Islam, peperangan merupakan jalan terakhir bagi menangani


ancaman musuh yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan mengancam keselamatan
nyawa dan negara Islam. Walaupun begitu, sebelum berlaku peperangan. Islam mengesyorkan
perdamaian, dan seandainya berlaku juga peperangan, Islam telah menggariskan etika-etika yang
perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Perjuangan mempertahankan agama, negara dan maruah diri
adalah suatu pengorbanan yang cukup besar dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas sahaja
mampu menyumbang kerana itulah ianya dipanggil Jihad Fi Sabilillah.
Dari segi bahasa, jihad berasal daripada perkataan al Juhd yang bermaksud keberatan dan
kesusahan, manakala mengikut syarak pula jihad merupakan usaha mengerah segenap tenaga
untuk mencapai sesuatu atau kemenangan demi mendapat keredaan Allah s.w.t. Dalam konteks
peperangan, jihad dapat diertikan dengan perjuangan untuk mempertahankan agama dan negara
kerana Allah dan bukannya bertujuan untuk mendapat habuan dunia ataupun kemegahan. Mana-
mana individu yang gugur dalam perjuangan di medan perang kerana Allah ini akan
dikategorikan sebagai mati syahid dan ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi.
Oleh itu, dalam islam peperangan mempunyai etika-etika yang perlu dipatuhi. Nabi
Muhammad S.A.W. telah menetapkan peraturan atau etika yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam
sebelum berlaku peperangan. Dalam hal ini, seboleh-bolehnya agama Islam berusaha
mengelakkan berlaku pertumpahan darah, sehubungan dengan itu langkah pertama ialah
menyeru musuh agar menerima agama Islam, dan seandainya enggan, disarankan membayar
jizyah sebagai pengiktirafan akan kekuasaan keraiam Islam.Namun sekiranya musuh masih
berkeras, maka tentera Islam tiada pilihan lain dan akan berperang seandainya pihak musuh
memulakan serangan terlebih dahulu, umpamanya, tindakan beberapa orang Quraisy yang
menyerbu ke arah tentera Islam dalam Perang Badar menyebabkan tercetusnya perang pertama
dalam sejarah perjuangan Islam.
Ketika peperangan berlangsung juga terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh
tentera Islam. Umpamanya, kewajipan tentera Islam mendengar arahan pemimpin bagi
menjayakan strategi yang dirancang. Perang Uhud merupakan bukti terbaik. Kegagalan tentera
pemanah akur dengan arahan Nabi Muhainmad S.A.W. telah menyebabkan tentera islam
mengalammi kekalahan. Keperluan mendengar arahan ini amat penting kerana secara tidak
langsung akan memupuk dan memantapkan disiplin angkatan tentera Islam. Keakuran tentera
Islam tidak mengejar musuh iaitu tentera Rom yang lari ke sempadan mereka dalam Perang
Tabuk telah memberikan kemenangan moral dan meningkatkan kevakinan dalam perjuangan
seterusnya.
Nabi Muhammad S.A.W. juga telah mengemukakan beberapa larangan yang perlu dipatuhi
semasa peperangan. Antaranya, ialah larangan membunuh golongan lemah seperti perempuan,
kanak-kanak, orang tua, orang uzur, orang cacat dan golongan pendeta. Larangan ini
menunjukkan agama Islam menghargai nyawa setiap individu. Bukti etika ini dilaksanakan ialah
ketika pengusiran Yahudi Bani Quraizah yang menderhaka, semua golongan yang lemah
diarahkan keluar daripada kota Madinah manakala lelaki dewasa dikenakan hukuman
bunuh.Selain itu, terdapat juga etika larangan merosakkan harta-harta awam mahupun
persendirian termasuk kebun-kebun kecualilah tempat berkenaan berbahaya kepada tentera
Islam. Ketika Perang Taif, Baginda S.A.W. hanya mengugut akan membakar kebun bagi
melemahkan psikologi musuh.Sesuai dengan agama perdamaian, seandainya musuh memohon
perdamaian, tentera Islam dikehendaki berdamai, seperti peristiwa Fath Makkah, peperangan
tidak berlaku berikutan kesediaan pihak Quraisy menyerah kalah.
Selepas peperangan pula, musuh yang ditawan dalam peperangan haruslah dilayan dengan
baik, termasuk diberi makan dan minum serta tidak dibelenggu atau dibunuh serta merta.
Sebaliknya, mana-mana musuh yang ditawan hanya dikenakan hukuman yang bertujuan untuk
memberikan pengajaran dan secara tidak langsung mendedahkan betapa agama Islam
mementingkan kedamaian. Tawanan Perang Badar telah dikenakan hukuman bayaran penebusan
diri dan mana- mana tawanan yang boleh membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-
kanak Islam. Keadaan yang sama dilakukan ketika peristiwa pembukaan Makkah, iaitu mana-
mana musuh yang berlindung di kawasan Masjidil Haram dan rumah Abu Sufyan tidak akan
disentuh dan menandakan mereka diberikan pengampunan tanpa syarat.
Kesimpulannya, tidak dinafikan jihad merupakan perjuangan suci umat Islam dalam
mencari keredaan Allah, dan dalam konteks peperangan, mana-mana individu yang ingin
berjihad kerana Allah dimestikan memahami tujuan jihad serta mematuhi etika-etika yang
disyorkan memandangkan mereka membawa imej Islam di medan perang dan ketika berhadapan
dengan musuh.
24. Jelaskan konsep Ummah dan langkah-langkah dalam menyatukan pelbagai golongan
masyarakat di Madinah .

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak
yang besar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara
Islam,bahkan telah mengubah landskap politik, ekonomi, dan sosial di Madinah. Sebelum
penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur sosial masyarakat dibelenggu dengan fahaman
perkauman yangmelampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah apabila
Baginda berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah (masyarakat)
yang saling menghormati antara satu sama lain.

Ummah dari sudut bahasa bermaksud masyarakat. Dalam konteks di Madinah, ummah
merujuk kepada warga Madinah. Dalam al-Quran juga ada menyebut beberapa kali perkataan
ummah yang merangkumi golongan manusia dan jin. Mengikut Piagam Madinah, konsep ini jelas
menggambarkan wujud dua kelompok masyarakat yang besar, iaitu masyarakat Islam yang
terbahagi kepada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan Islam yang majoritinya
berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.

Golongan Muhajirin merupakan golongan pendatang dari Makkah yang berhijrah bersama-
sama Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Golongan Ansar pula merupakan penduduk asal
Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. KaumYahudi pula dapat dibahagikan
kepada tiga, iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.

Proses pembentukan ummah sebenarnya telah bermula di Makkah lagi, iaitu sejak Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu pertama pada tahun 610 M. Baginda memulakannya melalui
proses dakwah yang berlangsung secara sulit dan terbuka. Dakwah secara sulit ditumpukan kepada
kaum keluarga dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa orang individu terkemuka menerima
agama Islam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin
Affan, dan Zubair bin al-Awwam. Nabi Muhammad SAW dan Arqam bin Abi Arqam menjadikan
kediaman mereka sebagai pusat dakwah Islamiah.

Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit, Baginda menerima wahyu daripada Allah SWT
agar berdakwah secara terbuka kepada kaum Quraisy dan penduduk kota Makkah seperti yang
terkandung dalam surah al-Muddathir. Berikutan daripada peristiwa ini, bermulalah penentangan
oleh kaum Quraisy Makkah yang dipelopori bapa saudara Baginda sendiri, iain Abu Lahab dan
pengikutnya.

Kaum Quraisy Makkah telah melakukan pelbagai bentuk penentangan terhadap dakwah
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Penentangan tersebut pada mulanya dilakukan
secara diplomasi dan kemudiannya secara kekerasan. Antara kaedah diplomasi yang digunakan
untuk menghalang hasrat Baginda membentuk masyarakat Islam yang lebih besar adalah dengan
mengejek atau menghina melalui perbuatan dan perkataan. Kaum Quraisy Makkah juga berusaha
menggunakan Abu Thlib supaya memujuk Nabi Muhammad SAW menghentikan usaha dakwah,
namun tindakan tersebut tidak berjaya. Oleh itu, usaha diplomasi terakhir yang dilakukan oleh
kaum Quraisy Makkah adalah dengan berunding sendiri dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka
menawarkan tiga perkara yang menjadi buruan manusia, iaitu wanita, harta, dan pangkat. Mereka
juga mencadangkan supaya Nabi Muhammad SAW dan mereka bergilir-gilir menyembah Tuhan
masing-masing. Namun, Nabi Muhammad SAW bertegas menolak cadangan tersebut berdasarkan
perintah Allah SWT dalam surah al-Kafirun. Setelah gagal melalui diplomasi, kaum Quraisy
Makkah bertindak lebih agresif. Mereka menyiksa penganut-penganut Islam seperti Bilal bin
Rabah, Ammar bin Yassir, dan Khabbab bin Arrat. Kaum Quraisy Makkah juga mengisytiharkan
pemulauan terhadap kaum keluarga Nabi Muhammad SAW setelah mendapati pengaruh Baginda
kian meluas termasuk di Habsyah. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun. Kemuncak
penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah ialah mengadakan perancangan untuk
membunuh Nabi Muhammad SAW.

Kegagalan membentuk masyarakat Islam di Makkah menyebabkan Baginda mengubah


strategi dakwah. Tumpuan Baginda beralih kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat
haji di kota Makkah. Sebenarnya usaha ini adalah susulan daripada kegagalan Baginda mendapat
sokongan daripada penduduk Ta'if (Bani Thaqif yang telah berjaya dihasut oleh kaum Quraisy
Makkah.

Nabi Muhammad SAW telah menemui beberapa orang tokoh dari Yathrib seperti Suwayd
bin Samit dan Iyas bin Mu'adh serta berdakwah kepada mereka agar menerima dan menyebarkan
agama Islam. Susulan daripada itu, apabila mengetahui tentang kedatangan rombongan kaum
Khazraj, Baginda telah menemui mereka berhampiran Bukit Aqabah. Pada musim haji berikutnya,
iaitu pada tahun 621M, 10 orang daripada kaum Khazraj dan 2 orang daripada kaum Aus datang
menemui Baginda dan memeterai Perjanjian Aqabah I. Mereka berikrar akan meninggalkan segala
amalan jahiliah termasuk penyembahan berhala, membunuh anak perempuan, hasad dengki, dan
menyakiti jiran. Nabi Muhammad SAW kemudiannya menghantar Mus'ab bin Umayr ke Yathrib
untuk mengajar al-Quran dan seterusnya menyebarkan Islam.

Pada tahun 622 M, seramai 73 orang dari Yathrib datang menemui Baginda dan
kemudiannya memeterai Perjanjian Aqabah II. Dalam perjanjian ini, mereka bukan sahaja berjanji
untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, malah menjemput Baginda berhijrah ke Yathrib
dan melantik Baginda sebagai pemimpin mereka. Perkara paling penting yang dipersetujui ialah
mereka sanggup mempertahankan Baginda sebagaimana mereka mempertahankan keselamatan
diri dan keluarga mereka sendiri. Berdasarkan keadaan ini serta wujudnya rancangan untuk
membunuh Baginda oleh kaum Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad SAW telah melakukan
hijrah ke Yathrib pada tahun tersebut.

Peristiwa penghijrahan telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah


negara Islam di Madinah. Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda telah merangka sistem
perundangan yang bersumberkan wahyu agar memberikan keadilan kepada semua warga
Madinah. Piagam Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menyentuh tentang hak orang
Islam, hak orang bukan Islam dan hak serta tanggungjawab bersama arfiaraorang Islam dengan
bukan Islam. Salah satu fasal penting dalam piagam ini ialah pengenalan konsep ummah yang
merujuk kepada warga Madinah yang beragama Islam dan bukan beragama Islam wajib hidup
dengan saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
sebagai pemimpin tertinggi negara.

Walau bagaimanapun, konsep ummah yang dibentuk oleh Baginda telah mengalami
perubahan berikutan pengkhianatan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Tindakan kaum Yahudi
tersebut telah memaksa Nabi Muhammad SAW mengusir mereka dari bumi Madinah. Selepas
peristiwa tersebut, konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam yang berpaksikan
akidah yang sama serta mengamalkan konsep akhlak amar maruf nahi munkar.

Kesimpulannya, proses pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini telah
memakan masa yang lama. Tindakan bijak Nabi Muhammad SAW merangka strategi supaya
pembentukan ummah berlaku secara evolusi menggambarkan kehebatan Baginda sebagai
pemimpin tertinggi negara. Malah, kebijaksanaan Baginda kian terserlah apabila berjaya
menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang
adil dan harmonis terutama selepas pengusiran kaum Yahudi.
25. Jelaskan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin.
Secara dasarnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat
dielakkan seandainya negara terancam. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, peperangan dalam
Islam dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah. Manakala, stratetegi peperangan
Khulafa al-Rasyidin dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah
Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Oleh itu,
terdapat beberapa strategi peperangan yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan Khulafa
al-Rasyidin.

Nabi Muhammad S.A.W telah menguasai kawasan berstrategi yang mempunyai punca air.
Hal ini berlaku sewaktu Perang Badar yang melibatkan umat Islam dengan Musyrikin Quraisy
Makkah dimana Tentara Islam berjaya menewaskan tentera musuh kerana bertindak pantas.
Khalifah Umar bin al-Khattab membina beberapa bandar atau pusat tentera di Iraq, Syria, Mesir
dan kawasan berhampiran bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh. Bandar tersebut turut
dilengkapi dengan kubu atau benteng pertahanan.

Seterusnya, Rasulullah S.A.W menggunakan kaedah bertahan apabila baginda mengikut


cadangan Salman al-Farisi bagi melindungi Kota Madinah daripada serangan musuh Islam. Suatu
kejadian ribut taufan yang diturunkan Allah S.W.T untuk memecahbelahkan pertahanan tentera
musuh. Penyusunan tentera Islam dengan system al-kurdus pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
Setiap kurdus mengandungi antara 300-600 orang terdiri daripada pasukan berkuda, pemanah, dan
tentera biasa.
Selain itu, semasa Perang Uhud Nabi Muhammad S.A.W telah merangka strategi musuh
melalui cara menempatkan pasukan pemanah di atas Bukit Uhud supaya tentera yang berjalan kaki
dapat disokong. Namun, tentera Islam dikalahkan kerana dikaburi harta musuh.[ghanimah]
Manakala, Khalifah Uthman bin Affan telah menubuhkan tentera laut tetapi beliau tidak berani
melancarkan ekspedisi laut. Walau bagaimanapun, tentera Islam pada zamannya sudah
mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang seperti panah, baju besi, dan parit sebagai
perangkap.

Di samping itu, strategi peperangan yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah
kaedah penyamaran. Peristiwa ini berlaku semasa Perang Ahzab di mana Nu’aim bin Mas’ud
menyebabkan pertelagahan antara tentera Musyrikin Quraisy dan Yahudi. Baginda telah memakai
pakaian biasa untuk kelihatan macam tentera biasa. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib pula,
tentera Islam disusun mengikut kumpulan kecil bagi menangani ancaman pihak musuh dari
pelbagai arah yang mengaplikasikan teknik penyusunan tentera berasaskan al-saf.

Kesimpulannya, strategi peperangan yang diamalkan oleh tentera Islam pada zaman
Rasulullah S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin telah menunjukkan tentera Islam mempunyai disiplin
yang tinggi di medan perang. Pendekatan strategi berdakwah secara halus menjadi pemangkin
kejayaan tamadun Islam berkembang dengan sangat pesat di benua Eropah, Afrika dan Asia.
26. Bincangkan sistem ketenteraan pada zaman pemerintahan khulafa al – rasyidin

Khulafa al-Rasyidin merupakan pemerintahan kerajaan Islam setelah wafatnya Nabi


Muhammad s.a.w. iaitu antara tahun 632 hingga 661 Masihi. Pada zaman ini, pemerintahan Islam
masih berpusat di Madinah dan diperintah oleh empat orang khalifah yang dikenali sebagai
Khulafa al-Rasyidin iaitu Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a, Khalifah Umar al-Khattab r.a,
Khalifah Uthman bin Affan r.a. dan Khalifah Ali bin Abi Talib. Abu Bakar al-Siddiq dipilih
sebagai umat Islam Khalifah yang pertama, gelaran Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana
mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Islam hanya menggalakkan
peperangan setelah turunnya wahyu. Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan kedaulatan
Islam daripada ancaman musuh. Oleh itu khulafa al rasyidin telah membentuk sistem ketenteraan
bagi mengekalkan keamanan negara islam.

Sistem ketenteraan yang diamalkan pada zaman pemerintahan kerajaan al-rasyidin adalah
menguasai tempat strategik. Hal ini demikian menjadi faktor kemenangan tentera Islam kerana
mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca
air. Dengan demikian , pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh
benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan peperangan. Sebagai contoh, Perang Badar
berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera
berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000
orang. Tegaslah, penguasaan tempat strategik yang diamalkan semasa pemerintahan khulafa al-
rasyidin menjadi faktor kemenangan tentera islam.
Seterusnya, Kaedah Bertahan iaitu membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit
turut merupakan sistem ketenteraan semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin. Hal ini demikian
kerana Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi
bagi melindungi kota Madinah Daripada serangan musuh Islam. Misalnya Kejanggalan pihak
musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh
menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan musuh.
Oleh itu, kaedah bertahan yang diamalkan semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin menjadi
sistem ketenteraan untuk memenangi peperangan.

Selain itu, sistem ketenteraan pemerintahan khulafa al-rasyidin adalah dengan


menempatkan pasukan pemanah di atas bukit. keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh.
Namun disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.
Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga
menyebabkan mereka meniggalkan posisi masing-masing. Sebagai contoh, Tentera berjalan kaki
(infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit
Uhud. Tegaslah , dengan kaedah ini telah menjadikan sistem ketenteraan pada zaman khulafa al-
rasyidin terjaga.

Di samping itu, kaedah penyamaran turut diamalkan sebagai sistem ketenteraan pada
zaman khulafa al-rasyidin. Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah
diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan Quraisy dan Yahudi yang
akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka. Sebagai contoh, tindakan Nabi
Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin
kelihatan sebagaimana tentera biasa. Oleh itu taktik penyamaran ini menjadi sistem ketenteraan
selaras semasa pemerintahan khulafa al-rasyidin.

Akhir sekali, tidak mengejar musuh yang berlari ke sempadan mereka tidak mengejar
musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi
yang digunakan oleh tentera Islam.Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam
terperangkap dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah meragut
ramai syuhada seperti Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.maka,
sistem ini akan menjadikan peperangan tentera islam lebih teratur dan menjadi faktor kemenangan
tentera islam.

Kesimpulannya, etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan
tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus
yang dijalankan oleh para tentera di medan perang. Sejurus dengan itu, strategi yang teratur turut
menguatkan tentera islam bagi melawan musuh di hadapan.
27.NILAIKAN SUMBANGAN SALEHUDDIN AL- AYUBBI DALAM MEMPERLUASKAN
SYIAR ISLAM.

Salehuddin Yusof bin Najmuddin Ayub ialah nama penuh Salahuddin al-ayubbi. Beliau
berketerunan kurdi daripada suku Ruwaidhah. Sebelum dipilih menjadi raja, baitulmuqaddis
daripada kekuasaan orang barat. Oleh itu, terdapat beberapa sumbangan salehuddin al-ayubbi
dalam memperluaskan syiar islam.

Mesir telah berjaya dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi daripada cengkaman kerajaan
syiah Fatimiyyah. Beliau telah bebaskan mesir daripada kerajaan Fatimiyyah dan fahaman syiah
islamiah telah dihapuskan. Salahuddin al-Ayyubi juga telah mendirikan sekolah serta madrasah
untuk mengajar kitab kitab aliran Al-Asy`ariyah iaitu kitab Hadaiq, Al-Fusul Wa Jawariah Al-
Usul. Beliau juga turut mengarahkan kitab kitab tersebut perlu dibaca di masjid pada waktu subuh.
Oleh itu, arahan yang diberi oleh Salahuddin al-Ayyubi Berjaya mengikis ideologi syiah dan
kembalikan ajaran ahli sunnah wal jamaah di mesir.

Seterusnya, kekuatan umat islam di Syria, Palestin dan Mesir Berjaya disatukan oleh
Salehuddin al-ayubbi. Hal ini demikian kerana pada tahun 1175 umat islam mula bangun dan
Khalifah Abbasiyah juga telah mengisytiharkan Salahuddin sebagai sultan mesir, nubah, yaman,
maghribi, palestin dan Syria. Sebagai contoh, semangat jihad yang di semarakkan oleh salehuddin
telah Berjaya satukan umat islam. Jelaslah, salehuddin Berjaya menyatukan kekuatan para pejuang
islam untuk bentuk suatu pasukan tentera kuat dan meluaskan syiar islam.

Selain itu, Salehuddin al-ayubbi juga telah Berjaya mempertahankan baitulmuqaddis dari
tentera salib. Hal ini demikian kerana Angkatan tentera salib telah digerakkan ke eropah untuk
menawan semula baitulmuqaddis. Angkatan tentera salib yang dipimpin oleh Kaisar Frederik
Barbarossa, Raja Philips augustus, raja Richard the lion heart telah gagal untuk menawan semula
baitumuqaddis. Oleh itu, perjanjian dimeterai iaitu pada 2 november 1192M telah menamatkan
peperangan untuk menawan baitulmuqaddis.
Di samping itu, Salehuddin al-ayubbi telah membebaskan baitumuqaddis daripada tentera
salib. Hal ini demikian kerana kekalahan tentera salib di hittin berlaku kerana salehuddin telah
mengepung baitulmuqaddis dan 18000 orang tentera telah dibebaskan oleh salehuddin. Pelbagai
taktik telah digunakan oleh salehuddin antaranya mengawal sumber air telah melemahkan tentera
salib. Seramai 10 000 tentera salib telah terbunuh dan selebihnya pula menjadi tawanan. Jelaslah,
tempoh masa 40 hari yang diberi kepada tentera salib untuk meninggalkan kota tersebut telah
memberi kemenangan kepada islam.

Selain itu, ancaman tentera salib yang diketuai raynald of Chatillon Berjaya dihapuskan.
Hal ini demikian kerana ancaman tersebut telah mengancam keselamatan Madinah dan Makkah
pada 1118M. Misalnya, tentera Kristian telah menyerang dan merompak Jemaah dalam perjalanan
untuk menunaikan haji. Pada tahun 1186M, tentera salib telah menggangu aktiviti perdagangan
yang dijalankan di damsyik, hijaz, dan mesir untuk mengancam islam. Oleh itu, salehuddin
Berjaya menangkap dan menghukum raynald menyebabkan islam tersebar luas pada tahun 1187
M.

Sekali, kota kota penting islam juga turut dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi. Hal ini
demikian kerana pada julai 1187M, salehuddin dan pasukan tentera telah menewaskan tentera salib
di hittin menyebabkan 10 000 tentera salib telah terbunuh. Beliau telah menyerang dan
membebaskan kota kota islam yang diperintah oleh tentera salib. Contohnya, kota kota akka,
tabnin, al-ramlah, kasariah, al-darum dan Beirut. Oleh itu, kota kota islam tersebut telah
diselamatkan oleh Salahuddin dan pasukan tentera menyebabkan syiar islam dapat dikembangkan
di kota kota islam tersebut.

Kesimpulannya, Salahuddin al-Ayyubi Berjaya selamatkan dunia islam daripada ancaman


Kristian barat. Sejak dari itu tiada lagi serangan besar besaran yang di lancarkan oleh tentera salib
kerana kekuatan mereka telah dilemahkan walaupun peperangan berterusan satu abad lagi. Oleh
itu, peperangan tersebut telah dimenangi oleh pihak islam dan syiar islam pada tahun tersebut telah
tersebar luas Salahuddin al-Ayyubi merupakan panglima perang Syria iaitu tokoh yang
bertanggungjawab membebaskan kota.
28. Huraikan ciri-ciri kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dan sumbangan baginda.
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Baginda
telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah bandar bersempadankan Turki-
Bulgaria. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya
membebaskan kota Konstantinopel. Sultan Muahmmad al-Fatih menaiki takhta sawal usia 19
tahun apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar
yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-1481). Baginda merupakan seorang negarawan
yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen
peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan


sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya, contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-
Kurani. Kumpulan ulamak ini banyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan baginda
tetntang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika
zaman kanak-kanak baginda mempelajarai al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti
matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan. Baginda seorang pemuda yang warka.
Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.

Sejak kecil, Muhammad al-Fatih meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh
ayahandanya untuk menawan kota Konstantinopel. Sepajang dua tahun pertama selepas menaiki
tahta, baginda mengkaji pelan kota Konstantinopel secara terperinci pada setiap malam bagi
mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut. Baginda juga turut mengkaji
sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan
panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat persiapan untuk menawan kota tersebut dengan menyediakan angkatan
tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265 ribu orang para mujahid
dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut. Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan
perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak
sejauh 1.5 km.

Selain itu, tindakan penyatuan telah dilakukan bertujuan untuk menyekat serangan kaum
Magyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia. Namun,
usaha mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan
Muhammad al-Fatih berundur seketika. Walau bagaimanapun, ekorang perebutan takhta yang
berlaku dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh Sultan
Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhirnya baginda berjaya. Sultan Muhammad
al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang behasrat untuk
menjatuhkan baginda. Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah
semakin berkembang di Eropah.
Di samping itu, gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini,
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Bangunan masjid diubah suai mengikut seni
bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang
indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara
meningkat kepada tiga buah. Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk sebuah masjid yang
berhampiran dengan makam Abu Ayyrb al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina sebuah kubah yang
berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.

Akhir sekali adalah merupakan kebebasan agama di kota berkenaan. Ramai orang Yahudi
dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga
telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan
Mazhab Ortodoks mereka. Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih
seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius dipilih sebagai ketua. Anaduis
kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin
(Katholik) kerasan pihak Katholik Barat telah menindas pihak Ortodoks. Sultan juga mengarahkan
seupaya gereja tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

Kesimpulannya, Sultan Muhammad al-Fatih merupakan seorang pemimpin yang berjiwa


rakyat. Kepimpinan dan sumbangan baginda yang banyak telah menjadikan beliau salah seorang
tokoh dunia dan dihormati oleh orang ramai. Oleh itu, kita mestilah mengambil baginda sebagai
contoh dalam kehidupan harian kita supaya dapat menjadi seorang individu yang lebih baik dari
sebelumnya.
29. Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam
menawan Kota Konstantinople daripada Byzatine.

Sultan Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda , Muhammad bin Murad bin
Bayazid merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung
kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan sepanjang pemerintahannya. Sultan
Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianople dan meninggal dunia
pada 3 Mei 1481 Masihi ketika berumur 49 tahun. Baginda digelar Muhammad al-Fatih kerana
kejayaan baginda membebaskan Kota Konstantinopel. Baginda juga menaiki takhta seawall usia
19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar yang begitu
luas selama hamper 30 tahun, iaitu antara 1451M hingga 1481M.

Salah satu tindakan yang diambil oleh baginda ialah meninjau dan mengkaji usaha yang
dibuat oleh ayahandanya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sepanjang dua tahun pertama
selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Konstantinople secara terperinci.
Contohnya, baginda mengkaji setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan
kota tersebut. Sultan Muhammad al-Fatih juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-
kempen panglima islam yang terdahulu serta membuat perbincangan dengan panglima-panglima
tenteranya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan. Jelaslah, meninjau dan
mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya merupakan salah satu tindakan baginda.

Selain itu, Sultan Muhammad al-Fatih juga menyediakan angkatan tentera yang besar dan
canggih. Hal ini disebabkan oleh angkatan tenteranya yang disertai oleh para mujahidin seramai
265 000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah. Contohnya, baginda mengarahkan pembinaan
peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300
kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Baginda mengikat perjanjian damai dengan pihak
Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Kota Konstantinopel apabila mereka diserang.
Oleh itu, ratusan tentera Islam dapat dimuatkan di menara bergerak yang mempunyai ketinggian
lebih tinggi daripada Kota Konstantinopel.

Tindakan baginda yang seterusnya ialah menanam semangat jihad terhadap tenteranya. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana baginda membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama
dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebagai
contohnya, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah
disempurnakan sehingga tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265 000 orang
tentera Islam bersolat di belakang pemimin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah
kesunyian alam. Baginda juga menyampaikan pidato untuk menaikkan Kembali semangat jihad
para mujahid Islam yang semakin turun setelah jemu mengepung Kota Konstantinople selama 53
hari. Tegaslah, menanam semangat jihad terhadap tentera merupakan tindakan baginda seterusnya.
Di samping itu, mengepung Kota Konstantinopel juga merupakan tindakan baginda. Hal
ini kerana baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota
Konstantinopel secara aman kepadanya , tetapi pemerintah Byzantine enggan.Kota tersebut telah
mula dikepung dan diserang. Misalnya, Kota tersebut dihujani oleh peluru daripada meriam
raksasa selama 48 hari yang berjaya merosakkan sebahagian dinding kota tersebut. Namun begitu,
menara bergerak yang boleh memuatkan ratusan tentera Islam Berjaya dimusnahkan oleh Tentera
Byzatine. Oleh itu, baginda juga mengambil tindakan untuk mengepung Kota Konstantinopel
kerana Maharaja Byzantine enggan memberi kerjasama.

Akhir sekali, Sultan Muhammad al-Fatih menggunakan kaedah serangan luar biasa. Hal
ini disebabkan oleh Angkatan tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah
armada yang dihantar oleh Vatican dan Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan
Muhammad al-Fatih menggunakan satu kaedah luar biasa. Misalnya, kapal-kapal perang yang
dibawa melalui jalan darat ke atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden
Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera
Islam dan pertahan Byzantine menjadi semakin lemah. Oleh itu, baginda bersama tenteranya yang
hebat berjaya menawan Kota Konstantinopel pada 29 Mei 1453 M.

Sebagai kesimpulannya, Sultan Muhammad al-Fatih telah menggunakan segala ilmu yang
ada pada zamannya bagi menjayakan usaha menawan Kota Konstantinopel. Baginda telah dapat
membuktikan tentang kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW melalui penawanan kota tersebut.
Oleh itu, nama Kota Konstantinopel kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul dan dijadikan
sebagai ibukota semasa pemerintahan Uthmanniyyah. Gereja besar St. Sophies juga kemudiannya
telah ditukar menjadi masjid Aya Sofia.
30. Sejauh manakah Perjanjian Hudaibiyah membuktikan kewibawaan kepimpinan Nabi
Muhammad SAW dalam hubungan diplomatik.

Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian damai antara pihak musyrikin Quraisy Mekah
dengan Rasulullah yang berlaku pada tahun ke 6 hijrah. Perjanjian Hudaibiyah ini dinamakan
sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani iaitu di perkampungan Hudaibiyah. Berikutan
penubuhan Negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan hubungan
dengan negara-negara lain dan Perjanjian Hudaibiyah merupakan hubungan diplomatik terawal
yang dijalinkan Nabi Muhammad.
Salah satu kandungan Perjanjian Hudaibiyah adalah genjatan senjata selama 10 tahun. Kedua
belah pihak bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun dan
dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan. Musyrikin Quraisy yang menganuti
agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau hendaklah dikembalikan kepada kaum
keluarganya atau kembali kepada agama asalnya. Manakala orang islam yang memihak kepada
musyrikin Quraisy tidak perlu dihantar balik.
Selain itu, setiap suku kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin atau pihak
Islam. Ibadat Umrah bagi umat islam juga ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak
membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.
Musyrikin Quraisy dan umat islam bekerjasama kepada perkara yang membawa kepada kebaikan
bersama.
Perjanjian Hudaibiyah mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat antaranya ialah
orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah
memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di
Kaabah pada bila-bila masa. Selain itu, dakwah islam juga semakin tersebar dan Nabi Muhammad
s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab
secara aman dan bilangan umat Islam semakin bertambah.
Di samping itu, Perjanjian Hudaibiyah berjaya mengislamkan tokoh-tokoh penting Quraisy.
Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan
Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang Arab Quraisy yang lain. Perjanjian ini juga
menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. Oleh itu,
Madinah menjadi sebuah negara islam dan agama islam semakin kukuh.
Kesimpulannya, Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini
ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah
semula tanpa pertempuran yang besar. Hal ini melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad
s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan
pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.
31. Bincangkan pelaksanaan sistem naungan pada zaman khulafa al rasyidin dan zaman
umaiyah pada abad ke 7 hingga 8

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan
jizyah. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan
pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang
orang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenarnya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.
Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin
berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar
Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan
menerima agama Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam. Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan
beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di
Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah
naungan kerajaan Islam Madinah.
Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup
berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan
Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani
perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan
membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta
benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di
Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan
oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.
Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar
jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu
Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di
utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup
membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin
Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah
menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan
kerajaan Islam.
Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah
berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke
Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan
kadar tertentu.
Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan
Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah
sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya,
Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.

Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan
Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan
Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.

Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa
kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini
mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan
kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi
32. Bincangkan kepentingan hubungan bentuk perjanjian antara kerajaan Turki Uthmaniyah
dengan negara-negara Eropah lain.
Pemerintahan kerajaan Uthmaniyah bermula pada tahun 1281-1924 M. Kerajaan ini
diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul dan berpusat di Istanbul. Kemajuan kerajaan Uthmaniyah
menyebabkan kerajaan ini menghadapi beberapa tekanan daripada kuasa-kuasa barat.
Faktor utama hubungan bentuk perjanjian ialah dapat meredakan ketegangan dan
menamatkan peperangan. Perkara ini terjadi kerana perang Uthmaniyah-Poland pada tahun 1676
yang menyebabkan kerajaan Uthmaniyah menandatangani perjanjian Zurawno. Perjanjian
tersebut telah menamatkan perang fasa kedua antara Uthmaniyah dan Poland. Maka, Ukraine
telah diserahkan kepada Uthmaniyah.
Seterusnya, hubungan bentuk perjanjian telah mengakibatkan Uthmaniyah kehilangan
wilayah. Hal ini berlaku kerana kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Rusia
dan berakhir dengan perjanjian Karlowit. Bukan sahaja itu, sebilangan besar wilayah kerajaan
Uthmaniyah diserahkan kepada Habsburg dan Poland. Kesan daripada itu, kerajaan Uthmaniyah
telah kehilangan wilayah kerana perjanjian. Jelaslah bahawa, negara-negara Eropah mengambil
kesempatan daripada hubungan bentuk perjanjian dalam meluaskan penguasaan jajahan.
Selain itu, kerajaan Uthmaniyah menjalinkan hubungan bentuk perjanjian adalah untuk
menanggung kos peperangan. Hal ini terjadi kerana perjanjian Kainarji antara kerajaan
Uthmaniyah dan Rusia. Melalui perjanjian tersebut Rusia mengembalikan daerah Wallacia dan
Modolva kepada Uthmaniyah. Kesannya, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menanggung kos
peperangan sebanyak 4.5 juta rubbel. Namun, perjanjian seperti ini menyebabkan Uthmaniyah
mengalami kerugian besar. Tegaslah bahawa, hubungan bentuk perjanjian tidak memberi
kemajuan kepada kerajaan Uthmaniyah.
Disamping itu, hubungan bentuk perjanjian adalah untuk wilayah yang membebaskandiri.
Hal ini demikian kerana perjanjian San Stefano antara Turki Uthmaniyah dan Rusia.
Perjanjian ini dipersetujui untuk menamatkan perang antara Uthmaniyah-Rusia dan
membebaskan Bosnia, Herzegovina dan Bulgaria. Sebagai contoh, pembebasan Romania, Serbia
dan Montenergo dari cengkaman Rusia. Oleh itu, disebabkan hubungan bentuk perjanjian
membolehkan kemunculan negara baru yang bebas dan merdeka.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan akibat daripada hubungan bentuk perjanjian
bersama negara-negara Eropah. Kerajaan Uthmaniyah kehilangan sebilangan besar wilayah dan
faktor ini menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Uthmaniyah ekoran daripada kemunculan
Gerakan Turki Muda
33.Bincangkan Konsep dan Ciri-Ciri Ekonomi Islam Ketika Zaman Nabi Muhammad SAW.

Ekonomi merupakan suatu elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.
Sebelum sistem ekonomi diperkenalkan, masyarakat dibelenggu dengan sistem dan kegiatan
ekonomi yang tidak seimbang. Apabila datangnya Islam, aktiviti ekonomi itu digantikan dengan
sistem ekonomi yang adil dan berlandaskan syariat Islam. Pengenalan ekonomi Islam telah
memberi nafas baru serta membawa kepada pengenalan institusi ekonomi bagi melaksanakan
aktiviti ekonomi dengan lebih berkesan.

Konsep asas yang pertama ialah konsep rububiyyah iaitu konsep utama yang menjelaskan
tentang hubungan manusia dengan pencipta-Nya. Dalam konteks ekonomi, ianya merupakan
peraturan Allah SWT bagi menyusun rezeki dan kegiatan manusia demi kepentingan yang sebenar.
Terdapat juga konsep tazkiyah yang berkait rapat dengan proses pembentukan sahsiah dan akhlak.
Pembentukan dan penyucian jiwa dapat dilakukan melalui amalan seperti zakat dan sedekah.
Akhir sekali konsep ubudiyyah iaitu manusia sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka
bumi yang disuruh menerima dan patuh pada segala suruhan-Nya.

Ciri-ciri ekonomi Islam yang pertama ialah keuntungan dunia dan akhirat. Perniagaan dan
aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan material dan pahala daripada aktiviti yang
dilakukan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga telah menjelaskan bahawa, “peniaga yang amanah
berada di bawah naungan arash pada hari pengadilan”. Hadis ini menjelaskan bahawa peniaga
yang menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan
akan memperolehi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Selain itu, aktiviti ekonomi juga bertujuan untuk beribadah kepada Allah SWT. Dalam
sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, pengusahaan dan seumpa
dengannya adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Dalam konteks ini tiada sebarang aktiviti
ekonomi Islam dilaksanakan selain dasar ini. Sebagai contoh Abu Bakar As-Siddiq yang telah
membuat sumbangan harta benda ke jalan Islam bersama Nabi Muhammad SAW. Oleh hal yang
demikian, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab dan tidak
mengetepikan aspek nilai dan kebajikan.

Di samping itu, ekonomi Islam ini juga memberi kemakmuran kepada masyarakat. Tujuan
aktiviti perniagaan dan ekonomi ini adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan kepada
masyarakat. Sebagai contoh perkhidmatan pelacuran, perjudian dan seumpa dengannya adalah
diharamkan dalam ekonomi Islam. Hal ini disebabkan, ianya membawa kepada kerosakan dan
kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat. Nabi Muhammad SAW sudah menerapkan bahawa
sistem ekonomi Islam ini adalah aspek moral yang terpuji.

Akhir sekali, ekonomi Islam juga mengharamkan segala aktiviti atau amalan yang
berunsurkan penindasan. Mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW, amalan yang berunsurkan
aktiviti penindasan ini adalah aktiviti haram dan tidak dilaksanakan lagi dalam ekonomi Islam.
Hal ini disebabkan untuk menjadikan ekonomi Islam ini adalah ekonomi yang bersih dan
mempunyai nilai-nilai murni yang baik seperti jujur dan amanah. Sebagai contoh dalam aktiviti
perdagangan , sorok barang, menipu timbangan, rasuah atau riba adalah diharamkan. Hal ini untuk
memelihara kepentingan individu dan masyarakat.

Kesimpulannya, perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi yang


mengikut syariat Islam ini telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang amat
penting. Hal ini juga telah menjadikan ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum
Yahudi.
34. Bincangkan sumber pendapatan negara islam Madinah pada zaman nabi Muhammad SAW ke
arah kepentingan masyarakat.
Sebelum kedatangan Islam, Madinah merupakan sebuah kawasan oasis yang sesuai untuk
bercucuk tanam seterusnya membentuk masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian. Antara
tanaman yang dihasilkan di Kota Madinah ialah tamar, anggur, barli dan gandum. Pokok tamar
merupakan tanaman paling penting kerana memberi banyak faedah kepada penduduk Madinah.
Kaum Yahudi yang berada di Madinah pula merupakan usahawan, petani dan peniaga yang
menjalankan sistem riba. Namun begitu selepas kedatangan Islam, sistem ekonomi ini berubah
terutamanya selepas peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda menjadi ketua negara
Islam Madinah dan memberi perhatian bukan sahaja dalam bidang sosiopolitik tetapi juga
ekonomi. Aktiviti ekonomi Madinah pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W telah
mengalami peningkatan melalui sumber-sumber ekonomi seperti derma, rampasan perang,
rampasan hartanah, jizyah, dan sadaqat.
Derma pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dilakukan tanpa paksaan dan
masyarakat Madinah dengan rela hati kepada golongan yang baru berhijrah ke Kota Madinah.
Hal ini demikian kerana mereka berlumba-lumba menderma dalam bentuk pakaian, makanan,
wang dan hartanah. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a telah menderma semua
hartanya yang berjumlah 4000 dirham dan Khalifah Umar al-Khattab pula menderma separuh
daripada kekayaannya serta golongan Ansar di Madinah pula menderma kepada golongan
Muhajrin dari Makkah seperti yang dilakukan oleh Harithah bin Nu’maan yang menghadiahkan
istana dan ladangnya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Derma yang disumbangkan ini dapat
mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan Muhajirin yang baru berpindah dan
meninggalkan harta di Makkah. Jelaslah, derma merupakan sumber pendapatan negara Islam
Madinah.
Selain itu, harta rampasan turut merupakan sumber pendapatan negara Islam Madinah. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana banyak rampasan diperolehi seperti wang dan harta benda. Namun
begitu dalam peperangan Islam, bukanlah bertujuan untuk mendapatkan harta dan kekayaan
tetapi jihad kerana diperangi musuh. Contohnya, Perang Badar 623 Masihi apabila tentera Islam
seramai 313 orang menentang tentera Quraisy seramai 1000 orang. Perang ini merupakan
kemenangan pertama umat Islam dan memperolehi harta rampasan seperti senjata, unta, kuda,
tikar kulit dan pakaian. Harta ini dibahagikan kepada tabung negara dan tentera Islam yang
menyertai perang. Tawanan perang turut diberi peluang untuk membebaskan diri dengan
pembayaran tebusan. Tegaslah, harta rampasan turut merupakan sumber pendapatan negara Islam
Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Sumber ekonomi negara yang seterusnya adalah rampasan harta tanah. Hal ini demikian,
kebanyakan kaum Yahudi di Madinah telah mengambil tanah-tanah milik orang Ansar diambil
secara haram oleh mereka atau telah melanggar Piagam Madinah. Kedatangan Nabi Muhammad
S.A.W dan Islam ke Madinah telah mengembalikan hak dan harta tanah milik orang Ansar.
Misalnya, harta tanah pertama yang dirampas adalah daripada pihak Yahudi, iaituBani Fityun yang
diusir keluar dari Madinah. Amwal Bani Qunaiqa’ iaitu kubu dan pasar juga telah diambil alih
oleh orang Islam. Amwal Bani Nadhir seperti kebun dan ladang turut diambil alih. Bagi amwal
Bani Khaibar, yang mempunyai ladang tanaman kurma yang luas telah diisytiharkan sebagai al-
fai’ atau safiy iaitu Bani Khaibar Yahudi boleh terus memiliki tanah
tersebut dengan syarat 50 peratus daripada hasilnya diserahkan kepada kerajaan. Jelaslah, hasil
rampasan harta adalah sumber pendapatan negara Islam Madinah.
Di samping itu, jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam
yang digelar zimmi sebagai perlindungan harta benda dan nyawa dalam negara Islam. Jizyah
dikutip dalam bentuk tunai, barangan atau kedua-duanya sekali. Sebagai contohnya, jizyah yang
dibayar tunai berkadar satu dinar atau kain senilai dengannya manakala bagi barangan pula, ialah
1 bahagian daripada hasil pertanian. Kutipan jizyah tahunan daripada masyarakat Kristian Najran
ialah sebanyak 2000 pakaian pada bulan Rejab dan 1000 lagi pada bulan Safar. Oleh itu,
pembayaran jizyah merupakan satu pengiktirafan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W yang
digunakan untuk membangunkan masyarakat Islam Madinah.
Akhir sekali, sadaqat merupakan satu bentuk cukai agama yang dikenakan ke atas umat
Islam seperti zakat, ushr dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana zakat merupakan
rukun Islam ke-5 yang wajib dibayar untuk menyucikan harta dan mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan rakyat. Contohnya, zakat dikenakan kepada semua tidak kira lelaki atau
perempuan, merdeka, tidak gila, memiliki harta seperti wang, hasil pertanian dan hasil
penternakan. Rasulullah S.A.W telah melantik Attab bin Asid sebagai wali Makkah untuk
mengutip hasil kurma dan anggur kaum Quraisy di Taif. Rasulullah S.A.W turut mengutus
sepucuk surat kepada penduduk Oman dan Bahrain yang mewajibkan mereka membayar zakat dan
ushr (cukai niaga) bagi kurma dan gandum mereka. Rasulullah S.A.W turut melantik Bilal bin
Rabah sebagai pegawai sadaqat untuk hasil buah-buahan. Tegaslah, sadaqat adalah antara sumber
pendapatan negara Islam Madinah.
Kesimpulannya, pelbagai sumber pendapatan diperolehi dalam negara Islam semasa zaman
pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. Sumber-sumber ekonomi yang banyak ini telah
membantu membangunkan negara Islam Madinah yang baru ditubuhkan. Selain itu juga,
perolehan sumber ekonomi dalam wilayah terus bertambah walaupun selepas wafatnya Nabi
Muhammad S.A.W sehingga wujudnya institusi Baitulmal sebagai pusat pengumpulan sumber-
sumber ekonomi pada zaman berikutnya.
Soalan 35: Huraikan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan abbasiyah

Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan


perindustrian. Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah
peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang penyediaan sumber ekonomi. Contohnya,
dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi yang
tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman kerajaan
abbasiyah

Pertama sekali kegiatan ekonomi di kerajaan abbasiyah adalah Perdagangan di Baghdad


sebagai hub atau kota perdagangan antarabangsa terpenting dunia. Hal ini kerana jaringan
perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Contohnya, barangan dagangan
yang diperdagangkan seperti rempah-ratus dan cat dari India; batu permata dan hasil perusahaan
dari Turki dan Asia Tengah; madu, lilin dan barang kulit dari Scandinavia dan Rusia; gading dan
hasil galian seperti emas permata dan lain dari Afrika-Timur; beras dan gandum dari Mesir; barang
kaca dan buah-buahan dari Syria; kain sutera dan minyak wangi dari Parsi. Perdagangan dgn
negara Barat juga turut dijalankan sehingga sampai ke Sepanyol.

Seterusnya, kegiatan pertanian mengalami perkembangan yang pesat kerana kedudukan ibu
kota Kerajaan Abbasiyah terletak di daerah yang sangat subur iaitu diapit oleh sungai Euphrates
dan Tigris. Hal ini kerana kawasan tersebut amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Kerajaan ini
banyak memberi tumpuan terhadap kegiatan pertanian dengan memberi kebebasan kepada
penduduk setempat untuk mengusahakan tanah pertanian mereka tanpa tekanan dan diskriminasi.
Contoh tanaman yang ditanam ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli; tanaman buah-
buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai; tanaman lain seperti kapas dan
rami.

Selain itu, sektor perindustrian juga menjadi salah satu kegiatan ekonomi di bawah kerajaan
Abbasiyah. Hal ini kerana beberapa bidang industri yang terkenal pada masa itu antaranya ialah
industri gelas dan tembikar; dan industri tekstil dan tenunan. Kilang-kilang di Baghdad, Syiraz
dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan, hamparan dan permaidani.Terdapat
juga pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir dan barangan kaca, tembikar serta mozek dari
Mesir, Syam, Saida dan Sur.

Kesimpulannya, kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak
langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi. Malah, melalui
pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan
prasarana seperti tali air, masjid dan sekolah.
36). Masyarakat Melayu Melaka bukanlah masyarakat pertanian semata mata. Bincangkan
pernyataan ini.

Melaka merupakan negeri yang telah diasaskan oleh Megat Iskandar atau lebih dikenali
sebagai Parameswara sekitar tahun 1400. Sekitar tahun tersebut, Melaka telah menerima
kedatangan islam dan kebanyakkan raja di Melaka telah diislamkan termasuklah para pembesar
dan rakyat di Melaka. Masyarakat Melayu Melaka dahulunyadikenali sebagai masyarakat
pertanian semata mata. Namun Masyarakat Melayu Melaka turut melaksanakan pelbagai aktiviti
ekonomi untuk mendapatkan bahan bahan makanan. Oleh itu, Masyarakat Melayu Melaka pada
awalnya terikat dengan aktiviti ekonomi bersifat sara diri dan lama kelamaan telah menjadi
ekonomi komersial.

Pertanian merupakan kegiatan utama ekonomi Masyarakat Melayu Melaka. Hal ini
demikian kerana penanaman padi telah berkembang pesat di Melaka dan Selatan Semenanjung
Tanah Melayu. Hasil padi dan beras adalah untuk keperluan mereka sahaja. Jika terdapat lebihan
hasil padi dan beras akan ditukar dengan barang yang lain melalui sistem barter. Mereka juga
turut menanam pisang, jagung, ubi kayu, dan buah buahan yang banyak. Oleh itu, peralatan
tradisional dan tenaga binatang seperti kerbau telah digunakan untuk menjalankan aktiviti
pertanian.

Seterusnya, menangkap ikan dan hasil laut juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi
yang dijalankan oleh Masyarakat Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana Masyarakat Melayu
Melaka tinggal di persisiran pantai. Menangkap ikan dan hasil laut merupakan sumber utama
Masyarakat Melayu Melaka yang tinggal di persisiran pantai kerana ianya juga adalah sumber
protein bagi mereka. Parameswara juga pernah menjadi nelayan semasa tinggal di Muar. Beliau
cuma menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk untuk menangkap
ikan dan hasil laut.

Selain itu, memburu juga merupakan kegiatan ekonomi Masyarakat Melayu Melaka. Hal
ini demikian kerana aktiviti memburu hanya untuk menampung kehidupan seharian penduduk
dan ianya juga aktivti yang diwarisi. Kebiasaanya, memburu merupakan aktiviti raja raja Melayu
Melaka. Contoh binatang yang sering diburu seperti Arnab, rusa, landak, dan pelanduk. Jelaslah,
memburu juga merupakan cara rakyat biasa untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui
penglibatan mereka dalam perdagangan.

Di samping itu, kegiatan ekonomi Masyarakat Melayu Melaka seterusnya ialah


menternak binatang. Hal ini demikian kerana Masyarakat Melayu Melaka hanya menternak
binatang secara kecil kecilan sahaja. Misalnya, haiwan yang menjadi binatang ternakan mereka
seperti kambing, lembu, kerbau, ayam, dan itik. Datuk Bendahara Seri Maharaja juga pernah
menternak kerbau dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Masyarakat Melayu Melaka juga
menternak binatang.

Akhir sekali, memungut hasil hutan juga kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
Masyarakat Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana kegiatan mengumpul hasil hutan pada masa
itu turut memainkan peranan penting dalam kehidupan Masyarakat Melayu Melaka.
Masyarakat Melayu Melaka amat bergantung kepada persekitaran mereka seperti sungai, hutan,
dan tanah pertanian. Contoh hasil hutan yang dikutip seperti pucuk pucuk kayu, buah buahan,
ubatan, damar, rotan, dan getah jeluntung. Oleh itu, hasil hasil hutan yang dikutip ini telah
mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.

Kesimpulannya, Masyarakat Melayu Melaka bukanlah masyarakat pertanian semata


mata, malah mereka juga turut melaksanakan aktiviti ekonomi berdasarkan sumber persekitaran
mereka dan ekonomi kormesial sebelum campur tangan British. Oleh itu, Masyarakat Melayu
Melaka telah mengekploitasikan sumber persekitaran untuk menampung keperluan seharian
mereka.
37.Pemimpin memainkan peranan penting dalam memajukan Melaka sebagai sebuah pusat
perdagangan pada abad ke 15. Bincangkan.

Melaka telah muncul sebagai Emporium perdagangan terkenal. Melaka telah berubah
daripada hanya sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pusat perdagangan entrepot
pada abad ke 15M. Melaka digelar malaikat oleh org Arab iaitu perhimpunan para pedagang.
Kemuncak kegemilangan Melaka ini sebagai pusat perdagangan entrepot ialah semasa
pemerintahan kerajaan Islam di bawah Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah.

Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari


kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia,
kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India
dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan
jauh daripada paya bakau.

Selain itu, kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai
pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah
serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang
terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada
keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.

Melaka juga telah mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman
musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang
wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan
ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka juga amat bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan
yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh
saudagar dari timur dan barat. Hal ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk
mengunjungi pelabuhan Melaka.

Akhir sekali, Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka. Pelaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagang- pedagang mendapat
jaminan keselamatan barang-barang, kapal serta diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan
pencemaran lanun.

Kesimpulannya, Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot didorong oleh


pelbagai faktor. Faktor-faktor ini saling berkait antara satu sama lain. Kemuncak kegemilangan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa terutama semasa
zaman Raja Melaka menerima Islam. (Zaman Sultan Muzaffar).
Soalan 38 : Jelaskan peranan baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Khulafa al
Rasyidin.

Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang akan menyelenggara semua sumber
pendapatan dan perbelanjaan negara. Baitulmal juga dijadikan tempat menyimpan barangan
berharga seperti emas, perak, batu permata, barangan perhiasan serta harta amanah seperti wakaf.

Baitulmal telah muncul seawal pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq. Terdapat
sejarawan menyatakan Abu Ubaidah merupakan pemegang kunci baitulmal ketika itu. Namun,
pelaksanaan baitulmal ketika itu masih di peringkat permulaan atau secara tidak rasmi.

Baitulmal menjadi semakin penting di zaman Khalifah Umar al Khattab ekoran


kepelbagaian sumber pendapatan negara iaitu zakat, fay, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan
ghanimah. Pentadbiran baitulmal berpusat di Madinah dan cawangan ditubuhkan di setiap wilayah
Islam. Pegawai dilantik untuk mengurus baitulmal di peringkat pusat dan wilayah.

Baginda juga telah menyediakan buku kira-kira untuk mengenalpasti perbelanjaan dan
pendapatan secara sistematik. Baginda melarang kemasukan atau pengeluaran sesuatu yang
bertentangan dengan syarak. Sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi adalah diharamkan
kerana harta itu adalah amanah Allah SWT.

Semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan, telah timbul kontroversi tentang baitulmal.
Baginda telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya.
Selain itu, baginda juga dipercayai mengerah rakyat membayar cukai dalam kadar yang tinggi.
Harta rampasan perang tidak diagihkan seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun, tuduhan bahawa
baginda mengambil harta baitulmal adalah tidak tepat kerana baginda terkenal dengan kekayaan
serta bersifat dermawan. Bagi menambah harta baitulmal, baginda telah menyerahkan
perdagangannya yang besar kepada kaum keluarganya. Rumah baginda dijadikan baitulmal
sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang sebenarnya.

Baitulmal masih terus dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib
walaupun dalam kesibukan menghadapi krisis dalaman. Khalifah Ali amat menegaskan harta
baitulmal sebagai amanah Allah SWT. Buktinya, beliau menolak cadangan para pengikutnya agar
mengambil sebahagian harta baitulmal bagi menguatkan tentera bagi menangkis serangan tentera
Muawiyah. Kejujuran baginda juga terserlah setelah enggan memenuhi permintaan saudaranya,
Aqil yang meminta sedikit harta baitulmal.

Kesimpulannya, penubuhan baitulmal mampu menjamin pembangunan negara serta wilayah


Islam selain membantu golongan yang tidak bernasib baik. Baitulmal juga mampu menjaga harta
umat Islam dengan sebaiknya berdasarkan syariat yang ditetapkan.
36..Huraikan sumber-sumber pendapatan Baitulmal.

Baitulmal adalah institusi yang menyelenggara sumber sumber pendapatan negara.


Sejarah pembentukan Baitulmal wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW. Namun, tidak
berfungsi secara formal kerana pendapatan negara masih terhad. Sewaktu Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq, pelaksanaan baitulmal masih terbatas kerana pelantikan Abu Ubaidah berlaku perubahan
ke arah yang lebih sistematik dalam pengurusan baitulmal. Sewaktu pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab, baitulmal menjadi institusi kewangan yang penting dalam formal dan
pengurusannya yang sistematik.

Sumber pendapatan baitulmal yang pertama ialah zakat. Zakat merupakan bayaran yang
dikenakan kepada orang islam dan terbahagi kepada dua iatu zakat fitrah dan zakat zakat harta.
Contoh zakat harta adalah zakat emas dan perak, zakat harta pertanian dan sebagainya. Harta
atau sumber zakat akan diagihkan kepada orang yang tidak bernasib baik. Jika berlebihan,
pengagihan akan disimpan di dalam baitulmal.

Selain itu, jizyah merupakan sumber pendapatan baitulmal. Jizyah merupakan cukai kepala
atau cukai perlindungan dikenakan kepada golongan dhimmi. Individu atau kerajaan bukan islam
di bawah pemerintahan kerajaan islam diwajibkan membayar cukai jizyah. Kadar yang dikenakan
dari 12 darham hingga 48 darham. Hanya lelaki dewasa yang merdeka, akil baligh dan berupaya
yang dikenakan cukai jizyah.

Seterusnya, kharaj merupakan cukai tanah yang dikenakan oleh pemilik- pemilik tanah di
wilayah yang dikuasai oleh kerajaan Islam dengan kadar 10%. Khalifah Umar bin al-Khattab
membahagikan tanah kharaj kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah.
Kharaj boleh dibayar dalam bentuk hasil tanaman ataupun wang tunai.

Disamping itu, sumber pendapatan baitulmal adalah usyur. Usyur merupakan cukai
perniagaan yang dikenakan kepada orang islam dan bukan islam dengan kadar berbeza. Bagi
orang kafir harbi, kadarnya pula ialah 10%, bagi orang dhimmi, kadarnya ialah 5% dan orang
islam kadarnya pula 2.5%.

Ghanimah pula merupakan sumber pendapatan baitulmal. Harta rampasan perang yang
diperoleh melalui peperangan baitulmal ialah 1/5 daripada kutipan ghanimah kepada kerajaan
pusat Madinah. Manakala baki akan diagihkan kepada para prajurit yang terletak di medan
perang.

Sumber pendapatan baitulmal ialah fayy. Fayy merupakan harta rampasan perang yang
diperoleh berikutan musuh menyerah kalah atau tidak melibatkan peperangan.
Akhir sekali, sedekah, harta karun, wakaf dan harta rampasan juga merupakan sumber
pendapatan baitulmal. Pegawai kerajaan yang didapati menyalahgunakan kuasa dapat
mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya setelah siasatan dibuat dan
disahkan.

Kesimpulan, penubuhan Baitulmal dapat memastikan urusan pemungutan dan perolehan


pendapatan negara Islam supaya lebih tersusun dan kemas. Hal ini dapat membantu
pembentukan ekonomi yang teguh pada zaman Khulafa’ al- Rasyidin, zaman Bani Umaiyah dan
Bani Abbasiyah
40.Jelaskan pelaksanaan cukai jizyah dan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan islam terhadap orang-
orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa
dan harta benda mereka. Manakala Kharaj merupakan cukai tanah yang diperolehi sewaktu
penaklukan daripada peperangan dan merampas tanah yang dimiliki oleh tentera islam dan
pengusahanya terdiri daripada bukan orang islam.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman
Nabi Muhammad S.A.W. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi,
sebelum berperang, panglima islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima islam,
berperang ataupun membayar jizyah. Pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19
000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju
membayar 1 dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al Jandal.
Selain itu, sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat pada zaman
Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi
ketenteraan. Pemimpin Baitulmaqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah
Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar Jizyah selagi kerajaan islam
mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. Penduduk Qibti di Mesir
menjemput Amru bin al-As menghalau orang -orang Rom dan mereka bersetuju membayar
Jizyah 2 dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per individu bergantung
kepada status individu. Penduduk Azerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran
membayar jizyah pada tahun 22 H, namun pada tahun berikutnya dikenakan pada kadar
tertentu.
Seterusnya, pada zaman Khalifah Uthman bin Affan susulan kejayaan menguasai
Mesir, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini. Jizyah dikenakan
ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tropoli, Nubah dan Qairawan setelah
termeterainya penjanjian damai.
Seterusnya, pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin dari segi kadar kharaj
dibahagi kepada dua iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah. Kharaj wazifah dikenakan
mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contohnya, tanah di
Iraq telah ditetapkan setiap Jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham. Selain itu,
kharaj muqasamah pula, merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi
daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara daripada
mengelakkanpenganiayaan kepada petani.
Selain itu, pelaksanaan cukai pada awalnya kharaj dikenakan kepada pemilik tanah
penduduk Dhimmi. Sekiranya, hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam kharaj tidak
dikenakan. Seterusnya, sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas
pemilik tanah bukan penyewanya.
Kesimpulannya, peningkatan sumber Jizyah dan kharaj yang dikumpul pada zaman ini
telah dimanfaatkan untuk memajukan negara dan menyumbang kepada penyusunan
pentadbiran percukaian serta membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus berjaya
mewujudkan politik yang stabil.
42. Huraikan tentang institusi Baitulmal pada zaman Kerajaan Abbasiyah.
Baitulmal dapat ditakrifkan sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelenggara
segala urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Istilah moden kepada Baitulmal ialah
Perbendaharaan Negara. Pada zaman kerajaan Abbasiyah, peranan Baitulmal begitu penting
khususnya dalam menjana ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup umat Islam bukan
sahaja di Baghdad malah juga di wilayah kekuasaan kerajaan ini. Terdapat pelbagai peranan
institusi Baitulmal padazaman Kerajaan Abbasiyah.

Institusi Baitulmal pada Kerajaan Abbasiyah berperanan dalam membantu golongan


asnaf. Golongan asnaf bermaksud orang yang layak menerima sumber hasil daripada
Baitulmal seperti pungutan zakat dan sebagainya. Mereka ini terdiri daripada golongan fakir,
miskin, mualaf, orang berhutang, hamba yang ingin membebaskan diri, musafir yang tiada
bekalan, orang yang berjihad di jalan Allah serta amil yang dipertanggungjawabkan
memungut sumber zakat ini. Kepentingan pengagihan ini adalah untuk meringankan beban
golongan tersebut dalam meneruskan kehidupan, merapatkan jurang sosial dalam kalangan
masyarakat, dan mengeratkan silaturahim sesama umat Islam. Jelaslah bahawa taraf hidup
golongan asnaf dapat dijamin menerusi institusi Baitulmal padazaman Kerajaan Abbasiyah.
Seterusya, institusi Baitulmal ketika zaman Kerajaan Abbasiyah dapat membiayai
perkara yang berkaitan dengan ketenteraan. Untuk dijadikan contoh, semua anggota tentera
sama ada tentera tetap, pengawal khalifah, dan sukarelawan diberikan gaji hasil daripada
sumber Baitulmal. Sumber Baitulmal juga digunakan dalam memberikan latihan dan
mengambil tentera-tentera baharu yang akan disalurkan melalui Majlis Muqabalah (Bahagian
Latihan). Pada Zaman Khalifah Harun al-Rasyid, peruntukan Baitulmal telah dimanfaatkan
bagi membiayai kempen memerangi Rom Timur dan menguasai wilayah di Asia Minor serta
menamatkan pemberontakan di Mosul, Armenia dan Afrika Utara. Penyediaan pangkalan
tentera laut serta kelengkapan ketenteraan seperti senjata dan kapal-kapal juga disediakan
khas oleh Baitulmal. Benarlah bahawa institusi ketentaraan kerajaan Abbasiyah menjadi
kukuh disebabkan oleh peranan institusi Baitulmal.

Selain itu, kemudahan prasarana pada zaman Kerajaan Abbasiyah juga dapat
disediakan melalui institusi Baitulmal. Hal ini disebabkan oleh keperluan kemudahan jalan
perdagangan sama ada jalan darat mahupun laluan kawasan perairan amat diperlukan dalam
memastikan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar. Kerajaan juga menyediakan
kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti ruang niaga yang selesa, tempat penyimpanan
barangan dan sebagainya seperti di pelabuhan Baghdad, Kaherah dan Basrah. Bukan itu
sahaja, kerajaan Abbasiyah juga menyediakan bantuan sosial seperti peruntukan khas untuk
menyediakan hospital, rumah anak yatim serta mendirikan masjid bagi memastikan syiar
Islam berkembang hasil daripada sumber Baitulmal tersebut. Maka, kemudahan infrastruktur
dapat dibangunkan melalui institusi Baitulmalpada zaman Kerajaan Abbasiyah.
Di samping itu, menyediakan kemudahan pendidikan merupakan peranan institusi
Baitulmal pada zaman Kerajaan Abbasiyah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kerajaan
telah memperuntukkan sumber Baitulmal dalam membina institusi pendidikan dari peringkat
rendah sehingga peringkat tertinggi. Oleh itu, setiap kampung dan bandar didirikan sekolah
rendah dan menengah. Institusi pengajian tinggi juga turut disediakan contohnya seperti
Universiti al- Nizamiyah dan Universiti al-Mustansir. Di kawasan bandar seperti Kaherah
dan Isfahan akan terdapat sekurang-kurangnya sebuah pusat pengajian tinggi. Malahan,
kerajaan melalui Baitulmal juga akan mendirikan perpustakaan dan pelbagai insentif supaya
dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan. Tegaslah bahawa peranan
daripada institusi Baitulmal pada zaman kerajaan Abbasiyah mampu melahirkan masyarakat
berpendidikan tinggi dan disegani olehorang luar.
Dalam pada itu, institusi Baitulmal ketika zaman Kerajaan Abbasiyah dapat
menyemarakkan perkembangan intelektual. Hal ini disebabkan oleh peranan Baitulmal yang
penting dalam memastikan Baitul Hikmah berfungsi sebagai pusat intelektual, sama ada
sebagai tempat penghasilan karya, penyelidikan, penterjemahan, perbincangan ilmiah dan
sebagainya. Kesannya, kegiatan intelektual yang berkembang pesat pada zaman pemerintahan
Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah al-Makmun ini, ramai ilmuwan yang mengamalkan
ilmu aqli dan ilmu naqli menghasilkan pelbagai karya sebagai sumber rujukan. Sebagai
contoh, Ibnu Sina telah menghasilkan karya perubatan, al-Qanun al-Tibb yang dianggap
ensiklopedia perubatan terawal manakala al-Khawarizmi mengemukakan idea-idea
matematik sehingga digelar Bapa Algebra. Tambahan pula, banyak karya Yunani dan India
yang telah diterjemahkan khususnya dalam bidang perubatan, astronomi dan falsafah.
Justifikasinya, dana yang diperuntukkan oleh institusi Baitulmal mampu merancakkan
perkembangan intelektual dalam kalangan ilmuwan pada zaman Kerajaan Abbasiyah.

Sebagai konklusinya, peranan Baitulmal pada zaman Kerajaan Abbasiyah bukan


sekadar mengumpul sumber pendapatan negara dalam bentuk cukai mahupun zakat.
Sebaliknya, institusi ini memainkan peranan penting dalam menunaikan tanggungjawab dan
membantu kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan serta menambahkan
kemasyhuran Kota Baghdad sebagai pusat tamadun yang unggul menjelang Zaman
Pertengahan.
Soalan 43: Huraikan ciri-ciri dan matlamat pendidikan menurut Islam

Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan
fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa
istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu
proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki
oleh Islamdan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah.
Falsafah pendidikan Islam berkait rapat dengan ilmu akidah, ilmu dan amal. Hal ini
demikian kerana,didikan telah diberikan dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Sebagai
contoh, kebebasan untuk mendapatkan pendidikan tidak mengira jantina , kekayaan , dan
warna kulit semua golongan manusia boleh menuntutnya. Oleh itu , menjadi tanggungjawab
kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan
menghormati orang yang menuntut ilmu.
Ciri-ciri utama pendidikan menurut islam adalah berdasarkan sumber yang sah dan
hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan sumber akal
dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan
secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.Focus utama Pendidikan islam ialah memenuhi
keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati , pemulihan
akhlak dan membangunkan jiwa merdeka . Misalnya menurut ibnu khaldun, matlamat
pendidikan islam ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya
tentang syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.
Seterusnya,pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya
dapat mengenali penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya. Hal ini demikian
kerana, penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang
supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini. Sebagai
contoh,pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran
kepadanya tentang tujuan dia dicipta. Tegaslah bahawa, Kesedaran ini akan mendorong
membangunkan dunia mengikut ajaran agama Islam yang sebenar.
Disamping itu, merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh
merupakan matlamat pendidikan islam. Hal ini demikian kerana,Pendidikan dapat memimpin
manusia ke arahkemajuan hidup yang lebih ideal. Tambahan pula, pendidikan juga merupakan
penilaian bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya. Tegaslah bahawa
Pendidikan berpandukan islam dapat merangsang ideologi seseorang untuk lebih maju
kehadapan.
Akhir sekali, falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan
beramal. Hal ini demikian kerana, Insan seperti ini akan bersifat takwa, memiliki sifat-sifat
kemanusian yang tinggi dan berkepribadian mulia. Misalnya, dengan kekuatan akhlak yang
terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui baik dan buruk
tindakannya. Oleh itu,orang yang mempunyai ilmu pengetahuan sentiasa mengamalkan
peribadi yang mulia dan lebih terbuka fikirannya.
Kesimpulannya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah
supaya merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif
utama falsafah
Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam
bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak terpuji ,
menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta sebagai persediaan
menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.
44.MASID MERUPAKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TERPENTING DI
MESIR.BINCANGKAN
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah
negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal yang pada
mulanya menawarkan pembelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama
atau fardu kifayah.Antara masjid yang dijadikan institusi pendidikan ketika itu ialah Masjid
Amru bin Al- As,Masjid Ahmad bin Tolun dan kemudian pusat keilmuan berpindah ke
Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti Fatimiyyah. Seterusnya Masjid al-
Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman pemerintahan khalifah Salehuddin al-
Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.

Masjid Amru Ibnul al-As pusat pengajian dan dikatakan terdapat


dijadikan sehingga 40
kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar untuk menimba ilmu
pengetahuan
dan membuat kajian. Secara umumnya, kelompok pengajian yang berada di Masjid Amru
al-As bukanlah dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain sahaja seperti al-Quran, hadis,
tauhid, fiqah, dan lain-lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu
bintang, dan perubatan turut dipelajari. Antara 8 kelompok majlis pengajian yang terdapat d
masjid ini ialah Kelompok Imam Shafi’e, Kelompok Al-Majdiah dan Kelompok Al-Shibiah.

Selain itu kemunculan masjid al-Azhar sebagai Pusat Keilmuan Sunni selepas 1171M,
telah menyebabkan para ulamak Sunni yang dahulunya bergiat di Masjid Amru al-As dan
Baitul Hikmah mula berpindah ke Jamiah(masjid) al-Azhar sehingga ia menjadi sangat
terkenal. Masjid ini didirikan oleh Jauhar al Saqli dijadikan tempat bermastatutin bagi
Kerajaan Fatimiyyah. Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang khas seperti dewan kuliah.
Para pelajar di institusi ini digalakkan menghafal.Teknik penghafalan pengukuhan ilmu
penggetahuan dimiliki dengan mudah.

Seterusnya, pengajian halaqah. Pengajian halaqah diadakan di masjid. Halaqah ialah


satu
sistem pengajian tradisional di mana murid-muird berkumpul dlm bentuk bulatan
mengelilingi guru dengan menadah kitab yg diajar , jangka waktu pengajian tidak di tentukan
tetapi semakin lama belajar , semakin tinggi ilmu seseorang itu. Pada kebiasaannya ,
pengajian halaqah dilaksanakan di peringat tinggi di mana murid-murid nya sudah
mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh . Guru-guru pengajian ini mengajar ilmu agama dan
ilmu pengetahuan umum.

Akhir sekali, selain masjid, kuttab juga dijadikan sebagai pusat pengajian di Mesir. Kuttab
ialah tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid. Kuttab
menjadi tempat bagi kanak-kanak untuk belajar pada peringkat permulaan. Mata pelajaran
yang diajar ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz diatas luh
(papan batu). Guru-guru akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada kanak-kanak dan kanak-
kanak itu akan menulisnya atas luh. Setelah itu, guru akan melihat tulisan mereka dan
membetulkan sekiranya terdapat kesalahan. Murid-murid akan membaca dan menghafaz ayat-
ayat al-Quran tersebut. Setelah dapat menghafaz dengan fasih, mereka akan dating semula
kepada guru dan menghafaznyadi hadapan guru.
Kesimpulanya tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi
umat Islam Mesir. Contohnya kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah
berkembang menjadi Universiti al-Azhar.
SOALAN 45 : BINCANGKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG
TERDAPAT DI ACHEH.

PENGENALAN
Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih
peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu. Acheh turut memainkan peranan
sebagai pusat pengajian agama Islam utama di Nusantara. Pada abad ke-16, Acheh diperintah
oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pendidikan Islam di Acheh pada masa ini
berkembang pesat sehingga Acheh digelar sebagai serambi Makkah.Acheh mempunyai
sistem pendidikan tersusun dan terancang. Institusi pendidikan ini dibahagikan kepada
beberapa tahap dan peringkat meunasah (rendah), rangkang (menengah) hingga ke Jamiah
Baiturrahman (universiti). Keakraban pemerintah Acheh dengan negara Islam lain turut
memberi kesan terhadap perkembanganpendidikan dan kegiatan keilmuan. Hal ini disebabkan
Acheh menjadi tumpuan pa ra
ulama luar yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan seperti
SyeikhYamani, Nuruddin al-Raniri dan lain-lain.

MADRASAH/MEUNASAH
Institusi pendidikan permulaan ialah meunasah atau madrasah. Ia merupakan institusi
pendidikan terendah yang ditubuhkan di setiap kampung.Institusi ini memberikan tumpuan
kepada kanak-kanak dan memfokuskan pengajaran mengenai asas ilmu keagamaan (fardhu
ain),membaca,menulis dan menghafal.Asas pengajaran agama yang dipelajari merangkumi
pembelajaran al-Quran,menulis dan membaca huruf Arab,rukun iman,rukun islam khusunya
solat,pembentukkan peribadi dan perwatakkan muslim(akhlak),sirah Nabi Muhammad
SAW,bernasyid serta kemahiran asas yang tertentu.Pengajaran dan pembelajaran
mengginakan Bahasa tempatan dan Bahasa Melayu.Kitab Perukunundan Risalah Masa’il al
Muhtadin dalam Bahasa Melayu pula menjadi teks atau rujukan utama.

MASJID
Satu lagi institusi pendidikan ialah masjid. Masjid-masjid yang didirikan di setiap mukim
merupakan pusat segala kegiatan umat Islam termasuk pendidikan. Tahap pendidikan di
masjid bersangkutan dengan pendidikan peringkat menengah yang pertama. Pada zaman
kerajaan Acheh, terdpat masjid yang dinaiktarafkan menjadi pusat pendidikan tinggi seperti
Masjid Baiturrahman.Selain masjid dan institusi pendidikkan yang pelbagai tahap,pemerintah
turut menjadikan istana sebagai pusat pendidikkan. Istana menjadi tempat anak-anak
golongan bangsawan memperoleh pendidikkan, sebagai tempat menyimpan pelbagai
khazanah ilmu serta sebagai tempat perbincangan dalam kalangan ilmuwan.

RANGKANG
Pada masa ini juga terdapat pondok-pondok di sekeliling masjid. Pelajar-pelajar yang ingin
menuntut pelbagai ilmu tinggal di sini. Pondok-pondok ini menjadi asrama yang dikenali
sebagai rangkang. Rangkang dianggap sebagai pendidikan menengah yang menyampaikan
pelbagai disiplin ilmu agama dan pelajaran umum. Tahap rangkang bergantung kepada tahap
ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar. Pelajar-pelajar yang pintar berpindah dari satu
rangkang ke rangkang lain untuk menuntut ilmu daripada guru yang lebih mahir.Banyak
ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di rangkang dan pelajar-pelajar juga
berasal dari pelbagai daerah. Antara mata pelajaran yang diajar ialah ilmu fiqah, tasawuf,
tajwid, tauhid, ibadat, sejarah dunia, bahasa arab dan sebagainya. Ilmu umum yang diajar
adalah sejarah, geografi dan matematik. Buku-buku rujukan yang digunakan menggunakan 2
bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab.Para pelajar yang telah tamat pengajian
kemudian melanjutkan pelajran ke rangkang yang terkenal terletak di Bandar Aheh
Darussalam.
DAYAH
Institusi pendidikan Islam yang lain ialah sistem pendidikan peringkat menengah atas, iaitu
dayah. Dayah didirikan di setiap daerah Nanggore. Kebanyakan dayah terdapat di luar
lingkungan masjid. Terdapat sebuah balai utama yang berfungsi sebagai tempat belajar solat.
Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab.
Antara ilmu keagamaan yang diajar ialah tauhid, fiqah muamalat, tasawuf, akhlak dan
sebagainya.Manakala ilmu bukan agama pula adalah pertanian,pertukangan,perniagaan dan
lain-lain selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.Pendidikan di dayah dibahagikan
kepada dua, iaitu yang terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira jantina dan yang
dikhusukan kepada kaum wanita sahaja.Contoh dayah yang terdapat di Acheh ialah Dayah
Teungku Chik, Dayah Cot Kala, DayahBlang Peria dan sebagainya.

JAMIAH BAITUL RAHMAN


Institusi pendidikan tahap tertinggi, iaitu peringkat universiti ialah pendidikan di Jamiah
Baiturrahman. Pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Masjid Baiturrahman
dinaikkan taraf dan statusnya sebagai sebuah universiti. Tempat ini digunakan semata-mata
untuk menuntut ilmu sahaja. Terdapat 17 dar (fakulti) antaranya Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis,
Fakulti Kedoktorandan sebagainya. Para pengajar pula terdiri daripada ulama atau sarjana dari
Acheh dan negara- negara lain seperti Arab, Turki dan Parsi. Disebabkan hal tersebut , baahsa
pengantar dan kitab- kitab yang digunakan di instiyusi ini menggunakan Bahasa Arab.

KESIMPULAN
Kewujudan sistem pendidikan dengan institusi pendidikan yang teratur melahirkan
golongan ulama dan cerdik pandai seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Shamsudin al-Sumatrani
dan Abdul Rauf Singkel. Kesannya,perkembangan pesat pendidikan Islam telah menjadikan
Acheh dikenali sebagai Serambi Makkah pada abad ke-17 dan telah membantu menghebatkan
perkembangan Islam di Nusantara.
46. Pemerintah memainkan peranan penting dalam memajukan Acheh sebagai sebuah pusat
pendidikan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-16. Bincangkan

Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerap ilmu pengetahuan sama ada
secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu dalam
menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan dalam perspektif islam
merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat iaitu bermula daripada dalam buaian
hingga ke liang lahat. Islam memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan
pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan dan warna kulit. Acheh berkembang menjadi
pusat ilmuan selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan Acheh muncul sebagai Pusat Pendidikan Islam pada abad
ke -16.
Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat pendidikan islam yang pertama adalah
daripada peranan pemerintah. Antara sultan yang terkenal pada ketika itu ialah Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Beliau mempunyai inisiatif dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan. Antara inisiatif beliau ialah menjadikan Istana sebagai
Pusat Pengajian Islam terutamanya untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan. Beliau
juga memberikan galakan dalam bidang intelektual Islam seperti menubuhkan Balai Gadang
yang dianggotai oleh para ulama.
Faktor kemunculan Acheh sebagai pusat pendidikan islam yang seterusnya ialah
hubungan diplomatik. Hubungan diplomatik ini berlaku pada Zaman Sultan Alaudin Mansur
Syah iaitu ulama timur tengah yang menghantar india ke Acheh. Contohnya Syeikh Abdul
Kadir Ibnu Hajar dan Syiekh Muhammad Yamani dari Mekah. Kepakaran ulama tersebut
menyebabkan Acheh berjaya menjadi pusat keilmuan bertaraf antarabangsa.
Selain itu , pusat pendidikan islam muncul di Acheh oleh kerana peranan ulama luar.
Ulama ini menjadi tenaga pengajar dan penasihat kepada sultan. Mereka juga memberi
sumbangan kepada kemajuan ilmu di Acheh. Pada ketika itu sultan menggalakkan kedatangan
para ulama daripada Arab, Turki, dan Parsi. Contohnya ulama Nurrudin al-Raniri yang
menjadi penasihat kepada sultan Iskandar Thani. Para ulama juga menjadi guru pendidikan
Masjid dan mengarang kitab kitab agama seperti Hujjatus Siddiq.
Di samping itu, kemunculan pusat pendidikan islam di Acheh disebabkan oleh
perkembangan bahasa melayu. Ulama menghasilkan banyak karya bahasa melayu dan bahasa
arab yang diguna meluas di institusi pendidikan. Pada awalnya Acheh dan Patani
mengeluarkan buku agama dan sastera BM yang dikarang mengunakkan puisi dan prosa.
Contohnya Syair Burung Pingai dan Syair Burung Pungguk yang dihasilkan oleh Hamzah
Fanzuri.
Akhir sekali, kewujudan sistem pendidikan lengkap dan sistematik menjadi faktor
kemunculan pusat pendidikan islam di Acheh. Wujudnya sistem sekolah yang teratur
mengikut tahap pengajian rendah, menengah dan tinggi. Contohnya rendah Meunasah,
menengah Rangkang dan tinggi Dayah, jamilah baitul rahman. Terdapat 17 fakulti di Jami ah
Baitul Rahman yang mengtafsir tentang kimia dan kedoktoran.
Kesimpulannya, perkembangan Acheh sebagai pusat pendidikan bermula Portugis
menjajah Melaka pada tahun 1511,hal ini menyebabkan Pusat pendidikan Melaka telah
diambil alih oleh kerajaan Acheh. Munculnya Acheh sebagai Pusat Ilmuan disebabkan
beberapa faktor. Faktor- faktor ini telah menyebabkan Acheh semakin berkembang sebagai
pusat pendidikan Islam malahpusat Perdagangan yang telah mengantikan Kerajaan Melaka
47. Al - Khwarizmi telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan
matematikdunia. Bincangkan.
Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al
Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang
falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan
beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam
bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah.
Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul
Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh
Khalifah al Makmun.
Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan
untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan
angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai
infiniti.
Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini
membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus.
Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angka Sifar yang
beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’
dan ‘zero’.
Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan simbol
yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubah membolehkan banyak masalah pengiraan
diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa
Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hingga abad
ke16M.
Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang
digunakan hingga ke hari ini. Antaranya ialah pembolehubah (x), pemboleh ubah kuasa dua
(x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic
sepertipengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan
dan segitiga serta isipadu piramid dan kon.
Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-
Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah
pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat
diselesaikan dengan mudah.
Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang
matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam
sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang mengguna pakai idea-idea beliau.
48. Al- Ghazali telah memberikan tafsiran semula terhadap ilmu falsafah.

Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Beliau
dilahirkan di Tusia pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Gelaran "Al-Ghazali" diambil
bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal).
Beliau seorang yang tekun dalam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan sehingga berjaya
menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang
paling terkenal ialah bidang falsafah.
Isi-isi
Imam aI-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga
golongan iaitu atheis, natural dan teologi. Golongan atheis - golongan yang mengingkari wujudnya
pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan natural -golongan ilmuwan yang banyak
membuat kajian berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.
Golongan teologi – merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal -soal ketuhanan
bersumberkan akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

Selain itu, Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula
ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan
akhlak.Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu
ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama.Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan
dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam
seluruhnya.Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu
ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali
tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.

Di samping itu, Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan
terperinci. Antara penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-
Falasifah, al-Munqidh mim al-Dalal danTahafut al-Falasifah. Abu Hassan al-Nadawi juga
menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa seperti yang diungkapkannya di
dalam salah satu penulisannya.

Seterusnya, Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu
falsafah Islam, bagi menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman
falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci, iaitu agama Islam. Al-
Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak amalan mengagungkan
falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.

Kesimpulan
Imam Al-Ghazali banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan. Hasil tulisan beliau
banyak mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya iaitu Jalaluddin ar-Rumi. Kebijaksanaan beliau
dalam ilmu falsafah Islam menyebabkan beliau turut gelar sebagai bapa falsafah terunggu.
49. Nilaikan sumbangan pemikiran Ibn Khaldun kepada peradaban manusia

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Waliud-Din Abu Zaid Abdul Rahman Ibn Muhammad
Ibn Khalid Al-Khattab dilahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia. Beliau merupakan ahli sosiologi,
pakar sains, dan juga seoran sejarawan Arab yang terkenal pada zamannya. Beliau dikenali
sebagai seorang yang tekun menuntut ilmu dan kreatif dalam menghasilkan buah fikiran
walaupun beliau sibuk dengan tugas tugas pentadbiran.

Ibn Khaldun telah meluaskan skop pengkajian sejarah dengan mengambil kira daripada
pelbagai sudut sebagai contoh perubahan sosial dalam masyarakat. Salah satu karya beliau iaitu
al-Muqaddimah merupakan sebuah karya agung dalam bidang pensejarahan bagi memahami
corak perubahan organisasi dalam politik dan sosio ekonomi sesuatu masyarakat. Karya ini
secara tidak langsung telah memberi suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan
kegiatan manusia pada ketika itu.

Al-Muqaddimah mengandungi suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah seperti hukum
yang menguasai proses proses perubahan suatu masyarakat. Sumbangannya dalam bidang teori
dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan pendekatan multidisciplinary
kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu Ibn Khaldun dianggap sebagai
pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli sejarah yang pertama mengkaji segala
aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya dari perspektif sosiologi masyarakat
yang dapat memberikan keterangan dan bukti yang relevan kepada semua tindak tanduk sosial
manusia. Ia menunjukkan kepentingan sikap yang kritis dalam pemikiran kerana beliau telah
berjaya menggabungkan aspek disiplin dalam pengkajian sejarah.

Ibn Khaldun juga dikenali sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang teori
ekonomi yang logik dan realisitik. Teori beliau telah dikemukakan jauh lebih awal berbanding
teori yang dikemukakan oleh tokoh ekonomi barat seperti Adam Smith dan David Ricardo.
Beliau telah berbicara tentang beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan
( fairness ), rajin ( hardworking ), kerjasama ( co-operation ), dan kesederhanaan ( moderation ).

Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi, sebaliknya beliau
menganggap manusia yang beragama Islam terutamanya yang memerlukan pengetahuan
ekonomi untuk memenuhi tujuan mereka di atas muka bumi. Dalam hal ini, beliau menekankan
betapa perlunya manusia untuk menjauhi perkara yang mungkar dan sebaliknya, manusia perlu
mendalami ajaran Islam supaya dijadikan sebagai panduan hidup untuk perbaiki diri supaya
urusan di akhirat kelak dipermudahkan.

Sebagai kesimpulan, segala idea dan buah fikiran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun
jelas menggambarkan beliau merupakan seorang individu yang layak dikenali sebagai tokoh
pemikiran moden terutamanya dalam bidang ilmu sosiologi dan ekonomi Islam sehingga mampu
melahirkan buah fikiran berkenaan pensejarahan dan ekonomi moden.
50. JELASKAN SUMBANGAN AL- MASUDI DALAM BIDANG GEOGRAFI DAN
PELAYARAN

Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu Hasan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi. Beliau
merupakan seorang tokoh pelayar yang berasal dari Iraq. Beliau dilahirkan pada tahun 895M di
Baghdad, Iraq, dan meninggal dunia pada tahun 956M di Fustat. Al-Mas’udi memulakan
pelayaran lebih awal berbanding Ibnu Batutah, iaitu di antara tahun 914 hingga 915M. Pelayaran
awal beliau ialah menuju ke arah Parsi, dan pernah sampai ke India, China, Indochina,
Madagascar, Zanzibar dan Oman. Beliau merupakan salah satu tokoh yang banyak menyumbang
terutama dalam bidang geografi dan pelayaran.

Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi mula belayar (merantau) ialah antara tahun 914—
915M iaitu semasa pergi ke negeri Parsi. Di Parsi, beliau tinggal selama lebih kurang setahun di
Istakhar iaitu pada tahun 305H/915M. Beliau pergi ke India (916M) dan mengunjungi kota
Multan dan kota al-Mansurah (Mansura). Kemudian beliau kembali ke Parsi setelah mengunjungi
Kusman. Karyanya Muruj al Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir, beliau menceritakan bahawa kota
tersebut terletak di tebing Sungai indus. Nama kota itu diambil sempena nama Mansur bin
Jumhur (gabenor kerajaan Bani Umayyah di Sind). Ia dihuni oleh sejumlah penduduk golongan
sayid (ketua kabilah). Di India al-Mas’udi turut melakukan penyelidikan mengenai flora dan
fauna. Kajian dibuat di tepi laut berhampiran dengan Combay. Antara bahan- bahan penyelidikan
beliau ialah gajah, burung merak, burung kakak tua, buah oren, kelapa dan lain-lain. Beliau
meneruskan pelayaran melalui Bombay, Deccan dan Sri Lanka serta berlayar ke Indo-China dan
negeri China. Dalam perjalanan pulang beliau singgah di Madagascar, Zanzibar,
Oman dan sampai di Basrah. Di Basrah beliau menetap untuk beberapa waktu dan menulis karya
besarnya yang bertajuk Muruj al-Dhahab. Buku ini menceritakan tentang pengalaman pribadi
beliau di pelbagai negara. Dalam buku ini beliau menyebutkan beberapa buah tempat termasuk
Semenanjung Tanah Melayu termasuk Kedah, Pahang dan Melaka. Ada mungkinan beliau
sampai ke rantau ini sewaktu dalam pelayaran ke Lautan China. Buku ini telah diterbitkan di
Paris (1861—1877) dan Kaherah (1303 H) sebanyak 9 jilid. Ia merupakan karya al-Mas’udi yang
terbesar telah ditemui dan wujud hingga ke hari ini. Beliau juga mengunjungi Pantai Laut
Kaspia, Asia Tengah dan Turkistan. Kemudian beliau pergi ke Gujerat. Di sini beliau mendapat
keterangan-keterangan daripada orang Yahudi, Parsi, Indi dan paderi-paderi Kristian. Kembali
ke Fustat (Khairo Kuno). Di sini beliau menyusun karya beliau yang kedua bertajuk Akhbar al-
Zaman (cerita-cerita sejarah) yang mengandungi 30 jilid. Dalam buku ini beliau menggabungkan
ilmu geografi dengan sejarah dan menceritakan kehidupan masyarakat di negara-negara yang
pernah dilawatinya. Pulang ke Basrah tempat beliau mencatatkan pengalamannya dalam Muruj
al Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir. Buku ini selesai ditulis pada tahun 947M dan pada tahun
956M diselesaikan pula edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid yang diterbitkan di Paris
(1861—1877). Karya beliau yang terakhir ditulis pada tahun kematiannya (956M di Fustat) ialah
Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Dalam kitab ini beliau membuat penambahan dan melengkapkan
karya-karya yang terdahulu. Berdasarkan perjalanan pelayaran, al-Mas’udi banyak membuat
penyelidikan dan juga membuat penulisan mengenai pengalamannya dalam pelbagai ilmu.

Sumbangan AI-Mas’udi dalam ilmu geografi adalah menggabungkan geografi dengan


disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa
bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang
kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Menyokong Teori
Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang
dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya,
beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status), iklim kedua
dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan. Matahari dan bulan
dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara yang menyebabkan mereka berbakat
tinggi dalam peperangan. Manakala orang di Selatan memiliki sifat lebih tafakur. Selain itu,
terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai garis lintang
tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Manakala bahagian
Timur mempunyai garis lintang pertengahan. Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara
faktor-faktor “ Di Bumi Nyata ” dengan sikap dan kehidupan manusia. Membuat kajian tentang
tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.

Manakala dalam bidang ilmu pelayaran, beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di
kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui
semasa pelayaran dijalankan. Contohnya, beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan
dari Teluk Parsi ke laut China. Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-
Basrah dan penemuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan. Selain itu,
beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan
pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Beliau menerangkan kepada ahli pelaut
yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu
kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut
China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan. Beliau juga berjaya
menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke
Sepanyol. Hasil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut
Hitam. Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah
lingkungan bumi.

Kesimpulannya, dalam pengembaraan beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan


penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut
menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil
pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di
bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh
masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.
51. Ketokohan dan sumbangan ibn majid
Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar
(Oman). Beliau merupakan seorang ahli pelayaran Arab yang terkemuka pada abad ke-9 H/15
M. Beliau adalah daripada keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut” kerana
kemahirannya belayar di Lautan Hindi. Beliau telah menghasilkan 25 buah kitab sama ada
berbentuk prosa atau pun puisi yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin,
ombak dan lain-lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran dan
geografi.
Kitab al-Fawaid fi Usul ‘Ilm al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan
faedah faedah ilmu laut). Hasil karya dalam bentuk prosa yang dibahagikan kepada 12 buah
bab. Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum magnet, bulan, bintang,
kompas, laluan Lautan Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal termasuklah Pulau Jawa,
Sumatera dan Ceylon, monsun yang sesuai bagi 8 pelayaran dengan tarikh mengikut perkiraan
bangsa Parsi dan tentang Lautan Merah. Tujuan beliau menghasilkan karya yang pertama ini
disebabkan hasratnya ingin memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang
telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumya.Selain itu, beliau menghasilkan kitab Hawiyat
al Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar. Kita ini dihasilkan pada tahun 866 H. Kandungan buku ini
mengenai ilmu tarikh (falak), ilmu bahasa dan ilmu bintang. Juga berkaitan dengan laut di pantai
Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika. Beliau juga menjelaskan laluan di Teluk Parsi, Lautan
Hindi, Laut China, pantai, pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi (falak). Sumbangannya
dalam bidang pelayaran telahdimanfaatkan oleh pelayar Eropah seperti Vasco Da Gama. Beliau
juga telah menghasilkan lakaran peta laluan laut antara Eropah dengan India yang telah
digunakan oleh pelayar Eropah. Sejarawan Eropah pula beranggapan bahawa Ibn Majid telah
berjasa kepada dunia pelayaran Eropah. Buktinya, ada pandangan sejarawan yang mengatakan
misi pelayaran Vasco Da Gama tidak menjadi realiti tanpa ilmu pelayaran yang dirintis oleh Ibn
Majid.

Kompas disamping peta laut merupakan alat terpenting penunjuk arah. Bangsa Arab
dikatakan awal mengetahui kompas pada abad ke-11M. Ibn Majid mencipta kompas pelayaran
yang sangat penting dalam bidang oceanographyiaitu kajian geografi lautan yang kemudiannya
membolehkan penemuan lautan yang masih belum ditemui pada masa itu oleh ahli-ahli
pelayaran Eropah seperti Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan. Ibn Majid menyebut
tentang magnetik dan jarum penunjuk arah. Tidak lengkap pembuatan kompas kecuali dengan
adanya jarum penunjuk, yang akan menunjuk kepada dua kutub, utara dan selatan. Ibn Majid
merujuk kompas dengan sebutan qutb numa, alat bermagnet yang menunjuk arah. Kemajuan
tentang qutb numa sebenarnya telah bermula pada pertengahan abad ke-9H. Nama jarum qutb
numa disebut dengan jelas dalam tulisan Ibn Majid dan Sulaiman al-Mahri. Ibn Majid
menghuraikan secara panjang lebar berkenaan qutb numa pada 893H termasuklah menjelaskan
cara bagi menentukan
Kiblat dari tempat yang berbeza. Beliau dalam karya prosanya, al-Fawaid menyebut
tentang jarum qutb numasambil mendakwa bahawa beliau orang yang bertanggungjawab
mencipta peralatan itu. Beliau juga menyebut bahawa bagi tujuan pelayaran, maka magnet
dicipta, disimpan dan disesuaikan di dalam kotak dengan kemahiran yang tinggi. Penciptaan
qutb numa diilhamkan daripada seekor ikan yang terdapat di China yang menyerupai kompas.
Ini menunjukkan alat qutb numa itu lebih mungkin dicipta olehnya.

Kitab al-Fawaidfi Usul llm al-Bahrwal-Qawaid buku pedoman untuk pemandu kapal laut
tentang prinsip dan peraturan pelayaran. Dianggap ensiklopedia pelayaran. Karya ini diiktiraf
sebagai rujukan terpenting pada zaman renaissance dan sebelumnya, dalam bidang astronomi
dan geografi nautika. Ia memberi inspirasi dan semangat bagi pelaut pada zamannya untuk
melakukan penjelajahan. Hawiyat al-Ikhtisarfi Usul 'Ilm all-Bihar -mengenai ilmu laut,
antaranyatanda tentang hampirnya daratan yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran, ilmu
bintang,ilmu astronomi, pelabuhan dan lain-lain. Al- (Jrjuzah al-Mu'arrabah - tentang
pelayarannya di Teluk'Aden. Qailah al-Islamfi Jami' al-Dunya membina kaedah penentuan arah
kiblat dari mana-mana bahagian darat dan laut. Urjuzah Bir al-'Arab - membuat pelayaran di
sepanjang pantai Laut Arab dan Teluk Parsi. Kanz al-Mu'alimah menerbitkan karya mengenai
khazanah ahli pelayaran dan sains laut, bintang, planet dan kutub yang belum diketahui.
Kesimpulannya, sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah
merangsang pelayaran tokoh-tokoh Islam lain dan memberi maklumat serta gambaran kepada
masyarakat sejagat. Jelas bahawa Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang berjaya
mengembangkan atau merintis ilmu pelayaran moden dan ilmu pelayaran ini telah
dimanfaatkansepenuhnya oleh masyarakat Barat untuk menjelajah dan neneroka dunia Timur.
52. Nilaikan sumbangan Ibnu Batutah dalam bidang pelayaran terhadap perkembangan tamadun
dunia.
Pada 1304 di Tanger, Maghribi. Sejarah pengembaraan Ibnu Battutah bermula ketika
usianya baru mencecah 21 tahun. Beliau meninggalkan kampung halamannya untuk
mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya yang
berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Sepanjang pengembaraan sulunnya, beliau melalui
kawasan- kawasan seperti Maghribi, Palestin, Mesir, Syam dan Madinah. Sumbangan
terpenting Ibn Battutah dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang
berjudul Tuhfat al-Nazar atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat
menyifatkan beliau sebagai The Prince of Muslim Travellers.
Pelayaran lbnu Battutah dapat dibahagikan kepada empat tahap.Tahap pertama pelayaran
beliau ialah perjalanan dari Maghribi ke kota Makkah yang merentasi bahagian utara Afrika
seperti Mesir, Libya dan Algeria. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah mencatatkan
pengalamannya di tempat bersejarah seperti Baitulmuqaddis. Di Syam, beliau membuat
pemerhatian tentang tinggalan kerajaan Umayyah sehinggalah tercapai hasratnya untuk
menunaikan haji di Makkah.

Seterusnya, peringkat kedua pelayaran Ibnu Battutah ialah perjalanan pulang dari kota
Makkah, lokasi awal yang ditujuinya ialah selatan Iraq. Dalam perjalanan ini, beliau telah
menempuh pelbagai cabaran ketika menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah. Setelah tiba
ditempat yang ditujui,beliau kembali semula ke kota Makkah.
Pada peringkat yang ketiga pula perjalanan Ibnu Battutah bermula dari Makkah ke
Yaman, diikuti Afrika Timur, Oman, Bahrain, Sudan, Mesir utara,Turki hinggalah sampai ke
constantinople. Di Turki, beliau telah mengiringi rombongan yang dihantar oleh Uzbek Khan
untuk menemui Kaisar Byzantine dan beliau turut diberikan penghormatan oleh pemerintah
kotatersebut.
Peringkat terakhir Ibnu Battitah dalam pelayarannya bermula dari Turki ke India melalui
Bukhara, Samarkand, Khurasan dan Afghanistan. Di India, beliau telah dilantik sebagai kadi
sewaktu pemerintahan kerajaan Tuhgluq dan sempat meninjau pelbagai adat resam dan
kebudayaan masyarakat India. Pengembaraan ke benua Asia diteruskan ke china. Dalam
perjalanan ke negara tersebut, beliau telah singgah di Sumatera dan Jawa.
Setelah pulang mengembara dari China dan tiba di Maghribi, beliau sekali lagi
memulakan perjalanan merentasi Laut Mediterranean menuju ke Andalus dan balik semula ke
Maghribi sebelum menjelajah sekali lagi merentasi gurun Sahara untuk sampai ke Sudan dan
beberapa buah negeri di AfrikaIbnu Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd Allah
al-Lawati dilahirkan
53. CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI ANDALUSIA PADA ABAD KE 13 M.

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk, reka letak
yang dibina oleh manusia. Alfred Frazer berpendapat, seni bina islam merupakan gambaran
dari sudut agama,dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan
rumah kediaman.Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa parsi,
Roman, Turki dan Byzantine. Merupakan hasil usaha serta kreativiti orang islam untuk
memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi
oleh rohaninya.

Ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13M ialah pembinaan menara.
Terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata banjaran Sierra
Nevada. tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-
taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau. istana didirikan Menara untuk
memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan iaitu untuk keselamatan.

Ciri-ciri yang seterusnya adalah ruangan khas. ruangan khas atau bilik yang mempunyai
fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas, dewan
besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang tiang bulat daripada
marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja dll. Berfungsi untuk
keselesaan dan keindahan.

Selain itu, mempunyai nilai keindahan ukiran kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-
Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah dsb. contohnya binaan Masjid al- Mulk yang didirikan
oleh Sultan Muhammad II. Di pintu masuk tertulis tulisan Arab ‘Azza Maulana al-Sultan
Abdillah.’ Dan di bawahnya terdapat syair yang menyentuh kemurniaan agama Islam.
dibahagian dinding masjid diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran. mihrab masjid
pula dipenuhi hiasan berwarna emas dan struktur mihrab bertahtakan permata zamrud, yaqut
dsb.

Akhir sekali, ciri-ciri seni bina Islam kerajaan Andalusia abad ke-13M ialah kategori
kesenian. Terdapat dua jenis keseniaan di Granada iaitu keseniaan yang lahir di Granada
dikenali sebagai kesenian Granada dan keseniaan di luar Granada dikenali sebagai Mudejar.
kesenian di luar Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam abad ke-13 dan 14.
contohnya Alcazar di Seville. Kesenian di Granada pula melambangkan seni bina dan reka
bentuk Islam kerana dihasilkan oleh seniman-seniman Islam. Contohnya istana alhambra’.

Kesimpulannya, kemampuan kerajaan Islam Nasriyyah membina bangunan yang


mempunyai nilai kesenian yang unik yang menggabungkan seni Islam dengan seni-seni
tempatan asing menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi. Bangunan-bangunan ini telah
dimanfaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam Andalus dihancurkan oleh tentera
Kristian selepas itu.
54. Huraikan ciri-ciri kesenian Islam di India pada zaman Kerajaan Mughal

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka
letak yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun
1857 M apabila British bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur
Shah 2. Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya
dalam bidang seni bina ialah Syah Jehan (1627-1658 M).

CIRI-CIRI SENI BINA INDIA


Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan
dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-
unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai
puncak yang meruncing. Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana
yang didirikan dalam sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Kubur/ Makam Diraja


Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau
tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap
dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan
dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu
terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.

Taj Mahal
Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj
Mahal. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya,
Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk
berbentuk lengkuk awan yang menawan. Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid
yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat
juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang
hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja. Berkaitan dengan
pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di Fathpur
Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang
agak besar. Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini.
Di sekeliling istana, terdapat tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam
pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
Kompleks ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang
terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu
gerbang kedua dengan bangunan istana. Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan
bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi
dengan lukisan mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.

Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)


Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati).
Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun
1857. Penggunaan warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’
digunakan untuk membinanya. Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak
di tepi sungai Jumna. Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5,
Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj
Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648). Kota Merah ialah binaan
kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk
Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman. Kubu ini dibina dengan sungai menakung
air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi musuh. Monumen ini
memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni
bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga
adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

Masjid Jama, Delhi


Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17
iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk
puterinya Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini di
puncak sebuah bukit pada tahun 1650. Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa
parsi bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama.
Masjid ini terletak di atas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan
monument masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang
terletak berhadapan dengan Masjid Jama. Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai
masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang
mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid
Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk
Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan


khususnya dari aspek seni bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang
paling unik menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.
55. Sejauh manakah kelemahan sistem politik dalaman menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah pada awal abad ke 20M.

Kerajaan Turki ini diasaskan oleh Uthman Ertoghul dalam bidang pemerintahan kemudian
diwariskan kepada puteranya Osman. Kerajaan ini mendapat nama sempena daripada nama ketua
Turki iaitu Osman. Kerajaan Turki Uthmaniyah ini mengalami zaman kemerosotan pada peringkat
terakhir pemerintahan Sultan Sulaiman Agung. Orang Barat menganggap zaman itu sebagai The
Sick of Europe.

Salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan di kerajaan Turki ini ialah disebabkan
kelemahan pemerintah di kerajaan tersebut. Kerajaan mereka mempunyai pemimpin yang silih
berganti dan sering berlaku masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan juga
pemerintah. Pada ketika itu sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin adalah
berdasarkan kuasa mendorong kearah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan
ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Hal ini telah menyebabkan perang saudara
berlaku sehingga akhir abad ke 18M, empat orang sultan dibunuh dan lima orang lagi disingkirkan
secara paksaan.

Selain itu, disebabkan sultan mereka mengamalkan kehidupan yang hidup bermewah mewah
secara berlebihan. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap sultan mereka yang mementingkan
hiburan dan kesenian yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan moral. Sebagai contoh
Sultan Murad III yang dikuasai oleh nafsu dan mempunyai 118 orang anak. Kebanyakannya sultan ini
tidak berasal dari bangsa Turki yang sejati tetapi sebaliknya daripada permaisuri-permaisuri Kristian
yang ditawan. Oleh sebab itu mereka tidak berfahaman Islam sejati seperti nenek moyang mereka
dahulu. Atas kurangnya fahaman Islam sejati di dalam diri, mereka telah menyebabkan dirinya lalai
dibuai dengan kebendaan.

Kelemahan dalam sistem ketenteraan juga merupakan salah satu penyumbang kepada
kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin
ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. . Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan
yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpotensi telah
disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai.
Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid I dan Salim II yang dipilih bukan berdasarkan
kemampuan yang unggul. Kelemahan dari aspek ketenteraan juga dapat dilihat melalui
penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini
menyebabkan sistem tentera hamba menjadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominandalam
angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat lantas menghapuskan
asas disiplin dalam tentera.

Di samping itu faktor kejatuhan ini berlaku akibat daripada gejala rasuah yang wujud pada
Kerajaan Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan
pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak. Hal ini dapat dibuktikan apabila
Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya padawaktu perlantikan dan
mereka juga perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan. Pemerintahan Sultan Mustafa IV
terbeban kerana cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu dan dilantik untuk mengutip
cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkesan.

Akhir sekali, kelemahan dalam sistem pendidikan. Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak
sekolah-sekolah secular menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam. Pendidikan sekular ini
tertumpu kepasa karya sastera tertentu, arena persuratan yang berkembang maju dan terjemahan
daripada fiksyen Barat. Pada tahun 1866, Kementerian Pelajaran Umun ditubuhkan untuk menyelia
sekolah sekular. Negara Barat juga mengambil peluang ini untuk menerapkan pendidikan mereka
melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi ini makin menggalakkan penerapan idea
nasionalisme, kapitalisme, imperialism terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentiment
perkauman semakin menebal.

Kesimpulannya, Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah
melalui era kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan
kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada
penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah
taklukan Sultan Turki.
56. BINCANGKAN GERAKAN TANZIMAT DAN KESANNYA TERHADAP PENTADBIRAN
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADAABAD KE-19M.

Tanzimat bermaksud satu gerakan pembaharuan atau reformasi, penyusunan semula dan
pembaik pulih yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan Uthmaniyah bermula pada tahun 1839
hingga 1876. Era tanzimat berlaku pada tahun 1839 M sehingga 1918 M. Tanzimat bermula dengan
pengisytiharan piagam Hatt-I Sherif Gulhane oleh Sultan Abdul Hamid pada 3 November 1839M
dan berakhir setelah Sultan Abdul Hamid II bertindak menggantungkan perkembangan Uthmaniyah
pada 7 Februari 1878 M. Piagam bertujuan untuk melindungi Uthmaniyah dari gerakan pembebasan
berpaksikan bangsa nasionalis dan supaya berwaspada dengan kuasa pihak luar yang ingin
melakukan penjajahan ke atas wilayah mereka. Pembaharuan dilakukan dalam 3 aspek iaitu politik,
ekonomi dan sosial.

Pembaharuan yang dilaksanakanoleh Sultan Salim III adalah menyeluruh iaitu merangkumi
aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun begitu, pemantapan dalam aspek politik khususnya bidang
ketenteraan diberi keutamaan dan perhatian. Hal ini demikian kerana, bidang ketenteraan merupakan
sumber kekuatan kerajaan Uthmaniyah. Antara pembaharuan dalam aspek politik adalah melakukan
pembaharuan dalam sektor pentadbiran. Dengan menjalankan polisi pemusatan pemerintahan
terhadap pemerintahan wilayah. Selain itu, pembaharuan dalam aspek ketenteraan era tanzimat
memperlihatkan tentera terlatih sultan dibahagikan kepada 6 bahagian mengikut wilayah.
Seterusnya, era tanzimat menyaksikan satu kewujudan sistem undang- undang yang dapat diterima
oleh semua rakyat kerajaan Uthmaniyah tanpa mengira agama, kepercayaan dan kedudukan.

Dari aspek ekonomi ialah memperkenalkan mata wang baru. Pada tahun 1839 M, kerajaan
Uthmaniyah memperkenalkan mata wang baru iaitu Gaima dalam bentukwang kertas dan wang
syiling emas serta perak pada tahun 1844 M. pada tahun 1853 M, bank Uthmaniyah bercirikan
perbankan Eropah ditubuhkan di Istanbul dan bank diraja Istanbul ditubuhkan pada tahun 1848 M.
Aspek sosial pula ialah Sultan Mahmud II memperkenalkan beberapa bidang kessenian Barat
dalam masyarakat kerajaan Uthmaniyah seperti muzik, opera dan tarian balet. Kesenian ini
kebiasaannya dimainkan oleh warga kedutaan luar dan di import masuk dalam sistem ketenteraan.
Bidang pendidikan juga turut mengalami perubahan melalui 6 saluran. Antara Saluran tersebut ialah
melalui pendedahan yang luas terhadap pemodenan Barat, pengalaman seseorang, pekerjaan,
pengembaraan, pembacaan dan perbincangan antara pemimpin atau sarjana. Pada tahun 1838 M,
sekolah pendidikan sekuler itu Mekteb-I Maarif ditubuhkan. Kebanyakan para pemimpin terkenal
adalah keluaran sekolah berkenaan. Pembaharuan dalam bidang pendidikan memperlihatkan
transformasi yang menyebabkan pertentangan antarapendidikan agama dengan sekular.

Manakala kesan daripada gerakan tanzimat ialah meningkatkan aktiviti perdagangan. Pada
tahun 1838, peraturan perdagangan yang memberi hak keistimewaan telah diperbaharui khususnya
kepada pihak British. Kesannya, jumlah perdagangan kerajaan Uthmaniyah dan Barat semakin
meningkat. Sebagai contoh, jumlah import kerajaan Uthmaniyah dari Britain pada tahun 1825 M
adalah sebanyak 1,079,671 paun dan meningkat kepada 3,578,561 paun pada tahun 1839
M. barangan seperti kapas, kain, bulu biri-biri dan gula menjadi barangan utama yang diimport dari
Britain. Barangan mentah seperti akar kayu, sutera mentah dan anggur kering dieksport ke Britain.

Kesan lain ialah berlaku peningkatan terhadap peluang pekerjaan. Kerajaan Uthmaniyah
memperkenalkan projek pertanian di Yesilkoy bagi menghasilkan tanaman baru berdasarkan kepada
teknologi pertanian Perancis dan pakar pertanian dari Amerika. Kerajaan Uthmaniyah turut
membina kilang kain di Damascus bagi menghasilkan kain yang berkualiti dan bermutu tinggi,
masyarakat Uthmaniyah telah memperkenalkan pelbagai corak kain, permaidani, sutera dan benang
emas.

Kesimpulannya, pembaharuan ini menyaksikan perubahan polisi dari Barat. Yusof Al-
Qardawi berpendapat bahawa tidak salah umat islam mencontohi Barat dalam perkara baik. Namun
begitu, pembaharuan yang dilaksanakan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial oleh pemerintah
dilihat dari sudut positif dan negatif. Hal ini demikian kerana, kemajuan fizikal oleh tamadun Barat
mengatasi pembangunan kerohanian terhadap masyarakat islam. Kesannya, kebudayaan diterap oleh
masyarakat islam hingga hilangnya identiti islam. Bahkan, pembaharuan ini menjadi satu faktor
kepada pembubaran khilafah dalam sejarah tamadun islam. Walaubagaimanapun, pembaharuan yang
dilakukan mewujudkan pembangunan fizikal, perkembangan intelektual yang menakjubkan dan
merupakan usaha untuk memajukan aspek ekonomi, politik dan sosial demi mengembalikan
kegemilangan kerajaan Uthamniyah.
57. Peluasan kuasa barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah disebabkan oleh Revolusi Perindustrian.
Bincangkan.
PENGENALAN
Sejak akhir abad ke-15 masihi, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,
pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Akhirnya pada abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa
Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan yang luas untuk belayar dari Eropah Barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki
kawasan yang telah dirancang dari awal. Menurut sumber sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki
Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.

ISI 1
Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18
menyebabkan kuasa-kuasa barat tidak ada pilihan selain melaksanakan ISI 2
dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain berkurangan. Para
Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi usahawan telah menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam proses penggalian
bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam arang batu, timbul masalah takungan air di dalam lubang yang telah digali. Masalah
ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap pada
tin, alat-alat elektrik dan kereta. Perubahan yang berlaku in i merupakan
tahun 1702. Selain itu, enjin berkuasa wap telah digunakan secara meluas di
satu transformasi yang memperlihatkan sesetengah kawasan pertanian
lombong-lombong arang batu. Oleh yang demikian, arang batu dapat dihasilkan
menjadi kawasan perindustrian. Manakala penciptaan jentera atau enjin dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan pengusaha besi yang memerlukan
berkuasa wap merupakan salah satu perkembangan penting dalam proses banyak arang batu.
perindustrian di peringkat awal. Sejak awal, kilang-kilang besi
bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk melebur besi tersebut.

ISI 3 ISI 4
Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi dengan Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu
kemajuan bidang pengangkutan. Sistem pengangkutan bukan sahaja kuasa-kuasa eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan
melibatkan pengedaran bahan mentah dan barangan siap dalam negara mewujudkan pusat perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan
tetapi juga menjana urusan eksport dan import. Penciptaan lokomotif dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia. Penggunaan kapal berkuasa
enjin berkuasa oleh George Stephenson pada awal abad ke-19 memberi wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga
kesan yang hebat. Selain itu, sistem pengangkutan di laut dipertingkat mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi
iaitu kapal menggunakan enjin berkuasa wap direka bagi menggantikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan
kapal layar. di mana-mana wilayah turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, peluasan kuasa barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menyebabkan berlakunya Revolusi Perindustrian. Kuasa barat telah
berjaya mempengaruhi perindustrian di tanah Turki seperti penciptaan jentera atau enjin berkuasa wap, pengangkutan mengadakan perdagangan di
seberang laut.
58. Analisiskan peíjuangan Geíakan Uthmani Muda semasa pemeíintahan Keíajaan ľuíki
Uthmaniyah pada abad 19 hingga awal abad ke 20

Pendahuluan

Uthmani Muda atau Uthmani baíu dalam bahasa ľuíki dikenali sebagai Yeni Osmanlilaí
meíupakan pelopoí yang mempeíjuangkan sistem khalifah beípeílembagaan.Peíjuangan ini
diteíuskan pula oleh golongan ľuíki Muda.Kebebasan yang dibeíikan pihak keíajaan
Uthmaniyah telah digunakan oleh golongan ini untuk mengkíitik dasaí dan polisi keíajaan
yang melihat hak íakyat dan beítentangan dengan ajaían Islam.
Matlamat kedua - dua geíakan ini adalah menukaí sistem pemeíintahan khalifah yang beíkuasa
mutlak kepada khalifah beípeílembagaan

Isi -isi penting

1. Pemeíintahan demokíasi

Namik Kemal teímasuk salah satu daíipada pemikií teíkemuka Utsmani Muda atau bias
dikatakan sebagai penggeíak utama kelompok ini.Namik Kemal melihat bahwa munduínya
keíajaan Utsmani disebabkan oleh ketidakbeíesan pada sektoí ekonomi dan politik.
Pemeíintahan demokíasi menuíut Namik Kemal tidak beítentangan dengan Islam, kaíena
dalam Islam teídapat píinsip kemaslahatan umum (al-maslahat al 'ammah)meíupakan dasaí
demokíasi. Sistem demokíasi ini, menuíutnya telah dipíaktekkan olehempat Khalifah besaí.
Namik menilai sistem bai'ah dalam pemeíintahan khalifah
sebagai wujud kedaulatan íakyat. Untuk menunjang kelancaían di dalam menguíus Negaía,
khalifah tidak boleh melanggaí syaíiat, kaíena syaíiat sebenaínya meíupakan konstitusi yang
haíus dipatuhi oleh Negaía. Sistem demokíasi dalam pemeíintahan Islam haíus dipeíkuat
dengan dasaí musyawaíah. Oleh itu,pentingnya piagam khalifah Islam supaya bebas
beífikií,juga kedaulatan íakyat Dan sistem keíajaan dapat dilakukanmelalui íundingan.

2. pembahaíuan peíundangan

Pada tahun 1877 teíjadi peíang antaía keíajaan Utsmani dengan Rusia. Kejadian ini
membuka kesempatan Sultan Abdul Hamid II untuk mengumumkan Negaía dalam keadaan
bahaya (daíuíat). Dengan dalih Negaía dalam keadaan daíuíat ini, Sutan membubaíkan
paílemen. Pada tanggal 14 Febíuaíi Sultan juga membekukan konstitusidan mengasingkan
oíang-oíang yang dianggap beíbahaya, teímasuk Midhat Pasya. Sejak itulah sampai meningganya
tahun 1883, midhat Pasya tidak lagi teídengaí kipíah politiknya.Kegagalan Utsmani Muda
dalam menancapkan sistem konstitusional dalam pemeíintahan Keíajaan Utsmani membuat
meíeka bukan hanya dianggap gagaldalam usaha pembahaíuan, akan tetapi lebih daíi itu
membuat meíeka hilang daíi aíena pembahaíuan di Keíajaan Utsmani pada abad ke-19.
Kegagalan Utsmani Muda ini segeía disusul dengan munculnya kelompok baíu yang kemudian
menamakan diíi ľuíki
Muda (Young ľuík).Pada akhiínya, keinginan Utsmani Muda untuk membeílakukan sistem
konstitusional di Keíajaan Utsmani dan meíuntuhkan dominasi Sultan yang absolute baíu
teíwujud kemudian atas usaha Mustafa Kamal. Mustafa Kamal beíhasilmenggulingkan
dominasi Sultan dan beíhasil mendiíikan Negaía ľuíki Modeín yang konstitusional.

3. peneíbitan akhbaí ľasvií Al Afkaí

Atas bantuan daíi pangeían Muíad (kemudian menjadi sultan Nuíad V) dan pabgeían
Mutafa Fazil daíi Mesií Sinasi meneíbitkan akhbaí ľasvií Al Afkaí (deskíipsi idea-idea)
tahun 1861-1870 yang segeía menjadi foíum teíkenal untuk mengekpíesikanbentuk-bentuk
sastía baíu dan idea-idea politik."Akhbaí ini kebanyakan beípengaíuh dalam kebangkitan
kaum intelektual di keíajaan Usmani pada abad ke 19.Sinasi kemuadian meninggalakan
ľasvií Al Efkaí kepada Naik Kemal, seoíang kolega mudanya,dan teíbang ke Peíancis
menghabiskan masa empat tahun beíikutnya dalam pencaíian- pencaíian sastía. Dia kembali ke
Istanbul hanya sebentaí sebelum dia meninggal kaíena tumoí otak tahun 1871." Daíi tulisan-
tulisanya yang beíbau sastía sepeíti diatas sinasi banyak mengungkap hak-hak íakyat pendapat
umum, kesadaían nasional, pemeíintahan konstitusional, dan sebagainya. Meskipun pada
masanya Siansi tidak beíhasil banyak dalam meíubah kondisi pemeintahan Usmani, akan
tetapi tulisan -tulisanya banyak membeíikan inspiíasi kepada peneíusnya daíi Usmani Muda
untuk mewujudkan cita-cita peíkumpuilan ini semula.

4. penubuhan Dewan peíwakilan

Menuíut pendapat Ziya Pasha, untuk menjadi negaía maju keíajaan Usmani haíus
memakai sistem pemeíintahan konstitusional sebagaimana yang beílaku di negaía- negaía
Eíofa lainnya. Dalam sistem pemeíintahan konstitusional haíus ada Dewan Peíwakilan
Rakyat. Untuk alasan ini Ziya mengajukan hadis Nabi "peíbedaan pendapat dikalangan
umatku meíupakan íahmat daíi tuhan". Peíbedaan pendapat yang teíjadi di tengah-tengah
íakyat seíta kíitik teíhadap pemeíintah ditampung dalam DPR kemudian dijadikan pedoman
unttuk menghasilkan kebijakan pemeíintah untuk kepentingan seluíuh íakyat." Ziya juga
beípendapat bahwa di dalam mengadakan pembahaíuan tidakhaíus meniíu baíat dalam segala-
galanya. Ziya menentang pendapat yang mengatakanbahwa Islam meíupakan penghalang bagi
kemajuan. Oleh kaíena itu, meskipun Ziya tampak meminjam model lembaga konstitusional
baíat, dia tidak lupa menjastifikasinyadengan pesan alquían dan hadis.

5. peílembagaan

Meskipun tokoh-tokoh Utsmani muda beíhasil mengguliíkan konstitusi teísebut tidak sesuai
dengan keinginanmeíeka semula maka justíu menjadi boomeíang bagi meíeka.Bebeíapa pasal
yang teídapat dalam konstitusi tesebut masih membeíikan kekuasaanyang teílalu besaí bagi
Sultan sehingga dapat menekan geíakan Utsmani muda.
Misalnya pasal 3 beíbunyi: kedaulatan beíada ditangan Sultan; pasal 4: Sultan beísifat suci dan
tidak beítanggung jawab atas peíbuatannya; pasal 7: hak-hak Sultan Antaía lain mengangkat dan
membeíhentikan menteíi-menteíi, mengadakan peíjanjian inteínasional, mengumumkan
peíang, mengadakan damai dengan Negaía-negaía lain, dan membubaíkan paílemen;
selanjutnya menuíut pasal 54: íencana undang-undang baíu dapat menjadi undang-undang
kalau sudah disetujui oleh Sultan; dan pasal 113: Sultan mempunyai kekuasaan
mengumumkan keadaan daíuíat jika dipandang peílu danbeíhak menangkap seíta
mengasingkan oíang-oíang yang dianggap beíbahaya bagi Negaía.

Kesimpulan

Kemunculan Geíakan Uthmani Muda beíkait íapat dengan pembahaíuan yang dilakukan
oleh keíajaan Uthmaniyah. Eía ľanzimat yang banyak mengikut acuan Baíatmenjadi
pendoíong geíakan ini. Reaksi yang dibeíikan ialah supaya keíajaan melaksanakan sistem
keíajaan beípelembagaan.
59. Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir
padaabad ke-19 masihi.

Muhammad Ali Pasha lahir pada Januari 1765 masihi di Kawalla, utara Yunani dan
meninggal di Mesir pada tahun 1849. Walaupun tidak bersekolah beliau adalah seorang
panglima tentera yang berjaya bebaskan Mesir daripada kuasa Napoleon. Muhammad Ali
menjadi penguasa Mesir disebabkan kebijaksanaannya. Kearifannya mewujudkan keamanan di
Mesir. Terdapat pelbagai program pembangunan dan pembaharuan dilakukan antaranya bidang
Ketenteraan, Pentadbiran, Pendidikan dan Ekonomi. Berikut merupakan sumbangan Muhammad
Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad ke 19
Masihi.

Sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam pembaharuan bidang ketenteraan adalah


angkatan tentera mesir di susun semula menjadi lebih berdisiplin dan teratur. Tentera yang tidak
mematuhi arahan akan diganti dengan tentera petani Mesir dan Albania. Terdapat jurulatih
tentera dari barat dijemput untuk melatih tentera Mesir. Kolej Military atau Ketenteraan pada
tahun 1815 di Aswan ditubuhkan bagi melatih dan meningkatkan kemahiran tentera. Mereka
berjaya menguasai Utara Sudan ,Levant dan Lubnan. Tegasnya, dengan adanya pembaharuan
ini mereka berjaya mematahkan pemberontakan al- Muwahiddun Wahhabidi
Hijaz 1818.

Sumbangan seterusnya adalah pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Pembentukan


kumpulan pemerintah Mesir bangsa Turki & Mesir. Pegawai elit menguruskan pentadbiran
negara dan mengutip cukai. Muhammad Ali membaiki hubungan dengan negara barat antaranya
adalah Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan itu terjalinlah hubungan baik antara negara
tersebut.Terdapat juga pelajar yang di hantar belajar ke luar negara dan ada juga tenaga pakar
dibawa masuk dari negara ini.Oleh itu, berlakunya pemindahan teknologi dan ilmu bagi
mempercepatkan proses pemodenan di Mesir. Golongan ulama diketepikan kerana dianggap
sebagai penghalang usaha pembaharuan.
Selain itu, sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam pembaharuan bidang pendidikan.
Beliau menubuhkan institusi pendidikan iaitu kementerian pendidikan, sekolah rendah, maktab
tentera, sekolah teknik dan sekolah perubatan. Guru-guru yang bertugas dalam bidang
pendidikan adalah guru khas yang berasal dari Eropah. Clot Bey iaitu pakar kedoktoran dari
Perancis telah dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran. Terdapat pelajar yang
dihantar ke luar negara seramai 28 orang Itali , 319 orang Paris dan 89 orang Perancis.
Kokurikulum mengikut tuntutan zaman supaya tidak ketinggalan dengan ilmu pengetahuan &
teknologi di Eropah. Tegasnya, dengan pembaharuan ini, lahirnya seorang tokoh bernama
Jahaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh yang mampu melakukan penterjemahan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Akhir sekali, sumbangan melalui pembaharuan dalam bidang ekonomi. Sistem pengairan
telah ditambahbaikan supaya tanah menjadi subur. Tanaman baru dikenalkan seperti benih
kapas dari India dan Sudan. Selain itu, terdapat juga pelaksanaan kerahan tenaga yang
melaksanakan sistem monopoli berkaitan dengan hasil pertanian. Cukai juga dikenakan kepada
setiap petani dan
terdapat pembelian hasil usaha petani dengan harga yang murah lalu ada yang membelinya dan
menjualnya kepada pedagang dengan harga yang lebih tinggi. Tegasnya, Pembaharuan ini
kurang berjaya kerana telah menambahkan kesempitan dan kesulitan kepada penduduk di Mesir
oleh kerana cukai yang tinggi.
Kesimpulannya, era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha memulakan
penguasaannya. Ketaksubannya telah mengubah lanskap Mesir dengan pembaharuan ala Barat.
Namun, beliau terperangkap dengan muslihat kuasa Barat terutama British yang memaksa
menandatangani Perjanjian London 1840.
60. Galurkan kebangkitan masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad 18-19.

Pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M, kebanyakan dunia Islam berada di bawah belenggu
penjajahan Barat. Proses perluasan kuasa oleh Barat bermula semenjak abad ke-16 M hingga
abad ke-18 M. Sejak adab ke-16 M, mesir merupakan sebahagian drpd kerajaan Uthmaniyah.
Namun, pada akhir adab ke-18 M, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada
tahun 1798
M. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya revolusi
perancis.

Pada akhir abad ke 18, Perancis telah menawan mesir iaitu pada tahun 1798. Ekspedisi
ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya revolusi Perancis.
Namunbegitu PENAKLUKAN PERANCIS ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun
sahaja. Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan
bantuan Britain pada tahun 1801. Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,
namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir.

Selain itu, PENJAJAHAN BRITAIN ke atas Mesir. Penjajahan Britain merujuk kepada
kekalahan tentera Mesir di tangan British pada bulan September 1882. Bermula pada tahun 1914-
1918, Britain mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Pentadbiran Britain di Mesir pada
peringkat awal dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun
1883-1907. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan Britain membawa jurang besar kepada
masyarakat Mesir.

Selanjutnya, kebangkitan masyarakat terhadap KEMERDEKAAN MESIR. British terpaksa


mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1992 yang memberi kemerdekaan separa penuh kepada
Mesir. Britain mengisytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Januari 1922 dan kerajaan baru yang
ditubuhkan bersifat raja berpelembagaan. Pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1927, tetapi
pentadbirannya hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 raja
membubarkan parlimen dan pilihan raya diadakan membawa kemenangan kepada Parti Wafd.

Di samping itu, terdapat GERAKAN ISLAH IKHWANUL MUSLIMIN. Sebahagian


senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta
kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki. Hal ini dikatakan demikian kerana ia dipelopori dan
ditubuhkan oleh Hassan al-Banna pada 1928. Matlamat awalnya adalah untuk menggulingkan
penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat.
Beliau juga menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan .Oleh itu pada
peringkat awalnya ia menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan, dan khidmat kepada
masyarakat.

Kesimpulannya, penjajahan British di Mesir dan Perancis pada abad ke-19 M dan abad ke-
20
M membawa kepada reaksi dan penentangan masyarakat tempatan. Kemunculan tokoh-tokoh
seperti ‘Urabi Pasha, Sa’d Zaghlul, Mustafa Kamil Pasha dan Hassan al-Banna di Mesir , mereka
telah Berjaya menggerakkan rakyat untuk bangun menentang penjajahan.
61. Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan Pembaharuan Mesir pada
abadke -19 masihi.

Selepas tamat Operasi Perancis di bumi Mesir muncul Muhammad Ali Pasha dalam
Gerakan Pembaharuan Mesir. Beliau dilahirkan pada Januari 1765 Masihi di Kawalla, Utara
Yunani dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 1849. Walaupun beliau tidak bersekolah
beliau telah terlibat sebagai panglima tentera dalam membebaskan Mesir daripada kuasa
Napoleon. Muhammad Ali telah menjadi penguasa Mesir disebabkan oleh kebijaksanaan.
Kearifannya telah mewujudkan keamanan di Mesir dan banyak program pembangunan dan
pembaharuan dilakukan.
Salah satu daripada sumbangan Muhammad Ali Pasha adalah pembaharuan dalam
bidang ketenteraan. Beliau telah menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih
berdisiplin mengikut contoh disiplin tentera Perancis. Sebagai contoh, beliau telah
Menyusun semula keanggotaan ketenteran dengan menukarkan tentera berbangsa Sudan
dengan gol. Fellahin (tentera petani Mesir ) dan Albania. Beliau turut mewujudkan Kolej
Military pada tahun 1815 di Aswan bagi memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai
tentera. Kepimpinan beliau dalam ketenteraan telah berjaya menguasai utara Sudan, Levant,
dan Lubnan. Ketenteraan ini turut berjaya mematahkan pemberontakan al Muwahhidun
Wahhabidi Hijaz pada 1818. Jelaslah, Muhammad Ali telah memberikan sumbangan yang
besar dalam ketenteraan di Mesir.
Selain itu, Muhammad Ali telah memberikan sumbangan dalam pembaharuan bidang
pentadbiran. Beliau telah membentuk kumpulan pemerintah Mesir bangsa Turki dan Mesir
serta pegawai elit dalam sistem pentadbiran. Pentadbiran negara Mesir turut mengamalkan
pengutipan cukai. Muhammad Ali semasa pemerintahanya beliau telah membaiki hubungan
negara Barat iaitu Perancis, Itali , Britain, dan Austria agar lebih baik dengan cara
menghantar pelajar belajar di sana untuk menambahkan tenaga pakar dibawa masuk ke dalam
negara. Tegaslah, Muhammad Ali telah memainkan peranan dalam membawa pembaharuan
dalam pentadbiran Mesir pada abad ke -19.

Seterusnya, Muhammad Ali Pasha turut melakukan pembaharuan dalam bidang


pendidikan semasa abad ke -19. Beliau telah menubuhkan institusi pendidikan. Sebagai
contoh, tertubuhnya kementerian pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera, sekolah teknik,
dan sekolah perubatan di Mesir. Bagi memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan guru
yang bertugas merupakan orang Eropah misalnya, Clot Bey (pakar kedoktoran dari Perancis)
dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran. Para pelajar turut dihantar ke luar
negara seramai 28 orang dihantar ke Itali, 319 orang dihantar ke Paris dan 89 orang dihantar
ke Perancis. Maka terlahirlah tokoh tokoh ilmuwan seperti Jahaluddin Al-Afghani dan
Muhammad Abduh. Jelaslah bahawa, Muhammad Ali mementingkan pendidikan agar
masyarakat Mesir mendapat berpengetahuan dan kemahiran.
Akhir sekali, Muhammad Ali Pasha semasa abad ke -19 beliau melaksanakan
pembaharuan dalam bidang ekonomi. Beliau telah membaiki sistem pengairan untuk
meningkatkan kesuburan tanah bagi meningkatkan hasil pertanian. Tanaman baru turut
diperkenalkan contohnya, benih kapas dari India dan Sudan. Beliau sedar akan potensi
pertanian. Oleh itu, beliau melaksanakan sistem monopoli berkaitan hasil pertanian dan
kerahan tenaga. Beliau turut mengenakan cukai kepada petani dan membeli hasil usaha
petani dengan harga yang murah kemudian menjual kepada pedagang dengan harga yang
tinggi. Namun, usaha ini kurang berjaya kerana menambahkan kesempitan hidup kepada
penduduk Mesir disebabkan cukai yang tinggi.
Kesimpulannya, era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha
memulakan penguasaannya. Setiap pembaharuan yang dilaksanakan telah mengubah
landskapMesir dengan pembaharuan ala barat. Namum, beliau terperangkap dengan muslihat
kuasa Barat terutama British yang memaksa tandatangani Perjanjian London 1840.
62. Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke 20M.
Gerakan nasionalisme dikaitkan dengan kebangkitan masyarakat tempatan dalam
menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Dalam konteks masyarakat di Syria,
kebangkitan atau kemunculan gerakan nasionalisme dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan
kemerdekaan serta usaha untuk meningkatkan taraf hidup dari sudut sosioekonomi. Golongan
cerdik pandai telah menerajui gerakan untuk mengembalikan maruah negara dan bangsa.
Terdapat beberapa faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20M.
Kemunculan semangat kebangsaan di Syria dikaitkan dengan faktor agama sama ada
faktor agama Islam mahupun faktor yang berpunca dalam kalangan bukan Islam. Gerakan
nasionalisme awal di negara ini dipelopori oleh golongan Arab Kristian yang menubuhkan
organisasi bagi menyusun perjuangan. Gerakan Arab Kristian turut mempengaruhi kebangkitan
dalam kalangan umat Islam di Syria. Keadaan di Palestine, iaitu jiran terdekat Syria
menyebabkan timbulnya kesedaran orang- orang Islam untuk membela nasib saudara seagama
yang ditindas oleh British dan usaha Yahudi untuk menguasai bumi tersebut. Hal ini
menyebabkan timbulnya kesedaran dalam kalangan orang Islam perlunya penyatuan sesama
mereka.
Di samping itu, faktor yang membawa kebangkitan semangat nasionalisme ialah
penubuhan dan peranan persatuan atau organisasi tertentu. Dalam konteks ini, orang-orang
Islam telah menubuhkan Jamiah al- Tamaddun al-Islami. Pertubuhan ini merupakan respons
orang- orang Islam berikutan kesedaran agenda politik Perancis di Syria yang memperkenalkan
pendidikan wajib. Bagi memastikan kebajikan orang-orang Islam, pertubuhan ini dianggotai
oleh ulama dan golongan cerdik pandai Islam. Pertubuhan ini telah melaksanakan pelbagai
program kebajikan termasuk menubuhkan sebuah madrasah yang mengendalikan pendidikan
menengah diSyria.
Selain itu, peranan golongan intelektual turut memainkan peranan dalam
menggerakkan semangat nasionalisme di Syria. Salah seorang golongan intelektual dalam
gerakan nasionalisme ialah Rasyid Rida. Beliau merupakan tokoh terkenal di Syria yang banyak
berjuang menerusi penulisan. Rasyid Rida menegaskan kemajuan akan dicapai jika umat Islam
mengatasi kelemahan diri. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru umat Islam agar kembali
kepada ajaran Islam sebenar. Dalam memulihkan umat Islam, Rasyid Rida juga mementingkan
aspek pemodeman. Intihannya, beliau menegaskan keperluan ilmu-ilmu lain bagi melakukan
anjakan yang lebih positif.

Seterusnya, bidang penulisan dan sastera juga merupakan penyumbang kepada


kebangkitan semangat nasionalisme. Contohnya, Khalil Gibran telah menghasilkan puisi yang
bertemakan semangat kebangsaan dan kenegaraan. Faris Nimr telah menerbitkan majalah al-
Manar, al-Muqattam dan diikuti terbitan akhbarnya Tariqat al-Akbar yang dipelopori oleh Khalil
Huri. Perkara yang sering diutarakan dalam al-Manar ialah dakwa, idea islah, pan-Islamisme,
modenisme. Di samping itu, perkara yang meliputi bidang sosial dan budaya yang tidak dapat
dipisahkan daripada orang-orang Islam yang berhasrat memulih imej juga diutarakan.
Seterusnya, institusi pendidikan telah merangsang semangat nasionalisme di Syria. Hal
ini dikatakan demikian kerana, akademi bahasa ditubuhkan bagi menarik kedatangan golongan
ilmuwan dan cerdik pandai untuk bertukar-tukar idea. Penubuhan akademi ini telah melahirkan
kesedaran tentang kepentingan Bahasa Arab bagi menyatukan masyarakat pelbagai budaya.
Universiti dan kolej ditubuhkan di bandar besar seperti Damsyik dan Beirut. Institusi pendidikan
tinggi ini telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai di Syria. Di samping itu, institusi ini
juga menggalakkan majlis-majlis ilmu yang merangsang idea nasionalisme.
Kesimpulannya, gerakan nasionalisme telah berlaku di seluruh kawasan yang dijajah
oleh pihak tertentu selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Hal ini
menjadi inspirasi masyarakat dunia untuk mempertingkatkan jati diri mempertahankan negara
dan bangsa. Jelas sekali bahawa, faktor kemunculan gerakan nasionalisme telah memupuk
perpaduan utuh dan menanam jati diri dalam kalangan masyarakat di Syria.
63. Bincangkan kebangkitan Masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada
abadke 19 dan 20 masihi.
Pendahuluan
Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Kelemahan pemerintahan
Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada kuasa Perancis campur tangan di Algeria.
Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di Algeria
bermula kerana isu kewangan. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi
Algeria.
Isi-isi
Penentangan Pada Zaman Husain Dey
Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah. Beliau ingin
mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak. Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan
penghormatan kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis. Keadaan ini menggiatkan lagi
usaha penjajahan Perancis ke Algeria.

Penentangan Semasa Betrand Clausel


Ketua tentera Perancis, Bertrand Clausel mempergiatkan lagi penjajahan Perancis yang mendorong
kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria. Misalnya, p enentangan paling hebat berlaku pada
tahun 1830-an dan 1840-an. Mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan orang Islam. Keadaan
ini mendorong penentangan kuat daripada masyarakat tempatan. Jelaslah bahawa, kegiatan Betrand
Clausel membangkitkan penentangan oleh masyarakat Algeria.

Penentangan Oleh Amir Abdul Qadir


Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul
Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera. Pengalaman yang
diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat kepimpinan dalam dirinya.
Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang Perancis.
Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik perang gerila. Beliau berjaya menggerakkan
pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim.

KekejamanThomasRobertBugeaud
Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara
berterusan dari tahun 1841 hingga 1847. Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka Perancis
di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis. Tindakan Bugeaud sangat
ganas dan penduduk Algeria sangat menderita. Banyak kawasan pertempatan, pertanian dan binatang
ternakan dimusnahkan. Tentera Islam yang dibawa oleh Amir Abdul Qadir tidak dapat bertahan dan
terpaksa menyerah diri.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun
1900-an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah
untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis. Jihad yang berterusan telah berlaku di
Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga digelar “negara sejuta syuhada”.
Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang dipimpin oleh para ulama telah menghasilkan
kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1962, iaitu setelah
dijajah selama 132 tahun.
64. HURAIKAN PERANAN JAMALUDDIN AL-AFGHANI DALAM GERAKAN
NASIONALISME DI MESIR

PENDAHULUAN
Sayyid jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh pembaharuan yg hidup pada
abad ke-19 .Nama sebenar Sayyid Jamaluddin ialah As- Sayyid Jamaluddin bin Sayyid Safdar
Al Afghani . Beliau digelar As-Sayyid kerana keturunan beliau bersambung dengan Saidina Ali
bin Talib . Mendapat gelaran daripada Rashid Rida iaitu “Pembangkit Orang Timur”. Sayyid
Jamaluddin lahir pada tahun 1838M dan meninggal dunia pada tahun 1897M . Beliau
memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20.

1. MENYATUKAN UMAT ISLAM

Gagasan Pan-Islamisme merupakan projek Al-Afghani yang paling popular. Pemikiran


dan gagasan Pan-Islamisme berkembang kesan daripada penjajahan Barat terhadap dunia islam
.Hal ini kerana situasi kemerosotan pada akhir pemerintahan kerajaan Uthmaniyah telah
menarik kuasa Barat untuk menguasai wilayah kerajaan tersebut . Contohnya, gagasan Pan-
Islamisme bermatlamat bagi menyatukan Islam dan dianggap sebagai reaksi terhadap reformasi
yang pro barat. Oleh itu , Pan-Islamisme direncana untuk berhadapan dengan ketamakan kuasa
barat dan menonjolkan kedudukan sultan Uthmaniyyah.

2. MENYEDARKAN RAKYAT

Al-Afghani dikatakan tokoh yang paling sinonim dengan idea-idea Pan-Islamisme. Hal ini
kerana , beliau menggunakan kelebihan beliau berpidato dalam meniupkan semangat
perjuangan dan menyedarkan masyarakat Islam. Contohnya , beliau menyedarkan masyarakat
Muslim supaya bangkit bersatupadu untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik .Oleh itu ,
al- Afghani memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme di mesir dengan memberi
kesedaran kepada masyarakat Islam disana.

3. MENYERU MENYERTAI PAN-ISLAMISME

Peranan lain yang dimainkan ialah al-Afghani menyeru rakyat Mesir ,Iran, Afghanistan
dan India agar menyertai kesatuan Pan-Islamisme.Al-Afghani merupakan seorang reformis
yang berusaha menjana kesatuan umat islam. Contohnya , beliau menggerakkan umat islam
supaya sedar akan kekurangan dan kelemahan mereka serta perlunya mengambil contoh dari
negara yang kuat . Aktiviti yang dipimpin oleh beliau telah mendapat sambutan hebat dalam
kalangan masyarakat terutamanya golongan muda.Oleh itu jelaslah tindakan al-Afghani
menyeru orang ramai menyertai Pan-Islamisme memainkan peranan dalam gerakan
nasionalisme di Mesir.
4. MENERBITKAN AKHBAR & KARYA ILMIAH

Pada akhir abad ke-19 , prinsip gerakan reformasi yang didukung al-Afghani dan
Muhammad ‘Abduh di Mesir ini telah dihuraikan dalam al-’Urwah al-Wuthqa. Jurnal Arab al-
’Urwahal-Wuthqa ini menanamkan gagasan baharu seperti semangat kemerdekaan ,
kemandirian , kesatuan dan hak orang yang dijajah. Sayyid Jamaluddin juga telah menghasilkan
beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya antaranya al -A’mal al -Kamilahl, al -Khatirat
dan banyak lagi.Oleh itu, karya-karya yang dihasilkan al-Afghani ini memainkan banyak
peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir.

5. MENARIK SOKONGAN SULTAN

Pada 30 Ogos 1892, al-Afghani telah menulis surat kepada Sultan ‘Abd al-Hamid II .
Surattersebut menawarkan khidmat untuk membentuk kerjasama di antara kerajaan Uthmaniyah
, Afghanistan dan juga Iran.Contohnya ,pakatan yang dibentuk akan dapat memudahkan usaha
penyebaran khilafah ke atas umat Islam dan British pula akan berasa tergugat serta
berkemungkinan keluar dari Mesir.Berikutan kiriman surat ini, Sultan ‘Abd al-Hamid II juga
telah mengundang al-Afghani ke Istanbul untuk membantu baginda melaksanakan gagasan Pan-
Islamisme.Oleh itu jelaslah bahawa tindakan al-afghani menarik sokongan sultan memainkan
peranan dalam gerakan nasionalisme di Mesir.

KESIMPULAN
Kesimpulannya ,gerakan oleh al-Afghani ini berperanan menyedarkan umat Islam di
Mesir kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan mengecam penjajahan British yang kejam.
Gerakan ini menegakkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis. Gerakan ini juga
menggunakan pengaruh Islam untuk mewujudkan kesedaran dan jihad. Oleh itu, pengaruh
agama oleh Jamaluddin al-Afghani dapat mengembalikan kesedaran umat Islam Mesir untuk
menentang penjajah British.
65. Huraikan kesan-kesan penglibatan Kerajaan Uthmaniyah
dalam Perang Dunia Pertama.

Perang Dunia Pertama berlangsung pada 1914 hingga 1918M antara dua blok kuasa
besar iaitu Pakatan Bertiga dan Perikatan Kuasa Tengah. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah
menyertai Perikatan Kuasa Tengah. Kerajaan Turki Uthmaniyah menyertai Perang Dunia
Pertama sebagai usaha terakhir untuk memastikan wilayah jajahannya masih berada dalam
kekuasaannya. Walau bagaimanapun, penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama telah menimbulkan pelbagai kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Kerajaan Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan dalam pengaruh politik iaitu


berlaku perpecahan di wilayah-wilayah umat islam. Sebahagian besar wilayah telah ditakluki
oleh kuasa barat termasuklah wilayah Palestin. Hal ini telah menyebabkan muncul negara-
negara bangsa dari wilayah Turki Uthmaniyah dan telah menyebabkan pemberontakan
daripada penduduk di Montenergo , Bosnia dan Herzegovina. Hal ini juga telah
menyebabkan berlaku perpecahan wilayah umat islam yang berada di bawah taklukan
Kerajaan Turki Uthmaniyah. Tegasnya, Perang Dunia Pertama telah menjejaskan pengaruh
politik Kerajaan Turki Uthmaniyah di rantau Balkan dan meninggalkan kesan yang
mendalam.

Seterusnya, kerajaan turki uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah yang


disebabkan oleh dasar kolonisasi barat. Misalannya , perjanjian Sykes-Picot 1916 yang
ditandatangani secara sulit antara british dan perancis semasa perang berlangsung yang
telah membahagikan wilayah turki uthmaniyah kepada beberapa bahagian. Pembahagian ini
telah dikuasai oleh tiga kuasa besar iaitu perancis , british dan rusia di mana wilayah turki di
bahagian timur dikuasai oleh British , bahagian barat pula dikuasai oleh perancis dan
bahagian utara turki dikuasai oleh rusia. Hal ini telah menyebabkan pihak british menduduki
pusat pemerintahan kerajaan turki uthmaniyah iaitu di Istanbul. Jelaslah di sini bahawa
kesan perang dunia pertama telah menyebabkan kerajaan turki uthmaniyah kehilangan
banyak wilayah.

Kerajaan turki uthamaniyah juga mengalami kemerosotan dalam bidang ekonomi.


Kerajaan turki uthmaniyah mengalami kekalahan dalam peperangan tersebut dan perlu
menanggung perbelanjaan yang besar untuk membiayai keperluan perperangan. Keadaan
menjadi lebih teruk apabila kerajaan turki sememangnya menghadapi masalah kewangan.
Hal ini juga telah mendorong kepada krisis hutang yang besar. Keadaan ini telah
menyebabkan Eropah berpeluang untuk campur tangan dalam menangani krisis kewangan
yang dialami oleh kerajaan turki uthmaniyah. Hal ini sekaligus menyebabkan negara-negara
islam wilayah turki seperti wilayah parsi juga mengalami kemerosotan ekonomi. Tegasnya,
kemerosotan bidang ekonomi merupakan kesan perang dunia pertama terhadap kerajaan
turki uthmaniyah.

Kesan ekonomi terhadap penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam PerangDunia


Pertama dapat dilihat dengan jelas selepas kekalahannya dalam perang tersebut. Saham-
saham syarikat kerajaan uthmaniyah jatuh dan ditutup termasuk syarikat-syarikat navigasi.
Kenaikan harga barang secara mendadak juga berlaku. Dalam pada itu, sebahagian rakyat
kerajaan uthmaniyah dipaksa menjadi buruh kasar namun masih kekurangan tenaga erja.
Oleh itu, Pertubuhan Pekerja Muslim Wanita ditubuhkan pada Ogos 1916 untuk
menggalakkan penempatan kaum wanita dalam bidang perindustrian kerajaan. Walau
bagaimanapun, langkah tersebut tidak berkesan dan ekonomi kerajaan semakin merundum.
Jelaslah di sini bahawa kerajaan turki uthmaniyah mengalami kemerosotan dalam bidang
perindustrian setelah perang dunia pertama.

Di samping itu, kesan sosial yang terdapat dalam kesan penglibatan ini adalah
berlaku kebuluran yang melampau akibat daripada ketidakstabilan ekonomi. Kira-kira 1
hingga 1.5 juta orang rakyatnya berada dalam kemiskinan. Hal ini juga telah mendorong
kepada ketegangan hubungan antara rakyat dan pemerintah kerana pemerintah tidak lagi
mampu untuk menyediakan keperluan hidup rakyat dengan secukupnya. Masyarakat pula
berhadapan dengan keadaan huru-hara kerana rompakan sering berlaku. Rompakan yang
dilakukan pula adalah semata-mata untuk mendapatkan makanan dan keperluan hidup
yang lain. Kerajaan turki uthmaniyah juga kehilangan nyawa yang tinggi dalam kalangan
rakyat hingga mencecah 3 juta orang semasa perang dunia pertama. Tegasnya, kesan sosial
telah memberi kesan yang besar terhadap kerajaan uthmaniyah.

Kesimpulannya, penglibatan kerajaan turki uthmaniyah telah mengakibatkan


ketidakstabilan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Hal ini telah menyebabkan
kerajaan tersebut menanggung kekalahan yang besar. Usaha terakhir kerajaan turki
uthmaniyah dengan menyertai perang dunia pertama telah menyebabkan kerajaan turki
uthmaniyah telah didominasi oleh kuasa barat dalam menentukan wilayah di kerajaan turki.
66. Bincangkan faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada
awal abad ke-20M

Negara merupakan sebuah entiti undang undang yang berdaulat serta mempunyai
kerajaan yang sah memerintah ke atas rakyatnya dalam kawasan yang ditentukan
sempadannya dengan jelas.Bangsa pula adalah bermaksud sebahagian rumpun manusia yang
terikat dengan rasa taksub bersama yang wujud dalam hubungan antara rumpun tertentu
dengan rumpun bangsa lain.Konsep Negara Bangsa menjadi matlamat tertinggi nasionalisme
pada abad ke-19M dan abad ke-20M kerana bangsa anggota masyarakat beridentitikan diri
mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya.Terdapat pelbagai
faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada awal abad ke-
20M.

Salah satu faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Mesir pada
awal abad ke-20M ialah kebangkitan nasionalisme.Kebangkitan golongan nasionalisme dalam
kalangan lulusan undang undang yang menuntut kemerdekaaan Mesir dan sistem parlimen
seperti Barat.Golongan ini tidak dikawal oleh pihak British seperti mana pihak tentera atau
orang tempatan.Sebagai contoh pemimpin nasionalisme yang terkenal termasuklah
Mohammed Farid dan Mustafa Kamil.Merka ialah kelulusan undang undang ini dididik oleh
pensyarah berketurunan Perancis yang bertugas di Mesir yang telah menghasut pelajar agar
memusuhi pihak British.

Seterusnya faktor dalaman kepada faktor bahasa.Faktor bahasa iaitu sebahagian besar
penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian daripada bangsa Arab tetapi tindakan Kerajaan
British menggalakkan mengukuhkan identiti Mesir yang menyebabkan generasi baharu akan
tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam Al-Quran dan telah
menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ulama Mesir.

Berikutnya faktor dalaman kepada pembukaan terusan. Pembukaan terusan Suez sejak
tahun 1869 telah menarik perhatian kuasa Barat seperti Perancis dan Bristish untuk sama sama
menguasainya.Kebijaksanaan British telah berjaya memerangkap Khedif Ismail dengan
masalah hutang dan diisytiharkan muflis telah menyebabkan British berjaya menguasai
Terusan Suez.Akibatnya pihak penjajah telah menempatkan tentera di kawasan terusan itu
sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk Mesir.Suasana politik di empayar
Uthamaniyah namun kuasa pemerintahan sebenar di tangan British yang sudah
bertapak kukuh sejak 1882 lagi.Pemerintah Mesir dan pihak British tidak berusaha
memperbaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap terbuka untukmenerima
kritikan serta protes daripada rakyat.

Selain itu faktor dalaman kepada faktor budaya. Faktor budaya masyarakat Mesir juga
mengalami masalah akibat pengaruh kebudayaan penjajah yang bersifat sekular.
Sebagai contoh akhbar dan majalah Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan
Mesir penjajah mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran
Islam.

Akhir sekali faktor dalaman ekonomi faktor ekonomi Mesir amat lemah,ramai wanita
Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang orang British yang bekerja di tapak
projek Terusan Suez,ini bermakna sebahagian masyarakat Mesir bergantung kepada ekonomi
penjajah walaupun negara Mesir kaya dengan hasil buminya.

Kesimpulannya pembinaan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana
penguasaan Barat terhadap Mesir serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan
rakyat.Perkembangan yang berlaku pada abad ke-20 terhalang kerana penguasaan Barat
terhadap Mesir serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.Perkembangan yang
berlaku pada abad ke-20 melahirkan negara bangsa di Mesir. Persaingan yang berlaku ketika
era kemerosotan Kerajaan Uthamaniyah khususnya Mesir membawa kepada Perang Dunia
Pertama (PDI) mendorong kebangkitan gerakan nasionalisme dan kelahiran negara bangsa di
Mesir.
67. Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di turki pada abad
ke-20

Pendahuluan
Pembentukan negara bangsa bermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme iaitu
perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan
negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Di Turki kesedaran semangat
kebangsaan ini telah membawa kepada kemunculan negara bangsa di turki. Kesedaran ini semakin
kuat kerana negara mereka dijajah, melalui kekalahan dalam perang dunia pertama.
Ekoran ini negara Turki telah dibahagikan. Kesan daripada penjajahan ini telah membawa kepada
pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa factor. Dalam
hal ini factor poliktik, merupakan salah satu factor yang membawa kepada pembentukan negara
bangsa di negara ini.

Masalah dalaman pemerintahan negara Turki


Empayar uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun sultan
Abdul Hamid II Berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki uthmaniyah serta mampu
menepis serangan daripada imperlias barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam
tempoh 33 tahun pemerintahannya. Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II mempunyai
kuasa,, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai
sultan uthmaniyah pada 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya
mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar turki uthmaniyah. Tempoh
tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa bart cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan
baginda. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan islam dalam
wilayah turki uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar turki uthmaniyah
dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa
rancangan untuk membina negara bangsa turki.

Turki Muda (Yound Turks) merupakan golongan radikal yang menentang sultan Abdul Hamid II
Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki uthmaniyah
untuk melanjutan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, rejim
turki muda atau committee pf union dan progress (CUP) bersama tentera division ketiga di salonika
telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan
“Equality, Fraternity, Liberty dan justice”. Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan turki
uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada rejim turki muda. Sultan Abdul Hamid
II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat islam di bawah empayar
turki uthmaniyah. Empayar turki uthmaniyah berakhir apabila rejim turki muda melibatkan diri
dalam perang dunia petama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada
tentera bersekutu yang dianggotai oleh Britain, perancis, itali, dan rusia. Banyak daerah di bawah
naungan turki uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-
kuasa bersekutu yang menang dalam perang dunia pertama sehingga menghimpit penduduk turkidan
memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.

Tindakan kuasa barat


Britain, Perancis dann Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang
terdapat dalam wilayah-wilayah turki uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk
menghancurkan empayar turki uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila
penduduk bukan islam dalam wilayah turki uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk
menghancurkan empayar turki uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat
ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa turki.

Gerakan pan-Islamie / gerakan islah


Pembentukan negara bangsa turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-
islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid
II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat islam sejagat di
bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat islam, bukan sahaja di turki
malah di seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang islam di turki dan berada
dalam empayar turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan sultan turki uthmaniyah. Manakala
umat islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan
turki uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu
penjajahan barat. Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan system khalifah
Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun
empayar turki uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara barat masih takut kepada
kekuatan islam. Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah
menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan
pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di
antara tokoh yang menyertai projek Pan-Islamisme” ini termasuklah jamaludin al-Afghani, Abd. Al-
Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

Kesimpulan
Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa turki namun beliau
gagal dengan asakan barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar turki uthmaniyah.
Golongan turki muda pula sukar membina negara bangsa turki kerana mereka telah termasuk dalam
perangkap kuasa-kuasa barat. Faktor politik merupakan faktor utama pencetus kearah pembentukan
negara bangsa dan faktor lain sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses pembentukan
negara bangsa di turki pada abad ke-20.

Anda mungkin juga menyukai