Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Faedah-Faedah Menggunakan Laman Media Sosial

Pendahuluan Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi yang merentas


masa dan jarak yang dahulunya mustahil tetapi kini tidak lagi telah
mewujudkan pelbagai teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan kita.
Antaranya adalah laman media sosial di mana kita boleh bersosial atau
berhubung dengan seseorang dengan hanya menggunakan teknologi seperti
telefon pintar dan jalur lebar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Corak
perhubungan manusia sudah tiada penghalang kerana kita mampu
menghubungi secara “real time” atau bermaksud masa sebenar hasil
daripada kemajuan aplikasi yang dibangunkan bagi memudahkan komunikasi
dan perhubungan antara manusia. Pewujudan aplikasi-aplikasi sosial media
ini telah memberi pelbagai faedah kepada pengguna-penggunanya.

Faedah utama menggunakan laman sosial adalah kita dapat berhubung


dengan kenalan kita dan juga mendapat kenalan baru. Laman sosial seperti
Facebook telah memberikan satu dimensi baru dalam bersosial antara
manusia di mana kita boleh berkawan dengan rakan kita dan boleh berkongsi
apa yang kita merasakan sesuai seperti gambar ketika di hari raya. Ia boleh
menjadi tempat di mana satu hari atau detik istimewa dalam hidup kita untuk
dikongsikan di laman sosial dan boleh disimpan serta dilihat semula kelak
sebagai memori kita. Panggilan video melalui aplikasi seperti Whatsapp juga
telah membolehkan kita berinteraksi secara bersemuka dengan kenalan kita
tidak kira di mana kita berada selagi kita mempunyai sambungan jalur lebar.
Oleh itu, laman sosial telah memudahkan cara komunikasi antara kita tidak
kira ahli keluarga, rakan-rakan sekolah atau rakan sekerja kita. Isi 2 Selain itu,
laman sosial amat berfaedah kepada kita kerana ia mampu menambah
pengetahuan kita dari segi pelbagai perkara. Pengguna dapat bertukar
pandangan, cadangan dan berkongsi ilmu baru melalui rangkaian alam maya
ini. Agensi wartawan atau berita juga telah menggunakan laman sosial di
mana berita-berita terkini atau isu terkini dapat disampaikan secara terus
tanpa menunggu siaran berita di televisyen. Tambahan pula, perkongsian
ilmu di laman sosial tidak terhad kepada penulisan sahaja, pendekatan
seperti video telah menjadikan laman sosial lebih interaktif dan bermanfaat
kepada kita. Laut ditimba tak akan kering, begitulah perumpamaan
peribahasa Melayu di mana pengajian ilmu pengetahuan itu tidak akan habis
selagi hayat dikandung badan. Isi 3

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-


sosial.html

si 3 Laman sosial juga telah memberikan dimensi baru dalam bidang


perniagaan di mana promosi dan produk dapat diketengahkan kepada
golongan sasaran menggunakan kos yang lebih rendah dan mudah. Jika
dahulu kos pengiklanan di televisyen atau papan tanda di jalan raya boleh
mencecah ribuan ringgit tetapi kemudahan teknologi hari ini hendaklah
dimanfaatkan sepenuhnya pengusaha-pengusaha dalam menguasai cara
atau ilmu mempromosi produk menggunakan laman sosial. Pengusaha
hendaklah kreatif dalam menyampaikan imej produk mereka dan boleh
berkongsi testimoni-testimoni daripada pelanggan terdahulu tentang produk
anda sebagai strategi mempromosi produk di laman sosial media. Isi 4
Melalui laman media sosial juga, kita boleh mencari kenalan baru yang
berkongsi hobi atau minat yang sama. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
menggalakkan anak-anak mereka menyertai kumpulan atau aktiviti seperti
berbasikal yang dianjurkan oleh kelab atau persendirian di laman sosial
media. Mereka boleh mengikuti perkembangan anak-anak mereka yang
berbasikal dengan perkongsian gambar atau video oleh penganjur kelab
tersebut di mana ibu bapa akan menjadi lebih tenang dalam memastikan
anak-anak mereka meluangkan masa dalam perkara yang bermanfaat.
Sekiranya minat anak-anak dalam hobi yang sihat menjadi semakin
berkembang maka ibu bapa wajar menyokong dan menggunakan platform
media sosial ini untuk berkongsi bakat mereka kerana ia mampu menjana
pendapatan sampingan atau menarik minat penaja.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-


sosial.html
Penutup Kesimpulannya, penggunaan laman media sosial dengan bijak
mampu memberikan faedah yang berganda kepada kehidupan kita.
Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam
aplikasi-aplikasi media sosial adalah perkara utama dalam memanfaatkan
laman media sosial. Maka, setiap pihak terutamanya ibu bapa hendaklah
bersama-sama celik ilmu dalam menggunakan laman sosial media agar anak-
anak juga memanfaatkan penggunaannya dengan sebaik mungkin. Seperti
peribahasa Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi yang
membawa maksud jika ibu bapa menunujukkan teladan baik maka baiklah
perangai anak-anak mereka jika sebaliknya maka buruklah akibatnya.
Marialah kita bersama-sama mengatur langkah menjadi rakyat yang bijak
dalam menggunakan teknologi agar dapat melahirkan negara yang berdaya
saing dan kompetitif dalam era kemajuan globalisasi ini.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-


sosial.html

Anda mungkin juga menyukai