Anda di halaman 1dari 11

Malaysia & Pergerakan

Negara-Negara Berkecuali
(NAM)
Disediakan oleh: Muhammad Rusydi
bin Ruslin
A. Kenapa Malaysia menyertai
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM)?
Menghormati hak asasi manusia selaras dengan piagam PBB.

 Menghormati kedaulatan & keutuhan wilayah negara-negara lain

 Mengakui persamaan semua ras negara-negara dunia.

 Menghayati polisi tidak campur tangan dalam hal ehwal negara asing.

 Memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota.

 Menjadi forum untuk Malaysia menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.

 Mengelakkan negara-negara dari terlibat dalam peperangan ideologi.


Malaysia & Kerjasama
Selatan-Selatan
A. Apakah Kerjasama Selatan-Selatan?
 Kerjasama Selatan-Selatan - Satu rangka kerja yang luas untuk Kerjasama dalam kalangan
negara-negara Selatan (bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, alam sekitar & teknikal).

 Kerjasama berlaku secara dua hala, serantau, subregional atau antara wilayah.

 Negara-negara membangun berkongsi pengetahuan, kemahiran, kepakaran & sumber.

 Kerjasama Selatan-Selatan – manifestasi perpaduan dalam kalangan bangsa-bangsa &


negara-negara Selatan yang menyumbang kepada kesejahteraan negara.
B. Bagaimana Tertubuhnya Kerjasama
Selatan-Selatan?
• Hasrat penubuhan Kerjasama Selatan-Selatan dikuatkan berikutan daripada kelemahan
dialog Utara-Selatan.
C. Apakah Dialog Utara-Selatan?
o Pertemuan & forum perbincangan antara negara maju (Utara) dengan negara Membangun
(Selatan) dalam mana-mana persidangan anjuran PBB.
D. Apakah Hasil Dialog Utara-Selatan?
 Wujudnya Sistem keistimewaan Am atau General System of Preferences (GSP) di mana
negara Membangun berdagang dengan negara Maju tanpa dikenakan sekatan tarif atau duti.

 Penubuhan Persidangan PBB mengenai Perdagangan & Pembangunan (UNCTAD).

 Pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO).

 Pembentukan stok penimbal bagi komoditi utama negara Membangun.


E. Apakah yang dimaksudkan dengan
Order Baru Ekonomi (NIEO)?
 Inisiatif negara Selatan untuk membetulkan ketidaksamaan dalam susunan ekonomi
antarabangsa.

 Menghapuskan jurang antara negara Maju dengan negara Selatan.

 Enam perkara yang dituntut:

• Rundingan semula beban hutang luar.


• Penentuan semula syarat perdagangan.
• Perluasan pasaran negara Utara bagi eksport negara Selatan.
• Pemindahan teknologi Utara ke Selatan.
• Penglibatan negara Selatan yang lebih dalam proses membuat keputusan International
Monetary (IMF).
• Bantuan pembangunan kepada negara Selatan.
F. Tujuan Malaysia Menyertai Kerjasama
Selatan-Selatan?
 Membentuk satu Kerjasama yang lebih berkesan dalam kalangan negara-negara Selatan
dalam menghadapi perkembangan ekonomi dunia.

 Untuk menghadapi masalah ekonomi negara-negara anggota dari segi:

o Beban hutang negara


o Kadar faedah yang tinggi
o Imbangan pembayaran yang defisit
o Kadar pertukaran wang asing yang tidak menentu

 Mempromosi & mengukuhkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara-negara Selatan.

 Meningkatkan kesan pengganda kerjasama teknikal.


G. Kumpulan Lima Belas (K-15)
 Kumpulan Lima Belas (K-15) ditubuhkan sebagai kumpulan mesyuarat peringkat negara
Selatan.

 K-15 diwujudkan untuk mewujudkan lebih kesefahaman & faedah kerjasama di antara negara
membangun terutama sekali di dalam rantau pelaburan, perdagangan & teknologi.

 Berperanan sebagai pemikir untuk Kerjasama Selatan-Selatan, yang bertujuan untuk


memudahkan usaha-usaha untuk membangun & meningkatkan ekonomi.

 Meningkatkan perpaduan & kredibiliti kepada negara membangun dalam usaha untuk
meneruskan dialog Utara-Selatan yang lebih positif & produktif.

 Antara projek yang dirancangkan ialah penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan
Perdagangan & Teknologi Selatan (SITTDEC).
Sekian!

Anda mungkin juga menyukai