Anda di halaman 1dari 11

Sila rujuk buku Siri teks STPM Pengajian AM, Goay Teck Chong & Wong Yew Hong.

Longman. Muka surat 289-290 Dialog Utara-Selatan - melibatkan negara-negara perindustrian dengan Dunia ketiga tentang isu ekonomi -ketidakadilan kekayaan dunia dapat dilihat seperti berikut: Negara-negara : utara 21 buah; selatan 126 buah Penduduk: utara 25%; selatan 75% kekayaan: utara 75%; selatan 25% - dialog ini diadakan melalui Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan Kerja sama dan Pembagunan Ekonomi (OECD) Hasil Dialog Utara-Selatan - UNCTAD 1968 meluluskan Skim Keutamaan Am (General System Of Preferences-GSP) - Malaysia dapat menikmati skim GSP - Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa dan Perjanjian Koko Antarabangsa berjaya menstabilkan harga komoditi berkenaan - tabung bersama untuk menstabilkan harga komoditi utama diwujudkan - bantuan pembangunan kepada pihak selatan juga berterusan tetapi masih kurang memuaskan dan membawa kepada Dialog Selatan-Selatan. Harap dapat membantu, TQ

CikguPA
Posts: 345 Join date: 2008-11-26 Age: 43 Location: bbb

Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)


Xide on Wed Mar 18, 2009 6:46 pm

cikgu ada bahan berkaitan dengan NIEO?? Mengapakah negara-negara Selatan telah mendesak supaya satu Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dibentuk??
Xide
Posts: 2 Join date: 2008-07-16

cth soalan Dialog Utara-Selatan


CikguPA on Thu Mar 19, 2009 8:00 am

1. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah yang diperolehi Malaysia dengan menyerttai Dialog Utara-Selatan? i Menstabilkan pasaran komoditi utama ii Menikmati sistem Keistimewaan Am iii Meningkatkan hubungan politik dua hala iv menganggotai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

tq

CikguPA
Posts: 345 Join date: 2008-11-26 Age: 43 Location: bbb

Re: Dasar luar Malaysia


CikguPA on Thu Mar 19, 2009 8:18 am

[quote="Xide"]cikgu ada bahan berkaitan dengan NIEO?? Mengapakah negara-negara Selatan telah mendesak supaya satu Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dibentuk??[/quote NIEO -Di tuntut oleh negara-negara Selatan melalui Dislog Utara-selatan akibat kurang berhasilnya Dialog Utara-selatan. matlamat -membetulkan ketidaksamaan susunan ekonomi antarabangsa -menghapuskan perbezaa ekonomi antara pihak selatan dan pihak Utara Tuntutan -rundingan semula beban hutang negara-negara Dunia Ketiga

-penentuan semula syarat-syarat perdagangan -perluasan pasaran negara-negara maju bagi eksport Dunia Ketiga -pemindahan teknologi dari utara ke selatan -pembabitan Dunia Ketiga yang lebih dalam membuat keputusan mengenai IMF -pemberian bantuan pembangunan oleh negara-negara maju tq

CikguPA
Posts: 345 Join date: 2008-11-26 Age: 43 Location: bbb

Re: Dasar luar Malaysia


CikguPA on Sat Mar 28, 2009 10:00 pm

Dasar Luar Malaysia Posted in April 2nd, 2008 by Cikgu Bashid Dasar hubungan luar Malaysia ialah berkecuali dan bersama-sama ASEAN berpegang kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan). Itulah formula Malaysia yang dipakai sejak sekian lama yang menjadikan Malaysia adalah tempat paling selamat untuk para pelabur dan tempat paling sesuai untuk para pelancong menikmati keindahan alam tanpa khuatir diganggu.Sejajar dengan sikap berkecuali ini kita berpegang kepada pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara sahabat sambil bersedia

menjalin hubungan dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan kita tanpa mengira latar belakang negara berkenaan. Malaysia mewujudkan suasana harmoni dan welcoming untuk semua. Sebab itu tidak ada alasan mengapa Malaysia harus diragui. Jika ada masalah, pendekatan yang digunakan oleh Malaysia ialah melalui perundingan atau meja bulat. Kita menolak perdebatan apatah lagi kekerasan serta paksaan. Kita sanggup berunding berpuluh-puluh kali untuk mencari jalan penyelesaian. Tetapi kita tidak sanggup kehilangan rakan kerana kekasaran kita Pendekatan ini akhirnya menguntungkan Malaysia kerana telah menarik ramai pelabur asing dari pelbagai negara untuk melabur modal di negara ini kerana mereka yakin pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Dengan keadaan politik yang stabil, asas ekonomi yang kukuh, kepimpinan yang dinamik, rakyat kita yang ramah dan rekod-rekod kita yang bersih, pelabur lebih yakin dengan negara ini.

CikguPA
Posts: 345 Join date: 2008-11-26 Age: 43 Location: bbb

Re: Dasar luar Malaysia


CikguPA on Sun Apr 05, 2009 9:56 pm

ZOPFAN

Latarbelakang Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971. Rasional Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah: (i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.

(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Objektif Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China. Strategi Pelaksanaan

Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear. Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

CikguPA
Posts: 345 Join date: 2008-11-26 Age: 43 Location: bbb

Komanwel masih relevan - Najib


CikguPA on Tue Dec 01, 2009 4:03 pm

Komanwel masih relevan - Najib Daripada zulkefli hamzah pengarang@utusan.com.my PORT OF SPAIN 30 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009) yang berakhir hari ini sebagai satu pertemuan bermakna yang membuktikan badan 53 negara Komanwel itu masih relevan. Beliau yang pertama kali menghadiri mesyuarat dwitahunan itu sebagai Perdana Menteri berkata, CHOGM masih relevan kerana ia merupakan satu badan yang mewakili satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia. Katanya, keanggotaan CHOGM daripada negara maju, membangun dan negara kecil kepulauan adalah unik yang merupakan satu kelompok yang menunjukkan kepelbagaian. "Oleh kerana kepelbagaian, maka banyak isu global yang kita bincang dan dapat membentuk pendirian yang mewakili semua kelompok komuniti global. "Sehubungan itu, langkah sidang kemuncak ini yang membuat deklarasi yang paling penting iaitu mengenai perubahan iklim dapat menjawab sama ada CHOGM relevan atau tidak," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Pada akhir mesyuarat itu, Najib turut dijemput oleh Pengerusi CHOGM, Patrick Manning yang juga Perdana Menteri Trinidad dan Tobago menghadiri sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan dari New Zealand, Papua New Guinea dan Afrika Selatan. Najib berkata, empat aspek dalam deklarasi CHOGM mengenai perubahan iklim amat bermakna kerana ia akan menjadi pembuka tirai kepada persetujuan yang diharap dapat dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak di Copenhagen kelak. Empat aspek dalam deklarasi itu ialah undang-undang yang mengikat, sasaran pengurangan pelepasan karbon terutama di kalangan negara maju,

menubuhkan dana permulaan segera dan mengambil kira keperluan negara yang terjejas dengan perubahan iklim. Selain itu, Najib menjelaskan, CHOGM sebagai institusi telah dapat menekankan sistem nilai seperti demokrasi, kedaulatan undang-undang dan kebebasan hak asasi. "Ini amat penting kepada keamanan dunia dan perkembangan dalaman yang dapat mengelak konflik serta segala yang boleh merosakkan negara bangsa," katanya. Beliau menambah, bukti jelas ialah apabila Rwanda, negara yang hampir musnah kerana terjebak dalam perang saudara yang amat dahsyat suatu ketika dulu tetapi pada CHOGM kali ini, diterima sebagai anggota ke-54. Ia juga, kata Perdana Menteri, bukti Komanwel membantu ke arah pemulihan sesebuah negara, bukan saja dari segi pembangunan tetapi pembentukan sistem nilai. Najib turut mengalu-alukan penubuhan portal untuk generasi muda oleh sekretariat Komanwel bagi menyalurkan maklumat yang kelompok itu perlukan. Mengenai diabetis, jantung dan barah yang juga dibincang pada mesyuarat kali ini, beliau berkata, saranan diadakan sidang kemuncak mengenai penyakit itu pada 2001 amat bermakna kerana ramai rakyat Malaysia turut dijangkiti penyakit tersebut. - utusan

CikguPA
Posts: 345 Join date: 2008-11-26 Age: 43 Location: bbb

Re: Dasar luar Malaysia


CikguPA on Thu Mar 18, 2010 8:07 am

NAM wajar tangani anasir bunuh atas nama agama

2010/03/18 KUALA LUMPUR: Anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) menggalas tanggungjawab berat dalam menentang sebarang anasir yang kononnya bertindak atas kepentingan agama sehingga sanggup membunuh rakyat tidak berdosa. Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, negara anggota perlu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak terbabit yang boleh disifatkan sebagai pengganas kerana menyalahgunakan agama untuk mencetuskan ketegangan antara penganut, sekali gus menjejaskan imej agama dianuti. Beta percaya tiada agama yang menyuruh penganutnya melakukan perbuatan tidak baik. Malah, semua agama menyuruh manusia berkelakuan baik dan mengelak terjerumus dalam kejahatan. Setiap agama dan kepercayaan menyuruh kita untuk mengenali dan memahami sesama kita dan hidup dalam aman sejahtera, titahnya pada Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM mengenai Dialog Antara Kepercayaan dan Kerjasama untuk Keamanan dan Pembangunan di Manila, semalam. Baginda dilantik sebagai utusan khas Kerajaan Malaysia bagi mengetuai delegasi negara ke mesyuarat khas yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini. Raja Nazrin bertitah, sebenarnya tidak wujud sebarang konflik antara agama, sebaliknya yang berlaku adalah konflik kepentingan rakyat dan negara. Katanya, keadaan itu berlaku apabila ada pihak yang cuba mendominasi atau merampas hak pihak lain atau apabila ada pihak yang cuba berlaku tidak adil kepada pihak lain sehingga mencetuskan keganasan, curiga dan

permusuhan. Ia berlaku apabila ajaran agama disalahertikan atau ada pihak memutarbelitkan prinsip dan memanipulasikan agama untuk kepentingan sendiri, katanya.

Anda mungkin juga menyukai