Anda di halaman 1dari 15

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Kelas Mata Pelajaran Tarikh Hari Masa Bilangan Murid Topik Sub-topik Kemahiran Hasil Pembelajaran Objektif : B1 : Matematik : 13 Januari 2010 : Rabu : 8.00 8.30 pagi (60 minit) : 4 orang (slow learner) : Wang : Menyelesaikan masalah mudah berkaitan wang. : Penggunaan wang kertas. : Murid mempelajari nilai matawang negara. : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: i. Memahami bagaimana untuk menggunakan nilai wang yang tepat. ii. Menggunakan kemahiran penggunaan wang dalam kehidupan sebenar. Penerapan Nilai Pengetahuan sedia ada Bahan bantu mengajar : Berjimat, yakin dan kasih sayang. : Murid-murid sudah mengenal nilai wang. : Duit kertas Malaysia, katalog harga dan alat-alat tulis

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah Set Induksi (5 minit) Isi Kandungan Menyanyi -klip video Lagu Tiga Kupang Kupang. Murid mendengar lagu kemudian menyanyikan lagu itu bersama-sama guru. Contoh soalan: Apakah yang dapat murid lihat daripada video? Langkah 1 (15 minit) -katalog coklat Demonstrasi Guru menunjuk katalog coklat dan menyatakan harga kepada murid melalui slide show. Guru dan murid membincangkan tentang katalog . Teknik: Guru bertanya kepada murid-murid tentang video yang ditayangkan. Aktiviti Cikgu memainkan video lagu Lagu Tiga

Catatan Teknik : pemerhatian BBM: computer, LCD, klip video Terapi : pengamatan, kinestetik

Soal-jawab, tunjuk cara Terapi : carakerja Pengamatan, pertuturan BBM : LCD, komputer, Replika wang kertas , Katalog Nilai: berhati-hati,

Nilai wang: -RM1 -RM5 -RM10

Guru demonstrasi bagaimana untuk menggunakan nilai wang yang tepat untuk membeli barangan di dalam katalog.

Langkah 2 (10 minit)

Demonstrasi langkah membeli barangan oleh murid.

Guru memilih 3 orang murid untuk lakon watak. Murid perlu merujuk katalog dan beli salah satu dari coklat tersebut.

Teknik : Lakon watak BBM: LCD, komputer, coklat, replika wang kertas. Terapi : pengamatan

Langkah-langkah: 1. Sediakan coklat untuk pelajar pilih berserta harga setiap satu. 2. Setiap pelajar diberikan wang

Murid membayar untuk coklat tersebut dengan wang kertas dan syiling. Guru memberi respon terhadap aktiviti murid.

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


kertas replika untuk digunakan sebagai wang sebenar.

Langkah 3 (25 minit)

Pengukuhan Murid diberikan lembaran kerja

Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid untuk disiapkan. Murid boleh berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Teknik: amali Terapi : Motor halus, pengamatan BBM : LCD, komputer, replika wang kertas, Nilai: menggunakan wang dengan cermat

Langkah-langkah: 1. Lembaran kerja diagihkan kepada setiap pelajar.

Guru membincangkan jawapan bersama murid.

Penutup (5 minit)

Rumusan topik

Guru membuat refleksi tentang tajuk yang telah mereka pelajari.

Nilai: kasih sayang, menyimpan dan bertanggungjawab.

Nasihat: Gunakan wang dengan cermat

Murid diterapkan rasa berjimat cermat demi kesenangan di masa hadapan.

Refleksi :

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHAGIAN B DOKUMENTASI

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai rancangan pelajaran yang mempunyai unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, media pengajaran, set induksi, objektif pelajaran, perkembangan, kaedah dan teknik pengajaran, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Perihal utama yang perlu dipertimbangkan guru sewaktu menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang hendak dicapai daripada pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat penting bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia sekaligus membantu guru merancang pembangunan dan penggunaan kaedah dan media yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Dengan itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut untuk memilih dan menggunakan media pengajaran secara amnya. Model ini mengandungi enam komponen iaitu:

A-

Analisa Pelajar (Analyze Learners) : o Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.

S-

Menyatakan Objektif (State Objective) : o Pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu

mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. 6

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

S-

Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and o Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.

Materials) :

U-

Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): o Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.

R-

Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): o Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.

E-

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): o Penilaian perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta

menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dokumentasi Bahan Media Mengikut Model Assure

1. A : Analisa Pelajar (Analyze Learners) o Kelas yang diambil adalah kelas B1 di mana terdapat empat orang pelajar sahaja. Murid-murid kelas ini mempunyai masalah slow learner namun mereka berkebolehan untuk menerima pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan baik namun memerlukan media pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Murid-murid ini memerlukan media pengajaran yang boleh menarik minat mereka seperti alat bantu mengajar yang menarik dan berwarna-warni, objek sebenar dan kaedah hands-on amat membantu mereka dalam sesi P&P. Mengambil kira pengetahuan sedia ada murid juga sangat penting untuk membantu kelancaran sesi P&P guru. Murid-murid kelas B1 ini sudahpun ada pengetahuan sedia ada melalui kehidupan seharian mereka di rumah dan juga melalui pemerhatian mereka pada kejadian di sekeliling. Bagi murid-murid lembam pelajaran ini, mereka akan mengikuti sesi P&P guru apabila guru berjaya mengambil perhatian mereka dengan media pengajaran yang menarik.

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2. S : Menyatakan Objektif (State Objective) o Objektif yang ingin di capai tidak terlalu membebankan murid dan juga guru. Oleh itu, saya letakkan objektif bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Pernyataan objektif amat penting sebagai hala tuju P&P guru. Objektif pengajaran juga dinyatakan dengan jelas dan dikhususkan untuk membentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh murid. Bagi sesi P&P kali ini saya akan menjalankan P&P mata pelajaran matematik tentang wang. Oleh yang demikian, saya telah nyatakan dua objektif pengajaran yang ingin dicapai setelah mengambil kira tahap kebolehan murid-murid kelas B1 ini iaitu:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : 1) Memahami bagaimana untuk menggunakan nilai wang yang tepat. 2) Menggunakan kemahiran penggunaan wang dalam kehidupan sebenar. o Melalui objektif pengajaran tersebut, guru dapat memilih media dan kaedah penyampaiaan yang ingin digunakan dalam sesi P&P.

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10

3. S : Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) o Media pengajaran yang saya gunakan ialah slide show (LCD), replika dan realia. Oleh itu, bagi menggunakan media pengajaran ini, kaedah yang sesuai adalah berpusatkan guru serta berpusatkan murid. Bagi kaedah berpusatkan guru, saya membuat demonstrasi penggunaan wang yang betul. Manakala, bagi kaedah berpusatkan murid pula, saya akan meminta murid-murid untuk memikirkan jumlah wang yang betul untuk membeli sesuatu mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru serta yang dipaparkan di slide show. Selain itu, kaedah tunjuk cara juga digunakan semasa guru menunjukkan demostrasi kepada muridmurid. o saya memilih slide show (LCD) dan replika sebagai media pengajaran setelah mengambil kira kebolehan murid dan objektif yang ingin dicapai. Media pengajaran slide show (LCD) mampu menarik minat murid-murid slow learner ini dengan mempamerkan gambar-gambar yang menarik. Setiap langkah pengajaran dapat diterangkan secara bergambar kepada murid-murid. Ini dapat membantu murid untuk lebih memahami P&P guru. Manakala, media pengajaran replika iaitu replika wang kertas yang saya gunakan mampu menarik minat murid dan dapat melakukan amali secara hands-on. Replika merujuk kepada objek tiruan dan item yang dibawa masuk ke dalam bilik darjah sebagai contoh atau bahan bantuan untuk digunakan dalam pengajaran. Penggunaan replika sebagai media pengajaran bertepatan dengan Kon Pengalaman Edgar Dale (1969) yang mana menitik beratkan pengalaman langsung, pengalaman tiruan, pengalaman lakonan dan kaedah tunjuk cara. Jelas terbukti keberkesanan media pengajaran replika ini apabila semasa P&P murid akan mendapat pengalaman langsung dan pengalaman tiruan bagaimana untuk

menggunakan wang melalui kaedah tunjuk cara yang telah guru gunakan. 10

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4. U : Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials)

11

o Bagi media pengajaran slide show (LCD), saya gunakan untuk permulaan sesi P&P iaitu pada set induksi. Saya mulakan P&P dengan memaparkan video lagu kanak-kanak mengenai wang. Video ini memaparkan situasi membahagikan wang. Oleh itu, murid-murid akan menumpukan perhatian pada P&P dan murid-murid akan mendapat gambaran mengenai topic pengajaran pada P&P tersebut. Selain itu, slide show ini digunakan untuk memaparkan perkara yang boleh dibeli menggunakan wang. o Manakala, bagi media pengajaran replika pula iaitu wang palsu, saya akan mulakan dengan mempamerkan semua wang replika yang telah disediakan. Kemudian, saya akan kenalkan murid-murid dengan nilai replika wang tersebut. Kemudian, saya akan membuat demonstrasi cara menggunakan wang di hadapan kelas. Setelah selesai demonstrasi, murid-murid akan cuba menggunakan replika wang yang diberi pada setiap pelajar seperti yang ditunjukkan oleh guru semasa demonstrasi. Media dan bahan pengajaran digunakan sepenuhnya dalam P&P.

11

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5. R : Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation)

12

o Penglibatan pelajar secara sepenuhnya digunakan dalam menggunakan media pengajaran ini. Perkara ini terbukti semasa menjalankan aktiviti, di mana murid-murid akan cuba menyelesaikan soalan dengan bimbingan daripada guru. Mereka akan cuba mencari jumlah sebenar pembelian dengan cara mereka sendiri, guru hanya memberi bimbingan sahaja. Kaedah yang digunakan adalah berpusatkan pelajar. Seandainya muridmurid tidak memahami pengajaran guru, mereka boleh terus menanyakan soalan kepada guru. Disamping itu juga, murid-murid dibantu dengan paparan daripada slide show. Oleh yang demikian murid-murid akan

terlibat secara aktif di dalam kelas.

6. E : Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise) o Penilaian akan di lakukan melalui lembaran kerja yang mereka jawab. Selain itu, guru akan menilai sama ada murid-murid memahami bagaimana wang berfungsi serta perbezaan antara setiap wang. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dinilai berdasarkan kemampuan mereka membuat variasi wang yang boleh digunakan untuk membeli coklat yang guru sediakan.

12

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

13

LAMPIRAN

13

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

14

Peralatan-peralatan

REPLIKA WANG

14

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

15

COKLAT

15

Anda mungkin juga menyukai