Anda di halaman 1dari 15

1

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar


ulang mana-mana ilustrasi, dan isi kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin
daripada penerbit.

PENERBIT
Maxbohiemea Justine

JALAN CERITA
Maxbohiemea Justine

GRAFIK
Maxbohiemea Justine

ICETEA PRODUCTION

2
Jam menunjukkan pukul 8.20 a.m. Ayah Mimo
dan Mimo sedang mengemaskan barang-barang yang
akan dibawa untuk pergi melancong ke Pulau Cardia
Riverland. Seperti hal biasa yang dilakukan oleh Mimo,
dia akan pergi ke tandas untuk membuang air kecil
supaya dalam perjalanan nanti, mereka tidak perlu
berhenti untuk mencari tandas awam yang berdekatan
dengan lapangan terbang tersebut. Hal ini kerana,
mereka sudah kesuntukan masa dan kapal tersebut akan
berlepas tidak lama lagi.

Semasa dalam perjalan, Ayah Mimo


mengingatkan Mimo untuk tidak lalai bermain dengan
telefon bimbit barunya agar tidak berlakunya sebarang
perkara yang tidak diingini semasa berada di lapangan
terbang. Mimo yang pada masa itu sedang menikmati
pemandangan di luar hanya menganggukkan kepalanya
sebagai tanda setuju. Mimo sangat kagum dengan
pemandangan bandar dengan bangunan yang sangat
besar dan tinggi. Itula kali pertama Mimo melihat suasan
Kawasan bandar yang penuh dengan kenderaan yang
sangat banyak dan susunan bangunan yang sangat
simetri. Namun semua itu tidak dapat ditandingi dengan

3
suasana di sekitar rumah yang terletak berdekatan
dengan sungai dan juga bukit-bukau yang ditumbuhi
dengan rumput laut serta didiami oleh sekumpulan
ketam-ketam laut.

Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di


lapangan terbang. Alangkah terkejutnya ayah Mimo
apabila melihat suasana lapangan yang sangat sesak ada
waktu itu. Tanpa berfikir Panjang,mereka berdua
mengeluarkan kesemua beg pakaian mereka Lalu
meletakkanya kedalam troli yang khas untuk barang.
Seketika ayah Mimo sedang sibuk memeriksa kesemua
beg tersebut, Mimo terleka dengan telefon bimbit
barunya menyebabkan mereka berdua terpisah di mana
ayah Mimo menuju ke arah destinasi yang benar iaitu
Pulau Cardia Riverland manakala Mimo pada waktu itu
terselit ke dalam barisan penumpang yang akan menuju
ke pulau Liveringpool.

Namun, mereka berdua sama-sama tidak


menyedari akan hal tersebut kerana masing-masing
sedang sibuk dengan hal mereka sendiri. Tidak lama
kemudian, mereka berdua pun masuk ke dalam dua kapal
terbang yang berbeza. Pada masa ini, semuanya menjadi

4
semakin rumit kerana Pulau Liveringpool terletak 1125
Kilometer jauh daripada Pulau Cardia Riverland. Semasa
dalam penerbangan, Mimo Cuma berbekalkan sebuah
telefon bimbit dan juga duit poket yang diberikan oleh
ayahnya sebelum bertolak ke lapangan terbang namun,
duit poket tersebut tidak dapat menampung kos hidup
Mimo semasa berada di tempat tersebut. Tiba-tiba, Mimo
merasa hairan apabila dia cuba untuk memanggil
ayahnya tetapi tiada sebarang jawapan. Mimo cuba untuk
mencari ayahnya di sekeliling kapal namun semuanya itu
sia-sia kerana dia sudah berada di dalam kapal yang
salah. Dengan perasaan yang sangat khuatir, Mimo
memberanikan diri untuk bertanya kepada pramugari
yang bertugas tentang lokasi yang dituju tidak lama lagi.

“Hello, excuse me. Can I know where is this plane


heading right now?” Kata Mimo kepada pramugari itu.

“Oh hello little kid, for now this plane are heading
to Liveringpool. Did you have anything we can help?”
Jawab pramugari tersebut.

Mimo sangat bingung apabila mengetahui


bahawa dia sudah berada di dalam kapal yang salah.

5
Pramugari tersebut cuba untuk menenangkan Mimo
dengan memberikannya sedikit makanan dan minuman.

“Here, take this card. When we arrived there, you


can go to this hotel and stay up there so you can wait for
your family to come and get you” Kata pramugari
tersebut.

“Thank you miss for helping me, I really


appreciate it” Kata Mimo.

Tidak lama kemudiaan, Mimo pun tiba di


Liveringpool. Mimo sangat kagum melihat keindahan dan
kebersihan pulau tersebut. Dia melihat pelbagai spesies
hidupan laut yang sebelum ini belum pernah dilihat di
tempatnya. Sambil Mimo menikmati pemandangan pulau
yang cantik itu, Mimo juga sedang mencari lokasi hotel
yang diberitahu oleh pramugari tersebut.

“Huhhh.. Alangkah baiknya jika saya tidak leka


semasa berada di lapangan terbang,sekarang saya harus
kembali ke tempat ayah. Telefon bimbit ni pun sudah
habis bateri semasa di dalam kapal.” Kata Mimo dengan
perasaan yang sangat menyesal.

6
Selang beberapa puluh minit selepas Mimo
berjalan mengelilingi pulau tersebut, dia akhirnya
menemui hotel tersebut iaitu Hotel TungTung. Hotel
tersebut kelihatan sangat besar dan cantik yang
membuatkan ia menjadi salah satu tempat yang paling
popular di pulau tersebut. Mimo kemudian masuk ke
dalam hotel tersebut untuk menempah bilik rehat.
Seketika Mimo sedang berehat, dia terfikir untuk bekerja
sementara di kedai buku Stanford supaya dia dapat
membeli tiket kapal ke Pulau Cardia Riverland. Pada
malam itu, Mimo sangat teliti merancang strateginya
supaya dapat Kembali ke tempat ayahnya.
Memandangkan Mimo berada di tempat yang asing dan
baru baginya, maka dia harus menjaga dirinya dengan
baik semasa berada di sana agar dia sentiasa berada
dalam keadaan yang selamat.

Keesokan harinya, Mimo dengan pakaiannya yang


digunakan daripada hari kemarin pergi ke kedai buku
yang berdekatan untuk bertanya sama ada mereka
menawarkan perkhidmatan bantuan untuk menyusun
buku-buku yang tidak tersusun rapi di dalam rak buku
untuk sehari ataupun tidak. Mimo menceritakan tentang

7
sebab mengapa dia perlu bekerja untuk sementara waktu
sahaja kepada pemilik kedai tersebut dan pada mulanya,
pemilik kedai tersebut enggan memberikan peluang
untuk Mimo kerana bimbang jika kerja Mimo tidak
menjaminkan hasil yang bagus. Namun, melihat keadaan
Mimo yang keletihan, kelaparan dan sangat ikhlas untuk
melakukan kerja tersebut, pemilik kedai tersebut
akhirnya memberikan peluang kepada Mimo untuk
bekerja di sana selama sehari dengan syarat, dia mesti
Menyusun kesemua buku tersebut di tempat asalnya dan
kemudiaanya barulah si pemilik kedai akan memberikan
wang upah yang cukup untuk bagi Mimo untuk
menempah tiket kapal terbang.

Pada hari yang sama itu juga Mimo mula bekerja


di mana dia mengasingkan kesemua buku tersebut
mengikut judul dan tahun diterbitkan sebelum disusun
semula. Sifat gigihnya

itu membuatkan pemilik kedai tersebut merasa


gembira dan senang melihatnya kerana kesemua buku-
buku tersebut disusun semula mengikut aturan yang
sepatutnya. Pemilik kedai tersebut kemudiannya menuju

8
ke ruang pejabatnya untuk berehat sambil mendengar
siaran radio.

“Perhatian kepada semua hidupan laut awam


yang berada di sekitar pulau, sila berhati-hati di manapun
anda berada kerana dua penjenayah yang terkenal
dikenali sebagai obor-obor telah Berjaya melepaskan diri
daripada penjara. Mohon kepada semua hidupan laut
awam agar mengambil Langkah berjaga-jaga. Sekian
pengumuman daripada radio tempatan”

Mendengarkan perkara tersebut, si pemilik kedai


bergegas ke ruang belakang kedai tersebut untuk
menutup kesemua pintu dan jendela agar obor-obor
tersebut tidak memasuki dalam kedai buku itu. Di sudut
yang lain, Mimo sedang asyik dengan kerja menyusun
buku tersebut. Setiap buku tersebut diperiksa dengan
sangat teliti bagi mengelakkan kesilapan yang boleh
mengakibatkan gaji Mimo dipotong.

“Akhirnya, kerjaku ini hamper selesai. Ayah!


Tunggu saya, tidak lama lagi saya akan Kembali ke
tempat ayah !” Kata Mimo sambil menahan air matanya
daripada jatuh menitis ke permukaan lantai jubin kedai

9
tersebut. Mimo sangat merindui ayahnya yang berada
jauh di seberang sana. Dia sangat menyesal kerana tidak
mendengar kata-kata ayahnya sebelum ini.

Setelah seharian dengan kerja-kerja menyusun


buku, Mimo pun selesai dengan kerjanya. Dia Kembali ke
ruangan pejabat untuk memberitahu pemilik kedai
tersebut bahawa kejanya sudah selesai dan Mimo hendak
menuntut gajinya sebelum pulang. Si pemilik kedai yang
pada saat itu sedang menunggu Mimo berdiri dengan
wajah yang sangat gembira. Si pemilik kedai tersebut
lantas mengambil sepucuk sampul surat yang mana di
dalam surat tersebut berisi wang tunai yang lumayan
banyak dan diberikan kepada Mimo sebagai tanda terima
kasih yang teramat atas kesudiaannya untuk bekerja di
sini dan juga kerana disiplinnya yang sangat tinggi.
Sebagai bukti, buku yang disusun semula oleh Mimo
kelihatan sangatlah kemas dan rapi jika dibandingkan
dengan yang sebelum ini.

Namun, dari luar kedai tersebut, kelihatan obor-


obor yang sudah memerhatikan Mimo dan pemilik kedai
itu sejak beberapa minit yang lalu dan mereka

10
merancang untuk mengambil duit tersebut daripada
Mimo.

“Kita perlu mendapatkan duit tersebut daripada


ikan kecil itu, dan kita akan menjadi kaya hahahah..
tenang saya sudah merancang apa yang perlu dilakukan
kepada ikan kecil tersebut.” Kata obor-obor tersebut.
Mereka sudah merancang sesuatu yang jahat ke atas
Mimo.

Setelah Mimo keluar daripada kedai tersebut,


Mimo merasakan bahawa ada haiwan yang
mengekorinya daripada belakang. Mimo pun
mempercepatkan langkahnya namun kelihatan seperti
haiwan tersebut juga turut mempercepatkan langkahnya
untuk mengejar Mimo. Menyedari hal tersebut, Mimo
terus Kembali ke hotelnya untuk melindungi dirinya
namun Mimo merasakan bahawa bilik rehatnya kini
sudah tidak selamat kerana haiwan yang mengekorinya
merupakan penjenayah obor-obor dan kedua-dua haiwan
obor ini sangat licik dalam menyelinap masuk ke mana
sahaja tempat mereka inginkan.

11
Mimo pun pergi ke tempat yang dinamakan
sebagai Taman air Hillford. Setelah tiba di sana, Mimo
terus memasang sebuah perangkap unik untuk kedua-
dua penjenayah tersebut. Mimo menutup sebuah lubang
yang dalam menggunakan daun rumpai laut yang
banyak. Dan Mimo bersembunyi disebalik perangkap
tersebut dan berharap agar obor-obor tersebut akan
terkena dengan perangkap yang dipasang olehnya.
Selepas beberapa minit menunggu, datanglah obor-obor
tersebut dengan muka yang sangat bernafsu untuk
menangkap Mimo.

“Kalau kita dapat ikan kecil itu, kita jual dia ke luar
negara dengan harga yang sangat mahal dan duit
tersebut akan kita bahagikan sama rata. Kita kaya!
Hahaha! Kita Kaya “ Kata mereka sambil berusaha
mencari Mimo. Namun, mereka tidak menyedari bahawa
mereka sedang menuju ke dalam perangkap Mimo.
Sedang mereka berjalan mencari si ikan kecil tersebut,
Mimo keluar dan menjerit memanggil obor-obor tersebut
dengan suara-suara ejekan yang membuatkan kedua-
dua obor tersebut menjadi marah. Dengan emosi yang

12
marah mereka berdua memecut ke arah Mimo tanpa
memikirkan perangkap yang dipasang oleh Mimo.

“Tiga….. Dua…. Satu… sekarang !”. Kedengaran


bunyi seperti sesuatu benda terjatuh ke dalam lubang
tersebut. Mimo pada saat itu memberanikan diri untuk
melihar lubang perangkapnya. Alangkah terkejutnya
Mimo melihat obor-obor tersebut terjatuh kedalam nya.
Tanpa berfikir Panjang, dia langsung menjerit polis
peronda yang kebetulan sedang melalui Kawasan
tersebut pada masa itu. Akhirnya, Mimo berjaya
menumpaskan penjenayah tersebut dan mereka
ditangkap dan dibawa semula ke tempat asal mereka
iaitu penjara.

Pihak polis sangat berterima kasih dan berbangga


akan sikap keberanian Mimo yang berani melawan
penjenayah yang terkenal. Mimo pada saat itu hanya
tersenyum dengan perkara tersebut. Mimo menceritakan
tujuan sebenarnya berada di LiveringPool dan juga
meminta tolong agar dia dapat Kembali kepada ayahnya.
Pihak polis bersetuju untuk membantunya untuk kembali
kepada ayahnya. Akhirnya pada malam itu juga, pihak
polis menghantar Mimo dengan menggunakan jet

13
peribadi pihak polis itu sendiri. Mimo berasa sangat
gembira dengan bantuan yang diberikan oleh pihak polis.

Selepas beberapa jam, mereka pun tiba di Pulau


Cardia Riverland pada jam 1.15 A.M. Mimo meminjam
telefon bimbit pihak polis untuk menelefon ayahnya
tentang keberadaanya sekarang. Akhirnya, mereka
berdua pun kembali bersama. Mimo memeluk erat
ayahnya kerana Mimo amat merinduinya. Begitu juga
dengan ayahnya yang amat merindui anaknya Mimo.

14
BIODATA PENULIS

NAMA: MAXBOHIEMEA JUSTINE

NO MATRIK : BA20110410

UMUR: 21 TAHUN

LATAR BELAKANG:

. Penulis dilahirkan di hospital keningau pada


tanggal 13 ogos 2000. Merupakan anak sulung daripada
5 orang adik-beradik. Penulis memulakan pengajiannya
pada umur 6 tahun di Tadik Rasa Sayang, Keningau
Sabah. Setelah itu, penulis melanjutkan pelajaranya di
Sekolah Rendah Pasir Putih,Keningau Sabah. Semasa di
sekolah menengah, penulis melanjutkan pelajarannya di
Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II, Keningau
Sabah. Penulis kemudiannya melanjutkan pelajaran ke
Pra-Universiti yang berpusat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Keningau II, Keningau Sabah. Dan kini,
penulis melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia
Sabah dalam kos Seni Kreatif. Hobi penulis adalah
bermain Golf dan bermain Piano.

15

Anda mungkin juga menyukai