Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2022/2023

JTW 253- PERLAKUAN ORGANISASI

PERHATIAN

1. Tugasan ini mestilah dijawab di atas kertas bersaiz A4, dan bertaip.Font 12.

2. Jawapan tugasan berserta muka hadapan hendaklah dihantar ke pusat


pengajian Jarak Jauh, USM Pulau Pinang, selewat-lewatnya pada 20 Mac
2023. Tugasan yang diterima lewat daripada tarikh diatas tidak akan
dipertimbangkan.

3. Markah ‘0’ akan diberikan kepada tugasan yang sama atau yang
mencurigakan tanpa apa-apa amaran.

TUGASAN

A. Maklumat Kumpulan

1. Setiap kumpulan terdiri dari 5-6 orang pelajar. Pelajar perlu mendaftarkan
tajuk tugasan dalam portal yang telah disediakan.
2. Pelajar perlu mendaftarkan tajuk tugasan dalam portal yang telah disediakan.
3. Satu topik hanya 3 kumpulan dengan asas siapa cepat dia dapat. Kumpulan
ke 4 dikira batal dan perlu mendaftar semula.
4. Pelajar tidak dibenarkan menukar tajuk apabila sudah membuat pendaftaran.
Kumpulan yang menukar tajuk akan dipotong 10 markah
5. Kumpulan yang tidak mendaftar nama kumpulan dalam portal akan
diturunkan 3 gred dari gred asal.
6. Maklumat yang diperlukan apabila membuat pendaftaran, Nama dan kad
matrik pelajar sahaja. Contoh; Amin Mohamad JG/007/22
B. Soalan Tugasan

Anda dikehendaki memilih satu organisasi yang ingin dikaji. Organisasi yang
hendak dikaji mestilah dari organisasi tempat anda bekerja. Anda
dikehendaki untuk mengaplikasikan teori dan konsep perlakuan organisasi.
Buat analisa organisasi tersebut berdasarkan teori dan konsep berdasarkan
senarai isu yang diberikan di bawah. Penilaian akan diberikan berdasarkan
kebolehan anda untuk menjelaskan teori dan menggaplikasikan teori dan
konsep tersebut kepada organisasi yang dikaji.

Kajian anda perlu memilih satu isu sahaja yang disenaraikan di bawah;

1. Diversiti dalam organisasi


2. Diskriminasi dalam organisasi
3. Motivasi di tempat kerja
4. “ Nilai” dalam organisasi
5. “Emotional Labour” dan jangkitan emosi
6. Komitmen organisasi
7. Kepuasan kerja
8. Kecerdasan emosi
9. Konflik dalam organisasi
10. Personaliti
11. Kepimpinan
12. Komunikasi
13. Pembelajaran dalam organisasi
14. Perekrutan dan pemilihan pekerja
15. Budaya organisasi
16. Organisasi kejat (lean organization)
17. Struktur organisasi
18. Kumpulan kerja
19. Budaya nasional
20. Sikap kerja
21. Etika dalam pembuatan keputusan
22. Mengurus perubahan
23. Emosi dan mood di tempat kerja
24. Kreativiti dalam organisasi
25. Kovid 19 dan kesannya kepada pengurusan sumber manusia

C. Panduan Tugasan

Tujuan tugasan ini adalah untuk memberi anda peluang untuk menggunakan
konsep perlakuan organisasi dalam isu organisasi terpilih. Anda perlu
menyokong perbincangan anda dengan sorotan kajian yang berkait dengan
isu yang dipilih. Setiap pernyataan anda perlu disokong dengan bukti dari
pembacaan daripada artikel yang boleh diambil daripada jurnal. Setiap bukti
yang dirujuk dari pembacaan perlu dicite nama penulis dan tahun. Rujuk
panduan di bawah:

1. Pengenalan

Pengenalan tentang topik atau isu yang dikaji, dan kenapa pentingnya isu ini
dibuat kajian dalam organisasi yang dipilih. Konsep-konsep utama perlu
diperjelaskan dalam bab pengenalan supaya pembaca memahami dengan
jelas perbincangan isu yang akan dibuat. Hujah utama kenapa isu dikaji
perlu dinyatakan dengan jelas.

Contoh: komitmen kerja

Bab pengenalan memerlukan pelajar menjawab soalan;

a) apakah isu komitmen yang berlaku dalam organisasi tersebut.


b) Kenapa berlaku isu tersebut dalam organisasi.
c) apa bukti yang menyatakan isu komitmen tersebut berlaku dalam
organisasi terpilih. Sediakan data sekunder (dari laporan HR, buku laporan
tahunan organisasi).

2. Sorotan kajian

Sorotan kajian kepada isu yang dipilih. Setiap tinjauan perlu menyatakan
dengan jelas kepada persoalan isu yang dipilih. Adalah penting untuk
memastikan setiap hujah perbincangan perlu disokong dengan sorotan
kajian yang diambil dari artikel jurnal. Ada tidak dibenarkan untuk membuat
andaian atau spekulasi melalui pernyataan terhadap organisasi yang dipilih.

Sorotan kajian ini akan menjawab;

Contoh: komitmen kerja

a) definisi komitmen kerja


b) Jenis-jenis komitmen kerja
c) Pentingnya komitmen kerja dalam organisasi
d) Dapatan kajian lalu berkaitan dengan komitmen kerja (artikel 2018-2023)

3. Dapatan Kajian dari sorotan artikel

Bincangkan bagaimana anda akan menyelesaikan masalah komitmen kerja


dalam organisasi terpilih melalui dapatan kajian dari artikel.
4. Kesimpulan

Perbincangan atau rumusan yang menyimpulkan isu utama kepada bukti


serta implikasi praktikal.

4. Rujukan

Rujukan perlu mengikut APA style.

5. Contoh Jurnal

a)Journal of Management
b)Academy of Management journal
c)Journal of management study

6. Contoh rujukan dalam perbincangan

a)Pendapat ini turut disokong oleh Amin (2018) yang menyatakan………….

Anda mungkin juga menyukai