Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : (Tidak Melebihi 15 patah perkataan. Huruf Besar. Saiz 12.

Single spacing, normal dan Bold)

Ali Bin Samad (nama pelajar)


Sekolah Rendah Cempaka 2 (nama sekolah)
Selangor Darul Ehsan
email ( alisamad@gmil.com)

Abstrak
Sinopsis artikel yang padat, ringkas dan merangkumi aspek-aspek
permasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Tidak melebihi
200 patah perkataan.
*** tidak boleh ada rujukan dalam penulisan abstrak

Kata kunci
Penulis perlu memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di
bawah abstrak. Ini bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat. Tajuk
kata kunci perlu ditulis menggunakan format normal dan bold. Perkataan bagi
kata kuncinya berformat Italic bersaiz 11 dan justified.

Pengenalan
1. Tulis satu atau dua perenggan berkaitan skop utama dalam kajian yang
dijalankan.
2. Penulisan perlu dari perkara yang umum kepada lebih khusus.
3. Rujukan perlu terkini sekurang-kurangya 2003 ke atas.

Kajian Literatur
1. Tulis beberapa perenggan kajian literatur yang berkaitan dengan aspek-
aspek yang dikaji dalam kajian anda.
2. Rujukan perlu terkini sekurang-kurangya 2003 ke atas.

Pernyataan Masalah.

Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji. Penyataan masalah dinyatakan


secara jelas, tepat dan meyakinkan tentang kepentingan menyelesaikan
masalah yang dikaji dan bagaimana ia dapat diselesaikan melalui kajian
tindakan yang akan dijalankan.

** tidak dibenarkan menulis nama sekolah tempat kajian, nama responden


kajian dan nama guru atau pakar yang terlibat dalam permasalahan atau latar
belakang kajian. Guna perkataan murid, guru, guru pakar atau lain-lain yang
berkaitan.

Tujuan Kajian
1. Tulis satu perenggan berkaitan dengan objektif atau persoalan kajian
utama dalam kajian.
2. Jelaskan juga justifikasi mengapa perkara atau isu ini penting untuk
dikaji.

Metodologi Kajian
1. Nyatakan reka bentuk kajian yang digunakan.
2. Jelaskan responden yang terlibat.
3. Nyatakan instrumen yang digunakan.
4. Terangkan dengan terperinci bagaimana cara/kaedah/langkah anda
mengumpul data (semasa rawatan itu dilaksanakan).
a. Memperincikan langkah-langkah atau aktiviti tindakan dalam PdP
dengan jelas.
b. Menyatakan dengan jelas urutan tindakan dalam aktiviti yang
dilaksanakan. Langkah-langkah ini boleh dimasukan dalam RPH
juga.
c. Pastikan anda meletakan rasional dan justifikasi bagi setiap
aktiviti atau tindakan yang dicadangkan
5. Nyatakan bagaimana cara menganalisis data.

Dapatan dan Perbincangan


1. Dapatan kajian perlu disusun mengikut persoalan kajian.
2. Corak persembahan data perlu jelas dan memberi erti kepada pembaca.
Perlu dijelaskan mengikut konteks kajian anda.
3. Perbincangan perlu ditulis secara sistematik dan elakan dari unsur
meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti yang
diambil daripada kajian lepas. Elakan dari membuat kenyataan bersifat
syok sendiri.

Rumusan
1. Anda perlu membuat rumusan secara ringkas tentang kajian.
2. Tulis juga berkaitan dengan implikasi kajian anda dan manfaat kepada
ogranisasi atau individu berkaitan.
Panduan Menulis Rujukan
Rujukan daripada Buku
Fullan, M. (2003). The moral imperative of school leadership. Thousand Oaks,
CA: Corwin Press; Toronto: Ontario Principal’s Council

Rujukan daripada Jurnal


Gurr & Drysdale (2016). Successful school leadership: case studies of four
Singapore primary schools. Journal of Educational Administration, 54(3):
270-287

Rujukan daripada Handbook


Mulford, B (2010). Recent Developments in the field of educational leadership.
The challenge of complexity. Springer international handbooks of
education (SIHE) 23: 187-208

Rujukan daripada Prosiding Seminar


Roeva, O. (2012). Real-World Applications of Genetic Algorithm. In
International Conference on Chemical and Material Engineering (pp. 25–
30). Semarang, Indonesia: Department of Chemical Engineering,
Diponegoro University

Format penulisan
 Font : Times New Roman
 Saiz: 11
 Langkau: single spacing

Citation

Contoh dalam penulisan (cara yang betul)

Menurut Gorman dan Mark (2015), pembelajaran teradun di sekolah sebenarnya


boleh dihuraikan sebagai satu model pengajaran dan pemudahcaraan hibrid
yang menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada persekolahan konvensional
dengan kelebihan pembelajaran dalam talian untuk seseorang pendidik
menyampaikan pengajaran yang berbeza dan tersendiri mengikut keperluan
pelajar yang berbeza.

Pembelajaran teradun di sekolah sebenarnya boleh dihuraikan sebagai satu


model pengajaran dan pemudahcaraan hibrid yang menggabungkan ciri-ciri
terbaik daripada persekolahan konvensional dengan kelebihan pembelajaran
dalam talian untuk seseorang pendidik menyampaikan pengajaran yang berbeza
dan tersendiri mengikut keperluan pelajar yang berbeza (Gorman & Mark, 2015).

Pembelajaran teradun di sekolah sebenarnya boleh dihuraikan sebagai satu


model pengajaran dan pemudahcaraan hibrid yang menggabungkan ciri-ciri
terbaik daripada persekolahan konvensional dengan kelebihan pembelajaran
dalam talian untuk seseorang pendidik menyampaikan pengajaran yang berbeza
dan tersendiri mengikut keperluan pelajar yang berbeza (Gorman et. al, 2016).

** bermaksud
Gorman et al 2016 bermaksud ------- Gorman, Mark & Rock 2016. Untuk lebih
dari 2 orang kita ganti kepada et.al
Contoh menulis rujukan cara yang salah

1. Menurut Hassan bin Hussin (2000), efikasi kendiri juga dianggap sebagai
satu kepercayaan seseorang terhadap kebolehan dirinya untuk
menggerakkan sumber kognitif, motivasi dan cara yang dianggap sesuai
dengan kehendak tugasan.
2. Menurut Hj Hassan (2000), efikasi kendiri juga dianggap sebagai satu
kepercayaan seseorang terhadap kebolehan dirinya untuk menggerakkan
sumber kognitif, motivasi dan cara yang dianggap sesuai dengan
kehendak tugasan.
3. Menurut Dato Hassan (2000), efikasi kendiri juga dianggap sebagai satu
kepercayaan seseorang terhadap kebolehan dirinya untuk menggerakkan
sumber kognitif, motivasi dan cara yang dianggap sesuai dengan
kehendak tugasan.
4. Efikasi kendiri dianggap sebagai satu kepercayaan seseorang terhadap
kebolehan dirinya untuk menggerakkan sumber kognitif, motivasi dan
cara yang dianggap sesuai dengan kehendak tugasan (Hassan bin
Hussin (2000).
5. Efikasi kendiri dianggap sebagai satu kepercayaan seseorang terhadap
kebolehan dirinya untuk menggerakkan sumber kognitif, motivasi dan
cara yang dianggap sesuai dengan kehendak tugasan (Hassan, Abu dan
Rahim, 2000).

PENTING
Artikal terpilih akan diterbitkan dalam prosiding khas.

Syarat
1. Artikal akan ditapis melalui proses turnitin ( untuk memastikan tiada
peniruan dari internet)-
2. Sekiranya hasil dari turnitin tersebut melebihi 30% similarity, maka
artikal tidak layak untuk diterbitkan. Turnitin akan dilakukan oleh pihak
jabatan.
3. Artikal tersebut mesti memenuhi perkara / krateria yang telah ditetapkan
dalam lampiran yang disertakan.
Contoh tidak layak, antaranya
- Rujukan terlalu sedikit
- Penulisan terlalu sedikit
4. Artikal Pelajar yang telah melepasi tapisan ini akan di terbitkan dalam
eProsiding.
5. Pelajar yang terpilih akan dimaklumkan oleh pensyarah mengikut group
masing-masing.
6. Pelajar tersebut akan menerima sijil penyertaan seminar dan e-Prosiding
7. Maklumkan juga kepada murid bahawa pensyarah akan menjadi penulis
bersama artikal tersebut.

Anda mungkin juga menyukai