Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2023/2024

JOW 459/4- PERKEMBANGAN ORGANISASI (UNTUK PELAJAR BERDAFTAR


2021 dan sebelumnya-136 UNIT)
JOW 450/3- PEMBANGUNAN DAN PERUBAHAN ORGANISASI (UNTUK PELAJAR
BERDAFTAR 2022dan selepasnya-126 UNIT)

PERHATIAN

1. Tugasan ini mestilah dijawab di atas kertas bersaiz A4, bertaip.Font 12, Arial

2. Jawapan tugasan berserta muka hadapan hendaklah dihantar ke pusat pengajian


Jarak Jauh, USM Pulau Pinang, selewat-lewatnya pada 4 April 2024. Tugasan
yang diterima lewat daripada tarikh diatas tidak akan dipertimbangkan.

3. Markah ‘0’ akan diberikan kepada tugasan yang sama atau yang mencurigakan
tanpa apa-apa amaran.

TUGASAN

A. Maklumat Kumpulan JOW459/4

1. Setiap kumpulan terdiri dari 2-3 orang pelajar. Pelajar perlu mendaftarkan
tajuk tugasan dalam portal yang telah disediakan.
2. Kumpulan yang tidak mendaftar nama kumpulan dalam portal akan diturunkan
3 gred dari gred asal.
3. Maklumat yang diperlukan apabila membuat pendaftaran, Nama dan kad
matrik pelajar sahaja. Contoh; Amin Mohamad JG/007/22

B. Maklumat Kumpulan JOW450/3

1. Setiap kumpulan terdiri dari 4-5 orang pelajar. Pelajar perlu mendaftarkan
tajuk tugasan dalam portal yang telah disediakan.
2. Kumpulan yang tidak mendaftar nama kumpulan dalam portal akan diturunkan
3 gred dari gred asal.
3. Maklumat yang diperlukan apabila membuat pendaftaran, Nama dan kad
matrik pelajar sahaja. Contoh; Amin Mohamad JG/007/22.

C. Soalan Tugasan

Syarikat anda telah dilantik untuk menjadi perunding kepada Firma ABC.
Firma ini berhadapan dengan pelbagai isu dalam organisis yang perlukan
penambahbaikan. Syarikat anda ditugaskan untuk membuat perubahan
dalam firma tersebut. Sebagai perunding anda perlu menganalisis isu dalam
organisasi. Pada akhir penyiasatan anda, anda dan pasukan anda akan
mengemukakan cadangan untuk perubahan dalam organisasi.

TUGAS ANDA

1. Pilih satu organisasi (sebaik-baiknya tempat kerja anda sendiri).


2. Kenal pasti masalah organisasi tersebut dengan membuat siasatan
apakah masalah utama organisasi tersebut.
3. Bincang kenapa terjadinya masalah tersebut.
4. Buat analisa kepada dapatan kajian
5. Selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan intervensi OD yang
bersesuaian.

D. Panduan Laporan Tugasan

Tujuan tugasan ini adalah untuk memberi anda peluang untuk


mengaplikasikan intervensi OD dalam organisasi yang dipilih. Anda perlu
menyokong perbincangan anda dengan sorotan kajian yang berkait dengan
isu yang dipilih. Setiap pernyataan anda perlu disokong dengan bukti dari
pembacaan daripada artikel yang boleh diambil daripada jurnal. Setiap bukti
yang dirujuk dari pembacaan perlu dicite nama penulis dan tahun. Rujuk
panduan di bawah:

1. Pengenalan

Pengenalan tentang topik atau isu yang dikaji, dan kenapa pentingnya isu ini
dibuat kajian dalam organisasi yang dipilih. Konsep-konsep utama perlu
diperjelaskan dalam bab pengenalan supaya pembaca memahami dengan
jelas perbincangan isu yang akan dibuat.

 Hujah utama kenapa isu dikaji perlu dinyatakan dengan jelas.


 Anda juga perlu membuat sorotan kajian (pembacaan artikel jurnal)
untuk menyatakan kepentingan isu dikaji bagi menguatkan hujah
perbincangan. Lihar perkara 2 dibawah

2. Sorotan kajian

Sorotan kajian kepada isu yang dipilih. Setiap tinjauan perlu menyatakan
dengan jelas kepada persoalan isu yang dipilih. Adalah penting untuk
memastikan setiap hujah perbincangan perlu disokong dengan sorotan kajian
yang diambil daripada artikel jurnal. Anda tidak dibenarkan untuk membuat
andaian atau spekulasi melalui pernyataan terhadap organisasi yang dipilih.
Setiap perbincangan perlu menjawab persolan (Apakah isu?, empirikal ( apa
buktinya?) dan aplikasi praktikal ( apakah implikasi kepada pihak pengurusan).
Sorotan kajian akan menjawab:

Contoh isu: Keberkesanan Organisasi

a) definisi keberkesanan organisasi


b) Pentingnya keberkesanan organisasi untuk kelangsungan perniagaan.
c) Dapatan kajian lalu berkaitan dengan keberkesanan organisasi (artikel
2018-2023)

3. Cadangan Intervensi OD kepada Organisasi

Anda perlu mencadangkan intervensi yang sesuai dengan masalah yang


dikaji. Anda boleh menggunakan sorotan kajian dari jurnal ilmiah untuk
menyokong perbincangan anda.

Contoh isu: Penyelesaian Keberkesanan Organisasi melalui reka bentuk kerja

a) definisi reka bentuk kerja


b) jenis-jenis reka bentuk kerja
c) Pentingnya reka bentuk kerja untuk meningkatkan keberkesanan
organisasi
d) Kajian-kajian lalu yang menghubungkan reka bentuk kerja dan
keberkesanan organisasi

4. Kesimpulan

Perbincangan atau rumusan yang menyimpulkan isu utama kepada bukti serta
implikasi praktikal.

4. Rujukan
Rujukan perlu mengikut APA style.

5. Contoh Jurnal

a)Strategic Journal of Business & Change Management


b)Journal of Organizational Change Management
c)Journal of Change Management
d)Journal of Business Management

6. Contoh rujukan dalam perbincangan

a)Pendapat ini turut disokong oleh Amin (2018) yang menyatakan………….

Anda mungkin juga menyukai