Anda di halaman 1dari 3

JOP 452 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA -TUGASAN BERKUMPULAN

IN ENGLISH - ASSIGNMENT QUESTION:

Choose a real organization. You may choose an organization that one of your team
members is currently working there. In your answer, you may use an anonymous
name. For example: ABC Company.

Approach the HR Manager for an interview. Normally, HR department operations


vary by size and sector. With a graphical representation (i.e. diagram) illustrate the
HR organizational chart in your current workplace.

(a)
Name and describe in detail each of the functions of the different HR
personnel that listed in the HR organizational chart.
(20 marks)
(b) Evaluate the HR department operations by commenting on its strength(s)
and weakness (es).
(30 marks)
(c) If you are the newly appointed leader in the HR department, recommend
improvements to the weakness (es) identified in (b).
(40 marks)
DALAM BAHASA MALAYSIA - SOALAN TUGASAN:

Pilih sebuah organisasi yang benar-benar wujud dan salah seorang ahli kumpulan
anda bekerja di organisasi tersebut. Semasa penulisan nanti, anda dibenarkan
menggunakan nama “anonymous’ seperti organisasi ABC, sebagai contoh.

Anda perlu menemu duga Pengurus Sumber Manusia di organisasi tersebut.


Lazimnya, Jabatan Sumber Manusia mempunyai saiz dan sektor yang berbeza-beza.
Dengan menggunakan ilustrasi secara gambar rajah, lukiskan carta organisasi
Jabatan Sumber Manusia yang terdapat di organisasi yang anda pilih itu.

(a) Namakan dan jelaskan dengan terperinci fungsi setiap unit yang ada dalam
Jabatan Sumber Manusia tersebut. Lukis dan labelkan carta HR anda dan
kemudian terangkan setiap unit yang ada.
(20 markah)
(b) Buat penilaian untuk setiap aktiviti yang dimainkan oleh Unit HR tersebut. Untuk
melakukan penilaian yang menyeluruh, anda perlu memberikan pendapat
anda/komen anda tentang kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan
yang terdapat pada unit-unit tersebut.
(30 markah)
(c) Sekiranya anda dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
di situ, cadangkan beberapa penambahbaikan yang anda ingin laksanakan
untuk setiap kelemahan yang dikenal pasti di soalan (b).
(40 markah)

Disediakan oleh: NMD/2021


Format tugasan ialah seperti berikut:
1.0 Jawab semua soalan dalam tugasan anda. Jawapan anda mesti mengandungi
jawapan yang bernas dan ianya perlu disokong oleh rujukan artikel ilmiah.
Gunakan kaedah APA Style semasa melakukan ‘citation’. Buat carian di google
tentang APA style.
2.0 Senarai bahan rujukan hendaklah disenaraikan mengikut ‘alphabetical order’.
3.0 Jumlah markah ialah 90 markah untuk penyelesaian kes dan 10 markah untuk
format dan citation/reference tugasan anda.

Keperluan Tugasan:
 Tugasan perlu dilakukan secara berpasangan, tiga orang atau maksima 4
orang sahaja dalam sebuah kumpulan.
 Kumpulan yang melebihi daripada 4 orang akan dikenakan penalti.
 Lebihan ahli kumpulan akan ditolak markah sebanyak 20 markah untuk seorang
ahli yang melebihi kuota. Contohnya, jika ahli kumpulan anda ENAM (6) orang,
maka jumlah markah tugasan yang akan ditolak daripada keseluruhan jumlah
tugasan ialah 40 markah (20 markah untuk seorang darab dua ahli tambahan =
40).
 Sila cari rakan sekumpulan dengan cara mengiklankan diri anda di portal e
learning PPPJJ. Dr akan buatkan platform ini untuk anda di portal JOP 452.
 Artikel dan lain-lain buku rujukan boleh digunakan sebagai bantuan.
 Pastikan artikel dan teks berkaitan mempunyai rujukan.
 Gunakan cara rujukan APA style (Sila buat carian di dalam google). Jangan
gunakan rujukan di Wikipedia kerana ia tidak bersifat ilmiah.

Format Tugasan:
 Tugasan disediakan menggunakan komputer.
 Soft Copy sahaja. Fail PDF SAHAJA, bukan Microsoft Words. Tiada hard
copy diperlukan.
 Muka hadapan tugasan perlu ada butiran seperti nama dan no matrik setiap
individu. Gunakan kulit tugasan anda di e learning portal PPPJJ anda ataupun
gunakan yang Dr sediakan di portal pembelajaran JOP 452.
 Gunakan saiz font 12” dan bergaya “arial”.
 Isi kandungan tugasan tidak melebihi 50 muka surat (tidak termasuk lampiran jika
ada).
 Penulisan berperenggan langkau-dua (double spacing).
 Marjin: satu inci bagi setiap arah muka surat.
 Perlu ada ‘page number’ ataupun muka surat. (Bottom/Centre).
 Tugasan boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia ataupun Inggeris.
 Sekiranya anda menggunakan kes yang berunsur peniruan seperti McDonald
ataupun Asda, UK; ataupun Walmart, USA ataupun mana-mana nama syarikat
gergasi yang anda sendiripun tidak pernah bekerja di situ, ia akan menjejaskan
markah tugasan kumpulan anda.
 Dr yakin anda semua pelajar yang jujur dan boleh melaksanakan tugasan ini
dengan sempurna. I believe you can do it!
Aturan tugasan :
1. Kulit tugasan (yang didownload dari portal e-learning ataupun yang
dibekalkan oleh Dr di e-learning JOP 452). Mengandungi nama, no matrik, no
telefon anda.
2. Latar Belakang Organisasi dan pengurus yang ditemu duga. Lampirkan foto
bersama beliau.
3. Jawapan kepada soalan (a).
4. Jawapan kepada soalan (b).
5. Jawapan kepada soalan (c).
6. Senarai Sumber Rujukan
7. Lampiran (foto dan lain-lain), jika ada.
*Setiap jawapan perlu dimulakan di muka surat baharu./Your answer for each
questions must begin in a new page.
* Jika terdapat peniruan ataupun plagiat bagi jawapan anda, ia akan menjejaskan
markah tugasan anda.

Cara Penyerahan Tugasan:

 Deadline: 20hb April 2022 sebelum jam 12 tengah malam. Penghantaran yang
lewat diterima boleh menjejaskan markah tugasan anda.
 Emelkan tugasan PDF anda kepada emel berikut : tugasanhrm@gmail.com.
 Semasa emel, cc ataupun sk kepada emel semua ahli anda.
 Dr akan “reply’ emel anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan.
 Sekiranya pengirim emel tidak menerima sebarang akuan penerimaan dari Dr
selepas 24 jam dari tarikh penghantaran emel anda, semak semula “email
address” tersebut ataupun resend semula tugasan anda.
 Contoh emel serahan tugasan:

To: tugasanhrm@gmail.com
From : mohdnasser@gmail.com
Cc : murnimohd.abdullah@student.usm.my; ganesan@yahoo.com;
tancheong@gmail.com

SUBJECT: Penghantaran Tugasan HRM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr.,

Saya selaku ketua kumpulan, Mohd Nasser Mohd Ali, no matrik JG 10987/18,
melampirkan tugasan berkumpulan bagi kursus JOP 452 Pengurusan Sumber
Manusia.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi di talian 013 4567865.

Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai